Responsive Ad Slot

Tiba Tiba Dapat Hadiah

Minggu lepas dapat satu bungkusan parcel yang dimasukkan dalam peti surat. Apakah? Tiba tiba dapat hadiah. Tak ada notification atau apa-apa hint pun. Bila tengok nama pengirim. Ermm..dia ni memang suka betul buat surprise. 

Tahu-tahu je dah sampai hadiah kiriman si dia ni tau! Siapa lagi kalau bukan daripada blogger Anies tu. Hadiah yang saya dapat dari membantu Anies dalam projek dia. Banyak hadiah yang Anies kirimkan ni. Semua cute-cute. Rasa sayang pulak nak guna.

  • drawstring bag
  • sheetmask aloe vera
  • sticker A-Z
  • extender mask
  • notebook cute

Hadiah Dari Blogger Anies

Bukan hanya saya seorang je dapat. Seramai 16 orang rakan blogger yang membantu Anies dapat hadiah juga. Terima kasih Anies kirimkan hadiah semua ni. Semoga projek mencapai kejayaan dan semoga dimurahkan rezeki Anies. Aaaminnn...

Kita bantu orang lain, kita akan mendapat balasan yang baik juga. Tapi janganlah kita bantu orang semata-mata untuk mendapat balasannya. Bantulah dengan seikhlas hati. Jika mendapat ganjarannya, Alhamdulillah.

Tak sangka juga dengan bantu Anies jawab beberapa soalan, dapat hadiah juga rupanya. Inilah dinamakan rezeki.

Saya tengah slow slow menjengah ke blog kawan-kawan. Baru nak mula catch up blogwalking semula ni selepas berehat hampir seminggu. Maaf ye kawan-kawan kalau lambat menjengah. Jangan marah aaaa...


Gigih Betul 'Dia' Hacking Twitter dan Instagram

Tiba tiba keluar notification twitter "There was an attempt to log in to your account, on Jun 16, 2021 that seems suspicious. Review it now." Masa ni macam, ahhh malas nak fikir sebab kepala pun tengah serabut.

Dalam  masa yang sama, ada jugaklah gelabah dan risau. Terus abaikan je notification tu sebab tengok account twitter okay je tak ada apa yang pelik berlaku. Plus, twitter saya pun tak ada apa yang menarik. Tam pamham akum (baca dengan gaya Daud M).

Apa entah yang nak dicari dan ambil dalam twitter tu pun tak tahulah. Lepas seminggu berlalu 'dia' usaha lagi tu hacking account twitter semalam 22 Jun 2021. Dapat notification yang sama juga.

"There was an attempt to log in to your account, on Jun 22, 2021 that seems suspicious. Review it now."

Saya abaikan juga. Tapi lepas tu dapat pulak notification lain yang betul betul rasa macam kena ambil peduli kejap. 

"There was a login to your account from a new device on Jun 22, 2021. Review it now. "

Ahhh sudah. Ingatkan nak abaikan juga. Sekali 'dia' berjaya jugak ek hacked account twitter saya. Kau dah kenapa gigih sangat ni?

someone logged into my twitter account

Dapat juga notification twitter via email. New login in location dia kat Manhattan guys. Jauh sangat tu. Apa dia cari dan nak tak tahulah. Saya terus terfikir scammer yang saja pedajal lepas tu mintak kita bayar kalau nak dapat semula account. Dah banyak juga kes tu berlaku, kan? 

someone logged into my twitter account

Tahniah lah! Percubaan kali kedua dia berjaya hacked dan saya tak dapat login masuk account twitter tu. Apa saya buat? Saya login guna username yang sama dan reset password dengan alasan someone hacked my account. 

someone logged into my twitter account

Lepas dapat email dan verify account dengan code yang diberikan. Terus dapat login dan tukar password baru. Alhamdulillah dapat semula account saya tu.

someone logged into my twitter account

Saya aktifkan terus two-factor authentication tu untuk security. Lupa pulak twitter tak buat lagi sebab dulu jarang bertwitter.
 
Semalam juga dapat notification instagram melalui email " Sorry to hear you're having trouble logging into Instagram We can help you get straight back into your account." Tapi yang peliknya tak keluar pun notification dengan app instagram tu sendiri.

cara nak dapatkan balik instagram yang kena hack

Bila google ada yang kata phishing email cubaan untuk hack instagram account. email pun suspicious juga dari : security@mail.instagram.com. 

Memang saya kurang percayalah sebab dari pengalaman lepas akaun instagram kena hacked tahun 2016, email instagram yang saya report melalui email support@instagram.com dan help@instagram.com je.


Jadi, saya abaikan je sebab dalam instagram saya semua gambar photography je dan sedikit memory. sebab dah banyak archieve. Tak ada job product review sangat pun. Slow down sejak setahun dua ni. Ada pun satu dua job je yang mana bersesuaian. 

Sejak instagram kena hacked tu dulu dah siap siap on two-factor authentication. Kuat lah sikit kot security tu. Facebook pun dah siap siap jugak on two-factor authentication. Kalau ada yang gigih juga tak tahu lah nak kata apa.

Dapat notification macam ni, tersilap langkah dengan terklik apa apa link/url memang bahaya. Dengan teknologi yang ada tersilap cara boleh buat kita hilang apa yang kita ada. Bila account media sosial kena hacked, of courselah kita akan gelabah dan orang pun ambil kesempatan. 

Samada ugut kena bayar baru dapat account semula atau login account kita untuk sebarkan fitnah atau dm (direct message) kawan-kawan kita untuk pinjam duit. Banyak dah kes jadi. Jadi, kita sama-sama ambil pengajaran. Sebelum terkena, terklik apa apa kita google dan selidik dulu. 

Blog pun, kena pastikan kita ada backup juga. Letaklah dua tiga email yang berbeza as admin. Jangan letak satu je. In case jadi apa apa, kita ada backup macam tu.


Filem Chomel

Chomel, sebuah filem melayu terbaru 2021 akan mula ditayangkan pada 24 Jun 2021 di saluran 480 Astro First. Filem Chomel full movie merupakan arahan Jason Chong, pengarah dan pemenang anugerah 'Cerita Asal Terbaik' filem Adiwiraku dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29).

Saksikan Filem Chomel terbitan Astro Shaw di Astro First saluran 480. Juga boleh strim filem Chomel di Astro Go atau On Demand bermula 24 Jun 2021.

Filem Chomel Astro First 480

FILEM CHOMEL

Tarikh tayangan : 24 Jun 2021
Penulis Skrip : Pasukan Penulis Astro 'writers room'
Pengarah :  Jason Chong  
Produksi : Astro Shaw

SINOPSIS CHOMEL

Mengisahkan tentang seekor kucing dan dan seorang kanak-kanak iaitu Mimi yang melalui fasa kehilangan. Mimi rasa kesunyian selepas pemergiaan ibunya. Keluarganya pula berpecah belah.

Ayahnya menuntut hak penjagaan Mimi dan kakaknya, Nora. Tetapi dihalang oleh neneknya kerana neneknya menganggap ayahnya tidak mampu menyara kehidupan mereka. 

Keadaan mula berubah bila Mimi bertemu dengan seekor kucing, Chomel. Kehadiran si Chomel juga memberi harapan pada Mimi untuk memperbaiki keadaan keluarga mereka. 

PELAKON DAN WATAK

  • Airiezara Jasmin sebagai Mimi
  • Zahiril Adzim sebagai Imran
  • Yuyun Hikmah sebagai Nora
  • Aniq Suhair sebagai Zain
  • Azizah Mahzan sebagai Nenek Rokiyah
  • Douglas Lim
  • Adibah Noor
  • Aziz M. Osman
  • Nadia Aqilah
  • Indah Emeerlda

Jiran Sebelah Macam Tahu Tahu Je!

Tengah musim buah durian ke sekarang ni? Perasan banyak post buah durian lalu lalang kat media sosial. Dulu masa tak berkawan baik dengan durian, sikit pun tak heran (baca: hairan)

Lepas berbelas tahun tersuka balik dengan durian. Pantang nampak durian, rasa teringin betul nak makan durian. Baru je sembang dengan husband pasal durian. Sedapnya kalau dapat makan durian.

Sambung cakap dalam hati, ini kalau balik kampung cakap nak makan durian je abah dah beria order dengan orang kampung (kalau tengah musim atau ada).

Kalau tak ada pun, abah akan gigih cari juga. Kadang bukan beria nak makan sangat pun. Dapat rasa seulas pun jadilah. Buat lepas rasa tekak teringin makan. Nak beli sendiri kat sini, entahlah. Rasa tertipu dengan harga dan rasa. Tapi kalau teringin sangat, beli jugalah sebiji dua. 

Buat masa ni pendam je lah dulu. Harga buah durian pun, bukan biasa-biasa.

Malam semalam, husband baru nak tutup pagar rumah lepas beli barang. Jiran sebelah panggil husband dan hulurkan dua biji durian. Masa buka pintu rumah dah terbau durian dah. Ingatkan husband beli durian. Pelik pulak kalau dia tiba-tiba beli durian. Sebab tak list out pun buah durian. Ke sebab saja beli.

Sekali dia masuk bawa dua biji durian. Achik Mah (bukan nama sebenar) bagi. Alhamdulillah, jiran sebelah macam tahu tahu je je kita nak makan durian waaaak..Allah gerakkan hati jiran berkongsi rezeki durian dengan kami.

Musim Buah Durian

Dua dua isi buah durian ni elok. Tak tahu lah buah durian jenis apa. Tahu makan je. Jangan tanya buah durian musang king ke, durian kampung ke, durian kahwin ke apa. Memang tak tahu ciri ciri buah durian sangat. Yang penting rasa isi buah durian sedap.

Memang sedap rasa buah durian dia ni. Ya ampunnnn, rasa nak nangis dapat makan durian sedap ni. Rasa lemak manis durian sedang elok. Tengok gambar buah durian ni terasa rasa kesedapan buah durian. Penangan bila dah masuk group hantu durian kembali.

Isi Buah Durian

Ada juga pangsa durian yang tak ada isi. Tapi tak apa, yang penting isi buah durian ni tebal. Puas makan 2 biji durian. Saya lah dapat makan lebih sebab husband tak boleh makan durian banyak. Pening katanya.

Buah durian kena makan fresh baru sedap. Jangan sampai kulit dia dah terbelah dan biar lama tu memang tak sedap. Dah masam tahap buat tempoyak dah tu.

Makan durian ni kena berpada-pada. Badan akan panas bila makan terlebih dos. Disebabkan terlebih makan durian, asbab kematian Mak Lang husband (2018). Masa tu musim durian. Depan rumah dia (rumah taman) ada tanah kosong dan ada tanam pokok durian.

Agak banyak juga buahnya walaupun sepokok je. Petang tu, arwah terlebih makan jadi badan tak boleh nak cool down dengan ubat-ubatan. Tambah lagi ada penyakit lain. Malam tu dapat panggilan, Mak Lang dah tak ada. Al fatihah...

Durian hanya asbab, untuk kita beringat sama. Mana yang ada penyakit lain tu tak boleh makan durian sila berpantang. Makan sekadaran je. Kesihatan itu satu nikmat dan rezeki paling mahal. Lagi lagi musim COVID-19 ni. 

Bukan menakutkan jangan makan durian, peringatan kita bersama. Selain buah durian, nampak macam musim buah kundang jugak ye? Kecur air liur tengok. Dapat rasa kemasaman buah kundang muda tu. Dapat yang manis memang syok makan. Buah-buahan rare bermusim ni susah nak dapat. Kan?

Semoga yang rasa teringin, dapat rezeki rasa buah durian juga. Beli sendiri ataupun ada yang baik hati berkongsi rezeki.

Tak Terluah

Lima hari lepas, jam 4:30 pagi mak mentua whatsapp husband bagitahu Pak Itam meninggal. Baru je uwan pergi 3 hari lepas (13 Jun 2021), anak sulung uwan meninggal (16 jun 2021) disebabkan stroke. Masa maknya (baca : uwan) meninggal pun masa tu Pak Itam kat hospital. 

Sehari sebelum meninggal doktor dah suruh bawa balik rumah sebab tak dapat buat apa-apa dah. Jenazah dikebumikan di sebelah kubur  maknya (uwan). Al fatihah buat arwah Pak Itam.

Hari yang sama, empat hari lepas juga anak buah saya whatsapp bagitahu abahnya positive COVID-19. Ikutkan 15 Jun sepatutnya abang saya dah berangkat ke Sudan semula bertugas. Tapi lepas swab test 14 Jun dia detected positive. Hari yang sama KKM datang ambil kat rumah dan kuanratin di MAEPS Serdang.

Sehari lepas masuk pusat kuanratin MAEPS Serdang, dia dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan disebabkan ada virus infection. Kakak ipar dan anak anak buat swab test juga.

Semalam result KKM keluar, result kakak ipar positive. KKM ambil kakak ipar dan bawak kuanratin ke MAEPS Serdang. 3 orang anak lelaki yang masa tu ada kat rumah  negative. Tapi masing masing kena pakai gelang juga sebab contact rapat dan cuti bekerja lah 3 orang tu.

Allahu...

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎-There is no might nor strength except through Allah

Sesungguhnya saya speechless.. tak terluah segala kata kata dan perasaan. Tak dapat nak digambarkan dia punya tahap kerisauan, ketakutan dan macam-macam perasaan lagi. Rasa tak kuat! Sungguh!

Abang saya paling jaga SOP, paling duduk rumah, tahu tahu boleh terkena virus COVID-19. Mulanya anak anak pun ingat symptom biasa je lepas vaksin. Lemah dan batuk-batuk. Abang dan kakak ipar vaksin 24 Mei lepas. Rutin biasa keluar untuk restock barang je.

Variant baru sangat sangat sangat bahaya. Bila kepadatan virus dalam udara tinggi, bawaan udara atau 'airborne' boleh terkena pada sesiapa juga yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter. 

Ini salah satu punca peningkatan kes baru. Kita tak tahu siapa pembawa. Ada juga kes duduk rumah pun boleh terkena. Mungkin dari orang yang datang atau penghuni rumah yang membawa virus tanpa sedar. 

Result darah abang tak berapa okay. Masih ada virus lagi. Kena teruskan rawatan lagi. Abang saya dipakaikan gelang putih, berisiko rendah. Harapnya semua baik baik je. Kena kuat semangat melawan virus jahat ni. 

Praying hard for them to come back home stronger and healthy.

Abang ketiga saya pun warded beberapa hari sebab darah tinggi. Tiba-tiba pulak, sedangkan sebelum ni tak ada pun penyakit tu. Mak pulak terjatuh tak stabil bila berdiri. Kaki pun belum elok sepenuhnya. Mengadu sakit kaki sampai kena dukung jugaklah lepas appointment doktor haritu.

Macam macam perkhabaran sedih beberapa hari ni. Sungguh tak terluah. Allah uji anak dengan sakit mak ayah. Mak ayah juga diuji dengan sakit anak-anak. Hanya mampu berdoa dan semoga semuanya akan baik-baik je. Aaminn...

Menyepi dua tiga harini rasa macam tak tahu nak cerita apa dah. Tak terluah apa nak diceritakan. Sehari dua ni pun sakit perut. Kerap masuk bilik termenung. Sehari lebih 5 kali masuk. Makan buang makan buang je lah kerjanya. Silap makan agaknya atau terlebih makan buah. Makan buah oren je kot. Tak kanlah kot. Silap makan ni. 

anxiety attacks can be triggered for no reason at all

Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi situasi pandemik ni.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
-Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
-Hadith Riwayat Abu Daud

Filem Masuk Jawi

Masuk Jawi, sebuah filem melayu terbaru 2021. Filem masuk jawi menampilkan pelakon Ropie, Zainol Ismail, Fendi Seman, Zul Ghani dan ramai lagi. Pelakon masuk jawi ni ramai pelakon baru yang dipilih berasal dari Kedah disebabkan hampir 100 peratus dialog menggunakan loghat utara. 

Lokasi penggambaran juga dilakukan di sekitar Jitra, Kedah. Filem Masuk Jawi arahan Che Mie akan ditayangkan pada 17 Jun 2021 di saluran 480 Astro First. Juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.

Filem Masuk Jawi Astro First 17 Jun 2021

FILEM MASUK JAWI

Tarikh tayangan : 17 Jun 2021
Pengarah : Che Mie
Produksi : Wandet Film Production

SINOPSIS MASUK JAWI

Mengisahkan tentang ragam tiga sahabat iaitu Tat, Ery dan Shamim yang sudah empat kali melarikan diri daripada berkhatan.

Bermacam helah dilakukan oleh tiga sekawan ni semata-mata hanya untuk melarikan diri daripadaa berkhatan. Huru hara satu kampung dibuatanya. 

PELAKON MASUK JAWI

  • Ropie
  • Zainol Ismail
  • Fendi Seman
  • Zul Ghani
  • Amirul Rahman
  • Muhammad Daffie
  • Muhammad Haziman
  • Cik Hawa Fasha
  • Fiesha Sha
  • Nur Hanim
  • Anne Adorra
  • S Azali

Telefilem Di Atas Landasan

Di atas Landasan, sebuah telefilem melayu lakonan Idris Khan dan Syerinie Myra akan ditayangkan pada hari Sabtu, 19 Jun 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Telefilem Di Atas Landasan TV3

TELEFILEM DI ATAS LANDASAN

Waktu siaran : Sabtu, 19 Jun 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Khalil Hj Saleh
Produksi : Mirnaz Studio Sdn Bhd

SINOPSIS DI ATAS LANDASAN

Rumi dan Julia telah bertemu di Stesen Keretapi dan mereka telah jatuh cinta. Akan tetapi percintaan Rumi and Julia mendapat tentangan keluarga kerana Julia adalah seorang anak jutawan. Manakalan Rumi datang dari keluarga biasa yang mengusahakan tanaman sayur.

PELAKON DAN WATAK

  • Idris Khan sebagai Rumi
  • Syerinie Myra sebagai Julia
  • Ebi Kornelis
  • Dato Jaafri
  • Meen Liashine
  • Linda Willie
  • Veonna Lav

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu