Responsive Ad Slot

Design Facebook Timeline Cover dan Watermark Fizyana's Online Shop

Akhir akhir ni banyak juga tempahan design untuk facebook timeline cover dan juga watermark. Salah satu tempahan yang dah siap, tempahan design facebook timeline cover dan juga watermark untuk Fizyana's Online Shop.

Untuk facebook timeline cover dan watermark Fizyana's Online Shop ni Fiza buat design yang sama tema warna dan lebih kurang designnya. Fizyana's Online Shop ni menjual pelbagai jenis barangan. pada mulanya nak letak gambar barang jualan tapi disebabkan banyak sangat jadi crowded. Final touch, cancelled letak gambar dan buat design simple dan memadai dengan maklumat yang perlu ada.



Terima kasih order! Nak tahu apa yang di jual di Fizyana's Online Shop, kenalah terjah di link bawah. Kebanyakkannya adalah barang kanak kanak. Barang dapur, kelengkapan rumah pun ada. Macam macam lah ada.

www.facebook.com/FizyanaOnlineShop

Traffik Blog Bila konsisten Update Vs Tak Update Lansung

Morning semua! Selamat berhujung minggu. Entry santai pagi ni nak cerita pasal traffik blog. Kalau yang tahu, biasanya Fiza memang update secara konsisten setiap hari ikut jadual dan buat auto publish. Memudahkan kerja bila ada jadual dan autopublish sebab boleh buat kerja lain. 

Walaupun kerja Fiza menghadap PC je tapi dalam masa yang sama lebih fokus dengan kerja design sebab tu kena buat jadual entry bagai. Dan kebiasaanya kalau nak bercuti Fiza dah siap siapkan buat auto publish. Tapi bila takde idea, memang terbiar gitu je tanpa entry. Sedih juga tengok traffik blog menjunam.

Sebelum bercuti, update secara konsisten elok je traffic. Makin hari makin lama bercuti tanpa update, sikit-sikit traffik turun. Bila selepas cuti, baru naik semula sikit sikit. Benda yang sama juga terjadi kalau hujung minggu. Hari-hari traffik maintain tapi bila sabtu ahad dia menjunam. Isnin naik semula traffik tu. Blog korang sama tak? Ke maintain terus? ada tips untuk dikongsikan tak?

Traffik blog ni kekadang tak boleh nak dijangka. Nak naikkan traffik bukan mudah, tapi nak turunkan traffik blog senang sangat. Moral value, kalau traffik dah maintain naik kena kekalkan momentum begitu. Kalau dah jatuh macam kena usaha lebih lagi untuk dapat paras traffik yang lebih baik.

Mood berblogging ada pasang surutnya kan. Kejap ada mood, kejap takde mood. Bila ada idea, penyakit Malas datang pula. Bila takde idea, rajin datang. Haa gitulah ceritanya. Rasanya semua blogger pernah mengalami masalah yang sama kan. 

Walau ape pun jadi, traffik naik ke turun ke masih seronok berblogging. Bukan hanya mendapatkan traffik dan jana pendapatan semata². Tapi suatu kepuasan dan mengisi masa yang terluang dari tak buat apa-apa. Sekurang kurangnya apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada pembaca. Tiada istilah rugi dan buang masa pun.

Opss...dah terbebel banyak. 

Design Watermark Shuhaida Kabdy

Satu lagi design watermark bentuk bulat macam stamp untuk blogger Shuhaida Kabdy. Disebabkan maklumat yang ada hanya Nama dan link blog. Untuk bulatan tu buat jenis fancy sikit dari garisan biasa je.

Kalau jenis watermark macam ni, biasanya Fiza akan bagi dua warna satu hitam dan satu putih. Jadinya ada pilihan untuk diletakkan pada background gelap atau terang.

Okay, short and quick entry malam ni. Selamat berhujung minggu.
Terima kasih order

www.shuhaidakabdy.com

Singgah Penang Wajib Naik Ferry Dan Balik Ikut Jambatan Kedua Penang

Balik dari Thailand, rehat dulu semalam lagi kat Lovina Homestay Perlis. Kiranya bermalam 2 malam kat homestay tu. Sebab tu harga dapat murah sikit.

Keesokannya nak balik rumah, abah mertua ajak ke Penang. Nak merasa lalu jambatan baru katanya, Jambatan kedua Pulau Pinang-Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (nama jambatan kedua pulau pinang).

Anak anak turutkan je permintaan. Lagipun alang alang dah lalu Penang tu kan. Sekali lalu je la. Nak ke seberang pulau, naik ferry je. So tak perlu lah nak lalu jambatan Pulau Pinang yang pertama tu. Bolehlah driver berehat kejap dan sesambil tu menikmati sama² permandangan laut yang cantik ni. 

Orang kata, sampai ke Penang wajib merasa naik ferry kan. Ini dah kali keberapa naik ferry dah ni?? Kalau pergi Penang mesti naik samada pergi atau balik. Kali ni merasa duduk bahagian bawah.

feri pulau pinang

Bila dok bahagian bawah ni dekat sangat dengan air.

feri pulau pinang

Tak ketinggalan, jangan lepaskan peluang ambil gambar.

feri pulau pinang


feri pulau pinang


feri pulau pinang

Sesampai di seberang Pulau, kononnya nak makan nasi kandar kat Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa tapi kecewa sebab nasi dah habis. saya makan maggie goreng dan yang lain makan nasi campur je. Selepas makan, singgah di Masjid Kapitan Keling untuk solat. Selesai semuanya terus gerak balik melintasi Jambatan  kedua Penang.

jambatan kedua pulau pinang

Jambatan kedua ni tak selurus jambatan pertama. Tak pasti jarak jambatan pulau pinang 2 ni. Jambatan kedua ada curve dan buatkan jambatan ni unik. Plus, ada pembahagi jalan untuk penunggang motorsikal. Lebih selamat macam tu kan.

jambatan kedua pulau pinang

Alhamdulillah selamat sampai di rumah walau lambat sebab jammed sana sini. Letih tu tak yah lah cakap lah kan. Esoknya tambah lagi sehari cuti untuk betul betul dapatkan rehat yang cukup. 

Prosedur Keluar dari Thailand Ke Malaysia Melalui Bukit Kayu Hitam

Untuk keluar dari Thailand, kamiorang plan keluar melalui Bukit Kayu Hitam Kedah sebab nak makan kat Danok sebelum keluar. Selepas penat jalan jalan kat Khlong Hae Floating Market masih ada ruang untuk makanan.

Kami singgah di Danok sebentar untuk menjamu selera. Danok ni sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam). So dekat je. Kat sini urusan jual beli boleh guna Baht atau Ringgit Malaysia pun boleh.

sempadan thailand malaysia

Kat Danok ni ada gerai gerai kecil tepi jalan yang kebanyakkannya peniaga Islam. Antara makanan yang popular kat sini daging bakar lah kot sebab adik ipar dok nak makan daging bakar kat sini.

Malam tu bayar guna duit baht yang tak habis tu dan tambah sikit duit Malaysia. Kalau tak guna habiskan duit tu nanti tukar balik kat Malaysia rugi pula kan. So guna bagi habis. Selesai makan terus menuju ke sempadan nak balik Malaysia.

Kat sini ikut je jalan masuk melalui imigresen Thailand. Masa ni kereta banyak juga dan terpaksa menunggu lama. Tunggu lama pun sebab urusan kaunter imigresen Thailand agak lambat sebabnya sampai di kaunter semua orang kena keluar kereta. Kalau ramai, lagi lambatlah urusan nak selesai.

Prosedur Keluar dari Thailand ke Malaysia.

1. Serahkan passport di kaunter imigresen Thailand untuk di scan dan di cop. Kalau nasib kurang baik, kena bayar RM1.

2. Dah lepas kaunter imigresen Thailand, pemilik kereta perlu serahkan surat pengistiharan membawa kereta dan sign.

3. Terus bawa kereta ke kaunter imigresen Malaysia untuk di scan dan di cop. (tak perlu turun kereta-drive thru je). Lepas tu terus masuk tol dan bayar tol. Pastikan ada kad touch and go.

Prosedur keluar dari Thailand agak mudah cuma penat menunggu lama.

Design Facebook Timeline Cover House Of Stevia

Sebelum bercuti, biasanya Fiza akan settlekan tempahan yang ada. Tak nak lah customer tunggu lama. Tapi kekadang tu, ade je order masuk masa hari bercuti tu. Terpaksalah hold order sampai habis cuti. Maaf ye terpaksa tunggu. Fiza memang tak ambil urgent order. Orang yang bersabar je boleh order dengan Fiza. Tu syarat utama ! Yang nak cepat, yang tak sabar jangan order sebab Fiza bukan robot.

Bukan tak boleh buat kerja dengan cepat tapi kalau dah banyak order, mana mampu Fiza nak siapkan sekali dalam hari yang sama kan. Otak dan badan perlukan rehat juga. Nasiblah semua customer faham dengan syarat utama tu. Nak design bukan mudah walaupun yang simple design. Kalau nak cepat, korang buat sendiri. Tengok cepat ke tidak korang siapkan satu design tu. Opsss..terbebel pula.

Untuk design facebook timeline cover House of Stevia ni paling mudah Fiza berurusan. Fiza buat dua draft dan ini pilihan draft yang dipilih kemudian touch up sikit draft yang Fiza buat terus owner setuju. Alhamdulillah..Allah memudahkan kerja Fiza. Fiza design ikut tema hijau daun stevia tu. Owner pun nak design simple je. Yang penting katanya nak ada daun stevia, perkataan House of Stevia dan contact number. Siap!


kalau korang mencari cari produk berasaskan stevia, boleh terjah page

www.facebook.com/malaysiastevia

Jalan Jalan Shopping di Khlong Hae Floating Market, Hatyai Thailand

Lepas dah settle masuk sempadan Thailand melalui Padang Besar Perlis, terus gerak ke Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand. Dah siap set awal awal lokasi kat waze. Dari Sempadan Thailand nak ke Floating Market ni ambil masa dalam 1 jam lebih sikit dan melalui jalan kampung.

Terasa agak lama perjalanan ke sini sampai terlajak masuk simpang beberapa kali sebab tak biasa dengan jalan di Thailand ni. Simpang dia macam nak masuk jalan lorong. Setelah sejam lebih kamiorang selamat sampai.

Khlong Hae Floating Market opening hours

Untuk pengetahuan korang kalau yang tak tahu, floating market ni cuma di buka pada hari  jumaat, sabtu dan ahad sahaja. So kalau nak datang sini kena datang hari jumaat, sabtu atau ahad.

Friday, Saturday, Sunday, Service hours: 15:00-21:00

Dah sampai sini, korang boleh parking kat tepi jalan besar je. Tapi masa tu, kitaorang parking kat dalam kawasan rumah orang dan ada budak jaga parking. Kenalah bayar kan. Bayar je la sebab tak tahu boleh parking kat luar tepi jalan je.

Tapi kat tepi jalan tu pun dah penuh dengan kereta parking dan jalan kat situ agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Nak melintas pun susah.

khlong hae floating market hatyai

Sebelum sampai ke floating market, di sepanjang jalan ada bermacam macam jenis jualan macam pasar malam. Harga pun lebih kurang je sebenarnya. Kalau beli barang kat sini jangan lupa nak tawar menawar, mesti dapat harga murah sikit.

khlong hae floating market hatyai

Rambang mata dibuatnya nak shopping kat sini terutamanya pakaian.

khlong hae floating market hatyai

Selain pakaian, toys ini pun comel comel.

khlong hae floating market hatyai

Nak ke floating market, korang akan melalui jambatan ni.

khlong hae floating market hatyai

Dari atas jambatan ni boleh tengok kemeriahan dan keunikan floating market ni. 

khlong hae floating market hatyai

khlong hae floating market hatyai

Dah sampai ke seberang, kamiorang teruskan perjalanan shopping kat market atas dulu. 

khlong hae floating market hatyai

Macam macam ada di jual

khlong hae floating market hatyai


khlong hae floating market hatyai

Tshirt 

khlong hae floating market hatyai

Dah settle shopping kat atas, masa untuk turun ke floating market. Kat sini wajiblah ambil gambar kan.
 
khlong hae floating market hatyai

Sampai kat floating market ni, semuanya jual makanan dan minuman sahaja ye. Sebenarnya kat market atas tadi ada je food court tapi ye lah kan, macam macam di jual kan. Orang pun ramai.

Tak berani nak makan. Dikhuatiri tak halal dan banyak juga signboard 'pork' tu. Kat floating market ni, korang tak perlu risau nak cari makanan halal. Sebelum beli, pastikan ada tanda halal kat signboard kedai perahu ni ye. Bukan halal berpandukan "orang yang pakai tudung".

khlong hae floating market hatyai

Bila sampai sini, memang ramai orang Malaysia. Dah macam tempat ni kat Malaysia pula.

khlong hae floating market hatyai

khlong hae floating market hatyai

Cuaca hari tu memang sangat panas, macam kat Malaysia. Lepas penat shopping, cari air lah apa lagi. Keunikan jualan air kat sini ialah diletakkan di dalam buluh ataupun dalam bikar yang comel pelbagai rupa ada. Pilih je mana korang nak.

Harga 20 baht untuk air dalam buluh, lebih kurang dalam RM2.++ dan kalau dalam bikar dalam 35 baht. Kamiorang beli yang dalam buluh je air kelapa dan air teh thai.

khlong hae floating market hatyai

Adik ipar beli mee. Mee apa ntah namanya, lupa pula. Harga pun tak ingat. Ini sistem pemberian kepada pelanggan. Guna kayu dan bakul je. Nak bayar pun letak duit dalam bakul ni je. Unik kan. Ye lah, mana lah nak sampai kalau guna tangan. Tak pasal pasal makcik tu jatuh dalam kuah mee panas tu.

khlong hae floating market hatyai

Mee dia macam mee maggi tom yam yang kurang pekat. Okaylah rasa dia. Kalau penggemar tom yam sukalah kot. Tapi husband saya bukan penggemar tomyam memang tak suka sebab kuah dia masam katanya.

khlong hae floating market hatyai

Dah beli air dan mee, berehatlah sekejap kat sini

khlong hae floating market hatyai

Di sini disediakan meja dan kerusi. So boleh makan kat mana mana suka. Nak bersila kat bawah pun boleh.

khlong hae floating market hatyai

Sebelum balik, sempat beramah mesra dengan anak gajah ni. Adik ipar lah yang beramah mesra.

khlong hae floating market hatyai

Saya tak berani, dok tepi je. Ambil gambar dengan gajah ni percuma tapi kalau korang nak bagi makan kat anak gajah ni, kat sini ada jual tebu potong. Sebungkus 100 baht. Dalam sepuluh ringgit lebih camtu.

khlong hae floating market hatyai

Fuhh..penat sungguh jalan jalan kat Floating Market ni. Tambah lagi dengan cuaca panas kan. Memang berpeluh sakan di buatnya. Kalau korang datang sini, siap siaplah bawa air masak. Jimat beli air.

Kat sini saya tak shopping sangat. Nak beli beg, beg dah banyak. Nak beli baju, macam tak sesuai. Nak beli kasut, macam tak berkenan. Sudahnya saya beli seluar je sebab seluar dan kain kat sini cantik cantik dan susah nak dapat kat Malaysia kan. Tak lupa, fridge magnet wajib beli untuk koleksi kat rumah. 

Lokasi : Khlong Hae, Hat Yai, Songkhla 90110 Thailand
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu