Responsive Ad Slot

Dolla Watch Me Glow

Dolla Watch Me Glow, sebuah telefilem khas lakonan pertama kumpulan Dolla iaitu Sabrina, Tabby, Angel dan Sasha. Dolla watch me glow akan ditayangkan pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra.

Juga boleh strim on demand melalui aplikasi Astro Go, Astro PVR Box atau Ultra Box. Dolla watch me glow juga merupakan juga merupakan single kumpulan Dolla yang telah dikeluarkan pada tahun lepas.

Telefilem Dolla Watch Me Glow

TELEFILEM DOLLA WATCH ME GLOW

Waktu tayangan : 22 Mei 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Penulis skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Izuan Mokhtar

SINOPSIS DOLLA WATCH ME GLOW

Inspirasi dari kisah benar, mengisahkan tentang susah senang kumpulan Dolla (Sabrina, Tabby, Angel dan Sasha) membentuk sebuah kumpulan yang ingin mencapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang Muzik. 

PELAKON DAN WATAK

  • Wan Sabrina Wan Rusli @ Sabronzo
  • Angelina Chai Ka Ying @Angel
  • Norsyasya Afiqah Shanrizal @Syasya
  • Tabitha Ariel Lam @Tabby
  • Azwan Ali
  • Fauziah Nawi
  • Catriona Ross
  • Aida Aris
  • Angeline Tan
  • Douglas Lim
  • Mat Over
  • Aniq Suhair

Homemade Sweet Corn. Creamy Nyummy!

Lebatnya hujan kat luar. Dapat makan panas-panas memang nikmat betul. Dapat makan homemade sweet corn memang sedap, kan? Semalam punya cerita, dapatlah buat homemade sweet corn pemanis mulut lepas berbuka puasa semalam.

Masa husband beli barang, minta dia belikan sekali kernel jagung nak buat pekedel jagung @sweet corn fritters macam kak amie kononnya. Cucur style orang utara letak jagung macam tu. Sekali dia beli sebungkus besar. Dah tu je yang ada katanya.


Ting! Terus idea datang nak buat homemade sweet corn in cup. Best jugak tu. Lama tak makan sweet corn panas letak butter, susu sweetened creamer dan garam sikit. 

Homemade Sweet Corn

Makan sweet corn ni kena makan panas panas baru sedap. Bila dia sejuk, butter tu agak beku dan rasa muak nak makan. Kena makan panas-panas jugak. Malam tadi terbuat banyak pulak. Semangkuk besar jugaklah. Jenuh nak menghabiskan.

Beli jagung nak buat pekedel, lain pulak jadinya. Lepas ni lah baru buat pekedel jagung tu. Dah 2 kali pergi beli barang, kacang panjang tak ada lagi. Masing-masing dok borong kacang panjang nak buat lontong agaknya kot musim raya ni.

Nampaknya nanti saya buat pekedel jagung guna apa yang ada je lah. Ada stok lobak merah, kucai dan kobis je ada. Okaylah tu kan campur dengan bawang, udang dan kernel jagung. Pun boleh.

Resipi homemade sweet corn

Kukus corn kernel. Dah masak, angkat dan masukkan dalam bekas. Masukkan butter, sweetened creamer (susu pekat) dan garam secubit untuk perasa. 

Nak letak gula pun boleh tapi saya tak letak. Cukup sekadar ada rasa manis dari susu tu. Selain butter boleh gunakan majerin. Nak hipster sikit letak lah cheese. Tapi saya tak suka letak cheese, nanti lagilah cepat muak.

Sebenarnya kalau kukus letak garam sikit pun dah sedap dah. Tapi syarat dia kena makan panas-panas lah. Ibarat macam makan jagung rebus tapi versi mudah makan tanpa susah payah gigit jagung yang bertongkol tu.

Serius lama tak makan sweet corn ni. Kalau beli 1 cawan pun dah RM2 kat pasar malam. Ke naik harga dah? Lagi berbaloi buat sendiri. Cuma memerlukan effort dan masa lah untuk menyediakannya. 1 bungkus besar corn kernel RM1 lebih. Murah dan boleh ulang buat banyak kali.

Banyak lagi nak menghabiskan stok tu. Dok terfikir apa lagi nak dibuat dengan corn kernel selain sweet corn dan pekedel. Bubur jagung pun sedap jugak! Apa lagi?



Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, sebuah telefilem raya kesinambungan drama melayu bersiri 'Aku yang kau gelar isteri' yang akan ditayangkan pada hari Sabtu ini, 22 Mei 2021 jam 10:00 di slot Cerekarama TV3.

Masih ingat lagi tak aku yang kau gelar isteri episod akhir yang ramai tak puas hati tu? Mungkinkah telelefilem epilog aku yang kau gelar isteri ni akan merungkai misteri dan teka teki perakhiran drama yang macam tergantung tu. Mungkin?

Adakah Rai akan bersama semula dengan Ezlan? Berjaya ke Cik Embun seru Laila kembali? Kenalah tunggu telefilem ni ditayangkan sabtu nanti.

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

TELEFILEM EPILOG : AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Waktu siaran : 22 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3 slot Cerekarama
Penulis skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

SINOPSIS EPILOG AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Laila sanggup buat apa demi mendapatkan cinta Ezlan. Laila juga terus berharap Ezlan dapat menunaikan segala janji-janjinya. Namun, Ezlan tetap cintakan Rai. Adakah Laila mendapatkan semula cinta Ezlan?

PELAKON DAN WATAK

  • Adi Putra sebagai Ezlan
  • Nadia Brian sebagai Raihana
  • Atiq Azman sebagai Pian
  • Sharifah Sakinah sebagai Laila
  • Lana Nordin sebagai Cik Embun
  • Aznah Hamid sebagai Mak Lang/ Mak Ezlan
  • Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
  • Ummar Dzariff sebagai Rais
  • Kuza sebagai Mak Su/Mak Pian/Mak Rais
  • Rita Rudaini sebagai Nisa
  • Aidil Aziz sebagai Ustaz Omar
  • Fifi Laura

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Cik Embun mula melakukan pemujaan. Dia ambil alih bela saka Laila. Tuan kau dah mati! Cik embun hantar saka Laila  bersama bungkusan putih seperti bayi ke rumah Ezlan. Mungkin jelmaan Laila bawa bayinya. Bungkusan tersebut ditinggalkan di depan pintu.

Semasa Ezlan tengah lena tidur dia terdengar suara bayi menangis. Dia bukak pintu dan mengambil bungkusan tersebut. Dia terkejut melihat bungkusan tu dan lari masuk ke dalam bilik. Mak Ezlan masuk bilik dan bertanyakan pada Ezlan kenapa.

Ezlan cakap dia nampak hantu. Hantu macam ni ke? Mak dia terus berubah menjadi hantu penanggal. Tiba- tiba Ezlan terjaga dari tidurnya. Laahhh mimpi rupanya.

Seorang ustaz namanya Omar baru tinggal di kampung Ezlan. Balik dari surau, sewaktu lalu di depan rumah Ezlan dia nampak ada beberapa lembaga hitam berkeliaran di luar rumah Ezlan. 

Dalam situasi lain, seorang perempuan (Nisa) datang berjumpa dengan Cik Embun untuk meminta tolong hal rumahtangganya. 

3 bulan kemudian...
Pian terlantar di hospital dan dia mengimbas kembali peristiwa yang dah terjadi. Pihak polis datang ke hospital untuk mendapatkan keterangan dari Pian berkenaan dengan kes yang hampir meragut nyawa Pian.

Pian memberitahu pada Polis yang isterinya Rai tidak bersalah. Rai berjaya dibebaskan dari tahanan reman selepas Polis mengambil keterangan dari Pian.

