Responsive Ad Slot

Telefilem Tanah Kubur Peneman

Tanah Kubur Peneman, sebuah telefilem arahan Rashid Sibir bakal bersiaran pada hari Sabtu ini 29 Mei 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra. Menampilkan Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Syafi Tee, Along Cham dan ramai lagi.

Telefilem Tanah Kubur Peneman

TELEFILEM TANAH KUBUR PENEMAN

Waktu tayangan : 29 Mei 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd

SINOPSIS TANAH KUBUR PENEMAN

Jebat menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.

PELAKON DAN WATAK

  • Fendy Bakry sebagai Jebat
  • Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
  • Syafi Tee
  • Along Cham
  • Hamidah Wahab sebagai Rosnah, isteri Tok Adi

Akhirnya Mendapat Juga Makan Kuih Raya Almond London

Minggu lepas dapat kuih raya mak mentua bagi. Mak bagi kacang salut tepung dan almond london. Dah Syawal ke berapa entah baru saya dapat makan kuih raya. Akhirnya! 

Dua tiga hari lepas husband keluar konon nak beli tart nanas kat Kedai Kerepek Paroi. Tapi balik rumah tanpa tart nanas. Husband beli kek marble butter je lah. 

Tahu boleh je beli online tapi saja nak try tengok kat situ kot kot lah ada. Tapi tak ada. Mungkin masih mood cuti tak ramai yang hantar stok. Takpa, sabar lah dulu. Kot kot nanti jumpa seller yang berkenan, boleh delivery sampai rumah.

Nak beli online takut hancur pulak kuih tu nanti. Takpe, kita habiskan dulu kuih almond london yang mak bagi ni dulu. Dekat nak habis pun sebenarnya. Sebenarnya tak suka sangat almond london sebab selalu dapat yang manis gila coklat tu.

Nak dijadikan cerita, yang almond london mak bagi ni dahlah tak manis sangat. Biskut dia pun rangup. Menepati selera sangat. Itu yang macam laju je makan dah nak habis satu bekas. Kalau manis nau ni memang lambetttt lagi nak tengok dia susut. 

Kuih Raya Almond London

Bab buat kuih ni saya failed sikit. Jadi, kuih raya yang hebat hebat memang saya tak pernah cuba buat. Walaupun resipi almond london ringkas macamana pun. Tetap rasa macam kegagalan tu akan berlaku. Tak ada bakat dalam buat kuih. Masak lauk pauk tu bolehlah sikit sikit.

Almond london sejenis biskut/kuih raya yang boleh tahan leceh juga nak membuatnya, kan? Sebab tu harga almond london bukan biasa-biasa. Coklat dan kekacang yang digunakan pun bukan murah. 

Selain almond london taburan kacang ni, saya perasan dalam carian internet ada resepi almond london cornflakes dan resepi almon london nestum.

Macam tak pernah nampak pulak dua jenis tu. Yang biasa nampak jenis yang satu ni je lah. Kuih raya pun dah macam-macam. Nama pun tak berapa nak tahu. Tahu makan je!

Ehhh kuih ni bukan mak mentua buat ye. Kang tak pasal pasal ada orang nak order pulak.

Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, sebuah filem melayu terbaru 2021 arahan Mamat Khalid akan bersiaran di pawagam TV rumah masing-masing mulai 27 Mei 2021 di saluran 480 Astro First.

Boleh juga strim Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa di Astro Go atau On Demand mulai 27 Mei 2021.

Rancak Mamat Khalid mengembangkan cerita kampong pisang ni. Baru lepas layan 18 Puasa di Kampong Pisang, tahu-tahu ada keluar filem baru Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa pulak. Musim PKP sempat jugak lah layan drama kampong bersiri-siri

Watak Yah Kuchai, Manap Sengau dengan Daud M tu memang fenomena betul. Ada je yang buat kelakar. Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa ni apa pulak istimewa dia agaknya. 

Husin is back! Menampilkan Dato' Awie dalam Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa disamping watak baru lakonan Kaka Azraff dan juga Imuda. 

Penampilan istimewa lakonan Raja Azmi dan Siti Elizad Sharifuddin juga turut menjayakan Filem ini selepas terlibat juga dalam 18 Puasa di Kampong Pisang.

Keistimewaan Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa menampilkan konsep muzikal dengan 10 buah lagu evergreen. Lagu yang akan didendangkan adalah lagu popular Hari Raya sekitar 90 an yang dinyanyikan oleh pelakon Kampong Pisang sendiri.

Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Astro First
 

FILEM KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA

Tarikh Tayangan : 27 Mei 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw, Enjit Enjit Semut Motion Pictures

SINOPSIS KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA

Sehari sebelum raya, seluruh penduduk Kampong Pisang bergotong royong melakukan aktiviti masak memasak. Husin balik kampung bersama kekasih barunya, Nelly. Cik Chun cemburu dan merajuk kerana Husin merpermainkan cintanya.

Barkoba pula dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasihnya yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula rasa sedih kerana anaknya tiba-tiba tak dapat balik kampung untuk beraya bersamanya. 

Dek kerana kesunyian, Cik Purnama gigih membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana. Pak Karim dan Kak Som sedih kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka (Firdaus, lakonan Hazama) dalam drama kampong pisang bersiri siri episod Monyet Rempit yang dah tiada.

Lain pula cerita Daud M yang perlu bekerja di malam raya menghantar barang-barang untuk penduduk kampong Pisang yang membeli barang secara atas talian.

PELAKON DAN WATAK

  • Dato' Awie sebagai Husin
  • Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
  • Elizad Sharuddin sebagai Kiambang
  • Afea Deanna Baharudean sebagai Yah Kuchai
  • Avaa Vanja sebagai Cik Nab
  • Dewa Sapri sebagai Encik Purnama
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Ellie Suriaty Omar sebagai Kak Som
  • Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
  • Kaka Azraff sebagai Nelly
  • Rasydan Zakaria sebagai Adan
  • Imuda sebagai Datuk Mahfuz Jalaludin Mustafa (ayah Nelly)
  • Raja Azmi sebagai Emcee
  • Norainisham Shamsul Hafizi sebagai Yati
  • Nizam Mokhram sebagai MA Mok

Cucur Jagung Rangup Ala Potato Fritters

Kononnya nak buat perkedel jagung versi kak Amie. Tapi dalam masa yang sama nak buat ala potato fritters. Cucur jagung versi rangup kurang penggunaan tepung macam tu. Bolehlah kot kita panggil dia corn fritters.

Perkedel/per·ke·del/ /perkedél/

Sejenis makanan yang diperbuat daripada kentang goreng atau rebus. Kentang tersebut akan dilenyekkan serta dicampurkan dengan pelbagai jenis bumbu dan bahan bahan tertentu. Kemudian disalut dengan putih telur dan digoreng.

Jagung perkedel pula diperbuat daripadaa jagung muda menggantikan kentang. Selain itu ada juga tauhu perkedel. Tauhu juga menggantikan kentang sebagai bahan utamanya.

Dalam mencari maklumat lain, saya baru tahu cucur juga dipanggil bakwan.

Bakwan/肉丸; Pe̍h-ōe-jī: bah-oân

Sejenis snek yang diperbuat daripada tepung gandum dan sayuran. Lazimnya didapati di Indonesia. Bakwan merujuk kepada makanan jenis bergoreng yang terdiri daripada sayur sayuran seperti hirisan kobis, taugeh, hirisan lobak merah yang diadunan dalam adunan tepung, kemudian digoreng. 

Nama panggilan lain mengikut tempat :
  • Bala-bala (Jawa Barat)
  • Pia-pia (Jawa Tengah, terutamanya di Kabuten Pati)
  • Weci ( Kota dan Kabupaten Malang)
  • Ote-ote (Sidaorjo dan Surabaya)

Di Surabaya, katanya hidangan bakwan akan dimakan bersama nasi putih, sos tomato dan sambal. Hidangan bakwan di Surabaya kebanyakkanya dicampur dengan bawang goreng dan daun bawang. Enak dimakan panas-panas.

Bakwan juga lebih kurang sama dengan hidangan makanan Jepun iaitu tempura sayur atau dikenali sebagai Yasai tempura.

Rupa corn fritters saya yang kurang menarik sebab terlebih garing. Hangus daun kucai tu haa. Jagung pun hampir hampir hangus juga tu. Asalkan sedap sudahlah ye. Jangan banyak bunyi, makan je.

Pekedel Jagung ala Potato Fritters

Resepi cucur jagung rangup

Bahan-bahan
1 cawan corn kernel
1biji bawang besar (potong dadu)
1 keping tauhu (dicincang halus)
Daun kucai (dipotong potong lebih kurang 1cm)
1 batang lobak merah (disagat)
Segenggam ikan bilis
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu camca garam
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
  • Gaul rata corn kernel, bawang besar, tauhu, daun kucai, lobak merah, ikan bilis, telur dan garam. 
  • Kemudian baru masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan bancuh terlalu cair.
  • Panaskan minyak, Bentukkan adunan menggunakan sudu dan gorengkan.
  • Setelah kekuningan, angkat dan toskan minyak letak tisu dahulu atas penapis.

Sesuai dijadikan hidangan untuk makan pagi dan juga makan petang. Dah masak baru saya teringat, saya lupa letak udang. Banyak fikir agaknya terus terlupa nak keluarkan udang dalam peti ais. Letak udang lagi sedap. Buang kulit udang dan potong kecil-kecil isi udang tu.

sumber : KKBI | Wikipedia

Balik Ke Idak?

Balik Ke Idak?, sebuah telefilem melayu sempena raya lakonan kumpulan Heart, juara Muzikal Lawak Superstar 2. Telefilem Balik Ke Idak? akan disiarkan pada hari Ahad, 23 Mei 2021 jam 10:00 pagi di Astro Ria.

Telefilem Balik Ke Idak?

TELEFILEM BALIK KE IDAK?

Waktu siaran : 23 Mei 2021 (Ahad), jam 10:00 pagi
Siaran TV : Astro Ria
Penulis skrip : Pnut Syafinaz
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production

SINOPSIS BALIK KE IDAK

Menceritakan tentang 3 orang musuh sepejabat yang terpaksa bekerjasama dalam misi mereka untuk mencari jalan dapat balik beraya di kampung.

PELAKON BALIK KE IDAK

  • Ezad Lazim
  • Danial Zaini
  • Azmi Saat
  • Anna Jobling
  • Black Hanifah
  • Fadhilah Mansor

Tips Resipi Kentang Goreng Rangup Homemade

Ikut selera tekak, nak makan simple simple je janji kenyang. Kebetulan nampak satu video ni kat instagram explore. Tips kentang goreng rangup homemade. 

Nampak macam menarik je cara penyediaan kentang goreng rangup tu. Tapi macam biasa saya olah dan masak ikut selera saya. 

Tips Resipi Kentang Goreng Rangup Homemade

Resipi kentang goreng rangup homemade

Bahan bahan
3 biji kentang saiz sederhana
Tepung bestari
Garam
Minyak
Air

Cara penyediaan
  • Kupas kulit kentang, basuh dan potong panjang panjang macam kentang goreng.
  • Didihkan air atas dapur dan rebus kentang bersama sedikit garam dan minyak.
  • Setelah masak, angkat dan toskan. Pastikan kentang tak terlalu lembik atau boleh boleh buat half cook.
  • Taburkan tepung bestari pada kentang yang dah direbus masak tadi
  • Panaskan minyak dan goreng garing sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

Dengan menggunakan kaedah rebus dulu dapat memastikan kentang betul betul masak dan lebih singkat penggunaan masa untuk menggoreng. Better rebus lama daripada goreng lama, kan?

Kentang Goreng Rangup

Sumpah sedap bila goreng kentang guna tepung bestari. Saya guna tepung bestari pedas. Tepung bestari kan tepung serbaguna. Nak guna pun senang. Ada orang suka bancuh dengan air. Tapi saya lebih suka taburkan terus dan make sure kentang bersalut dengan tepung sebelum goreng.


Telefilem Rabak

Rabak, sebuah telefilem melayu sempena raya lakonan Khatijah Tan, Fadilah Mansor, Dato' Adi Putra, Izzue Islam dan ramai lagi. Ditayangkan pada 21 Mei, Jumaat jam 10:00 di TV3. Telefilem Rabak diarahkan oleh Feroz Kader.

Telefilem Rabak TV3

TELEFILEM RABAK

Waktu siaran : 21 Mei 2021 (Jumaat), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS RABAK

Polis telah menangkap dua warga emas yang merupakan adik beradik iaitu Syakimah dan Rabiah di atas kesalahan membunuh. Berita itu telah mengejutkan seluruh Malaysia. Kes pembunuhan menjadi sensasi dan mendapat liputan meluas media di Malaysia.

Mereka berdua (Syakimah, 58 tahun & Rabiah, 56 tahun) dituduh atas kesalahan membunuh Malek iaitu suami Syakimah yang suka menderanya. Kes ini telah mendapat perhatian seorang peguam yang bernama Azri.

Azri ingin membantu menuntut bela untuk kedua adik beradik ni tanpa mengenakan apa apa bayaran. Azri juga mahu kes ini mendapat perhatian umum. Akan tetapi, Azri gagal dan adik beradik tersebut telah dijatuhkan hukuman penjaran 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Rabiah mula jatuh sakit semasa menjalani hukuman penjaraa. Akhirnya dia meninggal dunia. Apa yang terjadi menambahkan derita Syakimah. Dia mula terfikir tentang anaknya yang tidak dipedulikannya sejak 30 tahun lalu.

Syakimah meminta tolong penguam Azri untuk mencari anaknya itu.

PELAKON RABAK

  • Adi Putra
  • Khatijah Tan
  • Fadilah Mansor
  • Izzue Islam

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu