Bab 3 : Mac 2025
Selamat berpuasa guys. Belum terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa. Walaupun dah 15 Ramadan. Kira masih validlah ya.

3 Mac 2024 (Isnin) – Cuti Awal Ramadan (Johor)
4 Mac 2024 (Selasa) – Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
18 Mac 2024 (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
23 Mac 2024 (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
Nampak gaya sebulan sekali tuan blog muncul. Harapnya tak berlarutan sampai hujung tahun. Parah betul tahun 2025 ni. Banyak dugaan melanda. Dengan writer's block, dengan penyakit M, dengan kesihatan yang tak menentu. Begitulah...
Masuk bulan Mac 2025, kita dan teruja nak berpuasa 1 Ramadan pada 1 Mac hari Sabtu. Sekali dengar pengumuman, 2 Mac hari Ahad baru 1 Ramadan. Dah macam pengumuman raya terkejut.
Agak mencabar awal Ramadan tahun ni sebab dilanda batuk dan selsema yang agak teruk. Bermula dengan alahan pada hujung bulan Februari. Lepas tu batuk, selsema dan badan on off panas. Nak kata demam tu macam ye, macam tak.
Berlarutan batuk dan selsema sampai seminggu lebih berpuasa. Siang tu tak boleh nak buat apa lah, sakit tekak batuk dan berkahak tu memang tak tenang hidup. Nak tidur lena pun tak boleh. Kejap kejap bangun buang kahak. Sakit pun tak rehat. Tapi masih berpuasa.
Bila dah beransur baik. Tiba-tiba tekak pula radang. Nak telan air liur pun seksa. Inikan pula nak makan. Makan bubur je lah yang seleranya.
Setakat ni dah 3 kali pergi klinik. Alergi kena cucuk. Kali kedua batuk demam berlarutan ambil darah. Bukan saya je, encik suami pun alami sakit yang sama. Dia siap pakej cirit birit. Saya pula dengan pakej sakit mata. Dugaan betul. Musim sakit begini agaknya.
Bila dah macam sihat sikit ni barulah ada kudrat nak menaip cerita dalam blog.
Dalam pada masa tak sihat tu, instagram kena hacked. Dah kenapa tiba-tiba. Takkan dah lama tak update, nak tolong update kan untuk kita? Malas nak fikir. Mana nak tahan sakit, dengan nak fikir instagram lagi. Saya buat apa yang patut lepas tu OK semula instagram.
Eh, sekali lagi dia buat benda yang sama. Dia update pasal apa entah, macam pelaburan gitu. Post dan juga instagram story. Lepas tu dia publickan account kita pula. Apa entah masalah dia. Saya delete dan private semula account. Lepas tu OK dah.
"Dah buat two factor security pun masih kena hacked begini???"
Reda pasal tu, facebook pula ambil alih. Dapat notification hacker tukar email. Lepas tu saya delete email tu. Dah delete, nak masuk semula account tak boleh. Request code tapi sampai ke sudah tak dapat-dapat. Baik whatsapp ataupun text SMS. Hmmm...
Berkali-kali buat sama juga. Malas fikir dah. Kita pun jarang update. Biarlah...Ini semua dugaan. Ada lah tu hikmahnya. Jangan dia update yang bukan-bukan sudahlah. Jangan scam orang sudah.
Fuhh...tahu-tahu dah panjang menaip. Dari tak ada idea, sekali dah bebel berjela-jela pula dah. Doktor pesan kena pakai mask, kurangkan contact. Macam kena kuarantin pula dah. Harapnya cepatlah sembuh sepenuhnya. Kita nak jumpa orang pun risau. Takut berjangkit.

Page 60/365
MARCH
faith & hope.
MARCH 'COFFEEtopia' :
The moment you think of becoming better is the moment to begin.
Change, like coffee, is best when it's fresh.
Later, the coffee gets cold.
Cuti umum/ Public holidays Mac 2025
2 Mac 2024 (Ahad) – Awal Ramadan (Johor & Kedah)3 Mac 2024 (Isnin) – Cuti Awal Ramadan (Johor)
4 Mac 2024 (Selasa) – Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
18 Mac 2024 (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
23 Mac 2024 (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
24 Mac 2024 (Isnin) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
31 Mac 2024 (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri (semua negeri)
8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa/ Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)
Sambutan pada bulan Mac
Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa/ Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)
Istimewanya bulan Mac tahun ni kita sambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam bulan yang sama. Ikut kalendar kita akan sambut Ramadan 1 Mac dan meraikan 1 Syawal pada 31 Mac. Bila tengok anak bulan, Ramadan 2 Mac. 1 Syawal kita tak tahu lagi bila. Apa-apa pun kena tengok kemunculan anak bulan dan pengumuman raya.
Post a Comment