Responsive Ad Slot

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona

Live! Dari Kafe Kak Kona, sebuah telefilem melayu lakonan Nazim Othman, Shiha Zikir dan Fadlan Hazim akan bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu jam 10 malam.

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona

TELEFILEM LIVE! DARI KAFE KAK KONA

Waktu siaran : 29 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Cerekarama TV3
Penulis skrip : Shahnas Putra
Pengarah : Shahnas Putra
Produksi: Brave Heart Studio Sdn Bhd

SINOPSIS LIVE! DARI KAFE KAK KONA

Kafe Kona telah mengalami kerugian. Untuk menampung semula kerugiannya, dia telah mengupaha seorang influencer yang popular, iaitu Zarin Payung untuk membuat review secara percuma dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Berjayakah Kona dalam usahanya itu? Jom tengok Live!Dari Kafe Dari Kafe Kak Kona.

PELAKON LIVE! DARI KAFE KAK KONA

  • Nazim Othman
  • Shiha Zikir
  • Fadlan Hazim
  • Khairul Idlan
  • Rasya Dean

Macaroni Goreng Terpedas

Semalam tak tahu nak masak apa. Rasa macam dah lama tak makan macaroni goreng. Alang-alang ada stok macaroni yang tinggal hampir separuh pek tu, maka marilah merajinkan diri masak macaroni goreng.

Menu macaroni untuk makan malam tadi merangkap hidangan sahur pagi tadi. Sejuk pagi ni sebab malam tadi hujan lebat. Mula mula guruh, lepas tu hujan lebat lama jugak lah. Tak dapat lah nak tengok gerhana bulan penuh malam tadi. Ada yang sempat tengok ke semalam?

Berbalik kepada macaroni goreng tadi, saya masak macaroni goreng pedas terlebih pulak. Jadilah macaroni goreng terpedas. Mungkin sebab cili kisar yang saya buat guna cili kering pedas agaknya. Bila bergabung dengan black pepper. Double pedas jadinya.

resepi makaroni goreng pedas

Pedas-pedas pun laju juga habis makan. Pedas masih boleh bertimbang rasa lagi tu. Tapi kalau tak tahan pedas, mesti dah mengalah awal. 

Saya buat macaroni goreng ala melayu gitu. Goreng style macam mi goreng tapi bahan bahan macam nak masak spaghetti. 

baca juga : resipi spaghetti goreng

Resepi makaroni goreng

Bahan-bahan
1/2 pek macaroni (rebus dan toskan)
1/2 biji bawang holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih (Ketuk je atau cincang halus)
Isi Ayam (Cincang)
4 ekor udang (buang ekor dan kepala, boleh juga buang kulit sekali senang nak makan)
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos prego bolognese
1 biji telur
1 batang lobak merah (disagat)
kobis (dicincang)
1/4 sudu camca garam
Black pepper kasar
2 sudu butter (saya guna unsalted butter)
Air secukupnya
1 sudu serbuk perasa pasti sedap

Cara masak macaroni goreng

  • Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
  • Masukkan cili kisar, biarkan garing sikit baru masukkan isi ayam dan kemudian masukkan udang. 
  • Lepas tu masukkan sos prego bolognese, tambah air sikit. Pecahkan telur dan kacau kacau.
  • Setelah itu masukkan macaroni yang telah masak dan kacau rata. 
  • Akhir sekali masukkan lobak merah, kobis, garam dan juga serbuk perasa. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Lagi sedap kalau ada capsicum tu. Rangup dan nampak hidangan macaroni lebih menarik ada warna hijau, merah dan kuning. Capsicum tak ada, kita masukkan apa yang ada ada je lah.

Berbuka nanti tak tahu nak masak apa dah. Husband request ayam goreng tepung bestari je makan dengan sambal gesek dan sayur salad. Tapi kalau penat, beli je katanya. Okay baik, difikirkan dulu.

Jeruk Mangga Susu Asam Boi & Colek

Terasa nak makan benda masam masam manis macam jeruk mangga asam boi atau dapat buah mangga lemak pun jadilah. Tapi semua seller yang pernah saya contact tak ada bekalan stok buah mangga lemak. Agaknya bukan musim mangga lemak kot sekarang ni. Mangga lemak buat kerabu mangga pun sodap sebab kerangupan dan lemak dia.

Sudahnya saya beli lah buah epal hijau buat lepas teringin. Semalam teringat nak contact sorang lagi seller yang pernah saya beli buah buahan segar masa PKP1.0 tahun lepas. Alhamdulillah ada stok jeruk mangga asam boi. Tapi bukan mangga lemak, mangga susu.

Mangga lemak manis vs mangga susu

Sama ke mangga lemak dengan mangga susu? saya tanya. Katanya tak sama. Dan rangup manggu susu sedang sedang saja. Tak serangup mangga lemak. Errmm...fikir pun fikir, order je lah. Janji mangga tu rangup  dan sedap lebih kurang.

Saya order 3 bungkus terus, alang-alang kena bayar charge delivery. Simpan buat stok. Harap bertahanlah rangup dia.

Jeruk Mangga Susu Asam Boi

Saya beli 2 bekas mangga susu asam boi dan 1 bekas mangga susu colek. 

Jeruk Mangga Susu Asam Boi

Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10

  • lebih kurang 1 biji setengah mangga susu
  • 3 biji limau kasturi yang dah dipotong
  • 1 tangkai cili api pedas
  • 1 bungkus serbuk masam manis
  • 2 biji asam boi
baca juga : resipi jeruk mangga asam boi

Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10

Jeruk mangga susu colek, hanya potongan buah mangga susu dan colek sahaja. RM10. 

Jeruk Mangga Susu Colek

Colek dia agak manis bagi saya, tak cukup pedas. Kena adjust letak cili potong baru menepati selera saya yang suka pedas. Nampak macam dicampurkan dengan udang kering. Lebih kurang macam pencicah rojak buah. Cuma colek ni versi cair sikit.

Jeruk Mangga Susu Colek

Betullah apa yang dikata, buah mangga susu ni tak serangup buah mangga lemak. Yang saya beli ni agak masak sikit, kurang rangup. Mungkin kalau muda dan hijau sikit lagi rangup lah kot. Ada jugak rasa masam sikit.

Kot ada yang teringin, bolehlah membeli kat Berkat Istiqomah

Rahsia Cucur Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Bercucur lagi selagi stok corn kernel masih ada. Selagi masih belum jemu. Ahad lepas saya buat cucur jagung ala potato fritters. Kali ni saya buat cucur versi rangup di luar lembut di dalam. 

Rahsia dan tips cucur rangup dia silalah tambah nasi yang dikisar bersama bahan bahan lain. Resipi cucur rangupada di bawah.

Boleh label cucur rangup kayangan sebab mewah dengan segala rencah. Segala sayur yang saya suka, saya letak. Cuma saya tertinggal nak letak daun kucai sebab dah terlampau banyak rencah saya masukkan. 

Ini bukan cucur versi mudah ye. Bagitau awal-awal. Sebab kena kisar bahan bahan tertentu. Alah, sesekali buat cucur banyak rencah why not? Sendiri nak makan sedap, kenalah rajin. Tak gitu? 

Asalnya resipi cucur ni saya tiruvasi dan olahkan dari resipi cucur nasi viral. Jadikan cucur rangup tu lebih sedap banyak rencah macam welcome-welcome sayur dan udang.

Resipi Rahsia Cucur Rangup Lembut

Bahan-bahan A
1 cawan nasi
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili api
1 biji bawang besar 
1/2 isi jagung (corn kernel)
4 ekor udang
1 keping hashbrown (ini sebab malas nak sagat kentang)
Air secukupnya
1/2 sudu camca garam

* Kisar semua bahan di atas

Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan isi jagung (corn kernel)
1 batang carrot (disagat)
2 batang kacang panjang (dipotong²)
Kobis (dicincang halus) *terpulang nak letak banyak mana

Cara membuat cucur rangup

  • Selepas kisar bahan A, campurkan bahan A ke dalam bekas bersama bahan-bahan B. Gaul rata. Adunan kalau cair, tambah tepung. Kalau pekat, tambah air sikit sikit.
  • Panaskan minyak, dan sendukkan adunan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan dan garing. 
  • Setelah masak, angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Inilah dia resipi cucur rangup tanpa telur. Nak tambah telur pun boleh tapi saja saya tak letak telur.  Rasa dia, of course lah sedap. Ada rasa manis jagung, bawang dan udang. Rasa pedas cili api sipi-sipi je. Yang penting, luar rangup isi dalam lembut.

Rencah yang lain ikut suka nak tambah sayur dan rencah apa. Sesetengah orang tak suka sayur, jadi tak perlu letak sayur. Boleh je buat ringkas cucur bawang rangup, cucur jagung rangup, cucur ikan bilis rangup ke. Yang penting, tips cucur rangup dia tambahkan nasi yang dikisar dalam adunan tepung gandum tu. 

Telemovie Potong Raya

Potong Raya, sebuah telemovie kesinambungan dari Drama Potong lakonan Hazama, Kazar Saisi, Syazlin Zainal, Delimawati, Lan Shiro dan ramai lagi bersiaran pada hari raya pertama 13 Mei 2021 jam 2:00 petang di saluran Astro Warna.

Telefilem Potong Raya Astro Warna

TELEFILEM POTONG

Waktu siaran : 13 Mei 2021 (Khamis), jam 2:00 petang
Siaran TV : Astro Warna
Pengarah : Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain

SINOPSIS POTONG RAYA

Pada bulan puasa, 2 orang gadis Jepun berkunjung di Lenggong yang ingin mempelajari tentang tradisi masyarakat orang Melayu. Mereka juga berminat untuk mengetahui tradisi berkhatan. Midun dan Dr Nur pula semakin mesra dan merancang untuk berkahwin.

PELAKON DAN WATAK

  • Hazama sebagai Midun
  • Kazar Saisi sebagai Mustaffa @Pak Mus
  • Syazlin Zainal sebagai Doktor Nur
  • Delimawati sebagai mak Midun
  • Lan Siro sebagai Jeman
  • Kamarool Haji Yusoff

Sambal Udang Petai Untuk Makan Tengahari

Hari ni tak puasa, makanya kena lah memasak untuk makan tengahari. Macam biasa, tak tahu nak masak apa. Tapi bila nampak ada stok petai dalam peti ais, ting! Idea terus datang masak sambal udang petai. Berbuka semalam dah masak sambal sotong.

Harini sambal udang petai pulak. Dua hari berturut turut masak sambal. Janji perut terisi dan ada selera nak makan. Saya biasa masak untuk sekali makan je. Makan malam masak lain. Baru sedap makan makanan panas-panas. 

Melainkan kalau masak rendang ke mee kari ke, boleh makan ulang-ulang kena masak lebih. Lain orang lain caranya. Tapi kalau mood malas, sekali masak je lah. Takpun, beli je sudah.

Resipi Sambal Udang Petai

Sambal udang petai makan dengan sepinggan daun salad. Senang tak perlu menumis sayur bagai. Makan sayur salad bulat segar rangup sebagai ulam ulaman.

baca juga : resipi sambal udang petai

Style mak mentua saya masak sambal udang letak santan sikit untuk jadikan sambal udang petai pekat.

Petai ni beli beberapa hari lepas. Memang niatnya nak buat sambal udang petai, tak pun sambal ikan bilis petai. Nak buat sambal daun kayu nismilan tak ada pucuk ubi dan daun daun yang sewaktu dengannya. 

Petai segar tak ada, husband beli petai yang dah siap dikupas kulitnya. Segar bugar dan besar-besar pulak tu isi petai ni. Banyak juga dalam satu pek, RM9.50. Senang kerja dan cepat kerja memasak guna petai ready to cook ni. 

Bau dia menusuk betul! Saya simpan letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Ada baki tu bolehlah campur dalam masakan seterusnya.

Petai Fresh Kupas Kulit

Masakan yang ada petai ni saya berani makan kat rumah je. Kalau kat luar tak berani nak makan. Nanti ada bau yang kurang menyenangkan pulak. Kat rumah bolehlah kita gosok gigi, kumur dengan listerine. Tapi bab pembuangan tu tak dapat elaklah, tetap berbau juga.

Saya makan petai bila dibuat sambal atau dimasak je. Nak makan mentah buat ulam memang tak lah! Pelik ke tidak? Tak peliklah kan. Macam ada orang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Begitulah...


Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021

Tarikh gerhana bulan penuh 2021 akan terjadi pada hari Rabu, iaitu esok 26 Mei 2021. Gerhana bulan 2021 di Malaysia berlaku bermula dari jam 16:47 dan akan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. 

Fenomena gerhana bulan penuh dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk lah Hawaii.

Gerhana Bulan 2021 di Malaysia

Penduduk Sabah dan Sarawak dapat menyaksikan fenomena gerhana bulana penuh pada ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa. Tapi kebanyakan kawasan di Semenanjung fenomena gerhana bulan hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah mencapai fasa maksimum (fasa gerhana penuh).

Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021
sumber :mysa.gov.my


Gerhana Bulan Penuh/Super Flower Blood Moon

Fenomena ini akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan sekitar kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).
Fasa Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021
sumber : mysa.gov.my


Kenapa Kelihatan Warna Merah?

Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, yang menyebabkan matahari kelihatan seperti warna kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.

  • Cahaya Matahari

Semasa Gerhana Bulan Penuh terjadi, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. 

Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.

  • Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum. 

Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana bulan dalam Islam

Fenomena gerhana bulan membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya. Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. 

Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.”
(Surah Yasin : ayat 39)

Jika berkesempatan, esok hari Rabu, 26 Mei 2021 boleh saksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara.

Buat masa ni, kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu