Header Ads

Berat Turun Masa Bulan Puasa

Masa bulan puasa haritu tergerak hati nak timbang berat makan. Risau bila lama tak bersenam secara konsisten sejak bulan Januari 2025. Tahun lepas 2024 gigih kita bersenam. Hiking pun dapat buat setiap bulan.

Tapi tahun ni malap dengan senaman akibat alahan kulit. Manja betul tak boleh berpanas, berpeluh, berhabus, berhaba, berasap dan macam-macam ber lagi lah. Jadilah puteri lilin kejap.

Terlampau risau berat naik, saya pun timbanglah. Sekali timbang, terkejut berat turun. Selama ni punyalah degil dia nak turun. Bila kecewa terus merajuk tak nak timbang berat dah. Selepas 84 hari tak timbang, dia buat kita terkejut ek.

Berat Turun Masa Bulan Puasa

Macam tak percaya turun banyak jugalah tu, 3.2kg bukan jumlah yang sikit pada saya. Satu kejayaan jugalah. Mungkin sebab bulan Mac, puasa haritu pun saya sakit batuk berpanjangan tu. Kurang makan pun ye. Lagi satu, banyak minum air mineral spritzer pun ye juga. 

Banyak faktor penurunan berat badan walaupun tak bersenam. Tak pernah lagi turun berat badan masa bulan puasa. Tapi janganlah pula lepas ni berhenti bersenam. 

Untuk rekod, ini satu percapaian yang baik. Boleh lah berlagak kejap berat dah turun. Terus pakai baju raya saiz XS. Tak pernah-pernah baju raya saiz XS. Padahal XS design loose kot. Bagilah chance bangga kejap. Bukan lama pun. 

Tapi tiba-tiba jadi risau berat naik semula lepas raya ni. Nak timbang ke tidak, nak timbang ke tidak. Tacod! Eh, tapi lepas raya 7-13 Syawal sambung puasa enam. Lepas tu bedal macam-macam. Tak tahulah berapa berat naik. 

Saya gunakan penimbang digital pintar realme dan guna aplikasi Xioami Home. Ada pelbagai jenis lagi ukuran selain berat badan. Jadi kita tahulah mana nak kurangkan. Lepas tu dia kan labelkan berat badan kita ni ideal ke, obese ke overweight ke.

Semua berat yang kita timbang ada grafnya. Jadi boleh nampak turun naik berat kita. Walaupun berat saya turun tapi label tu masih high, belum mencapai berat yang ideal dengan BMI yang sesuai. Banyak lagi nak kena turunkan tu. 

Biasa timbang waktu pagi sebelum sarapan. Bulan puasa haritu saya timbang petang sebab berpuasa dan tak makan apa-apa. Jadi petang tu kira waktu yang sesuai jugalah kot kan. Kalau timbang pagi macam tak sesuai je sebab baru lepas sahur.

Entah bilalah nak mencapai azam kurus yang dah carry forward bertahun-tahun tu. Tak penat ke asyik carry forward je. Sekarang ni rasa macam rindu nak hiking. Bilalah akan mula kembali. Sekarang macam dah ok sikit rasanya. Tunggu masa yang sesuai.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.