Responsive Ad Slot

Design Watermark Blogger Eraz Fadli

Selamat petang! Kembali update entri artwork untuk update portfolio Azhafizah Network. Tempahan ketiga dari blogger Eraz Fadli dan kali ni tempahan untuk design watermark pula. Tempahan watermark yang di minta bentuk kalau boleh katanya. Fiza ni jenis boleh tak boleh, kena cuba dulu baru tahu boleh ke tidak, sesuai ke tidak.

Daripada maklumat yang diberikan. Fiza susun ikut kesesuaian untuk dipadankan dalam bentuk bulat. Macam biasa nama tu Fiza buat besar sikit dan untuk link blog bold kan supaya nampak lebih jelas bila diletakkan di atas gambar.


Alhamdulillah untuk first draft blogger Eraz setuju dengan design tu cuma ada ubah sikit² je. Untuk watermark ni kebiasaanya Fiza bagi 4 file iaitu hitam, hitam 60% opacity, putih dan putih 60% opacity. Kira berbaloi kan dengan satu harga boleh dapat 4 jenis. Untuk yang berwarna dan ada gambar biasanya Fiza akan bagi dua jenis je iaitu watermark warna asal dan juga yang 60% opacity.

www.erazfadli.com
Terima kasih order!

Hai June


Hai June! Dah nak masuk setengah tahun untuk tahun 2016 ni. Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan 6 antara bulan yang istimewa untuk Fiza sebab birthday husband hujung bulan June.

Bulan June pastinya bulan yang dinanti sebab bulan puasa. Bulan puasa nanti masing-masing mesti sibuk dengan pelbagai aktiviti. Penuhi bulan Ramadhan dengan perkara-perkara yang mendatangkan pahala. Semoga amal kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT. Yang belum ganti puasa tu, cepat cepat ganti sementara masih ada masa ni. 

"Semoga bulan June lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya"

Ranking Alexa Azhafizah.com May 2016


Ohoiii..hari ni cerita pasal blog Fiza je nampaknya! Hari terakhir bulan May ni banyak pula cerita blog sendiri nak di ceritakan. Jadinya kena update satu persatu setelah bercuti menyepi 3 hari dari media sosial. Tak update blog, tak update instagram, tak update facebook. Menyepi habis! Tup tup bila muncul, sibuk nak update segala bagai tentang blog. Phew~

Penutup entri untuk bulan May, update sikit ranking alexa azhafizah.com untuk bulan May 2016. Untuk global rank, ranking turun dan untuk rank in Malaysia naik banyak juga tu. Bila keluar tanda merah tu menandakan yang ranking blog jatuh. Kali ni jatuh 109,505. Banyak juga tu. Harap boleh perbaiki untuk bulan akan datang. 


Statistik Ranking Alexa azhafizah.com January 2016 - May 2016

Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

Global Rank : 468, 731
Rank in Malaysia : 4, 594

Check rank Blog >>www.alexa.com

Cashout Nuffnang May 2016

Rutin setiap hujung bulan, check performance blog. Kotlah ada akaun yang boleh cashout ataupun yang boleh diperbaiki lagi untuk bulan akan datang. Sebagai blogger perlu juga pantau performance blog untuk jana pendapatan akan datang. Kalau ada yang suka-suka berblog dan dalam masa yang sama nak jana pendapatan pun perlu juga pantau. Mana tahu ada potensi dan rezeki untuk lebih berjaya dalam berblogging ni.

Alhamdulillah bulan may dapat cashout duit tabung Nuffnang. Jangan di tanya jumlahnya sebab rezeki masing-masing. Ada banyak ada sikit itu lumrah. Usah pertikaikan rezeki orang lain, sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Okay?


Sejak dua tiga menjak ni earnings Nuffnang agak kurang. Nak naik sehari ke sehari pun cuma sen sen je. Nampaknya bulan depan tak pasti dapat cashout ke tidak. Kenalah kumpul sampai cukup baru boleh cashout. Hari ni hari terakhir bulan May, masa yang sangat sesuai untuk cashout Nuffnang. Boleh juga buat tambah duit poket masa nak raya nanti. Jangan cheque sampai lewat sudah lah. Tak dapat duit rayalah kalau lambat kan. Duit tabung dah kosong! Jom menabung lagi.
As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang

Pageviews 9 Juta


Siapalah yang tak seronok kalau dapat pageviews juta-juta ni. Kalau dulu nak dapat juta-juta pun terkial-kial. Bila dah lama menapak dalam dunia blogger ni , barulah dapat rasa pageviews juta-juta ni. Alhamdulillah kali ni peningkatan 1 juta dalam masa sebulan je! Wow! Terkagum sekejap dengan blog sendiri. Bulan lepas 29 April 8 juta pageviews. Dengan blog orang lain lagilah kagum sebab boleh cecah pageviews yang lebih dari itu. Takpe, sebagai blogger yang biasa-biasa ni dah kira memadai dapat pageviews macam tu.

Ada yang minta tips "macamana nak dapat traffic yang banyak setiap hari?" Terus terang Fiza katakan, Fiza takde tips sebab bukanlah pakar dalam tips-tips berblog ni. Kalau dulu rajin update blog dan konsisten update 4-5 entri sehari. Lepas tu Fiza kurangkan 3 entri sehari. Dalam masa konsisten update tu, memang naik traffik sehari ke sehari. Bila dah maintain, sekarang tak perlu nak update entri banyak setiap hari. Itupun bergantung pada idea. Kalau idea takde, takdelah entrinya. Itu je la yang boleh Fiza kongsikan. Apapun nak capai sesuatu kenalah usaha kan. Pilih topik yang menarik dan berguna untuk dikongsikan. Tapi kadang kadang entri kosong pun berbaloi juga. Seimbangkan entri SEO dengan entri personal supaya dapat keduanya (traffik dan pembaca).



Kebanyakkannya traffik dari sumber cariaan google. Fiza ni bab SEO bukan pandai sangat pun, main hentam je. Google juga la cikgu SEO yang terbaik. Kalau ada cikgu yang nak mengajar tentu lagi seronok kan. Dengan pencapaian pageviews 9 juta ni, harap-harap akan lebih banyak dapat job berbayar dalam dan luar negara. Setakat ni dah pernah bekerjasama dengan syarikat luar dari Australia, Florida, Indonesia dan beberapa lagi dengan bayaran USD, AUD. Merasa dan berpeluang dapat job dari luar ni setelah berjaya menyakinkan mereka dengan potensi blog ni. Yang penting kita kena rajin usaha.
"Jadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi"

Cabaran Mendaki Gunung Angsi

Hari sabtu lepas, seperti yang dirancang oleh encik suami nak ajak isteri dia ni mendaki Bukit Angsi dengan tujuan nak warm up untuk mendaki Bukit Nuang minggu depan. Merancang je, jadinya belum tentu.

Bukan main bersemangat lagi encik suami nak saya ikut sekali mendaki Bukit Nuang dengan kawan kawan dia. Selama ni saya hanya mendaki Bukit je. Kali ni nak kena berlatih mendaki gunung pula. 

Bukan apa, risau dan lebih kepada tidak bersedia lagi sebenarnya memandangkan dah lama tak buat rutin work out kat rumah. Nak tak nak, macam kena paksa diri untuk pergi juga.

Sebenarnya rancang untuk pergi berdua. Tapi bila encik suami bagitau kawan dia, ramai yang nak pergi. Lebih ramai lebih meriah. Kesemuanya 9 orang termasuk saya dan encik suami. 

Sebelum mendaki kenalah warm up (memanaskan badan) bagi segala sendi-sendi dan urat-urat mengembang bersedia untuk melakukan aktiviti sukan.

Gunung Angsi
Sebelum mendaki, perlu register dan bayar permit RM5 seorang

Lebih kurang jam 8.45am kami memulakan pendakian naik Gunung Angsi. Awal awal lagi encik suami dah pesan pada kawan dia suruh jalan depan dan tak perlu tunggu kami. 

Sebab isteri dia ni memang kena berhenti banyak kali kalau panjat gunung ni. Panjat bukit pun banyak berhenti, inikan pula panjat gunung. Lagipun ini pertama kali panjat gunung. Tak boleh lah nak expect laju macam mereka kan.

Gunung Angsi

Permulaan trail yang mencabar dengan trail yang pacak tak ada diskaun. Dalam gambar atas ni tak berapa nak pacak tapi mencabar juga. Betul-betul rasa nak pitam dan susah nak bernafas dengan betul masa tu. 

Lama juga berhenti. Mungkin sebab dah lama tak bersenam dan warm up pun ala kadar je sebelum tu. Rasa nak patah balik je sebab rasa tak larat dah. Sudahnya lepas berehat tu dah stabil sikit. Teruskan perjalanan... tak jadi give up.

Trail pacak tu agak lama tak panjang pada awalnya. Lepas tu barulah jumpa trail yang agak mendatar. Dapat juga rehatkan kaki ni berjalan seperti biasa. Tengok orang lain steady je berlumba naik atas, yang kita ni terhegeh hegeh nak naik. 

Takpe, MENTAL kena kuat kalau nak sampai ke puncak. Waktu baru lepas hujan, lagilah mencabar sebab licin. Ada sekali tu tergelincir. Nasib baik tak tinggi sangat kawasan tu. Phew~

Gunung Angsi

Jam 11.30am, saya dan encik suami baru sampai puncak Gunung Angsi. Yang lain dah lama sampai dalam jam 10.45am. Memang tertinggal jauh dah kami berdua dari team mereka ni. Mereka lajuuu kemain lagi, memang tak larat nak kejar lah.  

Gunung Angsi

Dah sampai tu lepak dalam setengah jam macam tu. Tak snap gambar memang tak sah lah kan. Wajib amek gambar tandanya dah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi. 

Kebetulan hari tu agak ramai hiking, ramai juga kat atas tu. Nak bergambar kat satu-satu tempat pun kena beratur. Kau rasa??? Nak tak nak tunggu je la.

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Bekalan hiking cuma air masak 1.5L, air 100 plus dan 2 bars snicker dan 1 bar mars. Makan coklat berikan tenaga cepat sikit berbanding roti dan sebagainya. Makan nasi lemak memberatkan pula. 

So bekalan coklat dan air dah memadai. Lagipun bila dah penat, takde nak selera makan sangat sebenarnya.

Gunung Angsi

Jam 12.30pm start turun ikut trail yang sama, sebelum tu team 7 orang lagi ikut trail lagi satu turun kat Ulu Bendul. Trail tu jauh sikit dari yang naik tadi. Memang tak sangguplah saya. Lagi-lagi trail tu lagi mencabar. 

Bila turun ni laju sikit. Laju tak laju sangatlah. Sampai bawah dalam jam 2.30pm. 2jam! Naik hampir 3 jam, turun 2 jam. Sepatutnya waktu naik 2 jam je tu. Disebabkan beginner nak warm up, lambatlah sikit.

Rentetan dari naik Gunung Angsi tu, kaki sakit sampai 3-4 hari. Nak buat pergerakan kaki sikit pun tahan je sakit. Sakit yang di cari sendiri kan tapi puas hati sampai ke puncak yang selama ni memang nak cuba naik gunung. 

Memang mencabar betul naik gunung ni. Agak agak boleh ke nak naik Gunung Nuang pula nanti? Jeng jeng jeng..Nantikan.

Last but not least
, kagum dengan adik adik yang hebat ni. Laju betul dorang mendaki. Bila di tanya"tak penat ke dik?" Dengan confident dorang jawab "TAKKK". Amboiii dik perli akak lah tu.

Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. -wikipedia 

Baby's Breath Flower


Kalau korang perasan, dalam setiap jambangan bunga ataupun bunga tangan (hand bouquet) mesti ada Baby's Breath Flower ni. Kebanyakkannya lah yang Fiza nampak. Tengok jenis bunga juga nak digabungkan dengan Baby's Breath Flower ni. Kalau Baby's Breath Flower sahaja pun dah cukup cantik dah tak perlu bunga lain.
Baby's breath
Gypsophila is a genus of flowering plants in the carnation family, Caryophyllaceae. They are native to Eurasia, Africa, Australia, and the Pacific Islands. Turkey has a particularly high diversity of Gypsophila taxa, with about 35 endemic species.- Wikipedia
Biasanya kalau di kedai bunga, Baby's Breath Flower di jual dalam bundle dan harga nya berbeza di setiap kedai. Ada yang bawah RM20 dan ada yang lebih dari itu. Selain di jadikan bunga tangan, sesuai juga di gubah menjadi head crown yang comel.

Bila digabungkan dengan bunga lain jadi lebih cantik dan menarik.


Buat hand bouquet memang cantik. Tak kisahlah campur atau baby's breath flower sahaja.

Selain warna putih, ada juga warna soft blue, pink, purple dan lain lain lagi. Comel kan bunga ni. Kalau boleh tanam kat rumah dah lama tanam dah. Macamana nak tanam ye? Ada sesiapa tahu?


Kredit foto : Google

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu