Responsive Ad Slot

Drama Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita, drama melayu TV3 terbaru lakonan Aedy Ashraf , Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. Drama Kisah Cinta Kita episod 1 mula bersiaran pada 26 November 2021, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam. 

Drama Kisah Cinta Kita TV3

DRAMA KISAH CINTA KITA

Jumlah episod : 28
Mula tayangan : 26 November 2021
Waktu siaran: Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS KISAH CINTA KITA

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. 

Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. 

Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. 

Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. 

Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa terpaksa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. 

Apakah yang akan berlaku nanti?

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Amer
  • Amelia Henderson sebagai Aleesa
  • Ikmal Amry sebagai Zuhairi
  • Daniella Sya sebagai Maria
  • Hazman Al-Idrus sebagai Putra
  • Maria Farida sebagai Hanisah
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
  • Khaty Azian sebagai Datin Laila
  • Arash Mohd sebagai Malik
  • Adriana Ghafar sebagai Asma

LAGU TEMA (OST) KISAH CINTA KITA

Lagu : Berakhirlah Pencarianku
Penyanyi : Ernie Zakri & Hafiz Shuib
 
Lagu : Duri
Penyanyi : Ahmad Syafiq



Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Terputus Bekalan Makanan

Habis bekalan makanan, tak ada duit untuk beli makanan dan keperluan atau perlukan bantuan? Jangan malu untuk kibarkan bendera putih di depan rumah. Jangan berputus asa. Kibarkan bendera putih di depan rumah biar orang sekeliling, jiran-jiran atau sesiapa juga nampak akan menghulurkan bantuan.

Nampak bendera putih, jika berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Dalam situasi terdesak akibat terputus bekalan makanan atau ada masalah yang mereka hadapi, sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan.

Mungkin mereka malu untuk menyatakan secara terbuka. Jadi, dengan kempen kibar bendera putih ni sedikit sebanyak membantu mereka. Faham, sesetengah dari kita tak suka meminta minta. Dengan cara ni, mereka tidak pendam untuk meminta tolong.
Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Terputus Bekalan Makanan
Sumber : Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional


Semoga ada yang datang membantu. Dengan cara kibarkan bendera putih ni juga dapat mengurangkan stress dan beban mereka yang terkesan akibat pandemik. Tengoklah betapa banyak kes kematian bunuh diri akibat tertekan dengan pkp, pandemik dan ada yang dijangkiti COVID-19.

Drama Terlerai Noktah

Terlerai noktah, sebuah drama terbaru 2021 bergenre psiko thriller . Drama Terlerai noktah episode 1 akan mula ditayangkan pada 26 Ogos 2021 di slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Nabila Huda, Aidil Azizi, Raysha Rizrose, Azhan Rani dan ramai.

Drama Terlerai Noktah Slot Samarinda TV3

DRAMA TERLERAI NOKTAH

Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 26 Ogos 2021
Waktu siaran: Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TERLERAI NOKTAH

Zaira (Nabila Huda) terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak 20 tahun yang lalu. Selepas 20 tahun kemudian, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang terbakar mukanya.

Hani disahkan menghidapi Post-traumatic stress disorder (PTSD) dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira iaitu Dr Rudi ( Aidil Aziz). Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya.

Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ iaitu Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan.

PELAKON DAN WATAK

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira
  • Azhan Rani
  • Muntazar Ghufran
  • Mia Deen
  • Shyrim Husni
  • Aresya Rania
  • Elmy Moin
  • Zoul Muhammad
  • Kazar Abd Razak

Senarai Bantuan Khas COVID-19 (BKC), Pengeluaran i-Citra KWSP & Moratorium Automatik

Petang tadi dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri telah umumkan bantuan semasa pkp lebih menyeluruh kepada rakyat dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara yang diumumkan adalah Bantuan Khas COVID-19 (BKC), Pengeluaran i-Citra KWSP dan Moratorium 6 bulan. Pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

pakej bantuan khas 2021- bantuan khas covid 19 bkc

Senarai Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

  • Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;
  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 – akan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan
UPDATE TERKINI : BKC akan mula diagihkan bermula 6 September 2021

PERKESO

  • Elaun Mencari Pekerjaan akan diperluaskan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.
  • RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja.
  • Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0.

