Perfume Kayali Vanilla | 28 Tak Seperti Bau Vanilla Yang Diminati
Susah ye nak cari pengganti perfume bauan vanilla yang saya minati macam bau perfume Vanilla The Body Shop, Warm Vanilla Sugar Bath & Body Works (BBW) ataupun Billie Eilish No.1 tu.
Bau-bau manis vanilla dan chocolate gitu. Jenama yang saya sebutkan tu ada dalam jenama produk yang telah diboikot. Jadi, kenalah cari penggantinya.
Saya cuba beli Bonfire Vanilla MyKonos, terlalu kuat bauan rempah dan woody. Bau keras! Lepas tu beli pula Vanille Emperial Masion Materi tak bau sangat vanilla nya.
Hmmm...Lepas tu cubalah cari review di TikTok. Katanya bauan perfume Kayali Vanilla code 28 tu bau vanilla yang best. Okay, baiklah saya cuba.
Seperti yang dicadangkan, Selepas pakai perfume Kayali Vanilla 28 tu lapiskan dengan Kayali Lovefest Burning Cherry. Selepas saya cuba, baunya ngam. Tapi kalau pakai satu-satu perfume pun dah bau best. Tak perlu berlapis perfume pun tak apa.

Key notes Perfume Kayali Vanilla | 28 Vanilla Orchid, Tonka Absolute, Brown Sugar, Amber Woods dan Musk.

Siapa peminat bauan vanilla? Sila komen perfume vanilla apa yang best?
Bau-bau manis vanilla dan chocolate gitu. Jenama yang saya sebutkan tu ada dalam jenama produk yang telah diboikot. Jadi, kenalah cari penggantinya.
Saya cuba beli Bonfire Vanilla MyKonos, terlalu kuat bauan rempah dan woody. Bau keras! Lepas tu beli pula Vanille Emperial Masion Materi tak bau sangat vanilla nya.
Hmmm...Lepas tu cubalah cari review di TikTok. Katanya bauan perfume Kayali Vanilla code 28 tu bau vanilla yang best. Okay, baiklah saya cuba.
Saya beli di platform Zalora. Ehhh lama betul tak shopping di Zalora. Dulu rajin shopping baju je situ. Kebetulan masa mencari tu ada stok dan ada promo pula tu. Tak pasti promo apa masa tu. Saya beli masa bulan Oktober 2024. Mungkin promo Christmas kot.
Tak ada pilihan saiz, hanya 100ml je. Ingatkan kalau ada saiz kecil tu bolehlah beli dulu. Kalau ok baru upgrade yang besar. Tapi disebabkan diskaun yang diberikan tu macam berbaloi. Baiklah beli. Beli dulu menyesal kemudian. Jangan lupa prinsip tu. Hihi...
Saya buat pembelian 16 Oktober dan sampai pada 18 Oktober. Kira laju jugalah tu courier Ninja van buat kerja. Unboxing kena rakam video. In case ada kerosakan, kita boleh buat aduan dan tuntut.
Setelah dibelek-belek semuanya okay. Kotak perfume dibalut dengan bubbe wrap tebal. Kotak pun tak kemek. Dapat banyak juga free gift. Sample perfume Kayali Lovefest burning cherry | 48 dan concealer Huda Beauty.
Seperti yang dicadangkan, Selepas pakai perfume Kayali Vanilla 28 tu lapiskan dengan Kayali Lovefest Burning Cherry. Selepas saya cuba, baunya ngam. Tapi kalau pakai satu-satu perfume pun dah bau best. Tak perlu berlapis perfume pun tak apa.
Saya lebih sukakan bau perfume tu satu bau je. Dalam satu perfume pun dah banyak jenis bau, inikan nak pakai berlapis-lapis. Tapi ada orang suka. Ikut kemahuan masing-masing lah ye.

Fragrance Family : Oriental Gourmand
Scent Type : Rich, Decadent, Deep
Scent Type : Rich, Decadent, Deep

Baunya sangat lah sedap. Bau vanilla orchid dan brown sugar. Nak terjemahkan dengan perkataan lain saya tak berapa pandai. Saya bukan pakar review perfume. Tapi baunya mesra hidung tak menusuk. Bauan bukan jenis keras, lembut.
Manis tapi tak manis sangat.Very feminine dan sesuai untuk dijadikan perfume asas untuk dilapiskan dengan perfume kedua.
Walaupun best, tapi masih belum betul-betul menepati ciri-ciri bauan vanilla yang saya minat. Saya suka bauan vanilla warm sugar ada manis-manis coklat sikit mirip The body Shop yang keluaran dulu jenis oil.
Perfume Kayali Vanilla | 28 ni jenis EDP tapi bauan dia tak tahan lama, 4-5 jam macam tu. Tapi kalau sembur di pakaian duduk rumah, bau dia melekat.
Siapa peminat bauan vanilla? Sila komen perfume vanilla apa yang best?
ni perfume untuk perempuan ke ?
ReplyDeleteYa, untuk perempuan.
DeleteYa akak suka bau vanila. Dahulupun ada jenis Body Shop. Inilah minyak wangi yang habis dahulu.
ReplyDeleteAda jenis vanila lain ya?
Sekarang akak ada guna perfume paradise 'Sexiest'
The body shop tu saya rasa dah tak ada dah jenis oil. EDT spray tak tahan lama rasanya.
DeleteParadise sexiest bau vanilla ke?