Responsive Ad Slot

Prosedur Masuk Ke Thailand Dari Padang Besar Perlis Dengan Kereta

Sebelum majlis pertunangan adik ipar, kami sekeluarga dah rancang nak masuk ke Thailand lepas majlis. Yelah kan, alang alang dah ke Perlis tu lajak sikit lah kita ke Thailand. Merasa juga ke negara luar walau trip ke hatyai naik kereta je pun dah sampai.

Nak ke negara orang kenalah ada passport. Dah siap renew passport hari tu. In case kalau jadi pergi Thailand senang passport dah aktif.

cara masuk thailand guna passport

Sebelum tu jangan lupa tukar duit dulu ye. Haritu tukar duit sikit je sebab cuma sekejap je nak masuk ke Thailand tu. Kamiorang plan pun nak ke Hatyai je. Nak ke tempat lain memang tak sempat sebab dah petang pun kan. 

Nak ke Thailand ni ada dua jalan masuk samada dari Padang Besar ataupun Wang Kelian. 

Pintu Sempadan
Masa Buka
Masa Tutup
Malaysia
Thailand
Waktu Malaysia (UTC +8)
Waktu Thailand (UTC +7)
Waktu Malaysia (UTC +8)
Waktu Thailand (UTC +7)
Wang Klian (Perlis)
Khuan Don (Satun) (juga dikenali sebagai Wang Prachan)
8:00 pagi
7:00 pagi
7:00 malam
6:00 petang
Padang Besar (Perlis)
Padang Besar (Songkhla)
6:00 pagi
5:00 pagi
10:00 malam
9:00 malam






Credit jadual : KembaraGD

cara masuk thailand dengan kereta
Jalan masuk ke Sempadan Thailand melalui imigresen Malaysia dulu

Cara masuk Thailand dengan kereta

Sebelum masuk ke Thailand dengan berkereta pastikan ada passport dan geran kereta (samada yang asal atau salinan). Jika bawa salinan geran pastikan di cetak depan belakang. Prosedur masuk ke Thailand dari Padang Besar, Perlis.

1. Pergi ke kaunter Imigresen Malaysia dengan berkereta (drive thru) tanpa perlu turun dan serahkan passport ke kaunter. Pasport akan discan dan diperiksa.

2. Kemudian bawa kereta ke sempadan Thailand dan parking di tempat letak kereta. Semua orang  perlu turun dari kereta menuju ke kaunter Imigresen Thailand.

3. Serahkan passport pada petugas untuk menulis borang TM6 arrival & Departure untuk setiap orang dan bayaran RM1 dikenakan untuk servis mengisi borang tersebut.

4. Untuk bawak kereta ke Thailand, perlu beli insurans kereta RM20 dan perlu menyerahkan salinan geran kereta untuk petugas mengisi borang insurans.

5. Pergi ke kaunter Imigresen Thailand untuk di scan dan di cop dan perlu buat pembayaran RM1 juga (ikut nasib siapa kena)

6. Pergi ke kaunter berikutnya untuk pengesahan kenderaan. Di sini, serahkan salinan geran kereta, insuran dan passport pemilik kereta (akan di kembalikan semula kepada pemilik).

Okay settle semuanya dah boleh masuk jalan jalan di Thailand.

cara masuk thailand dengan kereta

Bagi yang nak bercuti lama di Thailand, boleh beli simkad telco Thailand dulu setelah masuk Thailand. Tapi kamiorang nak masuk Thailand kejap je. So takdelah nak beli simkad bagai. Kamiorang masuk dengan dua kereta. Susah juga nak contact family yang lain kereta nak berinternet pun tak boleh lah kan.

So sebelum masuk Thailand tu dah siap siap simpan location dalam waze untuk memudahkan perjalanan pergi ke destinasi. 

Design Sticker Feline & Fur Cattery

Tempahan terakhir untuk Feline & Fur Cattery, iaitu design sticker pula. Masih mengekalkan warna tema hitam, putih dan bronze. Antara banyak banyak design yang ditempah oleh Feline & Fur, design sticker paling cepat siap sebab Fiza draft sekali je dah approved. Alhamdulillah. Boleh proceed untuk tempahan seterusnya.

Design sticker Feline & Fur Cattery
Fiza buat dua bahagian warna. Untuk bahagian putih atas letak logo rasmi dan bahagian bawahnya letak maklumat penting yang customer bagi. Siap!


Design sticker ni untuk transparent sticker. Masih dalam proses printing. InshaAllah dalam minggu ni siap printing. Terima kasih order dan berpuas hati dengan kesemua hasil tempahan.

www.facebook.com/FelineNFur

Updated : 19 April 2016
Sticker yang dah siap di print . Gambar dari perkongsian customer

Majlis Pertunangan Adik Ipar

Lega bila hantaran pertunangan dah siap. Hari Majlis pertunangan, sedara mara semua berkumpul di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis. Dapat juga peluang singgah masjid yang cantik ni. Sesambil menunggu sepupu sampai, sempat juga selfie menyelfie. Yang kanan tu la bakal bertunang.

Bila dah berkumpul semuanya. Barulah gerak pergi ke rumah pihak perempuan. Masih tak lengkap rombongan ni. Sebenarnya ramai lagi. Ada dalam 10 buah kereta rombongan pertunangan adik ipar. Meriah bila semua sedara mara berkumpul.

Bagi chance adik ipar, adik sepupu a.k.a dedayangs bawa hantaran. Eh, terselit makcik² bawa hantaran kat belakang tu.  

Majlis yang sederhana dan mudah. Tak lama mana perbincangannya. Kita dok jauh dengar je la.


Setelah semuanya dipersetujui, barulah sesi menyarungkan cincin. Mak mertua Fiza sarungkan cincin untuk bakal menantu bongsunya. Macam Fiza dulu, mak mertua juga sarungkan cincin. Kalau throwback balik masa sesi sarungkan cincin ni nervous jugak dibuatnya kan.

Siap sarungkan cincin, masa untuk makan makan pula. Jamuan makan yang simple disediakan oleh keluarga pihak perempuan. Alhamdulillah, merasa lauk orang Perlis. Kari wajib ada tu. Settle dah majlis pertunangan adik ipar Fiza dan bakal biras. Tahniah buat mereka. Tahun depan inshaAllah akan bernikah. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Tahun depan ke Perlis lagi kita.

Hantaran Pertunangan Dari Pihak Lelaki


Masih tak lengkap lagi hantaran pertunangan adik ipar Fiza ni. Almaklumlah ada hantaran yang sedara mara sponsor. Makanya lambat sikit dapat barang hantaran tu. Lagipun 5 dulang je pun kan. Mudah nak sediakan hantaran pertunangan dari pihak lelaki ni. Disebabkan perjalanan jauh, tapak/bekas hantaran dah disiapkan awal². Sampai kat homestay nanti barulah letak barang hantaran dan hias elok².

Balik dari makan makan di Jeti Kuala Perlis, malam tu siapkan barang hantaran. Takut pula kelam kabut tak siap esok pagi. Apa yang dah siap cuma 3 hantaran je. Cincin dan kek cuma tinggal letak je nanti. Masa nak ke rumah pengantin baru letak cincin dan kek pula sepupu yang sponsor sebab sepupu kerja kat Alor Setar. So lebih senang kek bawa dari Dekat. Kalau kamiorang nak bawak dari Negeri Sembilan, memang hancur terus lah kek tu kan.


Sirih junjung artificial. Daun sirih pun susah nak jumpa sekarang. Untuk perjalanan jauh, better guna yang artificial ni. Tapi sekarang sirih junjung dah makin dilupakan. 

Hantaran coklat yang simple je

Buah buahan yang tak cukup lagi. Esoknya kamiorang tambah buah mangga bagi penuh bakul ni. Kebiasannya buah buahan ni akan di sapu dengan minyak masak untuk nampak lebih cantik berkilat dan segar gitu. Sapu nipis² je dah memadai.

Settle bab hantaran. Nanti nak bertukar hantaran dengan pihak perempuan pun senang nak transfer barang dan senang dayang dayang nak bawa hantaran ke Majlis Pertunangan nanti.


Design Bisnes Kad Feline & Fur


Sambungan dari entry design logo Feline & Fur Cattery. Lepas dah siap logo, proceed tempahan untuk bisnes kad pula. Design bisnes kad ni Fiza buat hasil dari lakaran yang diberikan. Design yang simple tapi ambil masa juga nak siapkan satu design simple ni. 

Untuk design depan kad tiada masalah design sebab cuma ambil terus dari logo yang dah disiapkan. Untuk bahagian depan akan print Spot UV nanti. Lagi cantik print Spot UV sebab nampak timbul logo tu nanti.

Bahagian belakang kad agak complicated nak siapkan sebab banyak maklumat kan. Complicated dari segi susunan maklumat tu. Nampak je simple tapi nak siapkan tu agak ambil masa untuk dapatkan yang betul betul perfecto.


Okay dah siap design, sekarang tengah tunggu proses printing. Tak sabar nak tengok hasil printing nanti. Nanti Fiza update ye.InshaAllah...

www.facebook.com/FelineNFur

Updated : 19 April 2016
Bisnes kad  yang dah siap di print . Gambar dari perkongsian customer

Makan Malam Fresh Seafood di Jeti Kuala Perlis

Lepas dah check in homestay dan rehat². Malam tu makan malam di Jeti Kuala Perlis sebab nak makan makanan yang bakar bakar katanya. So ikut je la. Plus, jeti kuala perlis ni memang terkenal dengan makanan seafood yang fresh dan sedap.

Suasana malam kat sini sangat meriah, kedai pun banyak. Berebut² owner kedai nak tarik pelanggan sampai pening dibuatnya nak makan kat mana. Dah pilih satu kedai, pening pula nak pilih makan apa sebab banyak sangat pilihan yang ada. Ada pelbagai jenis ikan, sotong, ketam, udang, lala, kupang, belangkas pun ada dan macam macam lagilah. 

Kamiorang order : Ikan siakap 3 rasa 2 ekor, Ikan siakap bakar 1 ekor, sotong goreng tepung, ketam masak telur masin, tom yam 2 mangkuk besar, nasi putih untuk 11 orang makan, sayur kangkung 2 hidangan, ulam ulaman dan air untuk 11 orang minum dan juga extra 3 gelas air.

Disebabkan memasing dah lapar, sampai je makanan kat meja terus ngap. Makanya, lepas habis baru lah dapat snap. Ini satu meja je..satu meja lagi pun licin juga makan. Alhamdulillah, sedap sampai terpaksa habiskan makanan yang tinggal. Sayang nak bazirkan. Licin juga akhirnya!

Total damage malam tu RM3++. Ada yang kata mahal, ada yang kata murah. Tapi kalau untuk 11 orang kira murah juga kan. Seafood mana ada yang murah sangat pun selain kat sabah nun. Betul betul kenyang malam tu. 

Kalau pergi Perlis, trylah makan kat sini. Banyak pilihan seafood yang fresh.


Lovina Homestay Perlis Luas dan Selesa

Morning! Entry baru muncul hari ni setelah 4 hari bercuti rehat. Semalam dah kembali dari bercuti cuma perlukan rehat lagi sebab perjalanan yang jauh dari selatan ke utara dan sampai ke negara jiran. Kali ni ke Perlis untuk majlis pertunangan adik ipar Fiza dengan orang Perlis. Dah jodoh dapat orang jauh tu. Sesekali dah sampai utara, boleh sekali bercuti.

Sebelum pergi dah siap siap survey untuk stay homestay je memandangkan lagi jimat jika bercuti ramai ramai dengan family. Survey punya survey, jumpalah Lovina Homestay Perlis. Tengok dari gambar pun dah menarik. Nampak rumah besar, ruang yang luas dan tentunya lebih selesa kalau stay ramai²

Ini permandangan dari luar rumah. Boleh parking 4 kereta.

Ruang tamu yang besar dan cukup selesa. Channel astro pun ada.

Ruang makan yang juga luas dan meja besar. Sebelah kanan ni ada bilik dan bilik air.

Dapur yang lengkap dengan peti ais, dapur masak, microwave oven, mesin basuh, pinggan mangkuk, bahan asas masakan dan macam macam ada lagi.

Rumah ni ada 4 bilik. Satu bilik kat bawah, 3 bilik lagi kat atas. Bilik sebelah kiri ni ditutup, 2 bilik je boleh digunakan sebelah kanan ni.

ruang rehat setelah dari pandangan tangga ke atas. Yang pintu terbuka tu bilik air.

Dari pandangan bilik Fiza & husband.

Bilik Fiza & husband. Kemas, bersih, selesa dan cantik.


2 bilik lagi tak ambil gambar. Dari 3 bilik tu, cuma satu yang ada air cond. Memang bestlah yang dapat bilik air cond. Bilik Fiza cuma kipas je la. Disebabkan cuaca Malaysia tengah musim panas, memang panas. Berpeluh tidur dibuatnya. Kena buka tingkap bagi angin luar masuk baru sejuk sikit.

So far, sangat selesa menginap di Lovina Homestay Perlis ni. Kemudahan semuanya lengkap. Cuma disebabkan cuaca panas kurang selesa dengan hanya berkipas je. Nak mandi air paip pun dah macam air panas. Kiranya nak menginap kat sini kena musim sejuk sikitlah kan.

Yang tak bestnya dalam rumah di ruang tamu dan dapur ada CCTV. Dah tanya pada owner rumah. Katanya tak aktif kalau ada tetamu tapi tengok lampu infrared merah menyala je. Harap memang tak aktif sebab kira dah melanggar privacy tetamu. Itu je nak kabo. Yang lain semuanya tiptop. Mudah berurusan. Terima kasih tuan rumah bagi kami menginap di sini.

Harga satu malam RM250. Kamiorang stay 2 malam, dapatlah harga murah sikit RM230 semalam. Total RM460.

Untuk maklumat lanjut dan booking
Facebook : www.facebook.com/LovinaHomestayPerlis
Whatsapp : 019.4110957
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu