Responsive Ad Slot

Hadiah Dah Sampai Dengan Lajunya

Pin! Pin! Assalamualaikum, Azhafizah. Jawab salam. Terus bergegas buka pintu. Macam biasa, saya suruh letak atas tembok je selepas confirm nama parcel tu saya punya.

Pernah jadi sebelum ni sebut nama saya tapi tengok tengok dia tinggalkan parcel nama orang lain. Mujurlah satu taman je. Nombor rumah sama, silap jalan je.

Sebelum tu saya dah buat report kat DHL tapi sampai ke sudah tak ada khabar berita. Sudahnya saya contact tuan punya parcel dan rupanya parcel kami tertukar.

Tunggu DHL call semula sampai ke sudah tak ada call lansung. Terpaksa saya hantar barang orang tu dan ambil barang saya sendiri.

Parcel yang sampai harini guna pos laju. Semalam pengirim pos, harini dah sampai. Hadiah sampai dengan lajunya. Kira laju lah pos laju buat kerja. Alhamdulillah parcel sampai dengan selamat.

Hasil dari perasmian pembukaan bungkusan parcel, inilah dia yang saya dapat. Macam-macam ada.
  • poskad Taiwan map
  • 2 sachets nescafe latte caramel
  • keychain kebaya tradisional
  • magnectic bookmark unicorn
  • fridge magnet London
  • coaster Hello Kitty
  • Shawl
  • Sheetmask Bluebery
  • kad raya

Hadiah Top Komentator Blog Nina Cik Suka Taip

Semua hadiah ni kiriman dari blogger Nina Cik Suka Taip sempena jadi top komentator 2019 & 2020, 2 tahun berturut-turut. Segan pulak rasa. Tak sangka pulak berturut turut. Apapun rezeki dari hasil berblog. 

Ada masa kita tinggalkan komen, tak ada masa nak jengah pun tak sempat. Tapi bila ada masa saya akan komen secara pukal. Maaf kalau ada blog yang tak sempat saya balas kunjungan. 

Top komentator Blog Nina

Terima kasih banyak-banyak Nina bagi macam-macam hadiah. Saya perasan ramai blogger dapat hadiah daripada Nina juga. Semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminnn...

Tak sabar nak buat air nescafe latte caramel tu.



Mereng

Mereng, single terbaru nyanyian Bunga Ismee selepas lagu intan payung bersama Noraniza Idris. Lain macam tajuk lagu Si Bunga. 

Mereng ni maksud dia kurang siuman, sewel, gila, biul, tak waras dan sewaktu dengannya. 

Lagu Mereng merupakan OST telemovie Holiday Aji Tom yang akan bersiaran tak lama lagi. Basically lagu ni pasal anak beghanak dari ke bapak sampai ke cucu lebih kurang je.
-Bunga. 

 

Musim PKP boleh jadi ramai yang mereng juga sebab stress lama sangat terperap duduk rumah. Kan?

Jangan mereng kawan-kawan. Dengar lagu mereng takpe. Okay nice, lagu catchy sekali dengar terus rasa best. Ada orang tak suka bunga sebab suaranya halus kecil. Takpe, minat masing masing.

Lirik Lagu Mereng-Bunga Ismee

Lirik lagu Mereng-Bunga Ismee

Kita geng geng geng
Jalan mengiring
Semuanye mereng
Gelak Tertonggeng

Kita geng geng geng
Jalan mengiring
Semuanye mereng
Bergendang dang deng 

Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng
Bergendang dang deng

VERSE  
Hidup tunggang langgang semua kelam kabut
Dah macam pecah tongkang seorang taufan seorang ribut
Yang sulung jadi suri cuma harap gaji bini
Yang lagi satu memang suka mintak kena maki

Ah dan walaupun dah lama hilang
Tapi dalam hati sayang
Tak kira tempat dan bila
Aku yang terpaling gila

Call me S O F I A
To the B U N G A
When i’m with my fam
It’s only me and my geng geng

PRECHO
Walau apa pun terjadi
Takkan kita berbelah bagi 

VERSE 2
Nak pergi kembara
Dah macam ayam laga sekandang
Tapi tu benda yang biasa
Takkan putus air dicincang

No matter what
My homie’s in my blood
Tak perlukan permata
Kalau bersama lebih berharga

Yang pertama confirm keluarga
Walau berjumpa macam ikan laga
Tak kira mana tak kira bila
Kalau seorang jatuh pasti semua ada

Call me S O F I A
To the B U N G A

When i’m with my fam
It’s only me and my geng geng

Post-Chorus
Walau ribut atau taufun
Tetap kita berjalan jauh 
jalan sehaluan
Bergendang-dang-deng
Bergendang-dang-deng
  

Drama Anak Sena

Anak Sena, sebuah drama melayu tv3 terkini menampilkan lakonan Ben Amir, Shasha Abedul, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Drama Anak Sena episod 1 mula bersiaran pad 26 Ogos 2021 di Slot Lestary TV3.

Drama Anak Sena merupakan terbitan Kembara Sufi dibawah arahan Bahri Uma yang mengetengahkan kehidupan masyarakat orang asli terutamanya dalam pendidikan.

Drama Anak Sena Slot Lestary TV3

DRAMA ANAK SENA

Jumlah episod : 8
Mula tayangan : 26 Ogos 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Bahri Uma
Produksi : Kembara Sufi Production

SINOPSIS ANAK SENA

Berkisarkan tentang pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak masyarakat Orang Asli. Wadi merupakan seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam bidang sukan. Cikgu Amir cuba untuk mencungkil bakat dimiliki oleh Wadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Ben Amir sebagai Cikgu Amir
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
  • Hadi Putra sebagai Wadi
  • Farah Ahmad sebagai Kiambang
  • Nadia Aqilah sebagai Kuntum
  • Shasha Abedul sebagai Fatin
  • Lan Siro sebagai Jati
  • Norshahira Malik sebagai Amira
  • Danish Iskandar sebagai Karim
  • Bazruzainizam
  • Habeeb Rasely
  • Sera Melissa
  • Akmal Ahmad
  • Azwan Ali

Bila Nak Sampai Tak Tahu Lah

Ya, memang benarlah penantian itu satu penyeksaan. Sakitnya tu disini menunggu parcel yang entah bila nak sampai tak tahu lah. Parcel 1 seller laju post, ikutkan hari ni pos esoknya dah sampai. Sekali dia stuck terus kat J&T NSN Gateaway sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi.

j&t express on hold meaning

Parcel 2 lewat sikit sampai kat J&T NSN Gateaway. Pun belum nampak kemunculan update baru lagi. 

j&t express slow delivery 2021

Bila check tracking kat website, keluar status on hold dengan alasan uncontrollable. Maksudnya apa? Dok cari jugalah info kat facebook. Rupanya on hold uncontrollable sebab overload parcel dan juga ada kes pekerja positive COVID-19.

Banyak parcel stuck terperam kat J&T NSN Gateaway. Nak pergi self collect memang tak boleh sebab kat situ gudang, parcel belum sorting lagi untuk transfer ke branch. Plus, musim COVID-19 ni memang tak dibenarkan ke sana. 

Dengar kata tutup 7 hari bermula 16 Jun sampai 22 Jun. Tapi tak ada juga any update tracking number. Nampaknya kena tunggu lagi lah jawabnya. Katanya mereka pun tengah usaha hantar barang-barang yang makin hari makin menimbun tu. 

Waktu operasi pun sampai pukul8 malam je. Tak boleh kerja lebih masa dan pekerja pun tak cukup bila dah ramai positive COVID-19. Jadinya bila jadi macam ni kena banyakkan bersabar lah tunggu parcel sampai. 

Paling kesian bila barang yang dipos barang makanan. Tahu tahu dapat makanan tak elok dah. Ada juga parcel yang dah rosak. Mujurlah saya beli barang yang tak berapa urgent. Harap harap sampai dengan selamat dan masih elok. 

Katanya Shopee dah kembali boleh pilih courier. Tak tahu lah tu. Bolehlah kita pilih courier mana yang lebih baik buat masa ni. Tapi rasanya macam kena pause juga shopping online. Biar reda dulu mana mana courier service.

Updated :

28 Jun 2021
Dua dua parcel, out for delivery. Tunggu punya tunggu tak muncul juga. Ingatkan dorang ada buat delivery sampai malam. Tak mungkinlah sebab sampai 8malam je kan. Redha je lah tunggu esoknya.

29 Jun 2021
Dua dua parcel sampai waktu yang sama. Parcel dua dua dalam keadaan selamat dan elok cuma ada beberapa items crack sikit.


Filem Sabda Kekasih

Sabda Kekasih, filem terbaru yang ditayangkan pada 24 Jun 2021 di saluran 480 Astro First. Filem Sabda Kekasih menampilkan pelakon suami isteri Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang bergenre kan romantik islamik.

Sabda Kekasih merupakan keluaran pertama dibawah syarikat Wawa Zainal sendiri iaitu Respected Citizen Production.

Filem Sabda Kekasih Astro First

FILEM SABDA KEKASIH

Tarikh tayangan : 24 Jun 2021
Penulis skrip : Abban Namus
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Respected Citizen Production

SINOPSIS SABDA KEKASIH

Kisah percintaan Qaseh Murni (Wawa Zainal) seorang yang happy go lucky dengan kehidupannya. Kemudian kehidupannya berubah selepas berjumpa dengan Sabda Bukhari (Ariel Zafrel). Dari situlah pelbagai konflik dan suka duka yang mereka harugi. Kisah percintaan yang bermula dari satu rungkaian penipuan. 

PELAKON DAN WATAK

  • Aeril Zafrell sebagai Bukhary Muslim
  • Wawa Zainal sebagai Kasih Murni
  • Sharifah Husna sebagai Hayla Sufia
  • Sabri Yunus sebagai Abah Sufi
  • Fauziah Nawi sebagai Ibu Jannah

LAGU TEMA (OST) SABDA KEKASIH

Lagu: Sabda Kekasih
Penyanyi : Daqmie feat. Alfa, Rumie Booty
Komposer: Daqmie, Alfa Booty
Lirik: Aeril Zafrel, Abban Namus

Lagu : Lentera Cinta
Penyanyi : Wawa Zainal


Swacinta

Swacinta, satu istilah Bahasa Melayu baru saya dengar di twitter. Kedengaran bunyi sebutan 'swacinta' macam menarik. Saya pun carilah dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Kot kotlah ada dalam dewan bahasa dan pustaka.

Istilah Swacinta masih belum ada huraian terperinci lagi dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. 

Istilah sumber : Self love
Istilah sasar : swacinta
Bidang : Kesenian

Swacinta-Self-Love
Gunung Datuk, 2nd time 2017



Sumber dari wikipedia pula, ini maksud swacinta.

Swacinta

Swacinta (Bahasa Inggeris: self-love) ditakrifkan "cinta akan diri" atau "mengambil berat terhadap kebahagiaan atau kebaikan sendiri".

Itu huraian ringkasnya. Boleh rujuk wikipedia swacinta untuk maklumat lebih lanjut.

Bunyi dah sedap dah tapi nak buat ayat terus macam otak blur kejap. Simpan dulu lah, nanti-nanti kita fikirkan mana nak guna kosa kata istilah swacinta ni.



Telefilem Tiada Galang Ganti

Tiada Galang ganti, sebuah telefilem cerekarama TV3 2020 yang pernah ditayangkan pada hari raya pertama 24 Mei 2020. Telefilem Tiada Galang Ganti akan bersiaran semula pada 26 Jun 2021 nanti di slot Cerekarama TV3.

Senarai pelakon tiada galang ganti dibarisi oleh pelakon Raja Atiq, Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna sebagai pelakon utama.

Telefilem Tiada Galang Ganti Cerekarama TV3

TELEFILEM TIADA GALANG GANTI

Waktu siaran : 26 Jun 2020 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran : TV3
Idea Asal : Syafiq Mohd
Penulis Skrip : Rina Khan
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS TIADA GALANG GANTI

Alif (Raja Atiq Azman) seringkali mencemuh hidangan telur goreng yang dimasak oleh maknya, Mak Ani (Dilla Ahmad). Alif masih belum menerima dan memahami kesusahan kehidupan mereka. Hanya hidangan itu sahajalah yang mampu disediakan oleh mak dan ayahnya.

Keadaan mula berubah bila ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan. Alif terpaksa menjaga adik-adiknya. Mereka juga selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang barulah dia faham bagaimana kesusahan dan perasaan mak dan ayahnya dulu.

Dia berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan daripada mak ayahnya.

PELAKON DAN WATAK

  • Raja Atiq Azman sebagai Alif
  • Izzendra DFKL sebagai Sarah
  • Dilla Ahmad sebagai Mak Ani
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Samad
  • Muntazar Ghufran sebagai Adi
  • Fimie Don sebagai Fizi
  • Zack Kool sebagai Hj. Sharif
  • Puteri Adrianna sebagai Alia
  • Fauzi Zulkifli sebagai Pian
  • Lan Siro sebagai Cikgu saiful

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu