Header Ads

Braces Monthly Review 8 Bulan Januari 2025

Kembali update kisah perjalanan pakai braces. Diam tak diam, kejap je dah 8 bulan pakai braces ni sehingga Januari 2025. Tudiaa lama tak update pasal braces ni. Dari Januari, sekarang dah April. Ada 2 bulan lagi tak ber update, Februari dan Mac.

Slowly but surely. Tak banyak nak update untuk braces monthly review bulan Januari.

Braces Monthly Review 8 Bulan (Januari 2025)

Doktor cuma tukarkan getah o-ring sahaja. Maksudnya ketatkan wayar besi (arch wire) je. Jadi, cuma rasa tekanan yang kecil je. Itupun kejap je. Lain orang lain toleransi sakit dia kan. 

Masih tak nampak petanda kena pakai accesories yang lain. Gigi bawah depan masih belum tegak betul lagi. Jarak antara gigi bawah masih ada jarak. Gigi sebelah atas bawah masih belum di posisi yang betul. 

Perjalanan masih panjang, belum setahun pun lagi. Saya paling risau kalau kena pakai power chain. Itu tarikan dan tekanan dia lagi sakit katanya. 

Dulu orang kata pakai braces sakit. Tapi ikut pengalaman saya, awal-awal tu je lah sakitnya susah nak gigit dan kunyah makanan. Sekarang makan macam tak pakai braces pun ye. Lasak bukan main. Mujur tak tercabut bracket.

Tapi makan tu kenalah potong kecil-kecil. Tak boleh terus gigit makanan yang besar tu guna gigi. Pantang larang tu. Contohnya nak makan buah ke, ayam ke, roti k, burger ke. Kena potong kecil-kecil baru mudah nak makan dan mengunyah. 

Yang tak bestnya bila makan tu makanan mudah tersangkut di celah bracket. Jenuh nak floss. Nasib baik ada water flosser. Mudah kerja nak bersihkan gigi. Kalau kat rumah okay lagi nak floss. Kalau makan di luar kena bawa siap-siap interdental brush L shape tu dan juga 3 in 1 flosser. 

Leceh bukan? Tapi dah pakai, kita hadap je lah. Nak menyesal pun tak berguna lagi. Nak kata menyesal tu tidaklah. Dia lebih kepada tak sabar nak tunggu dan tengok gigi tersusun rapi dan sihat. 

Ya, beauty is pain. 

Braces Monthly Review

Sekali lagi saya memilih warna maroon untuk getah o-ring tu. Mati idea nak pilih warna apa. Warna lain susah nak berkenan. Tak maroon, hitam. Tak hitam, deep purple. Begitulah bergilir-gilir sampai Abang Jamil...

ayat seterusnya tak perlu sambung.

6 comments:

  1. Moga dipermudah kan semua nya ❤️ lawa merah tu.

    ReplyDelete
  2. tapi terauto sambung pula dalam kepala hehe

    ReplyDelete
  3. wahh boleh pilih2. hehehe. sy last pakai entah tahun bila tak ingat. sy buat under HUKM kot. di refer oleh HKL. sy punya appoiment mcm tergantung. selepas PKP. dan hilang begitu sahaja (sbb call pun xdpt2). last pakai yg macam ada warna pink (langit2 tu)/. sy tatau nama dia hahhaa. goodluck akak untuk journey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh pilih-pilih warna. Boleh pulak dia stop macam tu je kan. Tak buat report atau teruskan di mana-mana ke? Sedih betul macam tu kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.