Header Ads

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Hari raya kedua kami tak kemana-mana. Nak rehat dan balik rumah. Macam takde mood nak beraya pun. Mood bersosial 0%. Tenaga pun entah berapa peratus je yang tinggal.

Bukan apa, malas nak jumpa orang risau ada sakit jangkit berjangkit, kita dah lah baru lepas elok. Malas nak berpanas satu hal juga, risau alahan datang kembali. Cukuplah kot kita raya beria hari pertama je.

Bila tak ada mood, macam-macam alasan lah kan. Raya kali ni macam tak meriah. Ramai di kalangan ahli keluarga kami berdua yang telah tutup usia. Jadi, bila mereka tak ada masa hari raya ni terasa sangat. 

Pagi hari raya kedua, adik ipar dan keluarga baru sampai dari Perlis. Riuh lah sikit rumah ada anak buah berdua ni. 

Pagi-pagi dah ajak main bunga api. Kita ni nak balik rumah dah. Layankan juga main bunga api waktu siang pun boleh lah ye. Tak sabar nak tunggu malam.

Suruh dorang mandi dulu. Si adik ambil baju lain seluar lain. Encik suami cakap, " mana boleh ni dik, baju ultraman seluar dinosaur. Kang bergaduh". Kami gelak je. Budak-budak ambil baju sendiri macam tu lah cerita dia. 

Si kakak pula ambil baju tidur. Suka hati kakaklah ye nak pakai baju ape, mak ngah tolong pakaikan je. Suruh ambil baju lain, dia tetap nak pakai yang itu juga. Ikut dek kau lah kata orang Nismilan.

Dah siap pakai, haa jomlah main bunga api. Saya perati je tak main. Jadi photographer macam biasa. Nampak cantik pula guna mode portrait dengan 5x zoom. 

Main Bunga Api

Kami bagi main bunga api je. Habis jugalah seikat bunga api tu ha. Kalau ikut dorang, selagi tak habis selagi tu nak main.

Main Bunga Api

Zaman budak-budak dulu suka main bunga api yang besi tu. Lepas tu sangkut kat pokok. Sekarang ada lagi ke tak ek? Kita ni bukan jenis membeli bunga api mercun bagai. Inipun abah dorang yang beli.

Main bunga api yang besar sikit tu. Yang kecil tu macam cepat sangat habisnya. Kadang ada yang masuk angin tak terbakar. Kualiti barang zaman sekarang ni entah kenapa macam tak berkualiti sangat kan. Banyak beza dengan dulu.

Main Bunga Api

Lepas dah puas main bunga api nak pergi main kat taman permainan pula. Haaa bawa jugalah pergi taman, layan kan juga. Nanti ada drama pula bila kami nak balik rumah. Masing-masing buat muka sedih. Alahaiii...

Sebelum pergi taman, mereka pau pakngah makngah dulu ajak pergi 7E. Dah pekerja 7E tu cakap si kakak ni tak mandi lagi ye sebab dia pakai baju tidur. Haaa padan muka kakak, nak sangat pakai baju tidur tadi kan. Bukan makngah tak suruh tukar tadi. Nasiblah kakak oiii...

Dah beli jajan, singgah ke taman permainan. Mainlah sampai puas. Kita pantau je.

Main Bunga Api

Dorang ni bukan reti penat. Bateri penuh sepanjang masa. Kita tengok pun lelah. Kalau tak di ajak balik, selagi tu main.

Main Bunga Api

Okay dah selesai melayan dorang, barulah pakngah makngah senang hati nak balik rumah. Balik rumah tak rehat juga, sesi mengemas  pula sebentar. Lepas tu barulah dapat rehat yang betul-betul rehat. Lagi santai kawan.


هناك 12 تعليقًا:

  1. Tetap seru ya Cik meski cahayanya apinya kurang terasa

    ردحذف
  2. Dengan budak2 tak kira masa kan, main je lah.

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu. Nak kena melayan je. Masa kecik ni je lah. Esok dah besar tak ada kisah dah dorang. Dah buat hal sendiri.

      حذف
  3. boleh aje kan..bebudak..janji diaorang happy

    ردحذف
  4. Itulah saat gembira kanak-kanak kan Fizah. Teringat waktu kecil dulu tak sabar nak main bunga api, tapi tunggu waktu malamlah pula.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, masa kecik ni lah nak enjoy life orang kata. Kita dulu kena tunggu malam baru syok main ada cahaya bunga api tu.

      حذف
  5. Kak Sa pun x layan sangat anak- anak buah sebab x sihat...

    ردحذف
  6. Kdg2 mood boleh hilang waktu raya habis spoil nk beraya huhuu.. kita raya baru ni tak sihat.. habis berkunjung ke org tapi tak mkn.. minum sikit jer

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.