Header Ads

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Selesai aktiviti bergambar di sawah pagi, kami teruskan perjalanan balik kampung encik suami di Kuala Pilah. Masa sampai dah meriah rumah dengan tetamu. Jadi, kita bersalaman bermaafan je lah dulu. Tak ada acara bergambar. Layan tetamu.

Tetamu dah balik, rehat kejap. Ingatkan nak terus beraya ke rumah uwan sebelah arwah abah mentua di Rembang Panas. Tapi waktu dah nak dekat zohor. Lepas solat zohor lah baru kita gerak.

Rumah Uwan ni, rumah wajib pergi kalau hari raya pertama walaupun arwah abah tak ada. Lama juga bersembang bila jarang jumpa saudara mara. Saya sembang sikit-sikit je lah. Nak sembang loghat nogori tak ghoti bonar. Dongar yolah. Sesekali menyelit tu ada lah, orang tanya kita jawab.

Meriah rumah uwan dengan anak-anak, anak-anak menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit. 

Dari rumah uwan, ke rumah pakcik sebelah mak pula. Rumah adik mak di Jemapoh. Tak lama di rumah pakcik sebab dia kurang sihat. Nampak buah limau abong/bali ni. Saiz comel je. Kalau dapat sedap ni. Nak minta segan. Ambil gambar je lah.

Kisah Hari Raya Pertama

Berdekatan dengan rumah pakcik, singgah rumah sepupu mak. Depan rumah pakcik je pun. Alang-alang dah dekat. Kita singgah lah kejap.

Balik dari beraya, barulah ada masa nak bergambar sekeluarga. Pun tak ramai sebelah encik suami. Hanya adik ipar dan suami je ada. Yang sorang lagi balik Perthlis giliran raya rumah mentua. Waahh kemain nak di Perth kan. Padahal Perlis je. Pilah pula di Philadephia kan.

Marilah kita ber family portrait buat kenangan. Walaupun tak ramai tapi ada. Saya paling renek di situ ye. Keluarga encik suami semua tinggi lampai. Terasa macam adik-adik je.

Kisah Hari Raya Pertama

Gambar berdua bersama mak mentua. Port yang sama bergambar raya 2024 tahun lepas. Tahun sebelumnya raya 2023 berlatar belakangkan rumah depan.

Kisah Hari Raya Pertama

Sekejapan je acara bergambar. Mood nak bargambar pun dah tinggal 0%. Penat beraya uiii. Badan dah berlengas dek kerana panas. Boleh tahan panas juga hari raya pertama tu. Balik terus mandi, solat asar dan barulah dapat rehat yang betul-betul rehat. Malam tu solat isya' awal dan tidur awal. 

هناك 12 تعليقًا:

  1. Kalau tinggal 0% tu cepat2 pegi cas! (macam hp pulak) hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha..tidur tu kira tengah charge tu uncle. Kumpul tenaga untuk esok pulak.

      حذف
  2. Kenapa diblurkan muka² tu.. Simoan di blog, bokeh jadi kenangan..

    ردحذف
    الردود
    1. Tak silap saya, sebelum ni pernah tanya juga dan saya ada jawab juga.
      Untuk privacy mereka. Hihi...

      حذف
  3. Seronok beraya kan walau kadang letih.
    Laman rumah bersih kemas, suka tengok.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, semua orang mesti letih selepas beraya. Tambah lagi yang beraya sakan dan perjalanan jauh. Tapi itu semua kenangan raya kita. Alhamdulillah, kadang balik memang itu lah tugasnya, membersihkan laman. Ada pokok besar, daun memang sentiasa gugur.

      حذف
  4. Kak Amie rasa raya pertama memang terasa betul letihnya. Mungkin sebelum itu buat persediaan untuk sambut raya.
    Cantik limau balinya tu Fizah.
    Latar belakang rumah kayu itu pun nampak menarik, suasana desa.

    ردحذف
    الردود
    1. Kak Amie lagilah penat dengan perjalanan jauh dan tak cukup rehat lagi dan kerja bekerja keras buat persiapan raya.

      Ya, limau bali pokoknya rendang je. Buah pun saiz comel-comel je. Tak ada musuh rasanya ni elok je.

      Rumah kampung yang masih utuh lagi ni. Memang sayang kalau dirobohkan.

      حذف
  5. Belah- belah Pilah ni kalau beraya meman seronok...ramai2

    ردحذف
    الردود
    1. Betul kak, dorang dah datang rumah kita. Kita pun kena balas kunjungan juga. Meriah betul.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.