Header Ads

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Koleksi sampul duit raya 2025 tak berapa banyak sangat. Bagus juga tak dapat banyak sebab tahun ni saya tak sediakan duit raya yang banyak seperti tahun sudah-sudah. Tahun ni bagi duit raya pada mak-mak, uwan dan anak-anak buah yang masih kecil je.

Banyak lagi lebihan sampul duit raya yang ada. Simpan dulu nanti boleh guna bagi salam kaut majlis kahwin ke atau guna untuk tahun depan pun boleh. 

Sampul duit raya Petronas

Tahun ni sampul duit raya Petronas kurang menarik perhatian sikit. Lebih suka design tahun lepas 2024 dan tahun 2023.  Bertemakan corak ketupat. Macam biasa ada 2 warna dalam satu sampul besar. 1 sampul besar ada 5 helai. Kertas jenis tebal. Masih mengekalkan kemasan emboss dan warna gold.

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Sampul duit raya Bambina

Baju raya saya dari Bambina. Nanti saya update baju raya pula. Tak pasti corak apa ni. Corak abstract brush stroke atau ombak di tepian pantai. Saya tak ada idea. Ada 5 helai je sampul duit raya nya. Kertas agak nipis.

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Sampul duit raya Wah Chan

Disebabkan beli gelang emas haritu, dapatlah sampul duit raya Wah Chan yang exclusive dan serba mewah. Cantik kombinasi warna biru gelap dan bunga timbul dengan stroke warna gold emboss. Wow sangat! I loike! Dapat 6 helai je tak silap dalam satu sampul. Kertas dia tebal nampak mahal semahal emas gitu.

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Sampul duit raya Habib Jewels

Saya juga ada beli barangan dari Habib Jewels. Dapat 2 sampul plastik. Setiap satu ada 6 helai sampul duit raya dengan design berbeza-beza setiap satu. Cantik dan mewah dengan kemasan emboss warna gold seiring dengan tema kedai emas.

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Koleksi Sampul Duit Raya 2025

Bersinar-sinar mata tengok sampul duit raya dengan kemasan gold emboss. Barulah macam wow bila dipandang. Kalau biasa-biasa je, jarang orang nak simpan. Kalau dapat yang cantik tu sayang nak gunakan. Ada orang jenis suka kumpul design sampul duit raya dalam album.

16 comments:

  1. Sampul Petronas tu sampai sudah kat sini takde. Masa puasa pergi sana katanya dah habis stok. Disuruh beli sampul Upin Ipin pulak. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak ada rezeki lah tu. Pulak dah suruh beli yang lain. hihi...

      Delete
  2. Cantik-cantiklah sampul Fiza dapat.Menarik semua tapi akak lagi tertarik pada sampul ketupat daripada Petronas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petronas tu setiap tahun memang cantik design dia. Kertas pun berkualiti.

      Delete
  3. Ni mesti join group Sampul Duit Raya kat FB ni.. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, group tu pun saya tak tahu. Sekadar berkongsi koleksi design yang dapat je. hihi...

      Delete
  4. Kadang2 yang lawa2 . Diri sendiri pun syg nak bagi orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Tapi kalau cantik dan sayang tinggalkan sekeping je lah buat simpanan koleksi. hihi...

      Delete
  5. Whoaaa..Cantik sampul duit raya..Saya tak hunting la sebab banyak pilihan kat Tik Tok cuma bila berbelanja tu kadang dapat Macam kat Mr DIY. RNR Tol Skudai 😂

    ReplyDelete
  6. saya ade banyak sampul duit raya, sebab tak bg duit raya kan... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Guna pun beberapa je. Yang lebihnya bagi pada mak dan adik untuk mereka guna.

      Delete
  7. memang ramai yang suka kumpul sampul duit raya... koleksi dari setiap bank, koleksi dari syarikat kereta, pakaian... saya suka tapi tak rajin...camne entah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka tapi simpan je mana yang dapat. Boleh buat guna untuk bagi duit pada orang selain di hari raya. Salam kaut ke sedekah ke. Nak buat koleksi simpan dalam album malas juga.

      Delete
  8. Akk pun simpan juga sampul raya cantik². Semalam anak bawa balik sampul raya MBSB, lawa juga 👍🏻

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.