Responsive Ad Slot

Pagi Pagi Dah Makan Nasi dan Sambal Sardin

Pagi ni nak masak apa ek? Soalan yang sendiri tanya sendiri jawab. Otak pun mulalah jalankan tugas scan apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak. Ting! Idea muncul terus. Masak nasi dan lauk sardin je lah, okay tak? Soalan yang ditanyakan pada husband. Okay je jawabnya. Alright!

Husband masak nasi dan saya masak lauk sardin. Pesan kat husband masak nasi lebih sikit boleh masak nasi goreng sardin untuk makan tengahari. Petang nanti kalau ada baki sardin boleh buat sandwich sardin atau cucur rangup cicah sambal sardin. Banyak pulak menu sardin yang muncul dalam kepala ni.

  • sardin cicah roti
  • sambal sardin kentang
  • gulai sardin
  • asam pedas sardin
  • nasi goreng sardin
  • rendang sardin
  • mee goreng sardin
  • roti jala sardin

Jangan tak tahu sardin ni boleh dipelbagaikan menu macam-macam. Menu diatas antara yang ada dalam google. Tak pernah lagi pulak sardin buat rendang, mee goreng dan sambal pedas. Mungkin boleh cuba nanti.

Lain kali boleh cuba tapi harini saya masak sambal sardin cili api.

Resipi Sambal Sardin Cili Api

Tumis hirisan bawang besar sampai naik bau, kemudian masukkan bahan kisar (cili api, bawang merah dan bawang putih). Dah naik bau dan garing, masukkan sardin dan air secukupnya. Bila hampir kering, baru masukkan asam keping dan garam. Siap!



Sebenarnya pertama kali beli sardin jenama Adabi disebabkan Sardin cap ayam (baca : Sardin Ayam Brand) tak ada. Memanjang bila beli barang tak nampak kelibat Sardin Ayam Brand. Sudahnya pilih mana yang ada je lah. 

Sambal Sardin Adabi

Rasa sardin adabi ni agak lain sungguh dengan sardin yang biasa makan. Bau dia pun macam lain sikit. Tak tahu lah nak describe macam mana. Mula mula rasa macam tekak tak boleh terima. Tapi dah lama lama dah serasi okaylah tak pelik sangat. Tak kenal maka tak cinta. Macam tu lah ibaratnya.

Tak pandai masak sardin? Paling mudah, buka tin masukkan sardin dalam kuali dan panaskan. Nak sedap? Kenalah menumis bagai. So far tak pernah lagi panaskan macam tu je. Mesti kena tumis dan masak lama sikit. Baru yakin nak makan.

Semalam dah umumkan Kuncitara (PKP3.0) dilanjutkan 2 minggu lagi. 15-28 Jun 2021. Semoga cepatlah turun kes dan bebas PKP, bebas kesana kesini. 


Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Arwah Pak Mat, Lif & AJK, sebuah filem melayu terbaru lakonan Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan dan ramai lagi. Filem satira komedi Arwah Pak Mat, Lif & AJK mula ditayangkan pada 10 Jun disaluran 480 Astro First di bawah arahan Khir Rahman.

Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK

FILEM ARWAH PAK MAT, LIF & AJK

Tarikh tayangan : 10 Jun 2021
Penulis skrip : Aloy Paradoks, Haris M. Nor
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Excellent Pictures, Cinemalaya Studios

SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF & AJK

Menceritakan tentang seorang pekerja kilang yang bernama Nordin yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal bersama dengan bapanya di tingkat 25 Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. 

Suasana di Flat Seri US sedang meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim seterusnya. Kmeudian berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli yang lain.

Berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah mereka ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh apabila lif di rumah pangsa mereka rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Berbagai halangan dan cabaran dihadapi oleh Nordin untuk membawa turun jenazah bapanya dalam isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

PELAKON DAN WATAK

  • Joey Daud sebagai Nordin
  • Taukeh Jambu sebagai Norman
  • Wafariena sebagai Ayu
  • Jalil Hamid sebagai Pak Mat Tahir
  • Ropie sebagai Shamsul
  • Anas Ridzuan sebagai Nan
  • Man Raja Lawak sebagai Mat Be
  • Wan Gegau sebagai Pak Mat
  • Che Mat Raja Lawak sebagai Tai Burung
  • Tapai Raja Lawak sebagai Usop
  • Nizam Jentik-Jentik sebagai Sudin
  • Souya sebagai Zaidi Metal
  • Kimmy Low sebagai Adam Sahar
  • Shendo Kiut sebagai Abang Lif
  • Douglas Lim sebagai Ah Cai
  • Sathia sebagai Praba
  • Sheila Mambo sebagai Mak Intan

Siapa Kata Nasi Tomato Tak Cukup Bahan Tak Sedap

Masih tak percaya harini dah 30 Syawal rupanya. Itulah dia, sampai hari dan tarikh pun tak ingat. Baiklah, sempena raya 2 hari lepas habis puasa enam dan harini 30 Syawal penutup raya jomlah kita masak something special.

Okay, macam nak buat nasi tomato lah. Lama tak masak nasi tomato. Pagi tadi husband keluar ada urusan di bank. Kirim sekali beli bahan-bahan. Macam biasa balik dengan tak cukup bahan. Takpelah tak cukup bahan pun. Buat guna apa yang ada je lah.

Saya masak nasi tomato dulu sebelum masak ayam. Sementara tunggu nasi masak boleh siapkan masak ayam. Nasi tomato dan ayam masak merah kira complete dah. Cuma tak ada acar timun dan nanas sebab timun tak ada. 

Dah berkali kali beli barang tetap si timun tak ada. Tak tahulah kenapa timun terlajak laris PKP kali ni. Tak ada timun malas terus nak buat acar. Makan je lah nasi tomato dengan ayam masak merah. Pun sedap jugak cuma tak ada sayur je. 

resipi nasi tomato simple

Saya masak nasi tomato guna resipi nasi tomato simple je. Boleh pilih mana mana resepi nasi tomato simple dalam carian google. Alhamdulillah tak cukup bahan pun sodap. Eh terpuji diri sendiri pulak.



Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Pejam celik pejam celik hari Jumat dah. Tahu tahu dah 30 Syawal. Hari terakhir raya sebulan yang cuma diraikan hari pertama. InshaAllah tahun depan kita pasti akan raya sebulan. Daah hujung hujung Syawal baru ada mood nak mendeko rumah.

Tak membeli perabot baru pun cuma cat dinding je bertukar. Dari tema biru (Navy Blue + Neptune's Castle + lighthouse view) ke tema putih semunya. Back to basic. Tak payah pening pening fikir tema warna lain.

Dah lama berhasrat nak tukar warna putih bagi ruang nampak lebih luas dan lebih terang memandangkan rumah jenis tertutup kurang masuk cahaya luar. Ambil masa seminggu jugalah nak mengecat dan mengemas. 

Dapur je belum siap kemas lagi. Perlu touch up sikit je sebab dapur dah memang dinding putih sebelum ni. Lek lu, charge energy.

Alang-alang PKP ni, ada masa nak buat dekorasi sikit.Tukar mood bagi cerah dan lapang otak sama. Saya pilih white minimalist decorations dengan gabungan warna hitam. Pintu dah memang hitam dan perabot pun ada yang hitam. Kira ngam je lah black and white. Cuma ada beberapa warna lain. It's okay. Not problem at all. 

Dimulakan dengan sudut ni. Jam Slipsten sebelum ni berlatarbelakangkan dinding warna lighthousee view nampak match dengan jam green. Bila dah tukar warna putih, nampak menyerlah sikit warna tu.

Dudero Floor lamp tu beli tahun 2015. Lama bertahan cuma warna agak kepam. Sekarang dah tak wujud dah lampu ni kat IKEA. Macamana eh nak bagi warna dia putih semula? Kalau ada jual spare paper pun okay jugak. Tapi tak ada!

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Honefoss mirror tu dah habis idea dah nak buat design macamana. Sebelum ni letak dalam bilik, pindahkan kat luar pulak.

Sumpah suka gila bila cat dinding warna putih. Sesuai sungguh la dengan perabot serba putih kat ruang TV ni. Tambah seri dengan bunga fake tu. Tak dapat nak letak bunga real sebab ruang sini kurang dapat cahaya matahari. Risau mati pulak pokok tu nanti. Letak yang pelesu je sudah. Tak payah nak beria jaga.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Rak hiasan ruang tamu ikea saya gunakan Laiva, ada banyak level. Tak ada hiasan sangat cuma letak buku dan yang berkaitan. Sebenarnya meja tu tak tahu nak letak mana. Macam extra meja lah. Letak je lah situ sepadan dengan step stool serbaguna tu yang dah kepam juga. Nak syelek macam tak best pulak bertukar warna. Suka warna kayu natural tu.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Masih diruang tamu, ada lagi sudut cermin. Shoes cabinet ni cara jugak boleh letak barang lain selain kasut. Sesekali kena kreatif fikir luar kotak. Kan? Ada 6 units sebenarnya. 2 units lagi letak luar buat tempat letak kasut.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Masih menggunakan cermin untuk memantul mantulkan cahaya masuk bagi nampak terang dan effect ruang yang luas. Dulu beli plant stand konon nak letak bunga hidup tapi cahaya kurang masuk, auto terbatal niat tu. Sudahnya kosong cuma bawah je guna letak helmet.

Stool tu pulak beli sebab comel. Dulu tema biru, beli biru. Kalau dapat ulang balik masa dulu, beli putih je. Ank buah kecik datang, suka lah buat tempat duduk dia. Orang dewasa pun boleh duduk. Setakat ni masih kuat lagi.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Mari ke workspace saya pulak. Workspace yang simple dalam bilik.  Masih kurang cahaya, gambar pun banyak noise kurang sharp.
Untuk menjimatkan ruang atas meja, husband beli dual monitor stand two arms untuk letakkan monitor. Elok tergantung dua screen monitor. Atas meja pun lapang sikit.
 
Keyboard yang berlampu tu adalah Tecware wired gaming mechanical keyboard spectre pro with RGB Lighting. Boleh switch colour, pattern lampu dan banyak lagi. Tak sakit jari menekan keyboard ni macam spring. Selesa dan seronok menaip. 

Dah ada keyboard baru, wireless keyboard dan silent mouse saya pass kat husband lah. Tahan lama betul keyboard dan mouse tu. Beli tahun 2016.

Agak kosong sikit dekorasi untuk workspace ni. Rak pun kosong lagi belum susun barang barang yang ada. Saya suka gunakan table top lerberg ni sebab luas dan boleh share dua orang. Jenis table top tak diskru dengan kaki meja. Letak je table top atas trestle. Kerja pindah memindah lebih mudah.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Workspace

Ruang ni dah biasa nampak dah kan. Tempat favourite terapi mata dan jiwa.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Indoor Plants

Ruang tamu nampak kena dengan tema black and white. What say you?

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Last but not least, bukan IKEA product. Ini je kot saya beli baru. Beli poster kalimah Allah, Muhammad dan ayat kursi. Surah Al fatihah tu seller bagi free. Boleh tengok kat shopee kedai artnestwallart.

Frame pun saya beli baru saiz A3 sama dengan poster. Beli kat shopee dululah tak dapat nak ke IKEA. Sambil shopping sambil kumpul points kaedah dia. Nak shopping IKEA online ada barang tak boleh delivery pulak. Takpe, abaikan dulu. Benda tak penting.

Seriously sangat suka dengan tulisan khat jawi dan printing dia. Memang terbaik. Cuma kalau ada saiz besar lagi better lah. Sebelum ni ruang ni saya letak gambar masa kecik, family, konvo dan gambar kahwin. Dah kata tak boleh gantung gambar orang, saya pun turunkan dah gantikan dengan yang kalimah dan surah.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Terang mata tengok ruang dalam rumah yang sebelumnya kelam dah bertukar cerah. Hilang terus kemurungan yang melanda dan otak yang semak. Mostly barang IKEA yang saya beli dah 2 tahun lebih dah. Yelah dah 2 tahun tak pergi IKEA sebab COVID ni.

Banyak koleksi barang IKEA yang dah discontinue pun. Koleksi baru je belum ada lagi.

Filem J2: J Retribusi

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel J Revolusi. Menampilkan pelakon Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Amelia Henderson, Rosyam Nor dan ramai lagi. Buat pertama kalinya filem J2: J Retribusi ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021.

Filem J2: J Retribusi (Disney+) Hotstar

FILEM J2: J RETRIBUSI

Tarikh tayangan : 1 Jun 2021
Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah
Produksi : Primeworks Studios, Infinitus Productions
Penulis skrip : Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf

SINOPSIS J2: J RETRIBUSI

Menceritakan tentang kisah Jay Zulkarnain yang merupakan seorang pengawal. Seorang pengawal yang yang ditugaskan untuk menyelamatkan seorang ahli perniagaan, Dato Hashim serta anak perempuannya, Nadi, yang dijadikan tebusan. 

Jay tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelamatkan mereka berdua. 

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain
  • Ashraf Sinclair sebagai Taufik
  • Chen Yiming sebagai Chang
  • Amelia Henderson sebagai Amy
  • Ainin Batrisya sebagai Nadi
  • Rosyam Nor sebagai Dato' Hashim
  • Norman Hakim
  • Eric Chen
  • Jasper Supayah
  • Luqman Hafidz
  • Shah Rezza

Merasa Juga Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Pagi tadi kepeningan tak tahu nak masak apa untuk makan pagi. Sebabnya isnin sampai rabu sambung puasa enam straight. Alhamdulillah semalam selesai dah puasa enam, hari ni baru sambut raya. Tapi tak adalah juadah raya. 

Pagi tadi request kat husband beli je lah makanan. Cuti masak harini sempena raya, boleh kan? So husband belikan nasi kerabu ayam bakar, nasi lemak dan pulut sambal tumis. Nasi kerabu untuk saya sebab husband sejenis yang tak suka nasi kerabu.

Nasi lemak untuk dia dan pulut kami kongsi berdua. Lama tak makan pulut jadi teringin pulak. Kebetulan pergi beli nasi kerabu nampak kedai nasi lemak dan pulut tu bukak, itu yang husband pun membeli. 

Kira rezeki lah dapat merasa juga pulut kuning dan sambal tumis ni setelah sekian lama tak makan. Kalau saya masak pulut kuning mudah guna rice cooker je. Tapi sebab kurang rajin, terkubur je lah hasrat nak masak pulut kuning.

Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Biasanya saya akan guna resipi pulut kuning guna beras pulut susu berbanding beras pulut biasa. Jangan tanya saya beza rasa dia. Rasa macam sama je, boleh tak cakap macam tu.

Masih berbaki 4 hari lagi Kuncitara Fasa I. Harapnya kes terus menurun lah. Aaminn...

Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS Mulai 10 Jun 2021

Seperti yang telah diumumkan, harini Khamis 10 Jun 2021 SPM 2020 result release date. SPM 2020 result yang dinantikan oleh calon calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditangguhkan sebelum ni disebabkan COVID-19.

Calon-calon terpaksa menduduki Peperiksaan SPM 2020 pada 22  Feebruari 2021 yang lepas. Dalam satu kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan spm 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui SMS.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. SPM akan diambil oleh pelajar Tingkatan 5 yang berumur 17 tahun. Ia juga merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Objektif utama SPM adalah sebagai syarat untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM (Tingkatan 6), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Ianya berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang dicapai mengikut kesesuaian dengan kursus yang dipilih.

Semakan keputusan spm 2020 

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2020 online boleh dibuat pada 10 Jun 2021 pada jam 10:00 pagi.

Cara Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS

2 Cara semak keputusan spm 2020

1. Semak keputusan spm 2020 Online

Pergi ke website https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran.
Klik ‘Semak.’

2. Semak keputusan spm 2020 melalui SMS

Taip SPM <jarak> no kad pengenalan <jarak> angka giliran
Hantar ke 68886.

Perkhidmatan SMS mula diaktifkan bermula jam 10:00 pagi 10 Jun 2021 sehingga jam 6:00 petang 17 Jun 2021.

Setiap SMS akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan SMS.

Sebarang masalah mengenai keputusan SPM ini boleh dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787.

Tahniah buat calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Yang kurang bernasib baik, it's okay teruskan usaha. Gagal SPM atau keputusan tak bagus tak semestinya tak berjaya dimasa depan. Teruskan usaha. Orang yang berusaha pasti ada ganjarannya. 


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu