Header Ads

Tambah Koleksi Rantai, Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Seminggu selepas hadiah dapat gelang emas, ke Habib Jewels sekali lagi. Kononnya nak beli pendant butterfly yang viral RM100 lebih tu. Tapi saya datang petang, memang dah habis lah cerita dia. Katanya awal-awal pagi dah habis. 

Mana taknya, 50 units je. Memang orang serbu awal lah.

Saya rancang kalau tak ada pendant/loket tu nak beli earrings/subang telinga jenis rantai tu. Malas dah nak pakai subang jenis katup tu. Susah nak buka pakai sendiri. Kena ada orang tolong pakaikan sebab tak nampak nak tutup belakangnya. Subang tu simpan dulu, kotlah nak tukar-tukar pakai nanti kan.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Masuk je kedai, saya tanya pasal pendant tu. Dah habis katanya. Lepas tu tunjuk gambar subang yang saya nak pada promoter. Katanya kat sini tak ada stok. Ada stok dekat branch KL je kalau tak silap. Saya fikir kalau tak ada kat Habib, nak beli kat Wah Chan.

Alang-alang dah ada kat Habib, nak beli rantai juga. Nak pakai rantai yang panjang sikit. Yang ada sekarang pendek.Bukan nak cari rantai yang tebal besar. Dapat yang kecil pun okay sudah. Saya pilih yang halus emas mesin tu je. Berat 5 gram lebih.

Jenis emas mesin ni padu dah tahan lasak. Sesuailah untuk perhiasan pakai harian.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Kalau ada modal besar, nak juga pilih yang lebar dan berat sikit. Kena menabung dululah ye. Sekarang kita cuci mata percuma je. Tapi saya kurang minat sangat emas besar-besar tebal begini. Tapi kalau orang beli, kita ambil je. Hiks!

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Dah pilih rantai. Pilih loket/pendant pula. Tertarik dengan loket ikan ni. Mulanya saya pilih yang infinity tu tapi macam ringan sangat, 0.4 gram macam tu. Tak jadilah. Saya ambil charms bulat yang bawah sekali tu berat 0.6 gram lebih.

Berkenan dengan loket yang huruf A tapi emas 999 pula. Promoter tak saran beli kalau nak pakai harian sebab emas 999 ni tak tahan lasak. Mudah kemek gitu sebab dia emas tulen 24 karat tak campur bahan lain. Kalau untuk simpan dan pakai sesekali tu okaylah.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya
Sementara menunggu buka resit dan pembayaran, kita cuci mata di bahagian lain. Umangaiii bosa golang omeh ni ha...boghek nak membawaknya pun. Kalau emas kosong okay lagi. Jenis padu, tak dayo. Kalau di Habib, yang tag kuning ni design ORO Italia.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Jenis macam ni pun nice juga. Simple tapi menarik. Rose gold tu macam menarik bukan? Kalau emas 916 coating rose gold, nanti luntur dia jadi warna emas juga. Tapi tak tahulah penjagaan dia macam mana dan berapa lama tahan coating tu sebab tak pernah beli rose gold. Ada yang tahu? Sila komen.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya
Dapat juga tambah koleksi rantai emas. Ada rezeki lebih kita upgrade lagi. Suka beli di Habib sebab kotak dia sangat exclusive. Menarik sikit kalau nak bagi hadiah atau nak simpan barang kemas tu.

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Masa beli rantai dan loket emas 916 ni, 1 gram RM444. Cepat betul harga emas naik kan dalam masa seminggu. Hari-hari memang harga emas naik pun.

Total lost, rantai 5.130 gram tambah upah RM56. Charm 0.640 gram tambah upah RM40. 

Tolak earrings yang lama lagi satu jenis pin belakang bukan jenis katup 1.950 gram RM717. Dulu beli RM400 ratus lebih je. Sekarang dah jadi harga RM700 lebih. Memang bagus simpan emas ni kan. Harga dia sentiasa naik dan naik je.

Dah selesai di Habib Jewels. Jomlah ke Wah Chan pula meneruskan misi mencari chain earrings. Ada banyak pilihan design di Wah Chan. Kita pun jadi rambang mata nak pilih yang mana. Belek punya belek, pilih design star ni. 

Beli Rantai, Loket Dan Subang Telinga Raya

Suka pakai jenis macam ni senang nak buka pakai. Pakai lilit sekali atau dua kali pun boleh. Biasa lilit 2 kali untuk secure.

Jenis macam ni untuk orang yang ada 2 lubang pakai lilit je guna satu je. Tapi kita satu lubang boleh je lilit 2 kali dalam 1 lubang. Faham tak? Camne eh nak terangkan. Nak tunjuk tak boleh. Google je lah.

Di Wah Chan, harga emas 916 1 gram RM448, earrings 0.69 gram, upah RM120.88. Saya perasan upah tukang emas di Wah Chan mahal sikit. Di habib kurang dari seratus. Mungkin saya pilih design yang upah murah kot.

Kalau beli design yang ORO Italia tu mesti mahal upahnya. Tapi tak dinafikan design di Habib Jewels lebih cantik dan exclusive. Harga mahal sikit. Di Wah Chan banyak pilihan tapi design kurang sikit.

Muka ada sinyum dapat rantai, loket dan subang telinga raya. Beli musim raya dapatlah harga murah sebab ada promosi biasanya.


8 comments:

  1. Tengok loket ikan tu teringat filem Bidasari, hehehe.
    Sebelumnya, susah jugak nak bayangkan subang bentuk rantai, rupanya macan tu rupa dia. Adoi, kalau lilit dua kali dalam satu lubang, entah kenapa sy rasa seram, hahahha. kadang rasa untung trade in emas sebab harga dia naik, tapi nanti dapat yg baru makin ringan pulak beratnya dan harga mahal. Tu yg kadang rasa rugi nak trade in.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus saya google filem tu. Ohh tak pernah tengok cerita tu.
      Hihi..jangan bayangkan. Setuju juga pasal tu. Ada yang sayang dan simpan je. Yang tolak ni pun jarang pakai dan tak ada plan nak pakai lagi, itu yang tolak je.

      Delete
  2. seronoknye dia shopping2 kat habib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dah tentu. Tempat yang perempuan suka. hihi...

      Delete
  3. yang subang tu, zaman remaja saya pernah pakai tapi yang silver.. main lilit lilit je liang telinga .. tapi housemate suruh buka sebab seriau. Dia kata dia terbayang telinga saya koyak kalau tersangkut pada towel atau baju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga koleksi silver dulu. Ya, main lilit je. Alamak, jangan terbayang. Seram juga kalau tersangkut.

      Delete
  4. tak reti pakai earrings yang macam sis fiza beli...kita pakai yang jenis skru je...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's ok, banyak pilihan lain yang selesa dengan kita. Jenis skru tu saya ada juga tapi sakit kalau tercucuk bahagian belakang tu masa pakai inner kepala atau tidur. Pernah sekali tertanggal pin dia dan hilang. Itu yang bertukar jenis tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.