Renew Domain Untuk 2 Tahun
Tahun ni sendu betul mood blogging. Susah ye nak dapat rentak berblogging tahun ni. Banyak halangan dan dugaan. Bulan April barulah nak panas enjin aktif semula selepas lama berehat dan sakit berpanjangan. Nasib baik sedar yang domain dah nak hampir tamat tempoh hujung bulan lepas.
Sebelum domain tamat tempoh, kita selesaikan dulu sebelum terlupa kali kedua. Kotalah ingat nak raya je, boleh jadi terlupa kan.
Jika tidak renew, nanti payah nak dapat semula domain kita tu. Lepas tu banyak benda dalam blog jadi bermasalah sebab link dah lain. Saya renew domain untuk 2 tahun sampai tahun 2027.
Harga domain setiap tahun naik je. Dulu pertama kali beli baru RM29 tahun 2011, Tahun ni dah cecah harga RM60 setahun. Bila nak turun harga entah lah. Mungkin tidak agaknya. Sekarang ni apa je yang tak naik harga. Semua sama naik.
Lega dah selesaikan urusan domain ni. Semangat berblogging harus diteruskan. Rupanya dah 16 tahun berblogging sejak tahun 2009. Tahun 2011 baru merasa ada domain sendiri dot com. Sebelum pakai domain, url saya sihatimerahjambu.blogspot.com.
Kalau tak renew domain akan kembali ke url lama tu. Yang mana ber domain tu, jangan lupa bayar sebelum tamat tempoh.
Selamat ya
ReplyDeleteBetul sekali, sekarang sewa domain naik dua kalipat
Dulu bisa balik modal, karana banyak iklan serta artikel sponsor
Kini semakin sepi
Punya saya akhir tahun, entah bagaimana nanti nasibnya
Selesai sudah. Betul tu, kurang balik modal. Entahlah kan..kita teruskan mana termampu.
DeleteOh, Fizah rupanya. Sebab nama profile dah lain.
ReplyDeleteNi, akak Nur, yang dulu blog Kait dan Lari. :)
Lahhh... Kak Nur ke. Profile akak pun dah berubah tu, saya pun tak kenal. Hihi...
DeleteTak lama lagi turn akak plak...tunggu gaji la baru renew domain..
ReplyDeleteDah nak dekat juga ye. Jangan lupa renew nanti.
DeleteAnggaplah sewa rumah... hehehe
ReplyDeleteKalau begitu analoginya, saya terima. Hihi...
DeleteKalau berbayar itu kena rajin atau buat pos baru supaya berbaloi bayar.
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah 16 tahun rupanya Fiza berblog.
Ya, betul tu kak Wina... Tak sangka selama itu dah berblogging.
Deletecaiyok caiyok... pelan2 kayuh lama2 laju la kan... have a good day!!!
ReplyDeleteHihi..baiklah. Have a good day too MA.
Delete