Header Ads

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Birthday bulan Februari, bulan Mac baru dapat hadiah birthday. Tak kisah lah bila dapatnya. Ada rezeki, ada. Tak ada, tak apa. Encik suami dah niat katanya nak bagi hadiah gelang emas bila ada rezeki lebih.

Alhamdulillah, kita dengar pun seronok hati berbunga-bunga. Apatah lagi dah dapat. Sebelum pergi kedai emas Habib Jewels, saya survey dulu di website. Bila dah berkenan satu design tu tapi pergi kedai tak ada pula yang saya nak. Tak banyak pilihan dan tak kena dengan bajet.

Jadi, terus ke kedai emas Wah Chan pula yang selang sebuah kedai je dari Habib Jewels. Belek punya belek, berkenan lah dengan gelang yang ada walaupun bajet lari sikit.

Sementara menunggu, kita cuci mata dulu lah tengok gelang yang ada. Bersinar-sinar mata tengok golang omeh (baca: gelang emas). Rambang mata nak memilihnya pun.

WAH CHAN GOLD 916 BRACELET

Suka dengan yang tak lebar sangat dan tak tebal sangat. Kalau dapat yang besar okay je. Kena tunggu modalnya besar dulu.

WAH CHAN 916 GOLD BRACELET

Cuba juga beberapa utas gelang tangan. Mula ambil yang kecil sikit ikut bajet. Lepas tu kena racun pilih yang besar sikit sebab nak tolak lebihan gelang lama yang dipotong.

Adjust punya adjust harga, setujulah beli yang design dunhill lebar begini. Lagipun masa tu ada harga diskaun promo raya. 

WAH CHAN 916 GOLD BRACELET

Ke design lipan nama dia? Entahlah. Kurang pakar bab design emas ni. Kita bukan selalu beli. Emas 22k/916 jenis kosong. Tak padu tapi berat jugalah.

Gelang baru ni pun kena potong juga bagi muat saiz tangan. Sebelum potong 13 gram lebih. Lepas potong 12 gram lebih. Dapatlah harga murah sikit. Tu belum harga upah lagi. Harga upah RM458.60. Agak mahal kos upah dia ye. Boleh dapat sepasang earings.

Harga upah ni bergantung pada jenis design. Lagi payah dan cantik design dia, lagi mahallah upahnya.

Ada rezeki lebih nanti boleh cari yang padu pula. Sekarang emas dah mahal. Nak cari yang padu dan lebar, makan modal lagi banyak.

Masa beli gelang emas 916 ni, harga se gram RM439. Harga segram darab dengan 12 gram lebih. Lepas tu tambah harga upah. Tolak harga lebihan gelang lama yang dipotong, RM240. Tambah tolak dapatlah harga total lost pada hari tersebut.

Untung juga beli emas masa musim perayaan ni sebab harga diskaun. Lagipun beli emas ni tak rugi. Harga emas pun makin naik. Akan datang kalau jual semula jadi mahal. 

Membeli di Wah Chan ni yang best nya boleh dia bagi kita best price sampai jadi. Lepas tu layanan pekerja pun bagus. Yang tak bagusnya di racun kita bagi ambil yang lebih besar. Hahaha...siapa suruh teracun kan.

Lepas tu boleh potong gelang masa tu juga sebab ada tukang. Ada sesetengah kedai emas perlu sehari dua macam tu. Gelang lama yang saya potong pun dia siap cuci dah upah. Yang menariknya dia tak kenakan upah untuk potong dan pateri untuk kedua-dua gelang saya. Katanya sebab saya beli gelang tu, dia tak kira harga upah. Ye lah tu.

Gelang lama yang dipotong pun dia siap cuci sekali. Haa baguslah tu, saya pun dah lama tak cuci gelang lama tu. Lenjan je buat pakai harian. 

Wah Chan ni banyak pilihan dan harga pun boleh adjust mampu milik. Cuma tu lah dia punya bekas tu tak se exclusive Habib. 

Terima kasih encik suami. Hadiah birthday merangkap gelang raya pun bolehlah ye. 

10 comments:

  1. Sabtu akak tengok harga emas kat Mytown, RM467 lebih....mak aiiii....tunggu la harga emas turun balik...bila la agaknya tu nak turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aiiii..cepat betul naiknya. Tak lama lagi nak naik RM500 pulak. Pengsan! Rasanya tak turun dah tu. huhu...

      Delete
  2. Padu lipan dia. Semoga terus bertambah rezeki wang dan kesihatan buat suami Fiza , Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Hehe nampak besar gelang itu. Betullah emas ini harga makin naik sahaja.
    Alhamdulillah rezeki untuk hadiah harijadi dan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, harga naik dan naik tak turun-turun. Alhamdulillah dapat hadiah birthday dan sempena raya.

      Delete
  4. kalau dekat PG dah cecah Rm500 sabtu ke ahad semalam..nie turun seringgit...kikiki..
    termakan racun sebab modal nya ada lagi...kalau duit nya itu je, tak mengena lah racunnya..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah tu. Mujur kita stop kan dia. Kalau tidak sesat jauh pergi nya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.