Alahan Kulit Yang Tragis
Balik dari kampung Segamat dan Pilah, terus dapat alahan yang tragis. Kira tragis lah pada saya sebab tak pernah berlaku. Kulit muka gatal-gatal, merah dan bengkak. Bukan sekadar gatal tapi pedih ya amat bila cuci muka dan letak moisturiser.
Nak bagi lega sampai kena basahkan kain dan tekap pada muka. Biarkan je, baru rasa selesa.
Di Segamat, mungkin disebabkan habuk. Tak betul-betul kemas bersih agaknya walaupun kita kemas guna vacuum. Lepas tu tengah musim panas masa tu. Haba lagi. Berpakej-pakej yang menyebabkan alahan kulit.
Di Pilah pula berpanasan di luar sebab basuh periuk di luar rumah lepas kenduri. Lepas tu berpeluh panas buat kerja. Bertambah-tambah dia punya pakej.
Saya pun duk lenjan lah buat itu ini sebab mas tu tak nampak lagi dia punya kesan alahan kulit tu. Balik rumah baru dia muncul merah-merah, gatal, pedih dan bengkak.

Dalam gambar tak berapa sangat. In real, ya ampuunnn..berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Dugaan apakah ini? Sebelum ni pernah jadi alahan juga tapi tak berapa teruk. Sekadar gatal dan merah sikit je kalau panas. Kali ni teruk ya amat.
Pantang berpeluh dan panas sikit. Mesti naik dia punya gatal-gatal tu. Bukan peluh dan panas je. Habuk tak boleh, haba tak boleh, asap tak boleh. Banyak betul pantangnya.
Pasal makanan tak ada pula alahan dia. Tapi pernah jugalah sebelum ni kalau makan ayam, jadi gatal. Itu pun kejap je lah. Mungkin jadi bila makan ayam yang tak fresh.
Bila makan ayam dah okay, alahan dia berpindah alam. Disebabkan tak tahan dengan alahan tu, nak tak nak kena juga pergi klinik. Sampai bila nak menanggungnya pula kan.

Mendapatlah kena cucuk sedas. Selain tu dapat ubat radang, ubat tahan sakit dan gatal. Alhamdulillah habis je ubat, sakit pun hilang. Mujur pergi klinik juga. Tak sanggup haih nak berperang menahan sakit dan gatal. Pedih pula tu!
Pertama kali dapat alahan yang tragis sebegini. Ini dah kira tragis pada saya. Nampaknya lama lagilah kita nak meneruskan kembali aktiviti hiking ni. Lama kena berpantang. Kena buat aktiviti indoor je lah. Sesekali jadi puteri lilin.
Doktor pesan pakai moisturiser yang tak ada bahan seperti niacinamide. Lepas ke klinik terus ke pharmacy Alpro cari moisturiser aloe vera. Pharmarcist recommend pakai moisturising aloe vera gel Derma health's Skinlabs.
Setakat ni saya pakai, serasi dengan kulit. Alhamdulillah. Barang makeup memang tak pakai dah. No more foundation dan sebagainya. Saya hanya pakai skincare je sekarang. Risau salah pakai produk yang bahan-bahan tak serasi dengan kulit.
Sebelum ni pakai je produk moisturiser aloe vera yang ada niacinamide, okay je. Dah beberapa tube guna. Sekali tiba-tiba datang alahan, terus tak serasi. Kenapa entah tiba-tiba. Banyak faktor yang mempengaruhi alahan kulit ni.
Sekarang dah tak seteruk itu. Sesekali kalau peluh dan panas tu terjadi juga gatal dan merah. Tapi tak teruk lah. Kejap je. Kadang nak keluar pun fikir banyak kali. Nak keluar beli barang pun keluar malam je lah. Betul-betul puteri lilin.
Ini juga salah satu faktor saya jarang update blog yang pernah saya ceritakan pada awal bulan Mac hari tu.
Kena duduk tempat yang sejuk kot Fizah. Tak apalah jadi puteri lilin buat seketika.
ReplyDeleteMemang terasalah pedihnya kulit tu. Syukurlah sudah beransur pulih. Saya pun ada beberapa orang anak murid yang alahan kulit. Kalau cuaca panas, habis merah seluruh badan, pedih dan gatal. Kesian sungguh.
Ya betul tu kak Amie. Kena duduk dalam bilik on air cond je baru OK. Alhamdulillah sekarang ni OK sikit. Kalau budak sekolah kecil kena alahan begini lagilah kesian.
Delete