Responsive Ad Slot

Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow, Wajib Ada Cili Jeruk Potong

Macam lama je tak makan char kuew teow. Makan char kuew teow ni sedap makan panas panas. Tapi mana nak cari char kuew teow sedap dan maintain panas bila delivery? Pernah order sekali char kuew teow delivery. Sampai-sampai je dah kembang dan sejuk. Mujur masih sedap.

Lagi satu, makan char kuew teow wajib ada cili jeruk potong. Semalam teringin makan, saya cari di aplikasi food panda je. Nak membeli dekat-dekat, kedai tu kejap tutup kejap bukak. Saja try cari di foodpanda. 

Tertarik nak cuba Syed Char Kuew Teow. Ada 5 pilihan menu Syed Char Kuew Teow.
  • Char kuew teow telur mata
  • Char kuew teow special
  • Char kuew teow biasa
  • Kuew teow biasa
  • Kuew teow telur mata

Saya pilih Char kuew teow special. Extra kuew teow, ada telur mata dan 3 ekor udang walaupun dalam gambar kelihatan macam sekor je nampak. Sampai sampai je hidangan masih panas dan kuew teow pun elok tak kembang. Baru ada 'feel' nak makan.

Dari segi rasa, pada saya sedap. Cuma lagi sedap bila ada taugeh fresh. Taugeh dia agak layu. Mungkin dalam perjalanan lecur sebab masakan masih panas. Tak ada kerang dan kucai. Kalau ada mesti lagi nikmat makan.

Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow

Cili jeruk ada, bertambah selera makan. Sedap cili jeruk dia. Cili rangup dan pedas. Saya minta extra cili jeruk, dia bagi 3 bungkus terus. Saya buka 1 bungkus je, banyak macam ni. 2 bungkus lagi simpan boleh makan dengan mee goreng ke kuew teow ke. 

Cili Jeruk Potong Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow

Husband pulak order Kuew teow goreng telur mata. Dia kurang gemar char kuew teow. Saya tak ambil gambar. Sedap juga kuew teow goreng dia. Macam rasa mee goreng mamak versi kuew teow. Cili jeruk pun dia tak makan. Makanya, stok cili jeruk untuk saya sorang je lah.

Syed Char Kuew Teow
Lorong Sri Pulai 38/2, Taman Sri Pulai 3 , 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 70400 Seremban

Oh Nasi Kerabu Ku!

Nak makan apa pagi ni? Husband tanya. Nasi lemak ke nasi kerabu tanyanya lagi. Tak tahu nak makan apa, saya jawab. Beli je lah apa yang ada. Takut musim cuti raya ni masih ada lagi yang tak bukak kedai.

Balik balik dia bawak nasi kerabu. Oh nasi kerabu ku! Favourite menu sarapan pagi. Teringat dulu masa study di UiTM Penang, ada orang jual nasi kerabu pagi pagi. Saya pun pelik, biar betul makan nasi kerabu pagi-pagi. Sebagai bangsa Johor  yang dah biasa nasi lemak, lontong dan soto agak peliklah.

Tapi itu biasa je sebenarnya di sesetengah negeri. Bukan nasi kerabu je, nasi dagang pun kira hidangan biasa untuk sarapan. Bukan lagi menu pelik. Sejak itu, saya pun dah biasa dengan makan nasi kerabu untuk makan pagi. Nikmat dapat makan pagi pagi. 

Seperti biasa, beli nasi kerabu ulam muda Abe Din. Sebelum ni pernah beli nasi kerabu ayam bakar. Ayam bakar tak ada pulak, ayam goreng pun boleh lah.

Nasi Kerabu

Tapi kali ni tak ada solok lada pulak. Dah habis agaknya kot. Takpelah, janji nasi kerabu maintain sedap macam biasa. Cuma kurang pedas. Mujur ada stok sambal pedas saya tu. Baru syok makan pedas-pedas.

Nasi kerabu ni ada macam-macam jenis nasi kerabu di Malaysia. Antara yang popular :

  • nasi kerabu Golok
  • nasi kerabu kuning
  • nasi kerabu Siam
  • nasi kerabuTerengganu
  • nasi kerabu Singapore
  • nasi kerabu Shah Alam
  • nasi kerabu Kota Bharu

Yang nama dari luar Malaysia tu tak pastilah rupa dia sama atau lebih kurang. Yang pasti nasi kerabu kuning tu nasi dia warna kuning bukan biru purple warna bunga telang. Tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi jenis nasi kuning tu. Pernah makan nasi yang warna biru ni je lah.

Selain nasi kerabu, nasi goreng kerabu pun favourite saya juga. Mungkin jenis suka menu nasi ada ulam-ulaman ni. Tapi bab nak masak sendiri nasi kerabu memang tak pernah buat. Padahal tengok resipi nasi kerabu simple macam mudah je.

Tak rajin nak membuat sebab saya sorang je makan. Husband tak suka. Beli je lah senang cerita.

Orang Seremban nak cuba rasa boleh lah membeli nasi kerabu sedap ni. Buka pukul 6 pagi sampai 11 pagi. Kadang kalau lambat sikit, habis cepat.

Nasi Kerabu Ulam Muda Abe Din
Maliki Tom Yam, 1, Persiaran Desa Rhu 1, Taman Desa Rhu, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Filem Hanya Namamu Laila

Hanya Namamu Laila, sebuah filem seram komedi lakonan Diana Daniele dan ramai lagi akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 atau boleh juga tonton On Demand Store pada 15 Mei 2021. Filem hanya namamu Laila diarahkan oleh Dato' Eizlan Yusof.

Filem Hanya Namamu Laila

FILEM HANYA NAMAMU LAILA

Tarikh tayangan : 15 Mei 2021
Siaran TV : Astro First (Saluran 480)
Pengarah : Dato' Eizlan Yusof

SINOPSIS HANYA NAMAMU LAILA

Mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik dari kecil iaitu Borhan, Nathan dan Ah Cheng yang melakukan kerja dan suka juga bermalas-malasan bersama-sama. Dalam pada masa yang sama, mereka meminati gadis yang sama sejak dari kecil iaitu Laila. 

Apabila Laila pulang ke kampung, ada peluang untuk mereka bertemu dengan Laila semula. Akan tetapi tidak lama kemudian, satu peristiwa aneh mula berlaku.  Terdapat kelibat entiti aneh muncul. Mungkinkah Laila salah satu daripada susuk entiti tersebut.

PELAKON HANYA NAMAMU LAILA

  • Diana Daniele
  • Ikmal Amry
  • Sri Kumaran
  • Phoon Chi Ho
  • Ropie
  • Salleh Yaacob
  • Sathiya
  • Lim Hui Hong
  • Cat Farish

Tak Dapat Mangga Lemak Muda, Dapat Apple Hijau Pun Jadilah

Fuuhh... kes baru Covid 19 semalam angka paling tinggi 6075! KKM jangkakan tak mustahil akan naik ke 8K Jun nanti. Huwaaa...bila nak habisnya? Sedang masing-masing leka, Covid 19 makin mengganas. 

Sekarang dah ada variant baru yang menjadi pembunuh senyap. Tak ada gejala semua. Tahu tahu positive Covid 19. Allahu..mintak dijauhkan lah. Aaminn...

Memikirkan hal Covid 19, automatik jadi stress dibuatnya. Terus mental jadi tak sihat. Entahlah sejak PKP2.0 PKP3.0 selera makan pun berubah tak macam PKP1.0 asyik makan dan makan. Sekarang makan kalau ada selera makan dan makan buah buahan je. 

Nasi dan lauk dah kurang makan. Sampai tak tahu lah nak masak apa. Sebab dah tak boleh masuk dengan masakan sendiri. Kena jarang jarang masak baru selera tu datang.

Lepas raya teringin nak makan jeruk mangga asam boi. Dok survey dan whatsapp seller yang pernah beli, tak ada stok katanya. Nak beli buah mangga lemak pun tak ada stok. Semua tak ada stok! Aduhaii menduga betul dia punya craving.

Last last tak dapat buah mangga lemak nak buat jeruk mangga asam boi, beli je lah apple hijau. Masam masam rangup ala ala mangga lemak gitu. Cuma mangga lemak kurang masam sikit cuma lebih kepada rangup dan sedap.

Apple Hijau Serbuk Asam

Tapi tak buat lah versi jeruk mangga asam boi letak cili potong dan asam boi. Potong buah apple hijau, taburkan dengan serbuk asam je. Pun jadilah kan. Tapi kalau buat  jeruk epal hijau asam boi pun sedap jugak sebenarnya.

Ye, tahu tak elok makan buah dengan serbuk asam tu. Tapi sesekali craving. Tak boleh bawa bincang betul selagi tak dapat. Bukan mengidam tapi mungkin juga stress.  Layankan tekak.

Tebus eWallet RM150, Buat Permohonan Bantuan eWallet 2021 untuk Belia Umur 18-20 Tahun

E wallet 2021 bila masuk? Persoalan sejak awal tahun haritu masih jadi tanda tanya. Terbaru, golongan belia dan pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) boleh tebus eWallet RM150 bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021. 

Susulan pandemik COVID-19, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit eWallet kepada RM150 melalui Pemerkasa. Sebelum ini pembentangan awal mengumumkan jumlah eWallet RM100 menerusi program eBelia.

Program eBelia

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Tebus eWallet RM150, Buat Permohonan Bantuan eWallet 2021 untuk Belia Umur 18-20 Tahun


Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021

Syarat kelayakan bantuan eWallet RM150

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003)
  • Pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa (Diploma atau SKM4 dan keatas) yang berdaftar dengan kementerian terlibat
Nota : Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Cara tebus eWallet

Penebusan eWallet boleh dibuat menggunakan aplikasi seperti:
  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay

Langkah Penebusan eWallet 

  • Muat turun aplikasi e-tunai di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Nota : Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

sumber : http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ebelia

Perkahwinan Dari...

Perkahwinan Dari..., sebuah telefilem lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang akan ditayangkan pada hari Sabtu 22 Mei 2021 jam 10:00 pagi di Astro Ria. Sekali lagi merekan digandingkan. Bukan dalam drama tapi dalam telefilem pulak.

Telefilem Perkahwinan Dari... (Astro Ria)

TELEFILEM PERKAHWINAN DARI...

Waktu siaran : 22 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 pagi
Siaran TV : Astro Ria
Penulis skrip : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said
Pengarah : Rehal Nuharis
Produksi : Juita Viden

SINOPSIS PERKAHWINAN DARI...

Mengisahkan tentang sepasangan pengantin yang nampak serasi di kaca TV sehinggakan dinobat sebagai pasangan paling serasi selama 4 tahun berturut-turut. Realitinya, adakah perkahwinan mereka betul betul serasi dan bahagia?

PELAKON PERKAHWINAN DARI...

  • Kamal Adli
  • Uqasha Senrose
  • Sharifah Shahora
  • Nasz Sally
  • Ken Ridzuan
  • Kak Girl

Nasi Ayam Bowling & Laksa Johor Selera Johor

Alahaiii pasal laksa pun boleh buat gaduh satu Malaysia. Kenegerian sungguh lah. Kita kan satu Malaysia. Laksa Johor viral di facebook gara-gara seseorang ada komen dalam satu pos resipi masakan kalau tak silap.

Kalau tak ada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembong atau selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur

Disebabkan satu komen ni, tak pasal pasal buruk nama orang Johor je. Haishhh..akak oh akak, buat malu orang johor je tau! Memanglah resipi laksa Johor original guna ikan parang. Tapi zaman sekarang, ikut selera dan bajet masing-masing. 

Guna je lah ikan apa-apa pun janji kuah laksa Johor tu pekat dan sedap ikut selera sendiri. Tak ada lah sampai jatuh standard pun kannnn...

Resipi laksa Johor ni dah pelbagai kot. Ada resepi laksa Johor tuna, laksa Johor ikan tenggiri, resepi laksa johor guna sardin tin. Sesetengah orang mempersoalkan laksa Johor guna spaghetti. Nak tahu kenapa, silalah baca sejarah laksa Johor. Kalau nak tahu lah.

Itulah dia keunikan laksa Johor. Selain uniknya menggunakan spaghetti, cara makan laksa Johor pun berbeza, makan pakai tangan lagi sedap katanya. Tapi saya tak pernah guna tangan pun. Makan je guna sudu dan garfu. Even boleh je makan guna spaghetti. Masih tak jatuh standard pun.

Kalau nak ikutkan betul-betul resipi laksa Johor original, ada cara potong timun laksa johor dan ada cara gulung spaghetti laksa Johor yang betul khas untuk laksa Johor. 

Okay selain tu, yang buat laksa Johor ni berbeza dari laksa yang lain. Wajib ada sambal belacan laksa Johor. Kalau tidak, tak laksa Johor lah nama dia. Okay done membebel.

Disebabkan kau orang dok sebut sebut laksa Johor terus rasa teringin. Makanya hari ni terus order laksa Johor Selera Johor. Alang-alang dah order Laksa Johor, order sekali lah nasi ayam bowling yang sedap itu. 

Dah kali keberapa dah order dari Selera Johor. Sebelum ni pernah order nasi ayam bowling dan mee bandung Selera Johor. Selera Johor ni ada 4 je menu dia.
  • Laksa Johor
  • Mee rebus Johor
  • Mee bandung Muar
  • Nasi Ayam Bowling

Mee rebus je belum pernah order lagi sebab dok asyik ulang order nasi ayam, mee bandung dengan laksa Johor je. Terlajak laris semua menu ni. Lambat order sikit memang tak dapatlah. Tak nak kempunan, saya order awal.

Saya order 2 bungkus nasi ayam bowling untuk lunch dengan husband dan sebungkus laksa Johor untuk makan petang kongsi berdua. 

Laksa Johor Selera Johor

Saiz portion dia standard lah pada saya. Tak banyak tak sikit. Bolehlah buat kenyang perut senang hati. yang bagusnya dia asingkan potongan timun, potongan bawang, taugeh dan sambal dengan spaghetti untuk elakkan cepat basi. Taugeh, timun dan bawang fresh. Baru sedap makan.

Laksa Johor Selera Johor


Nasi Ayam Bowling Selera Johor

Portion nasi ayam bowling pun standard juga. Tak kurang tak lebih. Kira cukup mengenyangkan juga. Potongan timun dan lobak merah yang fresh rangup. Sambal dan kicap pun diasingkan siap seal sekali untuk elakkan tumpah. Ayam dia sedap cuma kalau ada bahagian tulang macam bahagian kepak ke lagi sedap. 

Bahagian isi sahaja memang untung tapi itulah kurang gemar makan ayam isi sahaja. Lupa pulak nak letak note. Next time order kena letak note nak bahagian kepak je. Itupun kalau dapat. Dapat bahagian kepak yang saiz comel menyesal pulak nanti. kan!

Bersyukur je lah dapat bahagian apapun, janji ada rezeki makanan tu. Banyak bunyi pulak.

Nasi Ayam Bowling Selera Johor

Rezeki order awal harini, dapatlah guna voucher foodpanda diskaun RM7. Kena rajinlah belek voucher dan nasib-nasib lah kalau dapat gunakan voucher tu. Kadang tak dapat guna sebab invalid. Siapa cepat dia dapat dan ada limit time juga. 

Dapat free RM7 kira free lah nasi ayam satu bungkus. Alhamdulillah. Macam biasa kedua dua menu dari Selera Johor tak pernah mengecewakan selera tekak orang Johor ni. Harga pun masih berpatutan lagi lah. Dah jumpa tempat sedap, tempat tu je lah kita order. 

Nasi Ayam Bowling RM7
Laksa Johor RM8
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu