Responsive Ad Slot

Ayam Goreng Berlado

Dah duduk negeri sembilan ni kenalah panggil ayam goreng berlado. Barulah oghang nogori. Ayam goreng berlada salah satu menu kegemaran yang rajin Fiza masak. Stok serai dari kampung pun banyak. Memang rajinlah nak masak ayam goreng berlada ni. Selain tu, masak ayam sambal bali pun rajin juga.

Nak masak ayam goreng berlada pun tak susah mana. Cuma yang makan masa tu bab nak menggoreng ayam dulu. Pada Fiza, kalau nak sedap goreng ayam dulu. Tapi ada juga yang masak tanpa goreng ayam dulu. Ikut citarasa masing masing.

Lagi satu, Fiza lebih suka kalau bahan tumis ditumbuk daripada di blender sebabnya bahan tumis tumbuk lagi sedap. Untuk portion yang sikit boleh lah nak tumbuk-tumbuk ni. Tapi kalau macam nak buat kenduri lebih baik blender je. Jenuh pula nak tumbuk bahan tumis untuk kenduri dalam portion yang banyak.

Bahan bahan : Ayam, cili api, 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup, 2 batang serai, garam  secukup rasa, serbuk kunyit, 1 keping asam keping, minyak masak, air 

Untuk masak berlada yang sedap, gunakan cili kampung. Memang betul betul pedas dan sedap. Untuk bahan tumbuk : Cili api kampung (ikut suka nak letak banyak mana ikut tahap kepedasan yang korang nak), bawang putih 2 ulas, bawang sederhana besar 1 biji @ atau bawang merah kecil 2-3 biji, 2 batang serai.

Dimulakan tumbuk cili api lumat², lepas tu kunyit hidup, bawang putih dan disusuli dengan bawang merah. Bawang merah dan bawang putih tak perlu lumat sangat. Akhir sekali baru tumbuk-tumbuk manja serai.


Sementara menumbuk bahan tumis tadi boleh gorengkan ayam dulu. Ayam yang telah dipotong, dibasuh dan kemudian gaulkan bersama garam dan sedikit serbuk kunyit. Ada orang suka goreng separa masak tapi Fiza suka separa masak lebih sikit. Ada garing garing sikit.

Bahan tumis dah siap tumbuk dan ayam pun dah siap masak. Bolehlah memasak dengan senang hati. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis tadi sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan sekeping asam keping dan garam sikit. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Untuk kuah tu Fiza masukkan sikit je air sebab nanti ayam tak garing pula. Okay siap! 



Selamat mencuba dan menjamu selera. 

Tempahan Design Kad Raya 2016


Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Masing masing dah mula berpuasa sunat dan puasa ganti tak ketinggalkan juga. Pejam celik pejam celik lepas tu sambut raya. Biasanya sebelum puasa memang ramai yang dah sibuk buat persiapan raya terutamanya baju raya. Awal tahun dah tempah baju raya. Punyalah awal kan. Bukan excited nak raya tapi kalau tempah last minit nanti orang tak nak ambil tempahan dah. Disebabkan tak nak kecewa, sebab tu kena tempah awal. 

Sama juga dengan tempahan design kad raya. Kenalah tempah design awal, lagi lagi kalau yang nak print tu. Tapi kalau tak nak print pun kena tempah awal juga, takut nanti dah last minit Fiza pun sibuk siapkan persiapan raya juga. Kilang pun nak bercuti juga. Abang pos laju pun nak bercuti balik kampung awal. Bulan puasa nanti Fiza pun tak ambil tempahan design yang banyak. Slow down sikit untuk bagi masa lebih dan ruang untuk menghayati bulan Ramadhan. 



Kalau berminat nak order boleh terus email/pm/dm di mana-mana media sosial yang kau orang mudah nak contact Fiza. Harga sama macam tahun lepas juga RM20 untuk satu design kad raya. Tempahan dibuka sampai 23 June sahaja ye. Lepas dari tarikh tu, harap maaf. Tak dapat nak tolong dah. Harap-harap kau orang faham ye situasi ni.

Jangan nanti bagitau Fiza takde inform atau tak perasan.

Tetap Dalam Jiwa-Isyana Saravati



Kemunculan Isyana Sarasvati dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 ahad lepas buat ramai yang tertanya-tanya siapalah penyanyi cantik yang bersuara sedap ni lahaii.. Nyanyi pun steady dan cool je gayanya.

Lagu Tetap dalam jiwa antara lagu yang dimainkan dalam Drama Duda Terlajak Laris. Sebelum ni tersuka tanpa sengaja dengan lagu "Keep Being You" dari Isyana Sarasvati. Bolehlah layan halwa telinga sorang sorang sambil buat kerja tu.

Kredit foto : Google
Isyana Sarasvati (born May 2, 1993), is an Indonesian singer-songwriter. She is an alumna of Nanyang Academy of Fine Arts, Singapore and Royal College of Music,United Kingdom. She composed all of her own songs and once experienced a career of being an opera singer in Singapore.-credit : wikipedia


"Lirik Lagu-Tetap Dalam Jiwa"

Tak pernah terbayang akan jadi seperti ini pada akhirnya
Semua waktu yang pernah kita lewati bersama nyata hilang dan sirna
Hitam Putih berlalu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Memang tak mudah tapi ku tegar menjalani kosong nya hati
Buanglah mimpi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history

Hitam Putih berlalu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Kredit lirik : azlyrics.com

Kebaikan dan Keburukan Membeli Kondominium

Bagi sesiapa yang mahukan kediaman seperti apartmen dan tanpa perlu mengemas atau menyelenggara laman rumah sendiri, maka membeli kondominium mungkin adalah pilihan yang tepat untuk anda. Banyak kelebihan jika membeli jenis aset perumahan kondominium ini. Sebagai contoh, memiliki kondo adalah sama seperti membeli rumah, tetapi dengan harga yang lebih murah. Jika anda ingin membeli kondominium, maka laman sesawang seperti PropertyGuru Malaysia adalah tempat yang sesuai untuk memulakan pencarian anda.

Namun, terdapat beberapa keburukannya dalam memiliki aset jenis kondo ini seperti :
1. Tersangat dekat dengan jiran tertangga
2. Berkongsi pelbagai kemudahan
3. Jiran akan berada disekeliling anda, tidak kira atas, bawah, kiri dan kanan.
Kredit foto : Google
Tidak semua orang suka untuk mendiami rumah jenis kondo ini. Tetapi sekiranya anda telah bertekad untuk memiliki sebuah kondo, maka anda perlu membaca senarai kelebihan dan kekurangan ini. 

Tidak perlu menyelenggara halaman sendiri.

Jika anda seorang yang tidak gemar menyelenggara laman rumah, maka memiliki kondo adalah keputusan yang terbaik untuk anda. Anda tidak perlu risau untuk memotong rumput halaman rumah, bercucuk tanam atau menceriakan lagi penampilan luaran rumah anda. Anda hanya perlu membayar yuran penyelenggaran, yang mana ia akan merangkumi segala penyelenggaraan kemudahan di kawasan kondo anda.

Kredit foto : Google
Berdasarkan dari Money Crashers, jika anda seorang yang sibuk dengan kehidupan kerja dan sosial anda, maka memiliki kondo adalah pilihan yang tepat, kerana anda tidak perlu memikirkan berkenaan dengan segala jenis penyelenggaran rumah. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang beribu ringgit semata-mata untuk membayar upah tukang kebun mahupun kontraktor untuk penyelenggaran, anda hanya perlu membayar yuran penyelenggaran setiap tahun sahaja.

Kredit foto : Google

Keburukan tidak menyelenggara halaman sendiri

Terdapat beberapa isu yang tidak disenangi sekiranya kita tidak melakukan sendiri penyelenggaraan tersebut. Ada sesetengah pemaju yang melakukan penyelenggaran, tidak mempunyai wang untuk melakukan penambahbaikan bangunan kondo anda seperti mengecat baru bangunan, atap dan konkrit baru atau mengantikan kayu.

Untuk mengelakkan isu berkaitan dengan pemaju seperti ini, maka perlulah melakukan kaji selidik berkenaan pemaju perumahan tersebut sebelum melakukan pembelian kondo, dan mengetahui berapa banyak kondo yang dibawah pengurusan pemaju berkenaan. Jika anda duduk di dalam kawasan komuniti yang kecil, dan jiran anda gagal melunaskan pembayaran yuran penyelenggaraan tahunan, maka ia akan memberikan kesan yang besar terhadap anda berbanding tinggal dengan komuniti yang besar.

Membeli kondo adalah lebih murah berbanding membeli rumah

Harga sebuah kondo bergantung kepada komuniti, kawasan dan juga saiz kediaman anda. Ia lebih murah berbanding dengan rumah dengan saiz dan di kawasan yang sama.

Menurut Amy Tierce, iaitu timbalan presiden wilayah di Wintrust Mortgage (Needham, Massachusetts), beliau menyatakan bahawa anda akan membayar dalam 70 peratus daripada harga rumah yang lebih kurang sama, dengan saiz kaki persegi yang sama, di kawasan yang sama.

Oleh itu, membeli kondo mungkin pilihan terbaik anda jika anda membayar pinjaman perumahan daripada satu sumber pendapatan sahaja. Ini kerana anda mempunyai hutang lain untuk dibayar, malah menabung untuk percutian keluarga, anak-anak dan juga untuk hari tua.

Keburukan membeli kondo

Perkara buruknya adalah anda bukan sahaja membayar pinjaman perumahan sahaja. Anda perlu memikirkan faktor bayar yang telah dipersetujui dengan pemaju untuk penyelenggaraan, yang mana mungkin pada semurah RM100 hingga RM1000 sebulan, atau boleh melebihi bayaran bulanan pinjaman perumahan anda. Terutamanya jika anda tinggal dikawasan kediaman mewah dengan gimnasium yang lengkap, kolam renang dan 24 jam kawalan keselamatan berpagar.

Selain itu, jika pemaju tersebut memerlukan penyelenggaran yang cepat, seperti paip pecah dan pihak pengurusan tidak mempunyai wang yang cukup menampung kos pembaikan tersebut. Pihak pengurusan mungkin akan meminta wang dari anda, mungkin bernilai ribuan ringgit. Anda patut bersedia dengan perbelanjaan yang tidak dijangka jika memiliki aset ini. Perlu diingat, aset jenis ini selalunya susah untuk dijual balik berbanding rumah.

Kondo memberikan suasana berkomuniti

Ia akan memberikan suasana berkomuniti yang kuat bagi penghuni bangunan kondo tersebut, yang mana mereka akan tinggal lebih dekat dengan jiran mereka berbanding penghuni rumah di kawasan perumahan. Jika anda seorang yang peramah dan gemar berinteraksi dengan jiran, maka jenis kehidupan begini adalah sesuai untuk anda. Peluang untuk berinteraksi satu dengan lain sangat tinggi pada majlis-majlis keramaian.Keburukan rapat dengan komuniti.

Kredit foto : Google
Ada orang yang sukakan bersosial dengan jiran, namun ada juga yang memerlukan privasi mereka masing-masing. Jika anda sukakan privasi, maka anda perlulah membeli rumah yang jauh dari jiran tertangga. Malah, sekiranya bunyi bising menggangu anda, mungkin perumahan jenis ini tidak sesuai untuk anda. Anda mungkin akan dengar bunyi bising dari television ataupun bunyi bising dari perbualan jiran.

Ada perpatah mengatakan, hari tidak sentiasa cerah. Adalah lebih baik kita mengetahui telebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kondo baru. Namun, perpatah inggeris ada berkata, “one man’s loss is another man’s gain”. Anda mungkin seorang yang sukakan kehidupan berkomuniti ataupun mungkin rasa terganggu dengan bunyi bising.

Anda mungkin rasa selesa dengan tidak perlu melakukan kerja mengemas laman atau anda mungkin suka untuk berkebun. Walau apa pun jenis rumah yang anda suka, didik diri anda dengan segala informasi dan pastikan anda mengetahui segala pilihan yang anda ada sebelum memilih jenis rumah yang bakal anda beli. Buatlah pilihan yang tepat.

Design Facebook Timeline Fiqs Collection

Dua hari tak muncul entry. Makin hari mood blog makin kelaut dalam. Entah kemanalah semangat blog tu pergi. Malas nak mencari, sesekali melayan mood malas untuk update blog. Haishhh..inilah yang susahnya bila 'M' berleluasa dalam fikiran. shuhh shuhh shuhh..pergi main jauh jauh.

Mood blog je ada 'M' tapi mood design masih lampu hijau. Cuti 2 hari ni sempat settlekan kerja design sebab tak kemana kan minggu ni. Berehat di rumah je sambil siapkan kerja. Design Facebook Timeline Fiqs Collection sempat Fiza siapkan minggu lepas dari customer baru.

Kali ni customer memilih design yang simple dari contoh design yang pernah Fiza design sebelum ni. Jadi mudah kalau cust ada berikan contoh. Kadang kadang blur bila tak tahu customer nak design macamana. Setelah beberapa draft, inilah hasil kerja yang dipersetujui oleh customer.



Nak tahu apa yang dijual di FiQs Collection ni boleh klik di link bawah ni
www.facebook.com/FIQSCollection

Keistimewaan Bercuti di Chalet Atas Air Lembah Temir, Raub


Musim panas ni memang seronok kalau dapat berendam dalam air. Lagi lagi air terjun. Memang rasa nak berendam sampai ke malam. Nak rasa suasana sejuk yang mendamaikan, pergilah bercuti di chalet atas air di Lembah Temir, Raub. Keistimewaan chalet ni sebab atas air. Macam best kan!

Tempat ni jauh masuk ke dalam ladang kelapa sawit dan getah. Jadi, bagi mereka yang nak bercuti menenangkan fikiran, eloklah bawa diri jauh jauh menikmati keindahan alam semulajadi. Memang sesuai sangat bagi mereka yang nak lari dari kesibukan bandar dan kerja. Sesekali kan, apa salahnya.

Dari pandangan mata Fiza ni, Fiza assume banyak pilihan untuk penginapan para pengunjung. 


Apa yang menariknya, kalau rasa nak mandi terus je terjun masuk dalam air. Nampak tu, ikan punyalah banyak. Rasa takut pula nak mandi. Kan?

Para pengunjung dibenarkan untuk memberi makan ikan ikan ni. Budak budak memang teruja lebih kalau macam ni.

Lagi satu, selamat untuk budak budak main air dan bermandi manda di kawasan air yang cetek  ni.

Kita tengok pula keadaan bilik. Memang bersih, luas dan semestinya selesa bermalam di sini.

Selain tu, cafe yang disediakan pun bersih dan besar.

Banyak juga pilihan menu yang ada. Kebanyakkannya makanan tradisi Pahang. Dah nama pun kat Pahang kan.

Antara menu yang istimewa adalah Ikan Patin masak tempoyak. Penggemar ikan patin mesti terliur tengok menu ni.

Surau yang luas dan selesa.

Antara aktiviti waktu petang, pengunjung boleh melawat sekitar resort termasuk air terjun 100 ekar. Kapasiti 120 pax dalam satu masa. Sesuai bawa anak kecil dan privasi terjamin.


Memang sesuai sangat kalau bercuti dengan family ataupun kawan-kawan di sini. Sebelum bercuti tu haruslah kena booking dulu.


Kredit : Umie Hisham & My Media Hub

Jambangan Bunga Cantik dari 50gram.com.my

Sebelum ni Fiza ada kongsikan jambangan bunga cantik dari Materose Korea dan ramai yang telah jatuh cinta dengan jambangan bunga yang cantik cantik tu. Ye lah, perempuan pantang tengok benda cantik. Terus jatuh cinta kan. Perempuan mana yang tak suka kalau dapat bunga macam tu melainkan allergic dengan bunga.

Tak suka bunga pun simpan juga kan. Tipulah kalau tak suka lansung. Nak dapatkan Materose dari Korea jauh sangat. Kalau kat Malaysia boleh dapatkan di 50gram.com.my. Semua pun cantik! Kalau di suruh pilih, nak pilih semua boleh?
Ini cantik!

Ini pun cantik!

Ini juga cantik!

Dan semuanya cantik-cantik!




Apa yang menariknya, Fiza berkenan sangat dengan style balutan jambungan bunga ni. Mereka menggunakan recycled craft paper (eco-friendly) untuk design yang minimal dan menjadikannya lebih menarik. Bunga yang di letakkan pun tak banyak tapi susunan dan gabungan pelbagai bunga jadi lebih cantik.

Walaupun minimal, ianya nampak exclusive. Sesuai untuk diberikan kepada orang yang tersayang sebagai hadiah atau sebagai penghargaan. Siap ada delivery surprise lagi beserta video. Best kan! Harga pun mampu milik. Nak tahu lebih lanjut, klik link bawah ni.

Website 

50gram.com.my

Credit photo : 50gram.com.my
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu