Responsive Ad Slot

Cashout Nuffnang April 2016

Hari hari terakhir bulan April ni, eloklah cashout duit Nuffnang yang ada. Kalau dah cukup limit, keluarkan je lah. Boleh juga tambah tambah duit nak beli apa sebulan lebih lagi nanti. Kalau perasan, akhir akhir ni agak TERsendu je rasanya kenaikan earnings yang ada. Kurang dapat CPUV pun satu hal juga.

Tak payah nak kecewa sangat lah ye. Rezeki masing masing kan. Bersyukur apa yang dapat. Doa dan usaha harap harap murah rezeki. CPUV tinggal sikit je yang on going. Harap boleh pergi jauh, lebih lama dan lebih banyak. Boleh cashout lagi bulan depan. Kalau tak cukup, tunggu lagi sampai cukup.

Bila dah RM0.00 kenalah kumpul semula duit tabung Nuffnang ni.

Musim Ular Masuk Rumah

Akhir akhir ni banyak betul cerita tentang ular. Ular masuk rumah, ular dalam tandas, dapur rumah, dalam kenderaan dan baru baru ni juga murid sekolah maut akibat patukan ular. Bila dengar cerita macam tu, jadi risau tak bertempat kat rumah ni. Lagi lagi bila nak ke tandas tu, tengok sekeliling kot ada 'Cik U' dalam tandas. Paling penting, flush dulu sebelum membuang.

Dalam musim panas ni, reptilia berdarah sejuk kebiasaanya mencari tempat yang sejuk untuk menyejukkan badan. Jadi, kena berhati-hatilah melihat sekeliling dalam dan luar rumah. Tak kisahlah ular tu berbisa atau tidak. Sebut pasal ular je dah rasa takut, apatah lagi berhadapan. Memang tak cukup tanah nak lari. Kadang kadang terbawa bawa fikir sampai mimpi. Kalau mimpi ular tu dah lain maksudnya kan. Tapi anggap je mimpi mainan tidur. 

Sebagai langkah berjaga jaga, amalkan doa menghindari haiwan berbisa semoga kita terhindar dari haiwan yang berbisa dan dilindungi oleh Allah SWT. Aaminnn...
Credit Photo : Tanda Amaran Mata Bermasalah
Dan sekiranya berlaku kejadian di patuk ular, boleh ambil langkah langkah bantuan kecemasan ini.
Kredit foto : Facebook Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor
Nak tidur pun jadi takut semacam. Pantang dengar bunyi sikit dah mula curiga. =__='

Fesyen Baju Raya 2016


Puasa pun belum dah fikir raya pula kan. Sekarang pun masing masing dah sibuk tempah baju raya. Fiza pun dah hantar kain kat favourite tailor tapi masih blur tak tahu nak buat baju apa sebenarnya. Tengok kat instagram/facebook, banyak butik dah memperkenalkan fesyen baju raya 2016 ni dan masing masing dah buka untuk pre-order raya.

Bagi yang tak tempah baju tu, bolehlah buat pre order di mana mana butik yang berkenan. Kalau terlambat nanti melepas pula. Di sini Fiza kongsikan beberapa butik yang Fiza rasa berkenan dengan fesyen fesyen baju raya yang ada. 

Tahun ni calaqisya menampilkan fesyen baju yang sangat cantik dan rare di pasaran. Macam biasalah signature calaqisya di kenali ramai oleh peminat fesyen. Akhir akhir ni calaqaisya banyak keluarkan fesyen kain jenis printed berbanding dulu hanya plain colour. Tergoda pula dengan fesyen baju raya calaqisya tahun ni. 
Credit photo : calaqisya
Credit photo :calaqisya
Tak ketinggalan, butik Radiusite juga mengetengahkan fesyen baju raya yang cantik dengan fesyen terkini. Warna pun menarik. Fesyen baju raya yang ada sedikit kelainan untuk tahun ni. Ada juga baju sedondon dengan anak anak.

Credit photo : radiusite
Credit photo :radiusite
Credit photo : radiusite
Lagi satu butik kegemaran Fiza, Butik Rayyan Haya menampilkan fesyen muslimah yang menepati citarasa muslimah. Menampilkan warna warna pastel yang buat korang rambang mata nak pilih mana satu sebab semuanya cantik cantik.

Credit photo : Rayyanhaya
Fiza nak memperkenalkan satu lagi butik yang baru di buka iaitu Jasmeen Apparel. Terkenal dengan flare skirt yang cantik dan terlajak laris tu. Sekarang ada buka pre order untuk women kurta dan men kurta

www.facebook.com/jasmeenapparel
whatsapp ke 019-7728262
Credit photo : Jasmeen Apparel
Credit photo : Jasmeen Apparel
Okay, cukup setakat ni dulu perkongsian Fiza untuk fesyen baju raya 2016. Kalau ada lagi, nanti Fiza tambah okay. 

Design Watermark Saralicious Vitamin

Ramai customer minta buat watermark bulat termasuklah design watermark Saralicious Vitamin. Kalau watermark bulat biasanya tengah tengah tu gunakan tulisan yang jenis cantik dan lebih besar dari yang lain supaya dah letak kat gambar nanti nampak lebih jelas.

Link blog dan juga tagline letak atas dan bawah bulatan. Simple design. Biasanya customer memilih warna hitam atau putih. Tapi kali ni warna pink pula. Ada kelainan untuk design kali ni. Okay, settle satu kerja.

Terima kasih.

ladysara84.blogspot.my

Masak Ketam Telur Masin

Lewat makan tengahari hari ni. Makanya lambat juga update blog. Pagi tadi husband service kereta, buat alignment tayar dan basuh kereta. Tunggu punya tunggu dalam pukul 2 petang baru siap semuanya. Di sebabkan nak makan ketam punya pasal, lepas dah siap semua urusan barulah pergi beli ketam. Beli 2 ekor je, cukuplah untuk makan berdua. Kadang kadang tu terlebih cukup.

Rezeki hari ni dapat beli ketam segar dan besar di Family Store. Selalunya ketam kecil dan macam kurang segar. Alhamdulillah rezeki merasa ketam segar dan kebetulan nak mencuba masak ketam telur masin tu. Ramai yang dah cuba kata sedap, mengapa tidak diri sendiri pun mencuba juga. Haruslah penggemar ketam macam Fiza cuba masak sendiri.


Resepi masak ketam telur masin ni ambil dari blog kathyjem.blogspot.my. Nampak macam mudah je nak masak. Bahan bahan pun tak banyak sangat. Jadi, Fiza follow je resepi tu cuma Fiza kurangkan bahan sebab masak untuk 2 ekor ketam je kan. Telur masin Fiza guna 3 biji je. Telur putih guna sebiji je. Sila sukat ikut banyak mana ketam yang nak di masak tu ye.

Selepas bertungkus lumus kat dapur, perut pun dah lapar. Siap juga masak ketam telur masin ni. Rasa??? Dah tentu sedap! Bukan nak puji diri sendiri la masak sedap tapi memang sedap. Dapat pula ketam yang segar dan besar kan.

Ada rasa telur masin, ada rasa butter ada rasa pedas dan bercampur jadi rasa yang sedap. Dapat juga makan ketam masak telur masin ni. Kalau nak rasa, tak payah tunggu nak makan kat luar. Masak sendiri je sudah. Fiza makan separuh ketam pun dah kenyang.


Ketam ni sedap kalau dapat yang segar dan besar tu. Puas makan isi banyak tapi yang tak seronoknya ambil masa nak kupas kulit ketam yang keras tu. Memang ber jam makan ketam seekor pun! Sebab tu malas nak makan kat kedai. Kena bertapa makan kat kedai sebab lama sangat nak habiskan. 

Happy tummy. Alhamdulillah.

Gubahan Bunga Materose Yang Super Cantik!


Tersuka dengan sengaja semua gubahan bunga dari Materose yang super cantik ni. Bukan satu dua je yang cantik tapi semua pun cantik! Kalau diberi pilihan untuk memilih, memang ambil masa nak memilih. Rambang mata oiii nak pilih mana satu!

Tapi sayang, semua ni kedai bunga materose ni di Korea. Jauh sangat kan! Tenggelam harapan nak dapat satu. Uhuk uhuk..Saja kongsikan kat blog, manalah tahu bagi idea untuk kedai kedai bunga buat macam ni atau pelanggan nak request kat kedai bunga kan. Boleh juga hadiahkan untuk orang yang tersayang. Untuk birthday ke kan. 

Sekarang pun dah musim konvokesyen. Boleh buat style macam ni untuk para graduasi. Mesti dorang suka sangat dengan hasil gubahan bunga macam ni. 

Jenis jenis bunga yang ada pun cantik dan segar je. Walaupun berlainan jenis bunga, gubahan bunga tetap cantik. Takde yang tak cantik. Kalau perempuan merajuk dapat hadiah bunga ni, confirm tak jadi merajuk. Kan?

Gabungan warna pink dan putih memang cantik.

Satu lagi kombinasi warna yang sangat menarik. Sesuai untuk peminat pink macam Fiza.






Kombinasi warna merah dan hitam memang terbaik. Menyerlah warna bunga ros merah tu.

Gubahan bunga yang lain pun semuanya cantik cantik juga. Ikut selera warna masing masing.








Paling simple pun menarik juga.
Selain itu, gubahan bunga dalam bakul pun cantik sangat.


Terbaik hasil kerja mereka di Materose Florist ni. Mana satu pilihan hati korang? Nak tengok hasil kerja dorang yang lain, terjah link di bawah.

www.facebook.com/materosechloancake

credit photo : materosechloancake

Wise Nutrition NEM Membantu Melegakan Sakit Sendi Dengan Berkesan


Sakit sendi atau sengal-sengal dah biasa sangat kita alami tak kira peringkat usia tua atau muda. Biasanya terjadi kalau kita sesekali buat kerja berat, melakukan aktiviti riadah, duduk terlalu lama ataupun memang ada masalah di bahagian sendi terutamanya mereka yang telah berumur.

Kalau kena sakit sendi ni memang sakit rasanya sampai nak bergerak buat kerja pun susah. Pergerakan jadi terbatas dan tidak seperti biasa. Mereka yang pernah rasa sakit tu je faham sakitnya macam mana kan. Kebiasaanya sakit sendi ni akan menyerang di bahagian lengan, kaki, lutut, jari, tumit, bahu, pinggul dan pinggang.


Arthritis atau Osteoarthritis(OA) adalah sejenis jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab berlaku Arthritis :
  • Kerosakan Sendi 
  • Jangkitan kuman 
  • Penyakit yang diwarisi 
  • atau sebab-sebab lain 
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah Osteoarthritis (OA), rheumatoid Arthritis,  Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman  dan Gout

OSTEOARTHRITIS(OA) sejenis sakit sendi yang paling biasa dihidapi disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat pergerakan. Ianya lebih kerap berlaku di kalangan warga tua. Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan dan sakit di penghujung hari

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA) lebih kerap dihidapi kaum wanita disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.  Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi dan kekejangan tersebut mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi. Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN disebabkan oleh kuman yang pada kebiasaanya akan mengalami demam dan menggigil dan menyerang satu sendi sahaja

GOUT pula disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi yang biasanya menyerang kaum lelaki di pertengahan umur dan menyerang pangkal ibu jari kaki.

Tanda-Tanda Arthritis

  • Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah) 
  • Sendi bengkak 
  • Kekejangan sendi 
  • Susah untuk bergerak seperti biasa 
  • Sakit apabila bergerak 
  • Perubahan kepada sendi 
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut 
  • Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut 
  • Sakit bila sekeliling sendi ditekan 
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis
  • Peningkatan usia 
  • Badan terlalu gemuk: bagi penyakit osteoarthritis lutut 
  • Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’ 
  • Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’) 
  • Kecederaan berat contoh bersukan 
  • Mencangkung bagi osteoarthritis lutut 
  • Pekerjaan: Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh dan Osteoarthritis punggung bagi peladang
Bayangkan jika sakit sendi yang berpanjangan tanpa kita ubati, dah tentu segala pergerakan/pekerjaan kita sangat terbatas dan tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Mungkin kita tidak akan dapat meneruskan pekerjaan kita dengan sempurna. Bagaimana nak meneruskan kehidupan untuk meneruskan hidup dan menyara hidup? Jika tidak diubati dari awal, penyesalan di kemudian hari tak berguna.

Sakit sendi ni nampak macam kecil je tapi kesannya akan memberikan kesan yang berpanjangan jika tidak di rawat diperingkat awal. Jika tidak dirawat di peringkat awal, mungkin perlu menjalani pembedahan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jangan mudah kecewa dan berusaha untuk mengubatinya di peringkat awal.

Jika mengalami sakit sendi yang berterusan :
  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi 
  • Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil 
  • Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu bangun dari kerusi 
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan. 
  • Penahan Sakit
Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sakit sendi atau sengal ni, boleh cuba cuba amalkan makan Wise Nutrition NEM yang boleh membantu melegakan sakit sendi dengan berkesan. Selain minum susu sebagai bekalan kalsium untuk menguatkan tulang, Wise Nutrition NEM adalah makan tambahan semulajadi TERBAIK untuk kesihatan dalam melegakan sakit sendi.

Apakah itu NEM

NEM adalah satu-satunya bahan yang berasaskan selaput membran kulit telur yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik yang melibatkan kesihatan sendi. Banyak kajian terhadap pesakit telah menunjukkan yang ianya amat berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan memulihkan kelenturan sendi dengan hanya pengambilan 500mg harian.

Selaput kulit telur NEM mengandungi pelbagai khasiat nutrient seperti chondroitin, hyaluronic acid, collagendan glycosaminoglycans di mana kesemuanya ada secara semulajadi pada selaput membrane telur. Kombinasi semulajadi nutrient ini amatlah penting untuk sendi-sendi berfungsi dengan sihat.

Lebih daripada 7 Kajian klinikal telah membuktikan bahawa NEM memang berkesan mengurangkan kesakitan sendi dan membantu meningkatkan kelenturan sendi.

Skala : (0-Tak sakit, 10-Sangat sakit) 


Andai kata jika sebelum ni pernah mengalami sakit sendi dan mengambil Glukosamina & Kondroitin,

Wise Nutrition NEM kesannya 5 kali lebih berkesan.

Sebab Sebab Kenapa Perlu Memilih NEM?

  • Pengurangan atau kelegaan dari kesakitan dalam masa 7-10hari sahaja!
  • Pemulihan kelenturan sendi sehingga 90%!
  • Teknologi pengekstrakan selaput membrane kulit telur dari USA yang telah dipatenkan! 
  • Merupakan punca semulajadi nutrient seperti chondroitin sulfate, hyaluronic acid, glycosaminoglycans dan collagen yang sangat penting untuk kesihatan sendi-sendi.
  • Menggunakan teknologi proses pengeluaran yang bebas dari bahan kimia dan mesra alam dalam fasiliti GMP(Good Manufacturing Practise) 
  • 100% tiada kesan sampingan seperti loya, cirit birit ataupun sembelit. 
  • 100% makananyang semulajadi. 
  • 100% diiktiraf oleh USDA, NSF & GMP USA.
  • 100% JAMINAN PULANGAN WANG dalam masa 14 hari!
  • 5 kali lebih berkesan daripada Glukosamina & Kondroitin

Pengidap arthritis harus perlu ambil berat tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut. Antara langkah langkah yang boleh di ambil:
  • Kurangkan berat badan 
  • Senaman sendi 
  • Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat. 
  • Selain dari senaman sendi, perlu juga bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang. 
  • Perlindungan Sendi
Jangan lupa amalkan pemakanan Wise Nutrition NEM! Mempunyai kelulusan daripada KKM dan halal.

untuk maklumat lanjut tentang Wise Nutrition NEM

www.wisenutri.com

Whatsapp / Wechat

019-4009945

Amalkan gaya hidup yang sihat


Kredit : Sumber maklumat Arthritis
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu