Trend Buat Label Tag Untuk Hantaran

Sekarang dah jadi trend ada label tag untuk setiap dulang hantaran. Terminat pulak nak upgrade bekas dulang hantaran yang dah siap untuk majlis pertunangan adik ipar nanti. Untuk label tag ni DIY je tak payah tempah kat orang sebab nak guna untuk 5 label je pun. So tak perlulah nak tempah kan.


Nampak cantik bila dah letak kat hantaran.

Letak macam ni pun dah okay.

untuk bakul letak gantung macam ni pun nice

Okay siap letak label tag pada bekas hantaran. Hantarannya mana? Disebabkan setiap satu ada orang sponsor, makanya esok baru dapat barang hantaran dan tinggal letak riben dan letak terus pada bekas hantaran. Simple dan memudahkan kerja. Senang kerja kan.

Untuk DIY label tag tu, boleh ikut steps ni
1. Design Label Tag
2. Print menggunakan recycle craft paper
3. Gunting dan tampal pada kertas tebal cardboard
4. Potong mengikut ukuran design yang di tampal tadi.
5. Tebuk lubang guna penebuk lubang kertas tu
6. Gunakan eyelet plier untuk letakkan dan kemaskan eyelet pada label tag.
7. Ikatkan tali label pada label yang telah siap.

Menarik juga kan letak label. Lepas dah siap baru terperasan silap tarikh, sepatutnya 9hb. Tapi takpelah, betulkan kemudian. Buat sendiri je pun kan. 


Design Logo Feline & Fur Cattery


Kakak kena marathon siapkan segala tempahan design yang ada dalam senarai sebelum bercuti. Dapatlah bercuti dengan tenang, aman dan damai tanpa fikirkan kerja yang ada. Cuma tinggal 2-3 tempahan yang terpaksa di tangguhkan akan buat selepas balik bercuti minggu depan. Maaf ye.

Salah satu design yang dah siap, design logo Feline & Fur Cattery. Nampak simple je tapi ambil masa lama jugak untuk siapkan design ni. Ubah sana ubah sini dan akhirnya siaplah design logo. Nak siapkan kucing yang comel pun ambil masa juga tu. Dari kepala, mata, hidung, mulut sampailah jadi kucing scottish fold yang comel ni ha.


Disebabkan macam complicated sangat nak letak F&F gabung dengan logo kat atas ni. So customer decide nak buat satu lagi logo F& F je tapi nak selitkan juga kucing comel tu. Draft punya draft, inilah hasil final touch.


Siapa yang suka kucing, pencinta kucing boleh terjah fanpage Feline & Fur kalau nak beli kucing atau nak tengok kucing kucing yang comel pun boleh.

www.facebook.com/FelineNFur

Terima kasih order.


Updated : 19 April 2016
Sticker dan bisnes kad yang dah siap di print . Gambar dari perkongsian customer





Tips Mudah Untuk Sejukkan Rumah Ketika Musim Panas

Musim panas Malaysia ni kalau dah panas, lain macam bahang dia. Pakai air cond pun boleh berpeluh! Bayangkan lah. Itu untung lagi ada air cond, yang ada kipas je mesti lagi bahang terasa. Pengudaraan dalam rumah kalau tak bagus, itu yang jadi bertambah panas.

Bukan siang je panas, malam pun sama. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Nak buka tingkap, mendatangkan bahaya pula tengah malam buka tingkap. Sudahnya kipas syiling dan kipas berdiri bergabung kerja kuat kaki kipas kami. Fuhh..itupun masih panas.

Ini baru ujian sikit dah tak tahan. Ish ish..banyakkan bersabar. Biar cuaca panas jangan hati panas. Nak sejukkan rumah ketika panas ada caranya. Ni saya kongsikan dari perkongsian Fanpage Cempedak Cheese

Cara sejukkan bilik tanpa penghawa dingin
1. Letakkan besen berisi air di bilik


Bilik akan menjadi sejuk apabila wap-wap panas akan serap oleh air.

2. Pasang Jaring Kelambu & buka tingkap pada waktu malam.


Cara ini tak disarankan sebab untuk keselamatan, samada di kampung mahupun bandar. Tapi nak cuba, boleh.

3. Guna lampu yang kurang mengeluarkan haba


Lampu jenis florescent menghasilkan cahaya terang tapi mengeluarkan haba yang sikit.

4. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah



Boleh juga cuba tanam pokok bunga sirih gading pun sejuk jugak kot kan?

5. Warna cerah dinding rumah dapat pantulkan haba


Gunakan warna cerah untuk memantulkan cahaya dan menjadikan rumah jadi sejuk sikit.

6. Jauhkan penghawa dingin dari Tv dan Komputer

Kalau ada air cond kat rumah tu jauhkan kedudukan TV & komputer dari air cond. Kalau tak, bila semua dekat-dekat bergabung jadi panas.

Bolehlah cuba cara cara untuk sejukkan rumah di waktu musim panas ni. Mana tahu ada yang berhasil. Tak salah mencuba, kan?

Shawl Fareeda Yang Kebetulan Sama

Belum pun reda kisah berebut dapatkan tudung terbaru dari Fareeda, viral pula shawl Fareeda yang kebetulan sama, tiru atau sebaliknya? Beberapa keping gambar shawl pattern yang sama telah di muat naik oleh mereka yang pernah memakainya sebelum ni bagi membuktikan pattern tudung ni dah lama ada di pasaran dan bukanlah yang terbaru seperti yang dikatakan. Harga juga jauh lebih murah.






Sumber gambar dari facebook cempedak cheese
Nampak sama sangat pattern dia kan. Tumpang kesian kat Mawar apa nak menjawab dengan netizen bila berlaku macam ni.

Pasal pattern, pasal harga Fiza tak nak komen. Nanti kena kecam. Cuma kita sebagai pembeli kena bijak memilih tudung yang mampu untuk di beli. Yang penting lebih menutupi aurat, selesa dan sesuai. Mahal atau murah itu ikut kemampuan masing masing. Usah persoalkan kalau orang tu mampu beli tudung mahal. 


Shopping Jubah Cantik di Butik Rayyan Haya

Kalau pergi Bangi Sentral ataupun Seksyen 7 Shah Alam, boleh rabak purse den! Mana taknya, punyalah banyak butik yang jual tudung, jubah, blouse dan segala macam fesyen ada kat 2 tempat tu. Syurga membeli belah untuk perempuan. Nasiblah dulu masa study kat UiTM Shah Alam belum ada lagi macam macam butik kat Seksyen 7 tu. Kalau tak, duit habis beli baju, tudung bagai je.

Makanya kalau nak pergi, kena decide dulu nak pergi mana dan beli apa. Kalau sesaja nak pergi tengok pun mungkin akan TERbeli lebih dari satu. Rambang mata oiii nak pilih. Itu baru baru masuk satu butik, 10 butik lagi?? TERbarai purse teruss.

Selain CalaQisya, Zawara, Absolute, ThePopulous, satu lagi butik yang baru Fiza jejak iaitu Rayyan Haya. Sebelum ni dah survey dulu apa nak beli kat insta. So datang sini terus nak beli apa yang Fiza nak. Dapatlah fitting sekali kan.


Pilih punya pilih, pilih Marie Anne Jubah warna rose pink. Ingatkan nak beli blouse tapi ukuran size tak sesuai pulak lepas fitting.

Sudahnya blouse beli kat CalaQisya dan Jubah beli Kat Rayyan Haya. Masuk dua butik ni je la. Tak mampu akak nak masuk semua butik. Pingsan nak bayar. Sesekali reward untuk diri sendiri. 

