Responsive Ad Slot

Printing Sampul Duit Raya Murah



Ehem..masih dalam mood cuti ke semua? Mungkin ada yang kepenatan hadap jammed semalam. Jadinya, hari ni kira Tuesday Blues lah ye. Liat nak mulakan kerja bila dah bercuti lama. Lama pun tak lama sangat lah.

Pagi ni nak buat pengumuman sikit untuk tempahan sampul duit raya. Sampul duit raya salah satu persiapan yang wajib ada masa hari raya kan. Lagi best kalau dapat berikan sampul duit raya yang exclusive dan limited edition dari diri sendiri. Kalau berminat nak tempah printing, boleh contact Fiza ye. 

Untuk memudahkan tempahan, Fiza sertakan sekali harga dan juga size sampul duit raya. Harga beserta design tidak termasuk harga postage. Harga postage bergantung pada kuantiti tempahan. Tempahan minimum 500pcs. Kalau tempah lagi banyak lagi murah. Kalau family ramai pakat pakat buat satu design dan bahagikan antara adik beradik.




Material art paper

Untuk tempahan 
Whatsapp 012-9072776
Email : azhafizahmdnor@gmail.com

Top Komentator March & April 2016

Sakan masing masing cuti lama kan. Sunyi kejap dunia blog tak berupdate. Nak update secara konsisten masa cuti ni memang tak dapat lah kan. Sibuk ke sana sini. Malam ni lah baru dapat hadap blog. So update sikit untuk umumkan Top Komentator Mach & April 2016 blog Sihatimerahjambu.



Tahniah untuk Top 10 Komentator March & April 2016. Terima kasih masih sudi singgah dan meninggalkan komen. Ada yang Fiza sempat balas, ada yang tidak. Maaf ye. Tak lupa juga silent readers yang rajin datang walau tidak meninggalkan komen.

1. azizah green line (69)
nurazizahyahaya.blogspot.my

2. adianiez AIDA (53)
adianiez.blogspot.my

3. Siti Rohaida Yusof (44)
www.kisahsidairy.com

4. Azura Aziz (40)
myalycia.blogspot.my

5. nuyui a.k.a miss YUI (29)
nusha1706.blogspot.my

6. Maria Firdz (13)
www.mariafirdz.com

7. izzeyda (12)
izzeyda.blogspot.com

8. Diana Rashid (12)
www.dianarashid.com

9. Muhammad Khairuddin Lim (10)
kakitravelkhairuddin.blogspot.my

10. Suhaiza Suki (9)
jajakaktus.blogspot.my

Jom blogwalking ke blog mereka.


Mee Bandung Muar Memang Terbaik!!!



Dalam perjalanan balik ke rumah dari Batu Pahat kenduri kahwin ex-classmate masa sekolah dulu, sempat singgah di Muar pekena Mee Bandung Muar yang terbaik dan tersedap tu. Alang alang dah dekat tu, rugi kalau tak singgah kan. 

Setelah google, pilih review dan rating paling bagus iaitu Mee Bandung Muar di Tanjung Agas,Muar. Masa ramai sini, tengok restaurant ni ramai orang. Yang ada cuma satu je meja kosong kat luar. Nasib kami tak perlu nak tunggu orang lain habis makan untuk dapatkan tempat duduk dan meja. Betul betul ramai orang. Memang tak dapat nak memilih tempat la kan.

Selain mee bandung, ada makanan lain. Tapi semalam yang tinggal hanya mee bandung je katanya. Yang lain dah habis. Nasib mee bandung ada lagi. Dah lah datang sini semata mata nak rasa mee bandung je kan. Selepas beberapa minit order, siaplah mee bandung kami. Tengok je dah terliur.


Bila rasa, memang tersedap! Masakan mee bandung original dari Muar, memanglah sedap kan. Teringat pula masakan mee bandung abah Fiza, sama je rasa. Ni yang nak suruh abah masak ni bila balik kampung. Cuma beza abah Fiza masak dengan yang ni bahan bahan tambahan je la. Yang ni takde udang, takde kerang dan takde sawi. Mungkin kena mintak ataupun bahan dah habis.


Mee bandung Muar yang original susah nak dapat kat mana mana selain Muar. Di Segamat pun susah nak dapat macam ni kecuali abah Fiza masak. hehe.. Kalau yang biasa order kat restaurant pun mee bandung dia macam lain sikit. 

Kalau singgah Muar, korang jangan lupa pekena Mee Bandung Muar. Husband kata, mee dia sikit. Tak puas makan. Sedap sangat lah tu kan :p . Kalau tak cukup, order sepinggan lagi. Fiza tengok pun yang makan kat situ kebanyakkanya bungkus bawa balik. Rugi pulak tak bungkus semalam. huhu

Alamat:
no 1-26 , Tanjung Agas Batu 1 , Muar , Johor

1 Mei : Selamat Hari Pekerja & Hai Mei!


1 Mei, selamat hari pekerja! dan selamat bercuti semua. Hari ahad dah memang sah sah cuti kan. So cuti digantikan hari esok bagi negeri² yang tertentu. Negeri johor, kedah dan kelantan kira sambut cuti hari ni.

sumber gambar : google, please let me know if you are the owner.


Bila cuti panjang hujung minggu ni memang ramai bercuti balik kampung ataupun banyak kenduri sana sini. Rasanya sejak jumaat lepas dah mula jammed sana sini. Semalam Fiza ke Batu Pahat dan Muar pergi kenduri kahwin pun jalan jammed. Bertabahlah kan. Nasib baik juga cuaca tak berapa nak panas sekarang ni. Kalau tak, lagi lah panas hati hadap jammed kan. Sabar sabar...

Hari cuti ni rasa malas nak keluar rumah sebab kat mana mana mesti bersesak dengan orang ramai. Tapi rasa macam nak keluar juga. Dengar dengar Padini ada buat sales sampai esok 2 Mei. Haruslah rebut peluang beli apa yang patut. hehe...

Hai Mei! Bulan Mei dah datang. Kejap masa berlalu. Bulan Jun dah masuk bulan Ramadhan yang di nanti. Semoga dapat bertemu Ramadhan tahun ni. 


Banyak cuti juga bulan Mei ni kan. Selamat bercuti semua!

Design Header Blog Bondasihat.com



Update entry artwork sikit malam ni. Update artwork terbaru yang baru je siap iaitu design header untuk blog bondasihat.com. Design yang simple je. Owner cuma nak masukkan nama blog, nama fanpage blog, nombor telefon dan juga produk produk shaklee yang dijual.

Setelah pilih-pilih jenis tulisan, warna dan susun-susun produk, jadilah header bondasihat.com ni. First draft Fiza letak dedaun kiri kanan, tapi owner tak berkenan pula. Jadi, kosong je kiri kanan. Nampak simple dan tak serabut. 


Untuk full review, jangan lupa singgah ke blog

www.bondasihat.com

Ranking Alexa Azhafizah.com April 2016


Baru nak happy bila pageviews dah meningkat 8 juta lebih tapi tiba tiba macam kecewa sebab ranking alexa bulan april ni jatuh menjunam terusss. Mana taknya menjunam, kalau update pun nak tak nak je kan. Bulan April ni mood blog agak kurang sikit nak update secara konsisten. Dengan mood kelaut, dengan faktor cuaca, kesibukan kerja design dan juga kekangan idea. Semua tu faktor kepada ranking alexa jatuh.



Nak buat macamana kan. Lepas ni kena bermula usaha semula. Nak jatuh memang mudah je. Nak naik tu, kena usaha tak putus putus. Jangan pernah selesa dengan level di mana kita berada sekarang. Tetap kena usaha jugak! Kan. Penting atau tidak ranking alexa ni, ikut masing -masing punya pendapat. Ada yang kisah dan ada juga tak kisah. Tapi untuk performance blog sendiri, perlu juga ambil kira.

Statistik Ranking Alexa azhafizah.com January 2016 - April 2016

Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

Check rank Blog >>www.alexa.com


Pageview 8 Juta

Pageview blog Sihatimerahjambu dah 8 juta! Sebelum ni nak capai tambah 1 juta dalam masa 2 bulan tapi sekarang sebulan lebih dah boleh cecah 1 juta lebih. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Walaupun sekarang dah agak jarang update secara konsisten dan ranking blog jatuh tapi pageviews masih meningkat.

Purata pageviews pun dah meningkat. Dengan penambahan pageviews ni, harap harap ada potensi boleh sangkut lebih banyak untuk projek review dan pengiklanan dalam dan luar negara. Moga moga ada rezeki. Dalam masa yang sama usaha untuk tingkatkan lagi mutu penulisan dan juga performance blog dari bahagian lain.


Walaupun baru 8 juta pageviews, bukan mudah nak capai tahap ni kan. Bukan nak membangga diri. Korang pun boleh juga capai macam ni. Ada blogger lain pun dah cecah berjuta juta dah. So jadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi. Gitu!
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu