Header Ads

Tambah Loket Rantai Emas Habib Jewels Baru

Entah saka apa yang telah merasuk diri ini. Rancak betul ke kedai emas tiga minggu berturut-turut. Sudah-sudah lah tu. Habis modal kat emas je. 

Gara-gara tak puas hati dengan charm yang saya beli haritu lah. Dah kena datang semula. Itulah ain kali nak beli tu kena pilih betul-betul. 

Macam tak best pula pakai charm tu rasa ringan sangat pula untuk dijadikan loket rantai. Ingatkan nak tunggu nanti je. Tapi nanti-nanti harga emas makin naik dan naik. Baik beli, menyesal kemudian. Kah!

Ke Habib Jewels semula membeli loket baru. Ingatkan nak tolak charm tu je. Tapi encik suami kata tak payah lah, rugi kalau tolak. Okay baiklah, saya menurut perintah. Kita pakai sekali je nanti. Berat sikit kan.

Sebelum ke kedai, saya belek-belek dulu di website Habib. Pilih dulu mana berkenan dan screenshot. Berkenan dengan 2 design loket. Dah sampai kedai, kita belek-belek lagi kot ada yang berkenan. Tak semua design dimasukkan dalam website. Di bilik pameran lagi banyak koleksinya.

Loket Rantai Emas Habib Jewels

Yang atas ni tak ada yang berkenan. Tengok yang bawah, pun tak ada yang berkenan. Tapi design comel-comel. Yang betuk handbag berwarna tu boleh tahan juga harga dia. Mujur tak berkenan yang tu. 

Loket Rantai Emas Habib Jewels

Sudahnya saya pilih design loket yang saya tengok di website tu. Buat perbandingan antara dua design yang saya pilih. Nasib baik ada stoknya. 

Sementara menunggu resit dan proses pembayaran. Cuci mata lagi tengok gelang tangan emas yang ada. Siapa minat emas campur mesti suka design ni. Tapi saya tak suka. 

Loket Rantai Emas Habib Jewels

Inilah design yang saya pilih. Besar dan berat sikit. Sebelah simple dan sebelah lagi bercorak. Belakang dia tak kosong. Jadi tak kisah kalau terbalik. Depan belakang sama. 

Loket Rantai Emas Habib Jewels

Total lost pendant, berat 1.630 gram. Harga emas 916, 1 gram RM447, tambah upah RM82. Dapat paper beg macam ni. Sebelum ni dapat paper beg macam corak sampul duit raya tu. Tak ambil gambar pula masa tu. 

Loket Rantai Emas Habib Jewels

Pembelian kali ni tak dapat sampul duit raya. Mungkin kena beli ribu riban baru dapat percuma sampul duit raya kot. Ke stok dah habis tak tahu lah. Tak dapat pun tak apa sebab saya tak guna pun. Dah ada yang dapat haritu pun cukup sudah.

هناك 8 تعليقات:

  1. Dah jual 2 gelang. Nak jual rantai pulak sebab malas simpan, jarang2 pakai. Anak solehah pun tak minat emas.

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau begitu, lebih baik jual. Nak simpan dulu pun OK, kotlah tiba-tiba dia minat pula kan.

      حذف
  2. الردود
    1. Tahu takpe Kak Amie. Kalau nak beli akan datang tak tahulah berapa harganya segram kan.

      حذف
  3. Bab tgk emas ni seram kita hahaha.. moga dijauhkan hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Tu lah tu. Berdebar-debar nak membelinya pun. Takut terkejut tengok harganya.

      حذف
  4. harga emas mencanak-canakkan sekarang ni. masa anak lelaki ammi nak kawin nanti brp lah agaknya harga segram emas. jenuh nak menabung anak-anak ammi ooiii

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu Ammi. Kannn..akan datang entah berapa harganya. Mahu cecah ribu nayaaa...

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.