Header Ads

Salam Nuzul Al-Quran 1446H/ 2025M

Salam Nuzul Al-Quran 1446H/ 2025M. Hari Nuzul Al-Quran di Malaysia jatuh pada hari Selasa, 18 Mac bersamaan dengan 17 Ramadan 1446H.

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa bersejarah bagi umat Islam dimana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian diturunkan secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran pada hari ini. 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil.— Al-Baqarah : 185

Turunnya Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan dengan 6 Ogos 610M di Gua Hira' ketika baginda sedang beribadat. Malam tersebut adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW ke-41.

Salam Nuzul Al-Quran

Fakta penting Nuzul Al-Quran

  • 17 Ramadan : Wahyu Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril AS. Malaikat Jibril memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : Iqra, yang bermaksud (bacalah)
  • 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.
  • 6 Kilometer Dari Mekah : Iaitu, lokasi gua hira, Jabal Nir di mana Al - Quran mula diturunkan.
  • 23 Tahun : Maksudnya, 23 tahun tempoh Al - Quran diturunkan secara beransur - ansur
  • 41 Tahun : Maksudnya, usia Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Nuzul Quran

Pengertian Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 

Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. 

Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:

وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.”
Surah al-Baqarah :22

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.”
—Surah Ali-Imran:3

Tujuan Al-Quran Diturunkan

Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
Surah As-Sad: 29

Bersamalah kita memperingati, menghayati, memahami, beramal dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Perbanyakkan membaca Al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.

Hari Nuzul Al-Quran juga merupakan cuti umum di Malaysia untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor. Selamat bercuti.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.