Rai berjanji akan menjaga Pian. Pian dan Rai mulakan hidup baru di rumah baru mereka. Manakala Ezlan dirumah maknya dah gila bayang dekat Rai jandanya tu. 

Pada satu malam, Cik Embun melakukan satu lagi pemujaan menggunakan ikan keli. Perut ikan dibelah. Dalam pada masa yang sama Ezlan rasa sakit perut dan memuntahkan sesuatu bersama dengan darah.

Sedang Pian, Rai dan kawan Ezlan sedang duduk di pangkin luar. Ezlan datang serang untuk ambil anak anaknya. Tiba tiba Rai rasa nak muntah. Rai muntah ulat dan pasir! Cik embun ketawa gembira dia punya kerja menjadi.

Tapi Ezlan ingatkan Rai mengandung. Ahh sudah...

Pian buntu samada nak tanya Rai mengandung ke tidak. Rai beritahu Pian dia merasakan rumahnya ada ‘sesuatu’. Pian syak kerja Cik Embun.

Rupanya Cik Embun berjaya mengambil mayat Laila selepas menggali kubur Laila. Dia letakkan mayat Laila dalam bilik pemujaan dia. 

Cik embun memberi amaran pada Ustaz Omar untuk tidak menganggu urusan dia. Ustaz Omar terjaga dari tidurnya. 

Kawan kawan Pian juga menasihati Pian untuk berjumpa dengan Ustaz Omar. Ustaz datang ke rumah mereka dan mengatakan ada jiwa masih berdendam dengan mereka.

Sedang Ustaz mengubati Rai. Muncul satu susuk jelmaan Rai berjaya mengumpan anak Rai, Ain. Ain terus mengikuti sampai ke hutan.

Jelmaan Rai mengugut untuk membunuh Ain. Tapi dengan ilmu yang Ustaz ada berjaya menyelamatkan Ain. Bila tak berjaya, Cik Embun terus muntah darah. 

Ezlan nekad berjumpa dengan Cik Embun. Dia mengingatkan Ezlan bahawa nyawa Ezlan dan anak anaknya dalam tangan dia.

Pada satu malam, Cik Embun hantar sakanya ke rumah Nisa. Nisa ketakutan dan terus berjumpa Cik Embun. Memang tujuan Cik Embun untuk buatkan Nisa datang berjumpa dengannya. 

Dia perlukan bantuan Nisa untuk membalas dendam. Nisa terkejut rupa Cik Embun berubah menjadi tua. 

Cik embun dan Nisa melakukan satu ritual di Sungai. Nisa menjirus mayat Laila dan mayat Laila bangun. Air tadahan jirusan mayat kemudiannya diminum oleh Cik Embun. 

Nisa menjerit ketakutan dan berkali kali cakap apa yang dilakukannya itu syirik. Tapi tetap melakukannya atas desakan Cik Embun.

Pian datang ke rumah Ezlan untuk ziarah dan menghantar makanan. Sebaliknya Ezlan membuang makanan tu dan masih berdendam dengan Pian.

Cik Embun datang ke rumah Ustaz Omar untuk mengugut Ustaz Omar kalau nak nyawanya selamat. Ustaz Omar bermimpi tapi dia percaya ada sesuatu dalam rumahnya.

Rai sudah mula menerima Pian dalam hidupnya. Dia tidak lagi memanggil Pian. Sebaliknya dia panggil Pian dengan panggilan abang. 

Pada satu malam, Rai terjaga dari tidur. Semasa dia keluar bilik, dia terdengar anaknya Ain memanggilnya dari luar rumah. Sedangkan Ain dan Rais di rumah Ezlan. Rai masih ingat kata kata Pian yang ‘benda’ tu akan mudah masuk dalam badan bila berkaitan dengan emosi.

Tapi dia tak mampu nak tahan emosinya bila suara Ain berkali kali suruh membuka pintu. Buka je pintu, sesuatu terjadi pada Rai.

Waktu yang sama sedang Ezlan sedang tidur. Dia terkejut Laila ada disebelahnya. Ezlan pelik sebab kata kata Rai sama seperti Laila. Ezlan sedar itu bukan Rai sebaliknya Laila. Laila cuba membunuh Ezlan. Rais tiba tiba muncul dan Laila bawa Rais ke hutan.

Cik embun yang hantar jelmaan Laila menyerupai Rai untuk membalas dendam pada Ezlan. Pian terjaga dari tidur dan mendapati Rai tiada disebelahnya. Dia terus pergi ke rumah Ustaz Omar untuk meminta pertolongan. 

Ezlan sedang mencari Rais di hutan. Kemudian Pian dan Ustaz Omar sampai. Laila semakin kuat. Tak mampu Ustaz Omar melawannya.

Semasa Laila mencengkik leher Ezlan. Ezlan meminta maaf pada Laila dan pada ketika itu Laila perlahan lahan melepaskan tangannya. Ustaz Omar terus berusaha melawan kuasa Cik Embun. Tak sangka ucapan maaf Ezlan membuatkan Cik Embun juga menangis. Mungkinkah itu yang Cik Embun harapkan daripada Ezlan?

Esoknya Rai meminta izin Pian dan Mak Lang bekas mak mentuanya untuk berjumpa dengan Ezlan. Ezlan mengaku bersalah pada Laila. Ketika Rai masuk ke bilik untuk berjumpa Ezlan, ada lembaga hitam diatas alang pintu dan juga belakang Ezlan. Hantu Laila terus mendampingi Ezlan.

Nisa masih berjumpa dengan Cik Embun. Berkenan pulak Nisa pada cucuk sanggul Cik Embun tu. Cik embun pun ceritalah yang Cucuk sanggul adalah pemberian maknya yang juga memiliki ilmu sepertinya.

#TeamNismilan Raya Di Perantauan

Orang dah habis upload gambar raya. Saya baru ada mood nak upload sekeping gambar di pagi hari raya 1 Syawal. #teamnismilan raya di perantauan lagi tahun ni dalam mood PKP. Konon boleh raya balik kampung husband kat Kuala Pilah. Sekali rentas daerah pun tak boleh daaaaa...

Raya tahun ni saja saya pilih tema baju raya warna ceria. Warna bukan favourite atau lebih tepat lagi warna yang saya tak suka. Tapi sekarang dah mula suka dengan warna yang ceria, warna kuning dan oren. 

Hidup kena ceria dan seseekali kena jugak berubah angin. Walaupun suka pink, tak kan setiap tahun warna pink?

Nak acah acah sama tema warna Mira Filzah dan Wan Emir uniqlo raya 2021. Sama tang warna baju je lah ye. Mujurlah saya ada beli sepasang baju kurung kedah Shashalista. Kena pulak warnanya dengan baju tunic orange tu. 

Baju kurung kedah saya simpan, pakai kain dulu. Esok esok baju boleh pakai kemudian jadi sepasang baju baru pulak. Atau boleh je baju tu nanti mix and match dengan seluar.

COV-EID 2021 #fizaidil
boomerang, then convert video to gif

Tudung saya dah beli siap siap beli online butik Al humaira masa sale. Jimat lebih! Basic essential in moss rose, tak berapa nak matching janji nampak sesuai je lah. Kain sampin kita pakai sampin masa nikah je lah. Itu je lah dok recycle setiap tahun.

Tak berapa nak warna sedondon tahun ni. Carca merba selari dengan mood yang tengah upside down. Tapi tetap raya diraikan dengan mood happy di 1 Syawal. 

Pada yang bertanya mana baju raya, baju raya warna apa. Ni dia tema baju raya saya tahun ni, Kuning dan oren. Tahniah kalau ada yang teka tepat. Tapi tak ada hadiah lah ye. 

Seronok tengok gambar raya masing-masing mengikut tema dan bermacam gaya. Dah tak tahu nak gaya apa dah. Saya ambil gambar guna wireless bluetooth remote camera. Nak guna self timer macam penat nak pegi balik pergi balik tengok gambar okay ke tak. Senang guna remote je. Boleh cari kat shopee. Murah murah je. 


Warna viral baju raya 2021

  • Marigold (#EAA221) is a yellow-orange color
  • Cerulean (#007BA7) is a shade of blue ranging between azure and a darker sky blue
  • Rust (#B7410E) is an orange-brown color resembling iron oxide
  • Illuminating (#F5DF4D) is a bright and cheerful yellow sparkling with vivacity
  • French Blue (#0072BB) is a beautiful smokey, grey blue
  • green ash (#A0dAA9) is a medium light shade of green
  • burnt coral (#ED8A81) is a warm peach color that is bright and inviting
  • mint (#3EB489) fresh and icy, mint is a light, vibrant shade of green
  • Amethyst Orchid (#9164AB)is primarily a color from Violet color family. It is a mixture of blue magenta color.
  • raspberry sorbet (#A4445A) is a shade of pink-red
Saja share warna viral baju raya 2021. Ada yang sama tema ke?

Koyak

Koyak in english is 'torn'. 'Koyak' word kalau orang luar selain Malaysia memang tak tahu lah. Slang yang digunakan untuk menunjukkan mental koyak. Koyak means, orang Malaysia je faham koyak definition ni. Bukan hanya sekadar digunakan untuk sesuatu benda yang koyak.

Buku Koyak
pinjam cover buku koyak tulisan Muhd Iqbal Samsudin (www.ibnuddin.com)

koyak

malay word is "koyak" , usually get used when someone offended by something
"ido danial is koyak now because of malaysian netizen"
by whatamidoinrightnow May 12, 2021
-urban dictionary

Carian koyak dalam internet berleluasa sampai masuk urban dictionary disebabkan koyak twitter trending. Pihak disana sibuk nak tahu koyak maksud nya apa disini. Koyak to you too katanya. Cepat koyak rupanya.

Bukan hanya bawang rangers yang mencetuskan koyak. Meerfly dan caprice pun sempat buat lagu 'koyak'. 


Tentang isu yang sedang berlaku. Ayuh, kita teruskan doa supaya rakyat Palestin saudara Islam kita disana dilindungi Allah SWT dan mencapai kemenangan. Aaaminn...

Tak sanggup nak tengok apa yang berlaku disana. Apa yang berlaku, buatkan kita terus rasa bersyukur hidup aman di sini walaupun masih berperang dengan C19. 

Cerita pasal koyak. Lately rasa mental cepat koyak betul dengan bermacam dugaan. Dugaan kesihatan parents, semalam uwan husband warded, tak dapat nak merentas sebab anak je dibenarkan. Cucu memang tak dapatlah nak merentas. 2 3 hari sakit bahu belakang, banyak berehat. 

Dengan tak boleh kemana-mana ni. Otak jadi tepu duduk terperap dalam rumah. Otak jadi tak sihat. Kita dok duduk diam diam dalam rumah. Orang lain sibuk beraya di shopping mall bagai. Aduhaii. kalau macam ni bila nak putus C19 tu. 

Variant baru jangan dibuat main. Lagi bahaya! Cepat koyak rasa bila tengok hari hari ada je manusia yang langgar SOP bagai di media sosial. Terasa penat betul. Dahlah bila ada kes emergency sakit ke apa susah nak lepas rentas daerah/negeri sekarang ni. Macamana lah mental tak cepat koyak sekarang ni.

Teruskan bersabar je lah nampaknya ni. Kena bertahan, mental jangan koyak. 

Drama Ahli Bapak Bapak Club

Ahli Bapak Bapak Club, sebuah drama Gempak Original Series Astro Ria akan mula ditayangkan pada 19 Mei 2021, jam 9:30 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Ahli bapak bapak club dibarisi oleh pelakon Aiman Hamim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida dan ramai lagi.

Drama Ahli Bapak Bapak Club Astro Ria

DRAMA AHLI BAPAK BAPAK CLUB

Jumlah episod : akana dikemaskini
Mula tayangan : 19 Mei 2021
Waktu tayangan : Rabu, jam 9:30 malam
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS AHLI BAPAK BAPAK CLUB

Mengisahkan tentang 3 orang lelaki berlainan watak dan cerita yang mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa. 

Hana : seorang influencer terkenal dan bekas isteri kepada Joe. Selepas berpisah dengan Joe, Penampilan Hana bertambah-tambah lawa. Adakah Joe rasa menyesal berpisah dengan Hana dulu?

Bob : berstatus seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar.  Akan tetapi. Bob terpaksa merahsiakan hal tersebut dari isterinya dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob nak berlakon buat buat kerja?

Yem : Seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem pula terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila lah Yem boleh tahan dengan Bob yang sebenarnya baru hilang kerja tu?

Nik Tan Abdullah : Seorang pakar motivasi yang berjaya. Dia seorang yang sangat penyayang dan  sentiasa tampil bergaya. Walaupun nampak macam seorang yang sempurna tapi Nik tak disukai oleh kedua-dua anak tirinya. Dapat ke Nik guna kebolehan yang dia ada untuk ambil hati anak tiri dia?

Fisha : Seorang jutawan kosmetik yang merupakan isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu yang terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuan dia.

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim sebagai Joe
  • Shiqin Kamal sebagai Hana
  • Uyaina Arshad sebagai Yem
  • Maria Farida sebagai Fisha
  • Steve Yap sebagai Nik
  • Luqman Hafidz sebagai Bob
  • Fizz Fairuz
  • Danish
  • Zailin Aqeesha

7 Aplikasi Penghantaran Barangan Termurah Di Malaysia

Keadaan pandemik di negara kita masih lagi belum ada penghujungnya. Suka ataupun tidak, kita perlu sentiasa bersatu untuk hadapi keadaan yang sedang berlaku. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh kita lakukan sebagai langkah berjaga untuk mengekang penularan Covid-19.

Tidak hanya sentiasa jauhkan diri dari berada di khalayak ramai, kita juga perlu sentiasa menjaga SOP. Salah satu cara lain kita gunakan khidmat delivery untuk makanan, barangan runcit dan sebagainya. Di sini akan dikongsikan beberapa servis penghantaran barangan yang ada di Malaysia.

7 Aplikasi Penghantaran Barangan Termurah Di Malaysia
image by sociable.co

1. GrabMart

Aplikasi yang pertama adalah GrabMart. Ciri popular di aplikasi mudah alih Grab. Syarikat ini telah mempelbagaikan perkhidmatannya selain perjalanan e-hailing dalam beberapa tahun terakhir. Kini ia menawarkan penghantaran untuk makanan, bahan makanan, bungkusan, hadiah dan banyak lagi.

GrabMart, ciri penghantaran bahan makanan aplikasi ini, akan menghubungkan kita ke pelbagai pasaraya dan kedai. Kita juga boleh menggunakan alat Grab Supermarket, yang menawarkan penghantaran pada hari berikutnya dengan kadar bayaran penghantaran percuma.

Sama seperti pasar raya lain, Grab Supermarket menawarkan barang keperluan yang segar, kering, sejuk beku dan barang keperluan setiap hari termasuk daging ayam, ikan, roti dan barangan pembersih isi rumah.

Perkhidmatan ini kini terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Ipoh, Taiping, Negeri Sembilan, Kuantan, Miri dan Sungai Petani.


2. PandaMart

Platform penghantaran makanan dalam talian foodpanda juga menyediakan kedai runcit dalam talian mereka sendiri. Dikenali sebagai pandamart, kita boleh mendapatkan barang-barang seperti bahan makanan, barang keperluan rumah tangga, produk kecantikan, produk segar dan ubat-ubatan ke rumah kita dari kemudahan simpanan Pandamart.

Perkhidmatan penghantaran kedai serbaneka untuk servis grocery delivery dalam talian ini telah tersedia di 25 lokasi seperti Bangsar, Setapak, Subang, Ampang / Cheras, Bukit Tinggi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, KLCC, Puchong, Balakong, Kajang, Setia Alam, Kota Damansara, Shah Alam, Ara Damansara, Selayang, Sungai Buloh, Cyberjaya, Bayan Lepas, Georgetown / Jelutong, Perai / Bukit Mertajam, Mount Austin, Universiti Teknologi Malaysia, Permas Jaya, dan Mont Kiara.

7 Aplikasi Penghantaran Barangan Termurah Di Malaysia

3. HappyFresh

Salah satu perkhidmatan baru yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini ialah HappyFresh. HappyFresh adalah salah satu aplikasi mudah alih yang ditawarkan untuk Android dan juga iPhone, membeli dan membuat bahan makanan yang boleh digunakan sebaik sahaja sampai ke rumah kita.

Platform membeli-belah yang lebih tertumpu pada penghantaran barang runcit, HappyFresh menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pasar raya besar seperti Village Grocer, Tesco dan Aeon.

Perkhidmatan penghantaran barang runcitnya kini tersedia di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

4. Airasia Fresh

Syarikat penerbangan AirAsia telah mengembangkan perusahaan untuk memasukkan makanan dan makanan runcit ianya terjadi ketika industri pelancongan terus berjuang selama wabak COVID-19. Saat ini mereka menawarkan penghantaran ke daerah-daerah di Lembah Klang dan juga lokasi-lokasi Malaysia Timur seperti Kota Kinabalu, Kuching, Tawau, Bintulu, Miri, Sandakan, dan Sibu.

Salah satu ciri utama airasia fresh adalah Pek Makanan Laut, Sayuran, Daging dan Buah Segar yang disesuaikan dengan penghantaran percuma dan beg runcit edisi terhad. Harga untuk pek ini bermula dari RM30.

Selain Paket Segar, kitajuga boleh memesan pelbagai jenis bahan makanan, termasuk makanan dan unggas seperti ayam dan itik, makanan laut, barang dalam tin dan banyak lagi.

5. Tesco Online

Tesco adalah salah satu pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian. Mereka menawarkan slot waktu penghantaran setiap hari dan membolehkan pelanggan membuat tempahan sejauh 3 minggu lebih awal.

Oleh itu, jika kita ingin membuat perancangan lebih awal, kita boleh melakukannya melalui Tesco Online dan membuat pembelian terlebih dahulu dan memilih slot waktu penghantaran yang kita mahukan.

Kawasan perkhidmatan penghantaran: Bandar dan bandar terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Seremban.

7 Aplikasi Penghantaran Barangan Termurah Di Malaysia

6. Mydin Online

Ramai yang tidak mengetahui perkara ini tetapi Mydin memang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit ke bahagian tertentu di Lembah Klang. Mereka selalu menjalankan promosi berterusan di laman web mereka, jadi pastikan untuk mencarinya. Selain penghantaran, Mydin Subang Jaya juga menawarkan pengambilan kedai dan pengambilan loker untuk bahan makanan kita.

7. Sea Fresh

Sea Fresh menawarkan makanan laut segar yang diambil dari perkampungan nelayan di Kuala Selangor dan Sekinchan. Walaupun mereka bangga dengan makanan laut segar seperti ikan, udang, dan juga udang karang, kita juga boleh menempah barang daging dan unggas lain seperti ayam dan itik, serta makanan yang sudah siap dimasak seperti otak-otak dari Muar, potongan unagi premium, dan banyak lagi laman web mereka. Nikmati penghantaran percuma di Lembah Klang apabila kita menempah melebihi RM200!
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu