Header Ads

Bergambar Raya Di Sawah Padi

Sebelum sampai di kampung Kuala Pilah, kita berhenti dulu di sawah padi untuk bergambar. Port wajib bergambar bila raya di Kuala Pilah. Alang-alang dah lalu, takkan tak singgah. 

Tahun lepas tak singgah. Tahun sebelum tu raya 2023 sempat singgah kejap tapi padi tak ada lansung. Mungkin sebab tau tak singgah tahun lepas.

Tahun ni nampak ada pokok padi yang menghijau walaupun tak tinggi. Tetaplah nak bergambar juga. Masa kami sampai ada juga orang berhenti ambil gambar. Maksudnya bukan saya je teruja bergambar di sawah pagi, orang lain pun sama. Tak lah nampak macam kita ni jakun sangat.

Gambar Raya

Acah-acah model bergambar di tengah panas. Memang panas pun! Kita ni kalau ada mood nak ambil gambar lupa dah panas tu apa. Kann...

Gambar Raya

Photographer tak berbayar layankan je. Sawah padi ni kalau pokoknya naik tinggi mesti lagi cantik gambar tu. Waktu tengah panas ni bukan waktu yang sesuai ambil gambar. Waktu yang sesuai dan terbaik untuk photography adalah semasa golden hour.

Bak kata sifu photography Tuan Haji Saiful Nang,

Golden hour merupakan satu waktu di mana matahari berada di "horizon" (ufuk) dan menghasilkan cahaya kekuning-kuningan. Kebiasaannya waktu ini adalah satu jam sebelum Sunset dan satu jam selepas Sunrise. Golden hour merupakan antara waktu terbaik untuk mengambil gambar, ini kerana ianya akan menghasilkan gambar yang "WARM" dan lebih hidup.


Gambar Raya

Gambar berdua pula guna tripod gimbal. Kena laju-laju bergambar bila guna tripod sebab kurang stabil disebabkan angin menolak-nolak. K-heart posing catu. Otey! (Ikut itonasi Tatin di TikTok) YTJT.


Gambar Raya

Big Heart posing sekali. Gagal teruk ye love yang encik suami buat, jauh tersasar dan tak bersambung dengan separuh hati saya tu ha. Takpelah, yang penting dia sayang saya sepenuh hati. wkwkwk...

Gambar Raya

Selain sawah padi di Sekinchan, sawah di Kuala Pilah ni pun menarik juga. Boleh jadi tarikan untuk orang bergambar. Ramai juga bergambar raya di sini. Kami tumpang bergambar ye tuan tanah. Terima kasih.

18 comments:

  1. aaa bestnya photoshoot sini . nak pergi 'kampung' dekat area kuala selangor (tapi depan lagi tu) jauhhhhhhh sangat. weekend jammed teruk. dah malas nak pergi. tp tu la, gambar lawaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana memang jadi tumpuan ramai. Pernah pergi area Sekinchan tu, sesak betul kalau weekend. Lagi-lagi di Area kapal terbang tu kan. Ambil gambar di sawah padi memang lawa.

      Delete
  2. Cantik pulak bila bergambar raya di sawah padi mcm ni.. tapi kg kita takde sawah padi cam ne lak tu hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Kuala Pilah, bolehlah singgah sekejap ambil gambar. hihi...dokek yo.

      Delete
  3. kene dtg bergambar lagi time padi sedang menguning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terfikir juga tu. Mungkin raya Aidiladha nanti ke kan..

      Delete
  4. Lawa, lawa. Macam-macam pose ada. Nampak langit biru, cantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bawah hijau, di atas langit biru dengan awan kepuk-kepuk. Kombinasi yang cantik gitu kan.

      Delete
  5. Area rumah saya pun dekat dengan sawah.. Belakang rumah je sawah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh untung sangat tu kalau photoshoot raya. Dekat!

      Delete
  6. Melihat cantiknya bergambar di tengah sawah, teringat pula zaman dulu hidup di tengah kebun getah. Agaknya cantik kalau dapat bergambar di antara barisan pokok getah yang berjajar rapi. Sayangnya sekarang dah tak jumpa dah kebun getah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun getah kalau buat photoshoot pun cantik kak Amie. Klasik gitu.

      Delete
  7. Lagi best kalau bergambar dalam petak sawah tu , sambil2 belai pokok padi dan simbah2 air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Sawah padi orang tu wak. Kita ni tumpang bergambar tepi je.

      Delete
  8. cantik.. i is jelous, mcm nak pilah esok plak.. ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kak. Kot ada saudara mara sinun bolehlah beraya sekali. hihi...

      Delete
  9. Dania ada ajak akak bergambar kat sini, tapi memandangkan mood kelaut dan demam bagai...memang xde la..next time la..harap2 padi blom masak lagi..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada mood dan sakit tu better tak payah kak. Nanti tak ada mood nak bergambar. Next time boleh singgah masa padi tinggi sikit.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.