Header Ads

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Encik suami nak derma darah sebab dah sampai masanya. Dah lebih 3 bulan dari kali terakhir derma darah. Nak derma darah waktu siang tak boleh, sebab berpuasa. Boleh derma waktu malam je.

Sebelum ni encik suami pernah derma darah waktu malam bulan Ramadan di Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). Tapi macam pelik pula bulan Ramadan haritu tak dibuka. Dia buat versi mobile. Tak silap masa tu di Masjid Sendayan. Jauh pula.

Derma Darah

Selepas beberapa hari tu, nampak iklan Kempen Derma Darah Malam Ramadan 2025 di facebook page Pusat Derma Darah HTJ. Sebelum balik kampung beraya, moh doreh derma darah dulu.



Saya ni konon nak teman je. Niat tu memang nak derma darah juga tapi sebelum ni dah berkali-kali cuba tak lepas. Tekanan darah tu tinggi. Tahun lepas je 3 kali saya cuba nak derma darah tapi gagal. 

Tak tahulah kenapa tekanan darah/ blood pressure (BP) tu tinggi. Kita ni bukan ada darah tinggi. Terpaling berdebar barangkali.

Lepas dah gagal 3 kali tu, saya pun dah berputus asa sebenarnya. Tapi saya bawa je buku merah sijil derma darah tu. Kotlah ada keajaiban di malam Ramadan. Tiba-tiba boleh derma darah pula kan.

Nervous tu tetap ada. Isi borang je lah. Lepas tak lepas lain cerita. Yang penting niat kita ikhlas nak derma darah tu ada.

Derma Darah

Selesai isi borang, ke kaunter semak hemoglobin (Hb) darah. Okay lepas. Bab Hb ni saya tak risau sebab tak pernah gagal. Lulus je.

Dah lulus, jom masuk ke dalam selesaikan urusan pendafataran pula. Kita dah berdebar nak jumpa doktor. Risau BP tinggi. Teringat kata-kata yang semak Hb tadi, nak derma darah kena tenang-tenang je kak.

Yolah. Kita ni sehabis baik nak bertenang. Tapi nak juga berperang dengan nervous. Tenang...tarik nafas, lepass...fuhhh...

Sampai giliran saya jumpa doktor, awal-awal lagi saya cakap dengan doktor. BP saya memang tinggi kalau check di hospital ke mana-mana ke. Tapi di rumah normal je. Saya memang jenis cepat panik gitu. Doktor kata saya ni mungkin ada white collar syndrome.

White collar syndrome tu jenis orang yang tekanan darah dia tinggi bila jumpa doktor atau petugas kesihatan. Asal nak check BP je tinggi terus. Begitulah secara ringkasnya. Sedangkan kalau di rumah BP normal.

Doktor check BP saya untuk kali kedua. Dia kata kalau turun bacaan tu, boleh derma darah. Alhamdulillah bacaan BP turun. Fuhh...lega ya amat. Mungkin sebab doktor cakap macam tu jadi kuranglah sikit rasa berdebar dia.

Seronok betul dapat derma darah. Sekali bila dapat derma darah, doktor kata nak ambil banyak sikitlah 450ml. Sebelum ni 300 ml je. Sebab masa tu pertama kali derma darah.

Kali kedua ni ambil lebih sikit alang-alang dah lulus menderma. Seram sejuk juga sebenarnya. Kita perhati je nurse buat kerja dia. Letak bius, cucuk jarum.

Derma Darah

Lengan kena lurus, jangan bengkok. Sambil tu pam tangan supaya senang darah keluar mengalir. Tak sampai 5 minit penuh lah beg darah. 

Derma Darah

Lepas derma darah rehat kejap sementara tunggu encik suami siap derma darah. Jauh jauh pula kami dapat tempat. Saya dalam bilik, dia dekat luar. Waktu berehat ni biasanya nurse bagi 5 minit je atau rasa dah okay boleh je bangun. 

In case kalau berpeluh tu kena rehat lama sikit. Risau pengsan je. Minum air bagi bagi ada tenaga.

Saya dapat tempat yang air cond dia kuat, sejuk rasa tenang sikit. Tak gelabah nak berpeluh. Tak ada rasa pening ke nak pitam ke. So far so good.

Usai urusan kami berdua derma darah, terus menuju keluar dan ambil hadiah yang diberikan. Masa daftar tadi ada diberikan nombor. Nombor tu adalah nombor giliran merujuk kepada bilangan jumlah penderma yang datang. 

Kami penderma dalam lingkungan penderma ke 51-100. Dapatlah hadiah-hadiah ni yang diletakkan dalam woven beg yang kami terima. 


Siap pakej bergambar sekali di pentas yang disediakan. Untuk dua hari kempen ni ada disediakan sekali hidangan untuk berbuka puasa. Penderma awal-awal lagi menarik hadiahnya. 

Derma Darah

Ikut kebiasaaan derma darah ni dapat air minuman, air mineral atau air kotak. Makanan dapat roti atau biskut. Ini kali meriah hadiahnya. Daripada hadiah yang kami dapat, macam banyak sumbanga daripada Penaja Big Pharmacy dan Mawar Medical Centre.
  • Woven beg Mawar Medical Centre
  • Pelindung matahari kereta Mawar Medical Centre
  • Sijil penderma darah
  • Makanan & minuman ringan
  • set kutleri
Ini yang bestnya kalau sertai kempen derma darah. Kita bukanlah nak aim hadiah je. Itu buat rasa seronok menderma je. Yang penting niat derma darah tu nak membantu. Kita ni darah O, rugi rasa kalau tak dapat menderma. 

Kalau tak kerana halangan, mesti dah banyak kali saya dapat derma darah. Adalah hikmahnya tu. Syukur juga masa menderma tu saya dah sihat. 

Sekali bila dapat menderma, alangkah seronoknya rasa. Semoga dengan usaha kita menderma darah dapat membantu dan menyelamatkan mereka yang memerlukan. Bekalan darah pun semakin berkurang di hospital.

Sekurang-kurangnya 3 nyawa dapat kita selamatkan. Badan kita pun jadi lebih cergas sebab sel darah merah baru akan terhasil. Selain itu, secara tidak lansung dapat membakar sekurang-kurangnya 650 kalori pada satu sesi derma darah. 

Dengan menderma darah juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Banyak lagi kebaikannya dari segi kesihatan. 

Encik suami dah 38 kali. Saya baru dua kali. Jadilah kan, dari tak ada lansung. Pastikan sihat tubuh badan, berat yang mencukupi, makan berat sebelum menderma dan memenuhi syarat-syarat untuk derma darah. Jom derma darah!

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Sayu pula tengok permandangan ni. Semoga diberi kesembuhan kepada mereka yang menghuninya dan dipermudah segala urusan petugas-petugas. Aamiin...

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.