Masa berbuka di kampung haritu. Adik ipar dah siap pacak pelita raya di sekitar rumah di kampung. Kali ni macam lebih banyak pelita raya dan lebih meriah suasana raya nak raya.
Orang kata malam 7 likur, tradisi orang dulu-dulu bila nak dekat sambut hari raya puasa. Pasang pelita ni hanya amalan tradisi sahaja. Tidak lebih dari itu.
Sebelum masuk waktu Maghrib, dah siap-siap nyalakan pelitanya. Kalis air betul pelita raya ni, tengah hujan rintik-rintik pun tak padam api tu. Kebal ye kamu. Itu dah bagus. Kalau padam pun malam nanti kita nyalakan semula.

Lepas solat Maghrib keluar tengok pelita raya. Barulah terang diterangi pelita raya di sekeliling rumah. Anak-anak buah pun teruja. Tak sempat lah nak main bunga api.
Posing je lah berlatar belakang pelita raya rumah uwan. Seronok dapat pasang pelita di kampung ni. Suasana raya tu baru nampak meriah kalau pasang pelita. Lampu kelap kelip pun ada. Sekarang pun dah ada jenis solar. Lagilah jimat.
Di Kuala Kangsar ke mana entah di Perak memang meriah dengan pelita panjut. Macam-macam bentuk pelita panjut ada. Kita ni tak ada pelita panjut. Ada pelita macam ni pun dah cukup buat meriah dan buat ada-ada je.
Di Segamat dah tak pasang pelita. Letak
pelita solar je. Pasang pelita ni mengingatkan nostalgia zaman budak-budak. Berebut nak pasang pelita lepas maghrib. Kadang tak dapat pun boleh buat gaduh. Kadang pasang ikut giliran. Seronoknya bila terkenangkan kenangan lama. Rindu zaman itu.
Dah ramai guna pelita solar sekarang.
ReplyDeletePelita tradisional dah susah nak cari minyak tanah sekarang
Betul tu wak. Pakai solar lagi jimat. Nak cari minyak tanah susah dan harga pun mahal. Pelita tu okay lagi mudah nak beli.
DeleteTahun ini tiada pula sibuk letak pelita raya cuma lampu lip lap ketupat itu sahaja.
ReplyDeleteOh korang suka berebut pasang pelita raya rupanya
Okay juga tu kak, tambah meriah sambuat raya. Ceria lah sikit kan. Berebut tu kalau masa rajin je. Kalau malas, takde nak berebut pun. hihi...
DeleteSama rumah nenek saya. Ada pelita..Suka nengok..hehee..Salam Aidilfitri kak..
ReplyDeleteSeronok kan kalau pasang pelita di kampung ni. Suasana meriah raya tu ada.
Delete