Header Ads

Makan Tengahari Dan Mengopi Di Rumah Hijau Segamat

Balik kampung Segamat hujung bulan Januari haritu sempatlah menyinggah makan tengahari dan mengopi di Rumah Hijau Segamat. Dah lama tahu kewujudan kedai ni tapi itulah tak menyempat nak singgah.

Ini kalilah kita singgah alang-alang tengah mencari makan. Mulanya nak makan di Kebun Haus tapi ramai orang pula. Nampaknya rezeki kami di Rumah Hijau. Sampai masanya untuk kami singgah di sini.

Waktu kami sampai tak ada customer lagi. Jadi bolehlah kami pilih tempat mana nak duduk. Lepas kami sampai barulah ada beberapa pelanggan sampai. 

Kami parkir di tempat yang disediakan. Tak jauh dari kedai. Rumah hijau ni macam tiny house. Comel dan suasana kehijauan di sekelilingnya. Memang patut pun diberikan nama Rumah Hijau.

Cat putih dan hijau keliling tu nampak serasi bersama, sedap mata memandang. 

Rumah Hijau Segamat

Ikutkan hati nak makan di beranda tingkat atas tapi encik suami kata kita makan kat luar bawah ni je lah. Okay baiklah, saya menurut saja.

Sistem pesanan disini perlu pesan di kaunter. Pesan dan terus bayar. Ada banyak juga menu makanan dan minuman. Untuk minuman bancuh macam kopi kena tunggu. Kalau tak nak menunggu, boleh ambil terus dalam peti ais minuman yang dah siap dibancuh dan dipek.

Rumah Hijau Segamat

Sementara menunggu makanan dan kopi sampai, kita nikmati permandangan dan suasana di Rumah Hijau ni. Ada juga iklan yang menarik perhatian. Rupanya berdekatan Rumah Hijau ada reban ayam juga. Banyak produk ayam yang dibekalkan.

Rumah Hijau Segamat

Papan tanda kedai yang menarik perhatian juga. Di belakangnya nampak beberapa buah markisa tergantung di pokoknya.

Rumah Hijau Segamat

Papan tanda untuk perhatian pelanggan yang ada. Sila ikut arahan yang diberikan. Cantik pula tulisan tangan di papan hijau ni. Mesti kreatif orangnya kan.

Rumah Hijau Segamat

Di hadapan Rumah Hijau ada gifts shop. Masa kami duduk menunggu pesanan, pekerja Rumah Hijau pelawa kami masuk di gifts shop. Mulanya malas bangun. Tapi ehhh tiba-tiba macam rajin nak ke sana. Bukan jauh pun. Cuci mata kejap apa salahnya kan.

Rumah Hijau Segamat

Sebahagian yang ada dalam gifts shop. Kraft tangan motif batik. Saya beli cekak rambut dan pouch untuk dihadiahkan pada anak buah.

Rumah Hijau Segamat

Siap dimasukkan dalam beg kertas yang comel. Sesuai sangatlah tu nak bagi hadiah untuk budak-budak.

Rumah Hijau Segamat

Tak lama tu, pesanan kami sampai di meja. Air ni dah ambil siap-siap dalam peti ais lepas buat pesanan tadi. Letak di meja baru pergi gifts shop. Air bancuhan dah siap pek dan seal. Cuma tinggal cucuk straw je. 

Encik suami pilih honey lemon. Ada banyak lagi pilihan air minuman sejuk yang ada. Yang saya ingat, air bunga telang salah satunya. Lain kali boleh cuba.

Rumah Hijau Segamat

Saya pula pesan air minuman kopi panas. Kopi latte. Tak ingat dah kopi latte apa. Bulan Januari dah lama berlalu, mana nak ingat dah kan. Maafkan saya.

Rumah Hijau Segamat

Kami pilih makanan berat sebab masih tak makan tengahari lagi. Encik suami pilih set kombo, fries dan chicken grilled. Didatangkan dengan sos pencicah dan mayonaise kalau tak silaplah.

Rumah Hijau Segamat

Saya pula pesan set nasi dengan chicken grilled. Ada ulaman, ulam raja dengan sos pencicah. Sos pencicah dia macam sos thailand tapi versi likat sikit. Sos sedap.

Perapan ayam dia pun berasa tapi yang kurangnya chicken grilled tu terlalu kering bagi kami. Kalau juicy dan lembut sikit mesti lagi sedap. 

Rumah Hijau Segamat

Lagi satu, kalau guna pinggan, sudu dan garpu yang bukan kitar semula mungkin lebih selesa menikmati makanan sebegini. Ke sebab ikut tema mesra alam gitu. 

Untuk suasananya menarik, saya bagi A+. Rumah hijau yang menarik. Makanan dan peralatan dia je lah kurang sedikit. Boleh improve.

Repeat? Boleh juga, lepak-lepak minum petang ke sambil menikmati kehijauan alam. 

10 comments:

  1. bekas makanan berbentuk kotak tu comel sangat untuk nasi...kalau linda , tak puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye comel. Betul, tak puas makan dan tak selesa juga nak menikmati makanan. Kann...

      Delete
  2. Boleh la cuba ke kedai ni nanti bila lalu hala sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang-alang lalu tu bolehlah singgah nanti CR.

      Delete
  3. Menarik pulak tgk keadaan di Rumah Hijau Segamat ni.. dgn suasana rimba nya.. boleh try singgah kalau balik ke Johor nanti.. thanks sharing.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat menarik. Silakan singgah kalau terlimpas di Segamat.

      Delete
  4. Assalamualaikum Fizah.
    Apa khabar?
    Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
    Kak Amie mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa dan menyinggung rasa dalam komen dan kata-kata selama persahabatan kita. Semoga ukhuwah di antara kita berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Amie.
      Alhamdulillah sihat. Kak Amie? Semoga sihat-sihat je.
      Saya pun nak minta maaf andai ada tersilap kata ye. Kosong-kosong lah kita.

      Delete
  5. Belum pernah tersesat ke Segamat lagi..kalau singgah boleh masuk dalam wishlist...nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Kalau sesat jangan lupa singgah. Letak dalam senarai dulu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.