Penjana Kerjaya 3.0

  • Kerajaan bersetuju Penjana Kerjaya dilanjutkan dengan penambahbaikan dan dijenama sebagai Penjana Kerjaya 3.0.
  • RM170 juta telah disalurkan melalui Penjana Kerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja.

Diskaun Bil Elektrik

  • Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini.

Bantuan Internet

  • Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai berjumlah RM500 juta yang manfaatkan 44 juta pelanggan.

Bakul Makanan

  • RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas.
  • RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Harga Minyak

  • Kerajaan terus kekal dengan harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini
  • Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg

Bantuan Penggiat Seni & Industri Kreatif / Sukan

  • RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan.
  • Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.

Bantuan Pengusaha Kantin Sekolah

  • Kerajaan bersetuju memberikan bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar

Bantuan PKS / PUPUK

  • Kerajaan telah bangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS.
  • BNM bersetuju menambah RM2 bilion lagi untuk akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS.
  • Geran Khas Prihatin 4.0 diteruskan dan dibuka untuk permohonan baharu mulai pertengahan Julai 2021.

Bantuan Industri Pelancongan

  • Bantuan ‘one-off’ RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau ‘kick start’ apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN.
  • Ansuran cukai bulanan,pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan ditangguh untuk pengendali hotel hinggga akhir tahun.

Bantuan OKU

  • Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan
  • Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU

Bantuan Khas Taska

  • Bantuan Khas Taska RM3,000 kepada pengusaha taska seliaan KPWKM serta tadika swasta di bawah KPM

Pengeluaran i-Citra KWSP

Kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan pengeluaran i-Citra. Menerusi i-Citra, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 ribu sebulan untuk tempoh lima bulan. Ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai 2021. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.


Moratorium Automatik

  • Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. 
Tiada syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Individu perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. 

moratorium 6 bulan 2021

Kemudahan ini juga diberikan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
  • Pinjaman Pelajaran Mara ditangguhkan bagi tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
  • Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan selama tiga bulan
Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan pendapatan akibat COVID-19. Manfaatkan sebaiknya. 


Bil Air vs Bil Elektrik

Ku sangkakan mendung akan disusuli hujan. Rupanya tak! Cuaca terik bukan main lagi. Bila cuaca panas, nak masuk office oil & gas ( dibaca:dapur) pun jadi auto malas. 

Last last masak ayam goreng tepung bestari je. Dah masuk dalam kuali, goreng kaedah deep frying. Biarkan dan ke dapur semula untuk angkat.

Saya guna bahagian kepak dan drummet. Jadi cepat sikitlah proses menggoreng tu. Sayur, hanya sediakan salad bulat segar tu. Rendam air garam dan basuh. Makan pulak dengan sambal geprek. Berselera makan. Simple simple sudah. eh, lari tajuk sudah.

Musim panas, kipas on air cond pun on jugak waktu siang bila tak tahan panas. Sejak PKP, haruslah bil elektrik naik dari kebiasaan. Dah tak boleh keluar kemana. Duduk rumah je kan. Ramai juga yang mengeluh bil elektrik naik sedangkan guna macam biasa je. Tak tahu lah macamana kira tu. 

Bil Air vs Bil Elektrik

Bil air vs bil elektrik jauh beza. Air guna macam biasa. Cuma kurang penggunaan mesin basuh. Bila penuh baru basuh. Tak lah basuh hari hari. Kira jimat air dan elektrik juga tu. 

Sekali basuh baju guna mesin basuh auto memang banyak penggunaan air. Average sebulan bawah RM15.  

Average bil elektrik RM120 macam tu. Bil air dah bayar lebih sebelum ni. Jadinya bil air kurang sikitlah kena bayar. Bil elektrik je lah terlebih dari biasa. Nak buat macamana bila PKP ni memang duduk rumah je. 

baca juga : punca bil elektrik tinggi
                       tips bijak jimat elektrik
                       bantuan prihatin elektrik (BPE) tambahan

Penggunaan barang elektrik yang melibatkan sejuk panas ni memang guna tenaga elektrik lebih sikit. Lain rumah, lain perbelanjaan dan penggunaan elektriknya. Kena faham tu. Bertabahlah kita bayar segala komitmen bulanan. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Aaminnn...


Nescafe Latte Caramel

Agak mendung cuaca pagi ni. Tapi tak menunjukkan tanda tanda nak hujan pun. Akhir akhir cuaca mendung, hujan pun kejap kejap. Tapi dia punya panas bahang pun tak boleh bawak bincang lansung. Terus rasa malas nak buat kerja. On aircond memerap dalam bilik. Dah sejuk sikit baru off air cond.

Bila bil elektrik dah menunjukkan kenaikan jumlah, kenalah berjimat. Musim PKP kalau bil elektrik tak naik tak sah, kan? Hidangan pagi ni sediakan roti canai. Bukan buat sendiri tapi leftover beli roti canai semalam. Beli extra roti canai kosong. Pagi ni panaskan dan pecahkan telur. Jadilah roti canai telur.

Hidangkan bersama teh o kurang gula rasa pahit pahit sikit dan air nescafe latte caramel. Salah satu hadiah pemberian blogger Nina Cik Suka taip

Nescafe Latte Caramel

Dah lama sebenarnya tak minum air nescafe selain beli semata mata nak buat dalgona coffee. Dan jenis coffee latte pun dah lama tak minum. Lebih gemar kepada kopi pekat kaw tu. Rezeki dapat rasa nescafe latte caramel. Biasanya ada caramel ni rasa dia tak mengecewakan.

Rasa nescafe latte yang sedap, hujung hujung hirupan rasa tu baru dapat rasa caramel dia. Sesekali menikmati secawan coffee light light lari dari kebiasaan. Just nice. Sesuai untuk mereka yang kurang minum kopi atau nak cuba minum kopi. Terima kasih Nina, bagi cuba rasa nescafe latte caramel.



Drama Jangan Ganggu Jodohku

Jangan Ganggu Jodohku, drama melayu bersiri lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae. Drama Jangan Ganggu Jodohku episode 1 mula bersiaran pada 29 November 2021, Isnin-Khamis jam 10:00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Jangan Ganggu Jodohku merupakan adaptasi novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah.

Drama Jangan Ganggu Jodohku Astro Ria


DRAMA JANGAN GANGGU JODOHKU

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 29 November 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Orangetree Production

PELAKON DAN WATAK

  • Shaza Bae sebagai Aliza
  • Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
  • Norreen Iman sebagai Shahida
  • Amerul Affendi sebagai Abu
  • Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
  • Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
  • Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
  • Hasnul Rahmat
  • Ku Faridah
  • Rosli Rahman Adam
  • Azizah Mahzan
  • Shah Iskandar
  • Zalfa Zin

SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU

Mengisahkan tentang kehidupan Aliza (Shaza Bae) yang sering dihantui oleh Saka. Aliza akan bermasalah jika dia berusaha untuk berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.

Aliza mempunyai satu keistimewaan, dia boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu (Amerul Affendi) sejak kecil lagi. Aliza pula telah jatuh cinta pada Doktor Imran (Yusuf Bahrin) yang dibenci oleh Abu.

Imran seorang doktor yang berfikiran moden. Sikapnya yang sombong dan riak dengan ilmu perubatan yang dimilikinya. Imran tidak percaya dengan kisah mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang yang warak. 

Mulanya Imran tidak suka pada Aliza tetapi berubah namun selepas dia mula mencintai Aliza. Dia cuba mempertahankan cintanya pada Aliza supaya tidak diganggu oleh Abu.

SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. 

Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.

Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. 

Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.
 

SINOPSIS NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu