Responsive Ad Slot

Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Stok buah kehabisan. Nak beli buah rock melon tak jumpa-jumpa. Buah epal hijau dah biasa makan. Tiba-tiba teringat dah lama tak makan buah jambu batu. Terpandang serbuk asam beli jeruk mangga susu masih ada lagi. Macam sedap je pulak makan dengan jambu batu, kan?

Alang-alang husband keluar membeli barang, listkan sekali buah jambu batu. Tengok tengok dia beli guava seedless atau bahasa melayu dia jenis jambu batu tanpa biji. Tak pernah rasanya makan buah jambu batu tanpa biji.


Husband main hentam beli. Janji ada membeli untuk isteri dia ni. Sebenarnya saya nak jambu batu yang biasa tu je. Dia pun first time beli buah jambu batu. Tak tahu nak beli yang mana katanya. Dia ambil guava seedless ni je lah. Tak kisahlah janji jambu batu.

Buah tanpa biji ni mahal sikit. Kira premium, saya expect rasa pun premium. Tapi silap jangkaan saya. Isi buah jambu batu ni agak lembik tak rangup macam jambu batu biasa tu. Ada juga bijinya pun. Tapi mudahlah tak perlu susah payah buang biji. 

Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Nampak macam rangup tapi tak ye. Ke sebenarnya dia sejenis kurang rangup macam jambu batu biasa? Tak rangup pun habis  juga saya makan sorang. Syukur ada rezeki dapat makan. Sekali makan, sebiji saya habiskan taburkan serbuk asam tu. Sedap betul!

Sila jangan tiru makan dengan asam, dia akan jadi makanan kurang sihat. Sesekali craving boleh dimaafkan tak? Hihi...

Harga 4 biji buah jambu batu tanpa biji RM8.63. Sebiji RM2 lebih. Boleh tahan juga harga dia. Buah jambu batu tanpa biji ni bentuk bulat tak macam jambu batu biasa yang lebih lonjong sedikit.

Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Baru tahu buah jambu batu ni boleh ditanam dalam pasu sebab pokoknya renek rendang macam tu. Ada yang bercita cita nak tanam buah jambu batu, boleh mulakan menanam. 

Ubi Kayu Rebus Sedap Cicah Sambal Ikan Bilis Tumis Belimbing Buluh

Asyik nampak menu ubi kayu rebus je. Kita pun teringin jugak wak! Lalu senaraikan juga ubi kayu dalam senarai barang dapur yang nak dibeli. Dapatlah 2 ketul ubi kayu sebesar lengan budak budak. Itu je yang tinggal. Takpa, okay dah tu. Yang nak makan pun saya sorang. Husband bukan penggemar ubi kayu rebus.

Cukuplah buat lepas tekak teringin makan. Saya membesar makan ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal goreng. Tak pernah lagi saya makan dengan kelapa parut macam orang lain makan. Tapi nanti nak cuba gak lah kalau ada kelapa parut. 

Ada juga orang makan ubi rebus ikan masin. Ikut selera masing-masing. Olahan ubi rebus boleh juga  menghasilkan menu ubi rebus goreng.

Sebab dah biasa makan ubi kayu rebus sedap cicah sambal tumis ikan bilis. Jadi, nak makan dengan kelapa parut tu jatuh nombor dua. Memandangkan masih ada stok belimbing buluh frozen. Saya campurkan sekali dalam sambal. Rugi tu kalau tak campurkan sekali.

Ubi rebus Sedap Cicah Sambal Tumis Belimbing Buluh

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis campur belimbing buluh

Saya masak sambal tumis ikan bilis belimbing buluh lebih sikit. Nanti boleh dijadikan lauk. Masak nasi, goreng telur dan hidangkan dengan sambal tumis belimbing buluh ni. Senang kerja masak dan jimat masa penyediaan makanan. Tak gitu?

Pagi petang saya hadap sorang makan ubi kayu rebus dan sambal tumis ikan bilisbelimbing buluh. Pelawa orang sebelah makan, sikit pun tak nak. Baguslah, untung saya dapat makan lebih.

Ubi kayu dah sedap, pucuk ubi rebus buat ulam pun sedap weyyyy. Craving pucuk ubi rebus cicah sambal belacan. Tiber!



Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP'

Sumpahan Orang Putih 'SOP', sebuah telefilem melayu 2021 bergenrekan seram lakonan Sara Ali, Dayang Areeda, Coki, Qody Rani dan ramai lagi. Sumpahan Orang Putih 'SOP' ditayangkan pada Sabtu ini 19 Jun 2021, jam 9:00 malam di Astro Citra.

Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP' Astro Citra Exclusive

TELEFILEM SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Waktu siaran : 19 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
Penulis skrip : Maisurah Abd Rahim

SINOPSIS SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Kaseh, seorang gadis yang terperangkap di sebuah chalet milik Richard Benson. Beberapa orang pekerja Mr Benson juga terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri. Mereka telah mencuba pelbagai usaha untuk dia keluar dari situ tetapi tidak berjaya.

Kaseh dan penghuni yang lain cuba untuk merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang mempunyai masalah keluarga. Saksikan macamana mereka boleh bebas dari sumpahan orang putih ini.

PELAKON SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

  • Sara Ali
  • Qody Rani
  • Dayang Areeda
  • Coki @Muhammad Danish Daniel
  • Tuan Asmawi
  • Hamdan Senario
  • Arie Zaharie
  • Farisha Irwayu
  • Juliana Evans

Al Fatihah Untuk Uwan

Malam tadi sesudah makan malam tengah sambung layan movie, telefon rumah berbunyi. Kami berpandangan sesama sendiri sebab macam dapat jangkakan ‘sesuatu’. Handphone kami dalam bilik. Kebiasannya yang telefon rumah mak je bila tak dapat call handphone.

Oh ya dan scammer yang tak bijak menipu suka jugak call telefon rumah. Mana dia dapat nombor pun tak tahu lah. 

Bila husband angkat call, saya dapat rasakan sesuatu dah. Ada berita yang kurang baik. Husband letak je phone, dia bagitau uwan dah meninggal. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Al Fatihah

Kami ‘kaku’ dan blur sekejap tak tahu nak buat apa. Semua serba tak kena. Dalam kepala tak tahu nak fikir apa. Sedih tu jangan cerita lah. 

Lepas solat isya kami baca surah Yaasin untuk uwan. Kalau tak kerana COVID-19 dah berdesup balik kampung. Pakcik dah uruskan panggil MA Hospital untuk pengesahan dan buat repot polis. Dengan repot yang ada, pukul 1pagi husband pergi hospital untuk dapatkan surat rentas daerah. 

Syukur dapat kebenaran tapi husband balik sorang je. Itupun dah banyak soalnya pulak.

Ikutkan lepas tu husband nak balik tapi pakcik bagitau pihak hospital datang nak bawak ke hospital untuk test COVID-19. Dengan lengkap PPE penuh pihak hospital datang ambil jenazah uwan bawa ke hospital. Kene ikut SOP juga walaupun uwan baru je keluar hospital beberapa lepas dah check tak kena COVID pun. SOP tetap SOP.

Bila hospital dah ambil tugas, fahamlah prosedur dia akan ambil masa. Keputusan dia tak tengahari atau petang. Kalau negative boleh uruskan sendiri. Kalau positive hospital akan uruskan semuanya.

Jadinya buat masa sekarang menunggu keputusan dari hospital dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan harini. 

08.09.1931-13.06.2021
09:40pm
Kuala Pilah

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

Al Fatihah untuk uwan, Kamariah Binti Ujang

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Kali terakhir saya jumpa uwan bulan March lepas. Masa tu boleh rentas daerah dan dapat balik kampung. Uwan sihat macam biasa sembang sembang semua. Sebulan dua ni kesihatan dia merosot dan seminggu dua ni keluar masuk hospital dan tak boleh makan apa-apa kecuali minum air susu menggunakan tiub.

Husband je yang dapat jumpa uwan akhir akhir ni sebab uruskan perubatan uwan. 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Result negative dan jenazah uwan dibawa ke tanah perkuburan pada 2:30 petang. Dah siap mandi dan dikapankan di Hospital. Solat jenazah di surau tanah perkuburan. Cuma 12 orang dibenarkan ada di kawasan perkuburan.


Filem Ada Hantu

Ada hantu, sebuah filem pertama arahan Hairul Azreen lakonan beliau sendiri bersama dengan pelakon Zahiril Adzim, Shikin Kamal, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.  Film ada hantu cerita asalnya dari Adrian Teh yang akan ditayangkan pada 13 Ogos 2021.

Filem Ada Hantu Disney+ Hotstar

FILEM ADA HANTU

Tarikh tayangan : 13 Ogos 2021
Cerita asal : Adrian Teh
Lakon layar : Adrian Teh & Amar Amir
Pengarah : Hairul Azreen
Produksi : ACT 2 Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS ADA HANTU

Alif adalah seorang YouTuber yang tidak mempercayai hantu lansung. Dia bersama rakannnya mengadakan majlis hari jadi di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa zaman Perang Dunia Kedua dahulu. Apakah yang akan berlaku pada majlis tersebut?

PELAKON DAN WATAK

  • Zahiril Adzim sebagai Alif
  • Shikin Kamal sebagai Bariah
  • Hairul Azreen sebagai Jimmy
  • Nafiez Zaidi sebagai Talha
  • Elvina Chua sebagai Sasha
  • Dafi
  • Sophia AlBarakbah
  • Theebaan. G
  • Henley Hii
  • Hakim Nordin
  • Afiz Aris

Nasi Goreng Sardin Malas Malas Bukan Bodo Bodo

Cerita semalam. Seperti yang dirancang, untuk makan tengahari nak masak nasi goreng sardin sebab pagi dah menjamu nasi dan sambal sardin.

Resipi nasi goreng sardin masak cara Fiza

Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yang sama tumis hirisan bawang merah dan bawang putih. Masukkan sambal gesek 2 sudu. Ini kerja menumis bila saya dah malas nak menumbuk.

Mujur ada sambal gesek. Serbaguna tak payah tumbuk cili api boleh buat nasi goreng sardin tanpa cili kisar. Bahan tumis dah garing, masukkan isi sardin yang dah dihancurkan. Masukkan telur, nasi, sayur kobis cincang dan taburkan serbuk perasa. 

Kacau rata dan taburkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. 

Resipi Nasi Goreng Sardin Malas Malas

Siap dah hidangan nasi goreng sardin simple masak cara saya bila kemalasan melanda. Mudah dan cepat dimasak. Sap sap sui!

Sap Sap Sui

Extremely easy or it’s an easy job. A word derived from Cantonese dialect.

Nasi goreng sardin malas malas bukan bodo bodo. Ini kalau ada timun potong lagi nikmat makan nasi goreng sardin. Siapa suka petai boleh buat nasi goreng sardin petai Ataupun sedap juga buat nasi goreng sardin cili kering.

Telefilem Gostan

Gostan, sebuah telefilem cerekarama TV3 2021 lakonan Keith Foo dan Daniella Sya ditayangkan pada hari Sabtu 12 Jun 2021, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem Gostan arahan Mark Lee bergenre misteri dan seram.

Telefilem Gostan Cerekarama TV3

TELEFILEM GOSTAN

Waktu siaran : 12 Jun 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Mark Lee
Produksi : HUG Pictures

SINOPSIS GOSTAN

Seorang lelaki sangat teruja membeli sebuah kereta baru. Isterinya pula sedang sarat mengandung. Satu hari semasa dia gostan kereta dia terasa seperti melanggar sesuatu. Sejak tragedi itu, dia sering melihat kelibat visual si mati pada kamera gostan dan berlaku sesuatu yang misteri dirumahnya. 

Apa yang berlaku telah membawa kepada sebuah misteri kejadian langgar lari. Apakah yang terjadi sebenarnya?

PELAKON

  • Keith Foo
  • Daniella Sya
  • Queenzy Cheng
  • Alvin Wong
  • Steve Yap
  • Yuqie Chew
  • Sherry Aljeffri

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu