Responsive Ad Slot

Design Blog Zaza Abrizah

Satu lagi blog bertemakan warna pastel iaitu blog Zaza Abrizah. Untuk design blog Zaza Abrizah Fiza gabungkan warna mint, cotton candy pink, old rose, parchment dan white. Fiza perasan akhir-akhir ni memang ramai peminat warna pastel dan design blog menggunakan warna pastel membuatkan blog nampak lebih ceria dan lebih menarik.

Fiza sendiri pun dah jatuh cinta dengan warna pastel. Kalau ikutkan hati, nak je selalu tukar tema warna blog dengan warna pastel. Tapi jangan haraplah kan sebab tuan blog ni pun sejenis manusia yang kadang kadang ada sikap malas juga. Dalam masa yang sama, masih setia dengan tema blog yang ada. Kalau nak tukar pun setahun sekali pun dah kira okaylah.


Apa yang Fiza dapat designkan untuk blog Zaza ni seperti dalam gambar di atas ni. Background jenis tiles corak vintage.Sidebar dan tajuk entry bercorak. Yang lain-lain, korang kena full view kat link blog bawah ni.

www.zazaabrizah.blogspot.my


Guru Pembina Negara Bangsa. Terima Kasih Cikgu!

16 Mei 2016. Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru, cikgu, pensyarah dan tak ketinggalan ibu bapa kita yang juga guru setiap masa kita dari kecil sampailah besar. Tahun ini Hari Guru  dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa".

Teringat pula zaman sekolah dulu. Bila sampai hari guru dan sambutan hari guru , masing masing dah siapkan hadiah dan juga acara sukaneka untuk guru-guru. Masa ni lah seronok tengok guru-guru gembira tanpa memikirkan soal kerja mengajar.

Tak kisah kita suka atau tak, baik atau garang dan sebagainya. Cikgu tetap namanya seorang cikgu sampai bila-bila. Tanpa guru tak mungkin kita akan mempunyai banyak ilmu dan berjaya sehingga kini. Jasamu ku kenang. Selamat hari guru buat semua guru-guru terutamanya guru-guru di
Tabika Kemas Kg Spang Loi, Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Keb Spang Loi, Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Men. Keb Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Men. Keb Jasin, Melaka
Sek. Men Teknik Segamat
UiTM Kuala Pilah
UiTM Pulau Pinang
UiTM Shah Alam
Dan juga untuk kawan kawan yang bergelar guru. Semoga terus bersemangat dan berusaha mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dan berjaya kelak.

Bagaimana anda boleh bermula mencari pekerjaan selepas keluar daripada kolej?


Universiti atau kolej tidak semestinya menyediakan anda untuk kehidupan yang sebenar. Jika anda seorang pelajar sepenuh masa, anda mungkin tidak mempunyai banyak peluang atau masa untuk menyertai sebarang kerja sambilan semasa dalam jadual sibuk anda. Walau bagaimanapun, pinjaman pelajar membuatkan ianya mustahil bagi anda untuk menumpukan perhatian dalam kelas anda kerana hutang yang sebegini semakin menaik dan menjadi lebih tinggi, ini menyebabkan anda menjadi lebih miskin.

Dengan masa tamat pengajian menjadi semakin dekat dan lebih dekat, pelajar biasanya mula panik. Apa sekarang? Apakah yang saya akan buat? Saya berhutang begitu banyak wang, bagaimana saya akan membayar balik pinjaman ini? Menurut satu tinjauan baru-baru ini, hanya 16% daripada graduan kelas 2013 mendapat tawaran kerja pada sebulan sebelum tamat pengajian. Walau bagaimanapun, peratusan ini telah meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 8% dalam tempoh dua tahun yang lepas.
Kredit foto:flick rasfanabukassim
Rahsianya merupakan menyelesaikan latihan industri atau co-op dengan cemerlang sebelum menamatkan pengajian. Pada tahun 2013, hampir separuh daripada graduan mendapat pekerjaan disebabkan daripada latihan industri. Oleh itu, kelas 2015 telah menggenggam idea ini disebabkan oleh hakikat bahawa lebih daripada 70% siap menyelesaikan latihan industri, perantisan atau co-op semasa masih berada di dalam universiti atau kolej.
Kredit foto : www.upm.edu.my

Ia adalah benar-benar terpulang kepada pelajar untuk mencari pekerjaan selepas tamat universiti atau kolej. Kerja idaman anda tidak akan muncul dengan ajaib, anda sebenarnya perlu berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dapatkan ironinya? Anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan pekerjaan, terutama yang sebenarnya memenuhi jangkaan anda dan itu adalah dalam bidang pilihan anda. Tetapi masih belum hilang harapan lagi, masih ada sedikit cahaya di hujung terowong.

Janganlah lupa kita adalah generasi milenium, kita sentiasa dikelilingi oleh teknologi.dan peranti yang lebih elektronik daripada kita yang sedia ada. Terdapat banyak agregator pencarian kerja dan papan pekerjaan di web, aplikasi dan blog yang boleh membantu anda dalam carian anda. Kebanyakan daripada mereka juga menyenaraikan semua pekerjaan atau latihan industri di bandar anda.

Anda boleh mula mencari mengikut lokasi, syarikat atau kata kunci. Internet adalah penuh dengan kemungkinan yang belum diterokai! Anda juga boleh melawat pusat kerjaya kolej anda untuk meminta nasihat daripada profesional dan bagaimana untuk mencari pekerjaan. Hanya tahu bahawa anda perlu bersedia untuk apa yang akan datang. Jadi, untuk mendapat keputusan yang sangat baik, anda harus sentiasa mempunyai Resume anda yang mengenai hal, menyediakan pakaian yang sesuai untuk situasi itu, melakukan kajian tentang syarikat sebelum temuduga dan yang paling penting,

Cara Letak Watermark Pada Gambar


Rasanya ramai dah blogger buat entry tentang cara letak watermark pada gambar kan. Tapi takpe, saya nak buat juga demi customer yang saya sayangi yang baru mula berjinak jinak dengan dunia blog dan perniaagaan ni.

Kebanyakkan mereka tak tahu nak letak watermark pada gambar. Saya nasihatkan mereka google je dan kalau terlebih rajin saya google dan berikan link kepada mereka. 

Memandangkan lama juga saya tak update tutorial, so rajinkan diri kejap buat tutorial untuk customer akan datang atau newbie yang baru mengenali apa itu watermark. 

Untuk letak watermark menggunakan laptop boleh install photoshop, photoscape dan sebagainya. Untuk tutorial saya ni, Tutorial letak watermark pada gambar menggunakan applikasi dalam smartphone

Korang boleh gunakan applikasi seperti photo editor, phonto, PicsArt dan sebagainya. Tapi saya lebih suka pakai PicsArts. Jadinya saya tunjuk Tutorial letak watermark pada gambar menggunakan applikasi PicsArts.

Sebelum buat tutorial ni korang kena ada file gambar watermark korang yang dah siap siap save dalam handphone ye.

Kemudian Langkah 1 : Download applikasi PicsArts


Kemudian install applikasi tu dan buka. Seterusnya Langkah 2 Pilih gambar yang nak diletakkan watermark dan klik edit.



Dalam ruangan edit, sebelah bawah ada pelbagai menu. Ikut suka nak letak effects gambar ke, nak letak frame ke dan sebagainya. Kalau takde file watermark, nak letak tulisan je sebagai watermark pun boleh juga. Cuma tambah text je.



Biasanya saya letak effects pada gambar untuk jadikan gambar lebih menarik. Kalau tak nak buat terus skip pada langkah di bawah ye. Tapi kalau pilih effects, lepas dah pilih klik tanda right  sebelah kanan atas tu.


Untuk letak watermark, klik pada menu add photo



Kemudian pilih gambar watermark yang dah save dalam smartphone tu. Bila watermark dah tambah, boleh adjust saiz ikut suka. Lepas dah siap adjust klik tanda right.



Dah siap letak watermark, jangan lupa save gambar tu. Okay siap! Mudah je kan. Guna applikasi lain pun lebih kurang caranya.


Semoga entry ni membantu.


Design Logo & Sticker Mieyna Kitchen


Ramai orang dah mula berniaga untuk tambah pendapatan. Dah macam-macam perniagaan ada sekarang ni. Bila dah mula berniaga, mestilah kena ada logo bisnes yang dijalankan sebagai trademark untuk lebih dikenali walaupun hanya sekadar huruf. Tanpa logo atau trademark, macam kurang menarik dan mungkin menyukarkan pengguna untuk berurusan dengan peniaga kelak.

Fiza bukan seorang yang arif sangat tentang kriteria sesebuah logo. Kalau ada yang lebih arif, mohon betulkan apa yang salah. Nak buat logo ni tak mudah walau simple sekalipun. Hatta satu huruf. Nak tampilkan satu huruf pun perlu memilih huruf yang sesuai dan kena jadi lebih kreatif.

Tapi pada Fiza, asal logo tu menarik dah boleh jadi logo dah. Boleh gitu? Design terbaru artwork Fiza adalah design logo & sticker untuk Mieyna Kitchen. Bisnes terbaru ex schoolmate Fiza. Wahhh baru perasan ramai ex schoolmate dah mula buat bisnes ni. Tahniah! Semoga bisnes terus maju.

Dari 4 draft, dia memilih design yang ni. Sebab katanya nak ala ala hipster. Fiza pula tak berapa nak celik bab hipster ni. So gunakan font yang ala hipster selepas menggunakan perkhidmatan google. Akhirnya jumpalah tulisan yang sesuai. Kemudian letak topi koki tu barulah nampak macam kitchen kan.


Sebenarnya design ni untuk sticker dan untuk logo cuma buang instagram dan no phone tu je. Kiranya cuma ada Mieyna Kitchen dan topi koki  sahaja untuk design logo. Okay siap! Tunggu proses print sticker pula nanti.

Tak Pedas Tak Sah!



Orang Johor bila bergabung dengan orang negeri sembilan, masakan mesti kena pedas meletop. Tak pedas tak sah! Kalau makan tanpa rasa pedas rasa macam kurang selera nak makan. Betul tak orang johor dan negeri sembilan? Kalau betul, high five sikit..pap!

Tekak teringin nak makan bubur tapi dalam keadaan malas macam malas nak masak bubur ayam bagai. So just decide masak bubur kosong dengan ikan bilis goreng dan juga bawang goreng. Err..terlalu plain sangat menu tu. Tambah pedas pedas sikit pun okay gak kan. Terus potong cili api dan goreng. Haaa..barulah berselera nak makan bubur macam ni. Barulah cukup rasanya!


Dan juga nampak cantik sikit ada warna merah merah tu kan. Walaupun menu simple tapi sedap. Makan pun bertambah. Makan bubur ni cepat kenyang dan juga cepat lapar. Nak masak bubur ni senang je cuma Fiza paling tak suka nak tunggu bubur ni masak. Selain mengambil masa yang lama, perlu rajin kacau kacau supaya nasi tu hancur jadi bubur tak tidak berkerak kat bawah tu.

Nak bagi tips sikit untuk masak bubur dengan cepat. Tips ni Fiza pernah baca kat facebook dan Fiza pratikkan nak tahu cepat ke tidak. Lepas basuh beras tu, boleh terus blend. Kemudian masak bubur macam biasa campur air. Bila beras dah blend awal awal, dia akan ambil masa yang singkat untuk masak bubur tu. Dan hasil masakan bubur tu jadi lebih hancur. Lebih senang kan.



Ada juga cara lain untuk masak bubur dengan mudah. Masak nasi macam biasa kemudian tambah air dan blend. Macam macam cara ada, boleh ikut mana yang sesuai. Tapi yang sedapnya cara yang biasa masak tu lah kan.

Menu Berita Dalam & Luar Negara

Berapa ramai yang suka baca berita? Ada yang suka berita tentang isu semasa, sukan, hiburan dan sebagainya. Kalau dulu baca berita hanya di surat khabar, majalah dan lain-lain. Tapi zaman sekarang boleh baca secara online je. Lebih mudah kan.

Bagi yang suka membaca dan mengambil tahu tentang berita dalam dan luar negara boleh tekan menu 'BERITA' di menu bar bawah header blog ni. Diletakkan khas untuk pembaca blog. Sekurang kurangnya selain boleh baca blog Fiza, boleh baca berita sekali. 



Kadang kadang perlu juga ambil tahu hal berita luar negara ni untuk tambah ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara yang kita tak tahu. Nanti takdelah korang bosan kalau datang singgah ke blog Fiza ni kan.  Selamat membaca semua. 
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu