Responsive Ad Slot

Jun, Bermula Kuncitara Fasa pertama

Hello Jun! Semalam last nama Maybank, harini dah jadi Junebank. Okay melawak  je. Well, Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun 2021 dah. Sedia maklum, 1 Jun bermula Total Lockdown @ Kuncitara sepenuhnya fasa pertama sehingga 14 Jun 2021. 

Kedengaran menarik pula gunakan perkataan 'kuncitara' istilah yang popular digunakan di twitter dan jadi perbahasan untuk disama ertikan dengan lockdown Malaysia. Tapi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) belum lagi mengiktiraf istilah Kuncitara sebagai maksud lockdown. Masih boleh digunakan jika bertepatan.

Maksud lockdown dalam bahasa melayu yang tepat adalah "Kawalan @Sekatan Pergerakan penuh".

Apa Erti Kuncitara

Kuncitara adalah singkatan daripada Kunci Sementara.

Sebuah cerpen juga telah ditulisakan oleh Saiful Ghazali yang bertajuk "Kuncitara" (2020) dimana cerpen ni mengkaji impak PKP terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Mengetengahkan isu emosi tak stabil, masalah sosial, ancaman kesihatan, pengingkaran normal, tekanan hidup dan keganasan tingkah laku.

Harini bermulalah episod duduk rumah diam diam selama 2 minggu. Bosan tak bosan hadap je, pengorbanan kita bersama. Bolehlah start mengemas rumah ke, berkebun ke. Ada jugak aktiviti tu.

Bulan June 2021

Me : My hope is as endless as the ocean. I have no fear to dive deep for the treasure that I seek.
Hope : When you feel like giving up, please remember why you held on for so long in the first place.


Cuti Umum Bulan Jun 2021

1 Jun (Selasa) : Hari Gawai (Sarawak)2 Jun (Rabu) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
7 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
20 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah( Kedah)

Bulan ni special sikit sebab birthday husband hujung bulan nanti. Nak bagi hadiah apa ek?

Lockdown @ Kuncitara Fasa pertama

When the world says never give up, 'Hope' whispers 'try one more time'.
-Little Mermaid-

Semoga semuanya akan baik-baik je di hari mendatang. Aaaminn... 
Get well soon Malaysia.

Telefilem Pemuja Kubur

Pemuja Kubur, sebuah telefilem arahan Azmir Affandi bakal bersiaran pada hari Sabtu ini 5 Jun 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra. Menampilkan Beto Kusyairy, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Ellie Suriaty Omar dan ramai lagi.

Telefilem Pemuja Kubur Astro Citra

TELEFILEM PEMUJA KUBUR

Waktu tayangan : 5 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra CH 108
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Pengarah : Azmir Affandi
Produksi : Heritage Movies

SINOPSIS PEMUJA KUBUR

Zarul dan Azhar, mereka berdua adalah kawan baik ibarat adik beradik. Mereka berdua menjual burger di waktu malam. Azhar suka dengan seoarang gadis yang bernama Zureen tapi Zureen jual mahal.

Sikap tamak Zarul dan Azhar membuatkan mereka berdua nekad untuk berjumpa dengan bomoh sebagai jalan pintas untuk kaya dan Azhar ingin mendapatkan cinta Zureen. 

Bomoh berpesan pada mereka untuk menggali kubur orang mati beranak atau mati gugur baru seminggu. Gali tengah malam jumaat selepas pukul 12. Jangan ada sesiapa nampak atau melihat kamu, nanti ilmunya tawar.

Zarul ambil tali pocong untuk cepat kaya. Azhar pula dapatkan minyak dagu. Semasa Zureen membeli burger, Azhar telah mencalitkan minyak dagu pada tangan Zureen. Zureen pun jatuh cinta dan kahwin dengan Azhar.
 
Kehidupan Zarul pun makin senang sebab ada duit banyak. Akibat sikap tamak Zarul dan Azhar telah memakan diri. Mereka sering di ganggu oleh makhluk halus. 

Azhar mula rasa kesal atas perbuatannya. Dia ingin berubah jadi baik. Tapi Zarul semakin tamak sampai sanggup menghancurkan rumahtangga Azhar hingga menjadi penyebab Azhar dan Zureen bergaduh. 

PELAKON PEMUJA KUBUR

  • Beto Kusyairy
  • Aedy Ashraf
  • Kaka Azraff
  • Ellie Suriaty Omar
  • Man Kobena

Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Seminggu lepas tengah husband dok cuci kereta, datang 2 orang naik motor hulurkan sekeping kertas. Notis pemberitahuan pengalihan pepasangan meter TNB. Percuma! Betul ke percuma husband tanya lagi. Betul percuma katanya.

Nak ceritalah sikit, rumah ni design rumah lama. Meter dia bukan direct terus dari pagar dah nampak. Dia kena masuk dalam pagar rumah juga kalau nak tengok bacaan sebenar meter. 

Saya memang jarang buka pintu pagar kalau sorang kat rumah. Tak kisahlah TNB ke apa. Courier datang pun saya jengah dari pintu suruh letak atas tembok rumah je. Safety first orang kata. Apa apa jadi susah sebab sorang sorang kan. Lainlah kalau ada orang. Ampunkan saya tak memudahkan kerja.

Boleh je ambil bacaan anggaran dan kami pun bayar tiap tiap bulan ada kalanya lebih sikit walaupun tak dapat bil. Tapi kalau lebih dari 3 bulan, staff TNB akan datang on weekend untuk check semula bacaan. Memandangkan sekarang dah boleh check guna aplikasi myTNB, lagi mudah.

Dah apply dan inform melalui aplikasi dan email juga supaya staff tak perlu datang check. Satu hari sampai dia punya pegawai datang sekali sebab berkali kali staff datang rumah tak dapat check tepat. Husband pun dah jelaskan dah apply dan inform melalui segala sistem yang ada. Dorang tak dapat ke dorang tak check entah.

Sebelum ni 2-3 kali gak bagitau tapi tak tahulah tak nak faham atau tak nak layan. Berkali kali gak dorang cakap, boleh nak alihkan tapi kena bayar lah. Siap nak bagi contact sub contractor yang in charge alihkan meter TNB ni.. Bukan murah, RM180 macam tu. Memang taklah kami nak bayar untuk alihkan meter TNB tu. Biarlah, janji kami bayar bil sudah.

Itu yang macam agak percaya tak percaya je bila kata percuma je. Aikkk..sebelum ni kemain berkeras ada bayaran. Okay setuju je lah. Bukan rumah kami je, jiran jiran yang meternya masih kat tepi dapat surat yang sama. 

Notis Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Disebabkan dia kata nak datang isnin atau selasa, husband pun terpaksa offday jugalah. Tunggu punya tunggu, dorang datang hari isnin. Lebih kurang 2jam macam tu, siaplah kerja pengalihan pepasangan meter TNB. Selama tu kena tutup lah elektrik sekejap selepas dia siapkan tapak papan tu.

Pengalihan Pepasangan Meter TNB

Tapi nampak buruk lah pulak lepas dah alihkan tu. Ketepi sangat ke tingkap dia pasang. Masa dorang pasang pun kami monitor dari dalam sliding door je. SOP kan. Tapak meter lama nampaknya kena touch up lah. Nasib baik jugak ada lebih lagi cat ni.  Satu kerja pulak nak mengecat kat situ. 

Musim panaslah sedang elok lah kalau nak buat kerja mengecat pun, kan!


Total Lockdown Fasa Pertama Bermula 1 Jun 2021. Bila Je Tak Panic Buying

Sedia maklum 1 hb bulan akan berkuatkuasa total lockdown fasa pertama seluruh negara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Pagi pagi lagi dah banyak kenderaan keluar. Paling tak menahan Trafik sesak di laluan tol gombak menghala Bentong dan tol Sungai Besi menghala ke selatan. Nak kemana tu?

Sana sini orang panic buying. Rasanya akan sesak lah orang membeli barang keperluan hujung minggu ni. Bila je tak panic buying ni? Agak agak bila orang tak ramai ek? Ikutkan nak pergi beli barang keperluan harini. Tapi terpaksa tangguh dulu lah nampaknya.

Total Lockdown Fasa Pertama Bermula 1 Jun 2021 Panic Buying
sumber : KPDNHEP


Ada barang yang dah hampir habis. Bawang, telur, cili api, telur antara barang dapur wajib ada tu. Sos cili dah 2-3 kali rasanya husband nak beli tapi tak ada. Terpaksalah guna sos cili yang percuma beli KFC,McD, A &W tu. Mujur gak simpan dan belum expired.

Sabtu ahad ni mesti ramai orang, kan? Cakap dengan husband, nanti-nantilah beli barang. Masak apa yang ada je lah dulu. Risau betul nak keluar pun bila semua pakat panic buying. Kalau ikut SOP takpe gak. Ini dengan kedai pun tak ikut SOP lagi parah.

Tunggu lah reda dulu. Takpun pergi kedai Acheh kalau urgent sangat dan tak sesak. Peniaga pun, jangan memandai naikkan harga barang pulak. Tahulah semua orang terdesak tapi janganlah ambil kesempatan atas kesusahan orang lain demi keuntungan sendiri.

Ada bajet lebih boleh buat pembelian barang dapur online, ada 7 aplikasi penghantaran barangan termurah di Malaysia yang boleh dipilih. Mudah dan selamat. 

Kenapa Tak Sama Koyak Atas Bawah

Macam dah lama tak bercerita pasal pokok. Saya jaga pokok pokok hiasan dalam rumah ni macam biasa siram dan membelek kot ada kulat ke apa. Lately semua macam kemurungan, ada je sehelai daun yang kuning. Kurang air ke sebab cuaca panas sangat? 

Entahlah...takpek nolong tudo kata Waris dalam Rembau Most Wanted Part II.

Semacam kurang menjengah tanaman. Merajuk agaknya kot. Pokok dalam rumah saya jaga, pokok luar rumah suami yang jaga. Pokok kat luar pun ada yang macam lecur dan menunjukkan tanda-tanda macam tak dapat diselamatkan. Mungkin sebab cuaca, mungkin juga sebab kelembapan tanah. 

Saya ada beli pokok mostera deliciosa mini ni bulan Jun 2020 tahun lepas. Sampai harini tak membesar dengan jaya pun. Okaylah tu sebab nak letak dalam rumah je. Biar rendang tak berbuah. Pertumbuhan terbantut sebab letak dalam rumah cahaya terhad dan saya guna pasu tak ada saliran air bawah. 

Apa yang saya heran, kenapa daun baru yang tumbuh tak sekoyak sama dengan dengan bawah. Ada sesiapa tahu? Dia tak koyak, kita pulak yang koyak tengok keadaan dia tak normal.

Monstera Tak Koyak

Kenapa tak sama koyak atas bawah. Heran betul. Dah cantas, tetap daun dia keluar elok gitu. Monstera ni lagi koyak lagi lawa, kan? Koyak yang cantik. Yang banyak koyak ni lah lagi mahal harganya. Ini baru yang koyak, yang ada bintik bintik bercorak jenis variegated lagilah harga kayangan. Mampu tengok je lah.

Dah lama tak membeli pokok-pokok ni. Giveup sudah sebab beberapa bulan ni habis beberapa pokok kaat luar tak menjadi sebab kucing siapa entah buat port pembuangan dia pulak. Tahu tahu dah bau taik. Tahu tahu je bau kencing kucing. Lama lama matilah pokok tu.

Pasu yang kosong nanti  re-pot je lah mana mana bunga yang semakin membesar tu. Bagi dorang rumah besar sikit. 

Kucing yang sama juga selalu buat onar berak depan rumah. Dah pernah guna cat repellent pun tak berkesan juga kaedahnya. Sabor je lah ye.

Tak Sangka Harga Ngepan Iban Bukan Biasa-Biasa

Sehari dua ni tiba tiba pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban jadi bualan. Siapa yang tak marah kalau orang kutuk pakaian tradisional kita. Kutuk pakaian biasa biasa pun dah terasa hati, inikan pakaian tradisional. 

Selama ni hanya sekadar tahu Ngepan Iban ni pakaian tradisional kaum Iban je. Rupanya disebalik Ngepan Iban ni, tersembunyi harga Ngepan Iban bukan biasa-biasa. Cecah ribuan ye harganya!

Ngepan Iban

Ngepan Iban adalah nama pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh kaum wanita. Biasanya dipakai semasa perayaan Hari Gawai atau semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang. Juga dipakai ketika majlis perkahwinan. 

Baju tradisi lelaki kaum Iban pula namanya Baju Burung.

Asal Usul Ngepan Iban

Pada zaman dulu, asalnya dipercayai seorang gadis yang sangat baik di kalangan wanita Iban bernama Kumang pandai membuat kerja wanita seperti menenun, menganyam dan sebagainya. Bukan hanya berbakat dalam kerja tersebut malah beliau juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Kemahiran yang beliau ada telah menjadi rujukan untuk pakaian tradisional masyarakat Iban. Kumang dijadikan model bagi pakai tradisional ngepan iban full set yang lengkap denagan perhiasan perak, tembaga, manik dan kain yang diperbuat daripada pelbagai corak.

Begitulah ceritanya asal usul Ngepan Iban. Okay next, kita berkenalan dengan Ngepan Iban Full Set seperti : 
  • Sugu Tinggi
  • Cham Sanggul
  • Tenggak Buah Bembang
  • Marik Empang/Tangu
  • Marik Tali Ujan
  • Selayah/Selampai
  • Simpai
  • Rawai
  • Lampit
  • Tumpa
  • Tumpa Rakup
  • Sementing/Menyawir
  • Buah Pauh
  • Selampai Belakang
  • Kain karap
  • Lumbai
  • Tating Kain
  • Gerunung
  • Tali Mulung
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  • Sementing Ringgit
  • Tango

Ngepan Iban Full Set
sumber : google


Dibawah ni harga Ngepan Iban sebenar yang dikongsikan oleh Elanuris Hunter.
  • Sugu tinggi pirak = RM3000-RM4000
  • Cham sanggul pirak = RM200-RM300 satu/pcs
  • Tenggak buah bemban/puru = RM50-RM80 satu/pcs
  • Marik Empang = RM500-RM600 /Pelaga = RM 600-RM700
  • Tali Ujan = RM 200-RM300 semeter
  • Selampai = RM250
  • Rawai lama = RM 1300-RM1700
  • Lampit lama Pirak= RM 1000-RM1500
  • Simpai pirak = RM 500-600 sepasang(2 pcs)
  • Tumpa pirak = RM 1200-RM1400 (12pcs)
  • Tumpa rakup pirak = RM300-RM500
  • Sementing/Nyawir = RM800 pcs
  • Buah pauh = RM 1000
  • Selampai belakang lama = RM400-RM600
  • KAIN karap lama = RM400-600
  • Kain Kumbu = RM500-800
  • Kain sungkit = RM 600-RM1100
  • Tating kain/ringgit lama pirak =RM 50-80 satu /pcs (puluhan pcs dlm satu set pkaian)
  • Gerunong lama = RM 50-RM70 satu
  • Geruncung kaki = RM600-RM800

Buntang mata tengok harga Ngepan Iban ni. Kenapa harganya mahal sangat? Apa yang saya tahu, Ngepan Iban ni handmade. Nak buat dia renyah dan makan masa. Dibuat dengan teliti dan kemas. Jadi, faham lah kenapa harganya mahal. Sepadan dengan usaha dan pembuatan tangan. 

Cara Pemakaian Ngepan Indu Iban

Setiap pemakaian Ngepan Indu Iban mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dipakai. Jika si pemakai memakai ngepan dengan sembrono, ia akan memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban. 

Cara permakaian yang salah juga boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong. Contohnya jika sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. 

Corak ngepan kain juga mempunyai peranan. Bagi seorang gadis haruslah warnanya terang. Ini kerana untuk menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.

Jika ada peluang, teringin juga nak sarung Ngepan Iban ni. Tapi versi menutup aurat lah kalau ada yang labuh dan lengan panjang. Kemudian pakai tudung hitam ke merah, sesuai ke? Kena tanya yang lebih pakar kalau nak pakai. Silap pakai, jadi bahan kecaman pulak nanti. Tanya yang lebih pakar.

Harga mahal-mahal ni, kalau sewa mesti agak mahal jugak tak? Dapat peluang pakai sekejap ambil gambar pun jadilah.

Pemakaian tradisional kenalah kita kekalkan untuk kita tahu budaya kita yang dahulunya. Setiap pakaian tradisional ada keunikan dan keistimewaannya. Jadi, janganlah kita sesuka hati mengutuk dan memburukkan apapun yang berkaitan dengan agama, adat, budaya dan tradisi orang lain. Konsep dia, kena hormat.  

sumber : wikipedia

Berbuka Nasi Ayam KFC Ayam 2 Ketul

Bila husband dah kata nak beli makanan untuk berbuka, saya ON je. Kami decide beli Chicken meals KFC je. Kononnya tinggal masak nasi je. Tapi bila membelek harga snack plate dengan 2 pc rice combo tak jadi nak masak nasi. Beli je pakej combo ayam dengan nasi 2 set.

2-PC Rice Combo KFC

2-pc Rice Combo, ada sebungkus KFC kolonel rice.  Comel pulak tengok bungkusan nasi ayam tu. Didatangkan bersama 2 ketul ayam KFC yang comel. Perasan tak saiz ayam KFC semakin mengecil sekarang. 

Bukan harini je dapat yang kecil, sebelum ni dah berkali kali dapat saiz kecil. Tak macam saiz ayam KFC dulu dulu.

Bukan saya sorang je, pernah juga netizen persoalkan dan tak puas hati dengan saiz ayam KFC yang betul betul kecil tak padan dengan harga. Lagi lagi bahagian kepak tu sampai disamakan dengan objek lain sebab nak buktikan betapa keciknya saiz bahagian ayam tu.

Mungkin stok ayam KFC pun tak cukup besar agaknya. Bergantung pada branch jugak ni. Sesetangah branch dapat ayam saiz besar.

Selain ayam dan nasi, ada coleslaw dan jugak 1 cawan air coke. Nak kata berbaloi tu, bolehlah kot sebab pakej dengan nasi. Cuma tu lah, ayam kena exercise lagi bagi sado. 

Husband nak beli nasi lemak sebenarnya tapi katanya kat branch Seremban tak ada. Boleh pulak macam tu? Malas nak bersoal jawab, dia pun beli je lah 2 set nasi ayam dengan 2 ketul ayam comel ni.  Dia tambah pulak coleslaw saiz large sebab isteri dia ni suka makan coleslaw.

Coleslaw KFC memang tak ada tandingan. All time favourite!. Itu ikut tahap selera saya lah. Korang rasa?

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu