Header Ads

Tema Baju Raya Kami 2025

Sepatutnya cerita baju raya 2025 pada bulan Ramadan haritu. Tapi yelah kan. Masa tu mood tak sampai lagi. Kita cerita lepas raya pun boleh. Tahun ni persiapan raya hanya beli baju, biskut dan kerepek raya je. Barang kemas, itu cerita lain.

Biskut/kuih dan kerepek raya beli kedai Kerepek Paroi. Ada juga beli di kedai tepi jalan di Ampangan. Kuih raya tak beli banyak sangat. Cukuplah bekal bawa balik Segamat dan Pilah. Untuk rumah sendiri tinggalkan beberapa balang je.

Kalau tahun lepas, tema baju warna beige/nude sedondon dengan keluarga mentua sebab tema untuk majlis kahwin adik ipar. Tahun ni bertukar warna lain.

Kalthum Pink by Bambina

Baju raya tahun ni saya beli di Bambina. Berkenan dengan potongan baju kurung Bambina yang loose/oversize dan dah tentu selesa. Makan banyak pun tak rasa bersalah. Tak nampak perut sebab loose. Hihi..

Baju kurung Kalthum ni ada Ada 3 warna iaitu pink, lilac dan peach. Dah tentu saya pilih kegemaran saya, pink!

Warna tanah dia warna kelabu. Jadi padankan dengan baju encik suami warna kelabu. Boleh je padankan dengan warna pink sebab bunga baju saya warna pink. Tapi macam bosan asyik pink je. Kelabu lah pula. Tak pernah lagi baju raya kelabu.

Tema Baju Raya Kami 2025

Buat pertama kalinya baju raya saiz XS. Bangga kejap. XS versi loose lah tapi. Jadilah kan buat merasa pernah pakai XS. Nak tunggu yang betul-betul saiz XS entah bila tak tahu.

Tema Baju Raya Kami 2025

Suka dengan corak baju ni. Kain jenis material voile. Macam tebal sikit tak jarang dan tak panas. Yang bestnya ada poket kiri kanan. 

Sangat berfungsi ye kalau baju kurung ada poket macam baju kurung lama. Senang nak simpan handphone dalam poket baju berbanding simpan dalam beg. Senang nak bawa handphone kemana-mana.

Signature baju Kalthum series Bambina ni ada sulaman bunga cantik pada lengan baju, kaki baju dan belahan tepi baju kiri kanan.

Tema Baju Raya Kami 2025

Digayakan bersama beg Kristine Sculptural-Handle Long Wallet Noir Charles & Keith yang saya beli tahun lepas tapi baru nak pakai. Kira beg raya jugalah ni. Ada hikmahnya juga beli tahun lepas. Jadi tak perlu beli beg raya baru. 

Tema Baju Raya Kami 2025

Selain signature sulaman, belakang baju 'pelepah' juga signature Bambina. Paling penting kain dia semi pareo. Senang nak adjust panjang kain dan lilit pinggang. Kalau beli jenis kain lipat depan tu mesti saya kena potong kain tu. Sebab tu kena beli kain jenis semi pareo.

Dipadankan dengan tudung warna pink ikut warna bunga pink di baju. Sesuai juga dipadankan dengan tudung warna kelabu, mint green atau sage green.

Tema Baju Raya Kami 2025

Patawali Three Quarter Sleeve Top by Khatam

Baju kelabu encik suami beli di Khatam. Dulu suka beli Uniqlo tapi asyik ulang warna sama je. Tak banyak pilihan. Sejak beli khatam tahun lepas, ber Khatam lagi tahun ni. Design Patawali Series juga tapi versi lengan tiga suku pula untuk tahun ni.
 
Sangat berkenan dengan butang baju melayu khatam ni. Kelihatan klasik gitu. Kain dia pun jenis sejuk. Selesa lah pakai dalam keadaan cuaca di Malaysia ni. Jahitan pun kemas. 

Tema Baju Raya Kami 2025

Dipadankan dengan seluar warna hitam ikut gaya orang Johor. Tak beli satu set sebabnya seluar tu nanti entah bila nak pakai. 

Itu untuk hari raya pertama. Hari raya kedua sampai kelima tak pakai baju raya sebab tak beraya pun. Hari raya keenam, sarung baju yang dibeli setahun lepas. 1 tahun peram baru pakai tahun ni.

Kalthum Anggrek Vanila by Bambina

Sejak tahun lepas memang dah berkenan dengan baju kurung oversize Bambina ni. Coraknya macam lukisan gitu. Cantik! Pilihan saiz hanya shmoll dan loose. Shmoll saiz kecil dan loose saiz besar. Saiz shmoll dia pun macam saiz besar untuk saya. Lebar betul.

Tema Baju Raya Kami 2025

Beli lepas habis musim raya masa tu dan ada diskaun. Saya pun belilah. Kuranglah sikit harga dia daripada harga asal. Warna pink dan lilac dah habis, saya pilih vanila. No choice maaa...

Tema Baju Raya Kami 2025

Signature Kalthum Bambina ni mesti ada sulaman di lengan baju, kaki baju dan belahan baju kiri kanan. Sulaman tu lah merujuk kepada warna vanila. Material dia jenis kain kapas sejuk. Tak pasti apa nama kain dia. Nak check semula kat order dah tak ada pula sebab dah sold out.

Saya padankan dengan tudung warna army green yang sedia ada. Kira matching juga. Atau boleh pakai tudung warna nude, sage green atau peach.

Tema Baju Raya Kami 2025

Tapi saya suka jenis material yang ni daripada yang pink di atas. Yang ni lagi sejuk tapi ringan sikit. Gayakan dengan Alcott Scarf Chain-Link Bag Black CHARLES & KEITH tahun lepas tapi versi pakai scarf. Lilitan scarf tu saya tengok tutorial di TikTok.

Tema Baju Raya Kami 2025

Tahun depan tema warna apa pula? Ehhh..awal lagi nak fikir warna tema. 

8 comments:

  1. Sekarang ni macam dah trend baju kurung dengan corak bunga kecik² macam ni, comel aje tengok. Match jugak bunga Pink dengan warna kelabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah perasan juga tu. Lepas tu trend sulam dan belahan. Tak match pun kita buat-buat match je. hihi...

      Delete
  2. Cantik..sweet2 je semuanya... ❤️

    ReplyDelete
  3. Uish... Khatam tu harga keras jugak tu!

    ReplyDelete
  4. wah..cantik corak dan designnya...mesti si pemakai rasa seronok dan gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Yang penting selesa dan kita seronok.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.