Header Ads

Telekung Travel Flair Zyra Siti Khadijah Ringan, Sejuk Dan Selesa

Gigih tau pergi ke butik Siti Khadijah (SK) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya semata-mata nak rebut promosi yang ditawarkan sempena pembukaan semula butik pada 25 & 26 Januari 2025. Saya pergi pada hari kedua waktu petang sebab malas nak bersesak awal-awal pagi.

Pagi tu macam ada event talk and show kalau tak silap. Saya sampai butik pun dah lengang tak ada orang. Senang dan selesa sikitlah nak membelek dan membeli gitu.

Dia bukan sekadar pembukaan semula, tapi ada juga pelancaran beberapa produk baru. Terberkenan dengan satu telekung travel dalam rangkaian Flair, Flair Zyra. Sebelum ni beli Flair Aria. Ringan dan sejuk. Yang penting selesa.

Telekung Travel Flair Zyra Siti Khadijah

Flair Zyra didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu sage green, truffle, sephia rose dan rosewood.

Telekung Siti Khadijah

Saya pilih warna rosewood, warna yang paling memukau pandangan mata saya. Warna laku keras ni. Sempena pembukaan haritu, dengan setiap pembelian telekung SK Flair Zyra dapat ombre pouch bag percuma yang berharga RM78. Memang berbaloi sangat.

Itu yang gigih juga pergi. Semata-mata sangat kan. Bolehlah buat beg untuk skincare ke apa kan. Dapat juga retail bag dan drawstring bag. Apa yang menariknya telekung travel Flair Zyra ni? 

Telekung Siti Khadijah

Telekung yang ringan selepas telekung Flair Aria. Dia berat sikit dari Flair Aira. Jenis kain tekstur material airy dobby didatangkan dengan pouch bag untuk telekung. Ada pemberat SK di bahagian tepi telekung bawah belakang.

Kemasan jahitan tepi yang ringkas tanpa sulaman. Saya suka yang ringkas begini sebagai telekung travel. Bahagian muka jenis harmony macam telekung Flair Aria. Saya suka jenis muka begini, selesa tanpa sebarang getah dan sulaman. 

Telekung Siti Khadijah

Selain digunakan untuk travel, boleh gunakan untuk kegunaan solat harian sebab cepat kering kalau basah. Kita pun jenis kerap tukar telekung. Jadi, perlu ada extra. Jangan biarkan telekung pakai lama sampai bertahi lalat dan berbau.

Kalau bawa travel pun lebih selesa nak solat berbanding pakai telekung yang disediakan di surau atau masjid. Kadang ada yang berbau dan bertahi lalat tu jadi kita kurang selesa sikit kan. Telekung ni pun tak makan ruang sangat kalau masuk dalam beg. 

Harga dia murah sikit dari Aria. Boleh tengok di website SK. Tapi kalau nak murah sikit lagi kena tengok live dan beli di TikTok. Kalau beli di website atau walk in nanti dapat points, boleh redeem. Itu je lah kelebihan dia.

4 comments:

  1. Kainnya sejukk selesa solat kan
    Mesti jd pilihan ramai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selesa sangat bila solat. Pilihan nombor syatu.

      Delete
  2. Suka telekung SK...sejuk je kainnya...eh..nak pi cari la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Paling selesa. Cari kak sebelum kehabisan. Tapi ada je pilihan yang lain.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.