Masih berada di Alamanda Shopping Centre Putrajaya. Lepas membeli telekung SK, kita singgah di Lovely Lace. Niatnya nak membeli bauan untuk rumah dan kereta. Sajalah nak bertukar bauan. Teringin nak rumah bau macam kedai Lovely Lace tu.
Sebelum membeli saya cuba beberapa jenis bauan. Bauan cashmere vanilla dan oriental forest menarik perhatian hidung saya. Tapi tetaplah memilih Teddy's Dream sebab nak bau kedai Lovely Lace.
Bauan Teddys Dream Lovely Lace
Saya beli 1 set bauan Teddy's Dream iaitu car diffuser dan reed diffusers dengan harga RM89 selepas diskaun RM10 sebab install apps Lovely Lace. Okaylah tu dapat diskaun RM10 dan dapat points juga. Tapi tulah tak pasal-pasal kena install apps dia.
Car diffuser
Car diffuser tu hanya perlu buka penutup dalam dia dan letak dalam kereta je. Nak dijadikan cerita, tak baca dia punya guide. Lepas buka penutup, saya tonggengkan botol sebab ingat macam pewangi ambi pur tu nak kena serap dalam stick kapas tu. Sekali tumpah daa...
Mujur tak banyak. Tapi tumpahan yang tak banyak tu mampu membuatkan perit hidung. Terpaksalah buka tingkap untuk melancarkan penafasan.
Tumpahan cecair pewangi tu saya lap dengan tisu. Tisu tu saya buat pewangi dalam rumah. Selagi boleh guna, kita guna. Taklah rugi sangat dengan tumpahan tu. Kann...
Tapi tak lama pun saya letak car diffuser ni dalam kereta sebab macam tak selesa dengan bauan dia bila masuk kereta. Macam bauan lembap. Tapi kalau kereta dah bergerak dan buka air cond okay je. Sudahnya saya letak dalam rumah di ruang tamu je lah.
Reed diffusers
Bila letak stick fiber ni, memang wangi sangatlah satu rumah. Bau pekat lagi-lagi kalau lalu sebelah dia. Tapi yang tak bestnya, seminggu lebih je dah kering. Sangatlah tak berbaloi pada saya. Cepat sangat habis. Tak mesra poket. Mahal pun ye. Tapi bau memang best lah.
Mungkin kena kurangkana stick fiber tu. Sebab cepat meresap kot. Cepatlah habis cecair tu. Bau pun berkurang.
Bauan dia saya tak tahu nak terangkan macamana. Macam bauan kedai Teddy bear kot. Itu sebab nama dia Teddy's dream kot. Saya agak je.
Tapi bau dia memang best. Nak tahu macamana bau dia, sila lalu depan kedai Lovely Lace. Teddy's dream ni signature bauan Lovely Lace.
Akak mati2 ingat bauan ni macam rose ke apa..rupanya memang bauan yang tiap kali lalu kat loively lace tu..lembut dan tenang je kan
ReplyDeleteYa, begitulah bau dia. Lembut dan best.
Delete