Antara blouse dan jubah kat Butik Rayyan Haya. Cecantik semua kan! Okaylah shopping kat sini. Selesa dan mesra pelanggan.

RH Bangi Sentral
🔓TUES-SUN: 10AM-8PM 
🚫CLOSED ON MONDAY 
📲014-9925160(ONLINE) 
💠Modvier•Maleeqa Exclusive•MoodRepublik 👑Bebaslah Berfesyen Asal Punya Taqwa😘 

Design Bisnes Kad Blogger Suriaamanda

Morning! Alhamdulillah malam tadi hujan sekejap. Sejuk sikit rasa. Kalau tak, sauna 24/7. Dalam cuaca panas ni, tak boleh nak menghadap PC lama lama. PC pun cepat panas dengan cuaca panas ni. Terpaksa buat kerja secara santai je. Sempat juga menyiapkan kerja. Salah satu design yang dah siap design adalah design bisnes kad blogger Suriamanda atau lebih di kenali dengan blog suriaamanda.blogspot.my

Design kad mengikut pilihan warna suriaamanda iaitu gabungan warna hitam dan gold. Warna hitam dan gold memang gabungan warna yang menyerlah. Fiza gunakan warna hitam sebagai warna background. Tulisan dan corak warna gold.

Design kad yang simple tapi nampak exclusive. Mungkin juga sebab hitam dan gold tu sendiri yang nampak exclusive kan. Alhamdulillah, hasil dari kepercayaan yang diberi. 


Terima kasih order! Siapa pergi SBB nanti dapatlah kad ni dari blogger suriaamanda.


Updated : 12 April 2016
Bisnes kad yang dah siap di print . Gambar dari perkongsian customer


Dekorasi Dulang Hantaran Tema Purple

Salah satu benda yang wajib ada masa majlis pertunangan atau pernikahan/perkahwinan mesti ada barang hantaran. Zaman sekarang dekorasi dulang hantaran simple je tapi tetap cantik. Less is more. Minimal dekorasi, less accesories dan lebih nampak wow.

Bab dekorasi hantaran ni memang Fiza suka buat dan husband pun sama kreatif sebab hantaran tunang dan nikah/kahwin dulu pun masing masing buat sendiri je. Takde nak upah orang bagai. Lebih jimat dan puas hati buat sendiri. Kali ni adik ipar a.k.a adik husband nak bertunang next week. Tugas kamiorang le siapkan dekorasi dulang hantarannya.

Berbekal bekas hantaran husband dulu, kamiorang ubah dekorasi tapi masih mengekalkan warna purple. Buang bunga bunga yang lama dan ganti yang baru dengan dekorasi yang baru. Cuma keluar modal sikit je untuk beli bunga.

Jenis bunga dan warna bunga kamiorang pilih berlainan jenis dan tona warna supaya nampak lebih pelbagai. Baru menarik kan. Kalau satu jenis warna macam suram je pulak.


Dulu dulu bolehlah panggil dulang hantaran. Tapi sekarang dulang pun non hado. Bekas hantaran ni memang dah siap. Cuma perlu buat dekorasi je. Di luar bekas ni husband lilit dengan riben berbunga. Kemudian letak sejambak pelbagai jenis bunga. Dalam dia letak shredded paper sebagai alas. 

Dah siap! Senang je nak buat pun kan. 

Untuk bekas cincin pula, tambah bekas sarang cincin dan hias sangkar tu dengan lilitan bunga. Alas bekas cincin letak macam sarang burung tu.

Bakul ni untuk buah buahan. Lilit pemegang dengan riben, alas dengan paper dan shredded paper.

Okay siap semua dekorasi dulang hantaran.

5 Dulang dari pihak lelaki. Tunggu letak barang hantaran je nanti.
1. Cincin
2. Buah buahan
3. Kek
4. Sirih junjung
5. Coklat


Buat simple je sesuai untuk perjalanan jauh ke utara nanti. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan.  


DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu