Responsive Ad Slot

Drama Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu, drama melayu terbaru lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. semanis senyumanmu episode 1 telah pun ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Boleh tonton online semanis senyumanmu full episode di Disney+ Hotstar.

Drama Semanis Senyumanmu Disney+ Hotstar

DRAMA SEMANIS SENYUMANMU

Mula tayangan : 1 Jun 2021
Penulis skrip : Nur Hussein
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

SINOPSIS SEMANIS SENYUMANMU

Menceritakan tentang dua individu yang sama-sama meminati bidang yang sama iaitu makanan dan minuman (F&B). Mereka telah bertemu lalu membina ikatan istimewa yang disulami drama.

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim sebagai Chef Azim
  • Daiyan Trisha sebagai Azra
  • Shyrim Husni sebagai Naufal
  • Shekeen Waida sebagai Azreen
  • Adib Azlan sebagai Fariz
  • Mia Deen sebagai Nisa
  • Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
  • Thaqif sebagai Chef Ali
  • Adib Fikri sebagai Chef Fik
  • Afif Mikhail

Resipi Sambal Telur Terpaling Sedap

Telur, bahan asas masakan yang wajib ada di dapur. Hidangan telur paling ringkas boleh masak telur goreng makan dengan nasi dan kicap. Itu pun dah sedap dan nikmat. Makan pagi dengan sebiji dua telur rebus pun dah memadai. Kan?

Ada telur pun dah kira cukup untuk buat lauk. Macam-macam jenis menu masakan berasaskan telur yang boleh kita pelbagaikan selain telur goreng dan telur rebus. 

Aneka masakan telur 

  • Telur dadar
  • Telur dadar kucai
  • Telur masak kicap
  • Telur masak lemak cili api
  • Sup telur
  • Sambal telur pecah
  • Kari telur
  • Telur masak kurma
  • Telur air asam
  • Rasam telur
  • Telur bistik
  • Gulai telur
  • Scrambled eggs
  • Telur bungkus
  • Parpu telur
  • Telur masak taucu
  • Tumis telur cili api
  • Telur gulung
  • Sandwich telur goreng

Ada banyak lagi resipi telur yang boleh dipelbagaikan, sila tambah sendiri. Tak tahu nak masak apa untuk berbuka semalam, stok barang basah cuma ada ikan kembong dan udang sikit untuk buat rencah rencah. 

Masa ni lah kena jadi kreatif gunakan apa yang ada kat dapur tu. Tak rasa macam nak makan ikan. Teringin makan sambal telur pulak. So masak sambal telur je lah untuk berbuka semalam.

baca juga : cara simpan telur yang betul 

Bahan masak sambal telur pun tak banyak mana. 
 Resipi Sambal Telur Masak Cara Fiza

Bahan masak sambal telur

4 biji telur 
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji potong bulat)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 garam bukit
Minyak masak
1 sudu gula pasir
Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Cuci telur dan rebus. Telur dah masak, buang kulit dan kemudian goreng garing. Lagi garing lagi sedap. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Gunakan minyak yang sama mennggoreng telur tadi untuk menumis. Jika minyak banyak, kurangkan minyak sikit.
  3. Tumis sampai naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan gula pasir. Biar garing sikit baru tambah air sikit.
  4. Masukkan telur rebus yang dah digoreng, hirisan bawang potong bulat, garam dan kacau rata. Siap!
Macam tu je lah resipi sambal telur masak cara saya. Kalau malas nak merebus tu, boleh je buat sambal telur mata goreng. Ataupun paling paling malas, boleh buat sambal telur pecah. Lagi senang, tumis bahan-bahan dan pecahkan telur je. 

Sambal telur terpaling sedap ikut selera saya dah tentulah telur rebus dan goreng dulu sebelum disambalkan. Resipi pun kadang kadang berubah ikut apa yang ada. 

Drama Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant, drama melayu ulang siar yang pernah popular disiarkan pada tahun 2013. Drama Love You Mr. Arrogant adalah adaptasai novel Love You Mr. Arrogant karya Aliesha Kirana yang dibintangi oleh Zara Zya dan Azlee Khairi sebagai pelakon utama.

Love you mr arrogant episode 1 mula ditayangkan pada 10 Jun 2021, Isnin-Jumaat jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

Drama Love You Mr. Arrogant TV3

DRAMA LOVE YOU MR.ARROGANT

Jumlah episod : 26
Mula tayangan : 10 Jun 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis novel : Aliesha Kirana
Penulis skrip : PGR'S Team, Lee Chonz, Chinta Nadeesha, Mahbob
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Primeworks Studios

SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT

Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Kesombongan dan keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi.

Puan Sri Maryam (Norish Karman) ibu Irham ingin menjodohkan Irham dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai. Selepas beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. 

Jika Irham tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan syarikat Irham Holdings.

Zaara amat terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. 

Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya, Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan sikap ego Irham. 

Baru malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa bersabar ketika berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula mencintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaara dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta selalu melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. 

Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Ini membuatkan Irham berasa cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham dalam dilema dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

PELAKON DAN WATAK

  • Zara Zya sebagai Zaara Amirah
  • Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham
  • Hanez Suraya sebagai Sherry
  • Keith Foo sebagai Hadry Hakimi
  • Anzalna Nasir sebagai Farizah
  • Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam
  • Mustapha Kamal sebagai Tan Sri Zahir
  • Raja Ilya sebagai Safiya
  • Fezrul Khan sebagai Aidil
  • Wan Raja sebagai Kekasih Gelap
  • Fadilah Mansor sebagai Hajjah Aminah
  • Idris Md Diah sebagai Haji Zaidi
  • Aishah Ilias sebagai Zafrina
  • Saharul Ridzwan sebagai Faisal
  • Alex Yanz sebagai Munir
  • Chew Kin Wah sebagai Mr. Raymond
  • Siti sebagai Siti Chubby
  • Adik NurFateha Iman sebagai Dania
  • Adik Adam Iman sebagai Danish

LAGU TEMA (OST) LOVE YOU MR. ARROGANT 

Tetap Menantimu-Nomad


Telefilem Mr Drift

Mr Drift, sebuah telefilem/ telemovie astro citra 2021 aksi dibarisi pelakon Pekin Ibrahim, Raja Afiq,Tisha Shamsir dan ramai lagi. Mr Drift akan ditayangkan pada Sabtu ini 12 Jun 2021, jam 9 malam di Astro Citra.

Telefilem Mr Drift Astro Citra

TELEFILEM MR DRIFT

Waktu tayangan : 12 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : C. Kumaresan
Produksi : Adtisha Productions
Penulis skrip : Puovin Sandera, Tommy Loh

SINOPSIS MR DRIFT

Mengisahkan tentang dua beradik yang berbakat dalam sukan motorsport drift. Mereka berdua bakal berentap angkara perasaan cemburu, dendam dan persaingan yang berpunca dari seorang wanita dan pengurus mereka.

PELAKON MR DRIFT

  • Pekin Ibrahim
  • Tisha Shamsir
  • Raja Afiq
  • Danny X-Factor
  • Issey Fadzlisyam
  • Adam Shadan
  • Mat Over
  • Bullzai Hamdan

Sayang Nak Potong

Bila dah lama terperap dalam rumah. Rasa jemu nak menghadap dunia maya. Anxiety tu tak semena mena akan muncul bila tengok kes COVID-19 meningkat, kematian meningkat, tragedi dan macam-macam lagi lah. Ditambah lagi dengan masalah kesihatan keluarga yang jauh tak dapat nak balik menjengah. 

Alhamdulillah, luka operate potong 3 jari kaki mak dah kecut dan bercantum kulit. Sepanjang proses cuci kaki setiap hari tak berpeluang nak berbakti sebab tak boleh nak balik kampung. Tak dapat nak jaga abah juga yang on off kesihatan dia. Tak dapat juga nak bergilir hantar mak abah appointment doktor.

Sebelah husband pulak, uwan sakit tak boleh nak makan apa apa sekarang melainkan minum susu melalui tiub je. Dalam gambar, uwan pun dah nampak kurus. Tak dapat nak ziarah. Kesian dengan mak mentua nak kena uruskan sorang sorang. Dia pun bukan terlarat sangat.

3 Jun 2021, dapat berita exclassmate UiTM Shah Alam meninggal disebabkan COVID-19. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al fatihah buat arwah Fuad Kamel Abbas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Terus jantung ni berdegup laju je bila tahu berita tu. Rasa tak senang hati dan macam tak percaya. Sebelum tu dapat tahu dia positif COVID-19 dan doa dia cepat sembuh dan baik-baik je. Beberapa hari lepas tu dapat berita pemergian dia. Allahu...sebak rasa. 

Sekarang ni tak kira bayi ke, kanak-kanak ke, muda ke, tua ke sesiapa saja boleh terkena COVID-19 sebab varian dia semakin ganas. Dah macam-macam kacukan dah. Kita tak tahu siapa pembawa. Buat masa ni kita amalkan PKP kendiri untuk putuskan penularan COVID-19. 

Duduk rumah ni, untuk berhenti fikir masalah yang ada. Jomlah kita sibukkan diri kejap. Membelek belek kerja yang boleh dibuat. 

Jom kita cat rumah lah. Gigih kami berdua cat rumah dari mood gelap ke mood cerah. Cat semua warna putih dalam rumah nampak lebih luas dan lebih cerah. Luar rumah tak cat, cuma touch up ruang meter elektrik yang dipindahkan tu je. 

Salah satu ruang yang dah siap cat, ruang indoor plants ni. Dari warna Neptune's Castle (Kansai Silk Paint) ke warna putih (Kansai Silk Paint). 



Pasu comel dua kiri guna ceramic pot Kaison. Yang lain dari IKEA iaitu :
  • LUNS, writing/magnetic board
  • MOSSLANDA Picture ledge x2
  • BINTJE Plant pot, galvanised 9 cm
  • NYPON Plant pot, in/outdoor grey 9 cm
  • MÅLA Chalks, mixed colours
  • SUNNERSTA Hook
Dekorasi tak berubah sangat. Frame dua tu malas nak letak, biar lapang macam tu tak serabut. Nampak lebih minimal dengan latar belakang putih dan lebih menyerlah warna daun daun hijau tu. Kan?

Masih sayang nak potong pokok pothos yang semakin tumbuh meliar. Lately musim panas, cahaya banyak masuk. Makanan cukup, dia cepat tumbuh membesar agaknya.

Intro punyalah panjang, motif tajuk dia seciput je. Inilah dia kalau dah lama tak membebel dalam blog. Hilang arah mana nak tuju tajuk sepadan dengan isi. Kejap cerita itu, kejap cerita ini. Hadam je lah ye. 




Top 10 Komentator May 2021 Blog Sihatimerahjambu

Hampir seminggu menyepi dari dunia maya. Ambil keputusan offline seketika. Tak kemana-mana, ada je ni. Alhamdulillah sihat. Terima kasih buat sahabat blogger yang bertanyakan khabar lama tak update blog.

Lama tak menaip di blog, rasa kekok lah pulak tak tahu nak mulakan dengan cerita apa. Okay baik, mulakan dengan senarai top 10 komentator May 2021 blog sihatimerahjambu ni. Aci lah kan. 

Dah screen shot siap-siap awal bulan haritu. Cuma lambat update je. Jom tengok siapa yang kena untuk bulan May ni.
Top 10 Komentator May 2021 Blog Sihatimerahjambu

Top Komentator May 2021 Blog Sihatimerahjambu

  1. nona sani : www.nonasani.com (83 comments)
  2. NA : me-soul-searching.blogspot.com (72 comments)
  3. Atiqah Najihah : bilagadiskidal.blogspot.com (67 comments)
  4. fairus : www.fairusmamat.com (59 comments)
  5. Amie : salamisimon1.blogspot.com (52 comments)
  6. Afeezz : imwritingformyself.blogspot.com (41 comments)
  7. dear anies : aniesandyou.blogspot.com (37 comments)
  8. Ako Retna : anakomak6.blogspot.com (33 comments)
  9. Rabiahtul Adawiyah : rabiadawiyah21.blogspot.com (32 comments)
  10. Atie Zieya : zieyaweasley.blogspot.com (32 comments)
baca juga : semak senarai top komentator terkini

Tahniah semuanya. Dengan ini link blog komentator saya akan masukkan dalam bloglist. Ayuh jemput singgah ke blog mereka yang tegar meninggalkan komen.  

Habis bulan Jun, saya akan proceed untuk pemberian hadiah Fasa I untuk TOP 3 komentator dari bulan Januari sampai bulan Jun. 

Senarai Bantuan PKP 3.0

MKN (Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara) telah pun membuat keputusan untuk melaksanakan Total Lockdown PKP3.0 di seluruh negara bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 untuk membendung pandemik COVID-19.

Satu perutusan khas 31 Mei 2021 9:00 malam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga umumkan Bantuan Khas PKP3.0. Kerajaan bersetuju untuk menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang terkesan dengan PKP3.0 yang bermula 12 Mei 2021 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus @PEMERKASA+)

Senarai Bantuan PKP 3.0

Bantuan Khas PKP3.0 bila masuk?

BPR tambahan PKP3.0 akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. 

Bayaran Bantuan PKP3.0 adalah bayaran tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September nanti.

Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan juga memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan juga moratorium. Sedikit kelegaan buat mereka yang terjejas pendapatan semasa PKP ni.

Senarai Bantuan PKP 3.0

  1. Tambahan RM500 : Isi rumah pendapatan bawah RM2500
  2. Tambahan RM300 : Isi Rumah pendapatan bawah RM5000
  3. Tambahan RM100 : Bujang
  4. GKP turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS
  5. Moratorium untuk B40 atau yang terjejas dengan pilihan, kelulusan automatik selama 3 bulan ATAU pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan. Hubungi bank masing masing
  6. Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 diberi kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing pada bulan Julai.
  7. Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  8. Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan ambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021. Gaji ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19. 
  9. Lanjutan diskaun bil elektrik untuk sektor yang terjejas
  10. Potongan sewa pemilik bangunan dan ruang niaga.
  11. Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.
  12. Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  13. Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  14. Pengecualian Duti setem HOC dilanjutkan hingga 31 dec 2021
  15. Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021
  16. Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  17. RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  18. Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  19. Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  20. Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
Bermula 1 Jun 2021, boleh tebus eWallet RM150 untuk golongan belia dan pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) yang berumur 18-20 tahun.

Semoga dengan adanya bantuan tambahan ni dapat meringankan beban. Harap juga kita akan mendapatkan kejayaan menang perang COVID-19 selepas lockdown ni. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu frontliner yang berjuang sampai sekarang.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu