Responsive Ad Slot

Design Watermark Ctinahcakes

Bekerja keras siapkan tempahan yang ada sebelum bercuti lagi. Eh, bercuti lagi??? Cuti sabtu ahad le. Sabtu dan ahad memang cuti dari buat design untuk rehat dan meluangkan masa untuk real life bersama orang yang tersayang. Cewahhh... Cuti minggu ni balik Johor lah kita ye. Rutin setiap bulan.

Okay, cukup cukuplah tu lari tajuk. Untuk design watermark Ctinahcakes, owner minta design jenis bulat, ada cheese tart dan maklumat yang diberikan. Nak buat cheese tart macam tak pandai. Since nak bentuk bulat, so bulatan tu kira pandangan dari atas cheese tart. Pun boleh juga kan. Lepas tu buat warna kuning ikut tema warna cheese tart tu. Tengah tengah dia warna slow white. Kira macam bukan background trasnparent, iaitu frosted. Padankan dengan tulisan yang sesuai. Siap!


Sesiapa nak order cheese tart tu bolehlah terjah instagram

instagram.com/ctinahcakes

Jangan lupa follow sekali ye.

Design Header Blog Almari Baju Aisyah

Hidangan mata petang ni Fiza jamukan dengan entry artwork terbaru yang baru siap je semalam iaitu design header blog Almari Baju Aisyah. Owner nak design berlatar belakang kan corak abstract dan juga bunga². Tudung yang dipakai tu antara jualan dalam almari baju Aisyah. Susun susun dan gabungkan warna yang sesuai. Siap hasil kerja Fiza. Owner pun suka keduanya.

Nak tahu pelbagai jenis fesyen tudung dan apa lagi yang dijual di dalam Almari Baju Aisyah, kenalah terjah blog
almaribajuaisyah.blogspot.my

Rasanya owner belum letak lagi header baru ni. Terima kasih order!

Fresh Green Tea

Pantang nampak orang jual kopi hipster, mesti Fiza beli air green tea. Mesti ada! Tapi yang terpaling sedap dan selalu beli kat Sang Kopi area Sikamat, Seremban. Boleh dikatakan kerap membeli. Kalau asyik beli boleh rabak juga poket. Satu pun dah RM5.

Kebetulan ke Thailand hari tu, sempat juga borong Green Tea Thai dan kebetulan juga masa beli tinggal 3 pack last. Terus la beli 3 pack tu. 1 pack RM8. Lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia ni. Faham faham lah kenapa kan. 

Musim panas ni, memang sedap kalau tekak dihidangkan green tea sejuk. Hampir setiap hari bancuh green tea ni. Punyalah suka sangat ye. Jimat duit beli kat luar. Lepas dok google cara buat air green tea. Fiza pun siap sedialah bahan bahannya. Gula, susu krimer sejat, susu pekat, pembancuh teh dan juga green tea thai.


Masukkan 2 sudu serbuk teh hijau/green tea dan rendam selamat 2-3minit

Kemudian masukkan ke dalam cawan besar


Masukkan gula 1 sudu, susu pekat ikut sesedap rasa. Ada yang suka manis, ada yang kurang suka manis. So ikut taste masing masing.

Dah siap bancuh, masukkan air batu dan curahkan susu krimer sejat.


Alhamdulillah, sejuk tekak. Nak lagi sedap, korang guna air batu hancur tu. Letak banyak sikit baru sejuk. Cuaca panas ni, air batu pun cepat cair.  So far okay rasa dia cuma tak sesedap pembuat kopi sebab dorang dah pakar hari hari jual kopi/teh.

Design Blog timmbill91.blogspot.my


Nak update entry artwork lagi. Harap jangan jemu lah ye. Tandanya tuan blog dah kering idea nak update apa dalam blog ni. Sibuk nak settlekan kerja design dulu sementara masih mampu nak cari idea. Tiba masanya kena rehat seketika. Kesihatan kena jaga juga kan.

Okaylah, jangan kasi Fiza bebel panjang panjang. Design Blog Cik Timm ni, Cik Timm pilih warna pink dan hijau. Fiza lebihkan pink sikit dari hijau since Cik Timm nak ada bunga bunga juga. Layout jenis minimalist. Header juga simple sebab background atas dah penuh dengan bunga bunga cinta tu. Menu bar pula jenis fancy. Kena design dulu lepas tu baru selaraskan dengan coding. 



Untuk design footer, sidebar dan lain lain kenalah full view

www.timmbill91.blogspot.my

Terima kasih order!

Harris Baba Seiras Zayn Malik

Sekali imbas kalau tengok Harris Baba ni sebijik macam Zayn Malik ex-kumpulan One Direction. Dengan style rambutnya, dengan bentuk muka dan warna kulit dan macam kembar seiras dah. Tersuka tanpa sengaja dengan lagu Katakan dari Harris Baba ni. Suara dia boleh buat gegadis melting, belum lagi melihat renungan matanya. Opsss..jangan pandang lama lama.
Anak berdarah Pakistan diberi nama Khawaja Mohammad Harris Baba, berusia 24 tahun dan berasal dari Singapura.

Suka lagu 'katakan' ni sebab santai santai je lagunya. Lagu & Lirik oleh Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong. Patutlah macam best sebab ada Faizal Tahir kan. So layankan lagu 'katakan' dari Harris Baba. 

Lirik lagu Katakan-Harris Baba

Tiada apa lagi perlu ku katakan 
Kerna kau tahu semua 
Tak pernah ku berahsia 

Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas 
Rasa yang aku rasakan 
Hanya untuk kau saja 

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu 
Biar lama tetap saja kau ku tunggu 

Katakan kata padaku 
Kita kan bersama harungi semua darling 
Tiada lain ku mahu 
Hanya kau satu untukku 
Hanya kau satu untukku

Tiada lain mampu membahagiakan ku 
Ku mengharap kau pun sama 
Sampai mati ku setia

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu 
Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku 
Kita kan bersama harungi semua darling 
Tiada lain ku mahu 
Hanya kau satu untukku 

Doaku semoga kau dan aku 
Selamanya kan bersama 
Di hatiku hanya kau yang satu 
Sempurnakan diri aku

Katakan kata padaku 
Kita kan bersama harungi semua darling 
Tiada lain ku mahu 
Hanya kau satu untukku

Katakan kata padaku 
Bersama harungi semua darling 
Tiada lain ku mahu 
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku


Design Watermark Beauty Curse haffizmohdnoor.biz

Bila takde idea nak update blog. Jadinya kenalah update artwork yang mana dah siap tu untuk tambah dalam portfolio. Senang untuk rujukan customer nanti nak tengok contoh design yang dah siap. Latest artwork design watermark untuk Beauty Curse haffizmohdnoor.biz. Sebelum ni pernah design untuk blog personal dan juga blogshop juga.

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan diberi kepercayaan untuk menghasilkan watermark pula kali ni. Bentuk watermark yang dipilih berbentuk separa bulatan. Ada dua design cuma bezanya design yang atas takde background pink pada url blog dan design bawah ada background pink. Di sebabkan custumer tak boleh nak decide nak pilih yang mana. So request nak dua dua. So dua dua design untuk customer. Boleh rotate pakai mana yang sesuai dengan gambar kan.

Nak tahu apa yang di jual di Beauty Curse ni, korang boleh terjah

haffizmohdnoor.biz



Design Facebook Timeline dan Watermark Roadtaxexpress.com

Lagi-lagi tentang design facebook timeline dan watermark. Design facebook timeline dan watermark roadtaxexpress.com ni nak tema JDT (Johor Darul Takzim). Sebagai salah sorang rakyat johor, semangat lebih nak buat design ni. 

Gigih mencari gambar kereta biru dan motor merah sebab nak ikut tema warna walaupun sebenarnya blur nak buat macamana kan. Owner pun tak sediakan gambar yang perlu. Makanya dengan bantuan google, dapat juga idea nak letak background roadtax 2016 tu.



Watermark pula buat bentuk bulat dan simple bertemakan warna JDT juga. Alhamdulillah keduanya diterima baik oleh owner. Terima kasih order.

Korang kalau malas nak keluar nak renew roadtax, boleh contact roadtaxepxress.com ni menyediakan perkhidmatan terpantas, efektif dan jimat masa. Yang penting roadtax dihantar sampai depan rumah. Baguskan!

www.facebook.com/roadtaxexpress.co/

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu