Responsive Ad Slot

Top 10 Komentator June 2021 Blog Sihatimerahjambu. Pemberian Hadiah Fasa I

Ramai dah blogger up entry top komentator bulan Jun lepas. Saya baru terhegeh hegeh nak update. Okay baiklah, jom kita tengok siapa yang kena. Top 10 komentator June 2021 nampak gaya ada blogger baru masuk carta. 

Bulan Jun cuma ada 46 entri sahaja. Seminggu cuti offline haritu mana taknya. Tak banyak entri, tak meriahlah komennya. Belum sempat lagi membalas komen yang berbentuk soalan. Ampun ya kawan-kawan.

Top 10 Komentator May 2021 Blog Sihatimerahjambu

Top Komentator June 2021 Blog Sihatimerahjambu

  1. Shida Radzuan: www.shidaradzuan.com (46 comments)
  2. NA : me-soul-searching.blogspot.com (43 comments)
  3. Atiqah Najihah : www.atiqahnajihah.com (42 comments)
  4. nona sani : www.nonasani.com (41 comments)
  5. Amie : salamisimon1.blogspot.com (34 comments)
  6. Cik nadya : loveneddy.blogspot.com (32 comments)
  7. Rabiahtul Adawiyah : rabiadawiyah21.blogspot.com (29 comments)
  8. Adianez AIDA : www.adianiez.com (24 comments)
  9. fairus : www.fairusmamat.com (23 comments)
  10. Ako Retna : anakomak6.blogspot.com (20 comments)

Top Komentator January - June 2021

  1. NA : 95 + 75 + 81 + 82 +72 + 43 = 448
  2. nona sani : 51 + 63 + 87 + 56 + 83 + 41 = 381
  3. Atie Zieya : 96 + 74 + 69 + 62 + 32 = 333
  4. Amie : 53 + 71 + 63 + 48 + 52 + 34 = 321
  5. Atiqah Najihah : 47 + 74 + 67 +42 = 230
  6. dear anies : 43 + 54 + 51 + 42 + 37 = 227
  7. Sha Mohamed : 47 +37 +55 = 139
  8. Tiara Sapphire : 57 +31 + 36 = 124
  9. fairus : 39 + 59 + 23 = 121
  10. Sunah Sakura : 43 + 61 = 104
  11. Ako Retna : 37 + 33 + 20 = 90
  12. Nur : 37 + 52 = 89
  13. Nina Mads : 50 + 39 = 89
  14. Kakmim : 77
  15. Afeezz : 36 + 41 = 77
  16. Rabiahtul Adawiyah : 32 + 29 = 61
  17. SalbiahM : 37
  18. Adinda Baizura Mazlan : 33
  19. Cik Nadya = 32
  20. Adianez AIDA = 24
Tu dia gigih buat kira kira naa. Terima kasih untuk kawan kawan alam maya a.k.a geng blogger yang selalu singgah dan tinggalkan komen. Maaf  mana yang tak sempat lagi nak balas kunjungan tu. Jangan serik  berkunjung ke sini kalau saya tak balas kunjungan.

Tahniah untuk top 10 komentator June yang tersenarai. Ramai dah terkeluar carta. Masing-masing sibuk. Blog saya dah semakin bosan mungkin. Mungkin juga tak tahu nak komen apa. Faham faham..

Kalau rajin boleh tinggalkan komen. Kalau tak berapa nak rajin, sudi singgah pun dah berterima kasih juga. Tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Taip padam taip padam. Lagi lagi musim pandemik ni, serba tak kena nak share something.

Tahniah juga untuk top 20 komentator sepanjang bulan January sehingga June. Tepat tepat 20 orang tersenarai yang rajin singgah dan komen. 

Seperti yang diwar warkan, sampai masanya pemberian hadiah Fasa I untuk Top 3 komentator dari bulan Januari sampai bulan June. Mereka adalah blogger NA, nona sani dan Atie Zieya

Details kak NA dan nona sani saya dah ada. In case nak tukar alamat, sila inform ye. 

Nota untuk Atie Zieya

Nanti bagi nama, alamat dan no phone, gunakan ruangan contact di sidebar tu ye. 

Dengan ini link blog komentator June saya masukkan dalam bloglist. Jom singgah ke blog mereka yang tegar meninggalkan komen. Mereka adalah antara blogger yang rajin tinggalkan komen di blog blog lain juga.

Alhamdulillah, rezeki bulan June terselit rezeki saya juga terpilih menjadi komentator yang bertuah di beberapa blog. Terima kasih.

Pemberian hadiah Fasa II : July-December 2021.

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut, filem melayu hantu seram komedi lakonann Amerul Affendi, Shuk Balas, Mark Adam, Tasha Shila dan ramai lagi. Filem Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut akan ditayangkan pada 8 Julai 2021 di saluran 480 Astro First

Filem Jangan Takut : Kau Takut Aku Pun Takut Astro First 480

FILEM JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Tarikh tayangan : 8 Julai 2021
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : CMA Media, Astro Shaw

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Dol
  • Shuk Sahaa
  • Mark Adam
  • Tasha Shilla sebagai Malaika
  • Dalimawati sebagai Nenek
  • Ropie
  • Jasmin Hamid
  • Syaiful Zero
  • Kamarool Haji Yusof sebagai Pengarah
  • Bell Ngasri sebagai Production manager
  • Wan Hanafi Su sebagai Datok
  • Azlee Senario sebagai Tok bomoh
  • Donna Muslim

SINOPSIS JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. 

Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. 

Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. 

Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.

Nasi Goreng Sardin Mackerel

Haritu beli barang dapur, pesan kat husband beli sardin ayam brand. Kalau tak ada, tak payah beli sebab sardin adabi tu agak pelik rasa dia. Balik-balik, dia beli ikan mackerel ayam brand bukan ikan sardin. Ikan mackerel pun boleh lah.

Ikan mackerel dalam bahasa melayu ikan kembung ke ikan tenggiri sebenarnya. Sejenis tak tahu jenis ikan jadi confused jadinya. Siapa tahu, tolong jawab.

Semalam dah masak lauk sardin ikan mackerel tu untuk breakfast dan lunch. Hidangkan dengan ulaman timun. Sardin mackerel ni dalam tin 425g ada 2 ketul ikan mackerel besar. Seketul habis makan berdua breakfast dan lunch. 

Seketul lagi, petang tu buat sandwich guna separuh. Kira besar juga saiz tu boleh buat beberapa hidangan. Tinggal separuh lagi, pagi ni buat nasi goreng sardin mackerel. Dengan rajinnya menumbuk bahan bahan tumis. 

baca juga : resipi nasi goreng sardin

Nasi Goreng Sardin Mackerel

Ikan mackerel ni tak selembut isi ikan sardin. Isinya juga agak kering. Ikan mackerel masak apa sedap? Jenis ikan mackerel dalam tin ni pada saya sesuai untuk buat sandwich dan nasi goreng. Sebab isinya kering dan berderai. Saya suka!

Bulan lepas saya masak nasi goreng sardin malas-malas sebab malas nak menumbuk. Ikan mackerel masak lemak sedap juga. Next time boleh cuba. 

Telefilem 6 Hari

Telefilem 6 hari, telefilem 2020 ulang siaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 9:00 malam di saluran Astro Citra. Sebuah telefilem arahan Yusry Abdul Halim yang dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020.

Telefilem 6 Hari Astro Citra

TELEFILEM 6 HARI

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD
Pengarah : Yusry Abdul Halim

SINOPSIS TELEFILEM 6 HARI

Mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan semula bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry A. Halim) datang ke rumah. Faizal juga merupakan seorang bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan setelah dipenjarakan selama lapan tahun.

Suzi yang kini sudah berubah menjadi seorang muslimah tiada pilihan lain dan terpaksa menerima kehadiran Faizal yang tidak diduga kerana bekas teman lelakinya itu telah mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal.

Suzi juga sering berhubungan dengan kawan baiknya, Linda (Neelofa) untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut.

Apakah yang akan berlaku? Adakah Ismal akan mengetahui sejarah silam Suzi? Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Lisa Surihani sebagai Suzi
  • Yusry Abdul Halim sebagai Faizal
  • Dato Aaron Aziz sebagai Ismal
  • Neelofa sebagai linda

Dah Masuk Bulan Julai

Dah masuk bulan Julai. Bermakna dah setengah tahun 2021 berlalu. Fasa pertama Lockdown yang tak berapa lockdown masih belum move on lagi ke fasa kedua. Terkejut dua hari ni kes baru melonjak ke 6 ribu lebih. Harap cepatlah move on ke fasa seterusnya. Aaaminn...

Masuk bulan baru harapnya ada perubahan lah. Kita doa sama-sama ye. Apa nak cerita bulan Julai ni pun tak tahu lah. Harap yang baik baik je lah. 

july 2021 calendar

Count you blessing.
Then, which of the favours of your lord will you deny?
Surah Ar-Rahman

Holidays in july 2021 boleh tahan banyak juga. Nak cerita pasal cuti, cuti pun tak dapat kemana-mana. Nanti hati tersakiti pulak. Lagi lagi macam dah terasa bau bau tak dapat balik kampung cuti raya haji nanti. Bertabahlah kita semua dalam tempoh PKP ni.

Holidays in July 2021/Cuti Umum Bulan Julai 2021

7 Julai (Rabu) : Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
10 Julai (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
17 Julai (Sabtu) : Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
19 Julai (Isnin) : Hari Arafah (Terengganu)
20 Julai (Selasa) : Hari Raya Haji (Semua Negeri)
21 Julai (Rabu) : Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
22 Julai (Khamis) : Hari Sarawak (Sarawak)
30 Julai (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)

july 2021 calendar

Be grateful that you don't have everything you want. That means you still have the oppurtunity to be happier tomorrow than you are today.
 

Telefilem Misteri Bilik Bawah

Telefilem Misteri bilik bawah, sebuah telefilem cerekarama TV3 ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 10:00 malam. Misteri Bilik Bawah dibintangi oleh Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha dan ramai lagi.

Karya skrip daripada Rohaidah Haron, Khairul Anuar Mat Noor selaku pengarah dan diterbitkan oleh  ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

Telefilem Misteri Bilik Bawah Cerekarama TV3

TELEFILEM MISTERI BILIK BAWAH

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Rohaidah Haron
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Produksi : ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH

Zalika sering bermimpi pelik-pelik. Mimpi tersebut kerap dan berterusan. Zalika mengesyaki sesuatu di bilik bawah yang berkunci. Ayah mentuanya melarang membuka bilik tersebut kerana mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialaminya.

Manakala Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehinggakan berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu. Apakah misteri bilik bawah tersebut?

PELAKON DAN WATAK

  • Nad Zainal sebagai Zalika
  • Zahiril Adzim sebagai Arman
  • Dynas Mokhtar
  • Roy Azman
  • Nadia Mustafa
  • PU Rizz
  • Nisha

LAGU TEMA (OST) MISTERI BILIK BAWAH

Lagu : Sumpahan
Penyanyi : Schanuril

Cerita 30 Jun Birthday Si Dia

30 Jun, Happy birthday husband! Dah plan harini beli kek. Ikut kebiasaan beli sehari awal untuk celebrate tepat jam 12:00 30 Jun. Tapi sebab semalam mak mentua dan adik ipar belikan brownies red velvet. 

Tak jadi lah nak membeli petang semalam. Bukan dapat browies je dapat buah durian dan buah mangga jugak. Alhamdulillah...

Setelah sekian lama husband kata nak makan aiskrim, kita pun tunaikan lah selera dia sempena birthday. Beli kek aiskrim Baskin Robbins. Tahun lepas sempat juga celebrate staycation kat Bayfront PD. Tahun ni celebrate kat rumah. Kita kita je lah.

Husband pilih kek design Happy Pinwheel Red, flavour aiskrim Cookies n Cream. Kalau ikut taste saya paling favourite mint chocolate chip. Last makan aiskrim Baskin Robbins ni masa birthday saya tahun lepas

Happy Pinwheel Red flavour aiskrim Cookies n Cream

Macam biasalah nak makan kek aiskrim ni kaedah nak makan dia cedok je senang. Sedap flavour aiskrim cream n cookies ni. 

cream n cookies

Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.

Happy Pinwheel Red flavour aiskrim Cookies n Cream

Ada pulak beberapa ketul biskut oreo red velvet favourite saya. Memang sukalah dengan design dan flavour aiskrim tu. Ngam dengan selera kami berdua. Tak salah pilih.

Harga dan flavour yang ada, sila lah rujuk website Baskin Robbins : https://www.baskinrobbins.com.my

Harini agak sibuk sebenarnya, dah malam baru nak update. Semalam nak basuh baju, tiba tiba plug tak boleh switch on pulak. Jammed keras switch off je. Bila dah dapat ON, tak function. Adeh, kena tukar switch & socket baru nampaknya. Extension panjang tak ada pulak.

So harini, alang alang keluar nak beli barang. Beli kek sekali. Sekali bateri kereta kong daaaa.. Baru je sembang pasal bateri kereta macam dah nak kena tukar dah. Lain macam bunyi dia. Bateri dah 2 tahun dah. Sekali harini masanya pulak kena tukar. Syukurlah kejadian berlaku kat rumah.

Husband capai helmet naik motor pergi beli bateri kereta dulu. Pasang sendiri kat rumah. Mujurlah ada kemahiran pasang sendiri. Sebelum ni pandai pasang sendiri belajar kat youtube je. Sama juga cuci aircond sendiri tengok kat youtube. Jimat dah kat situ.

Settle pasang bateri kereta. Pergi cari kedai hardware dan elektronik semua tutup pulak. Non essentials jugak eh? Sudahnya pergi Mr. DIY. Nasib juga section tu dibuka. 

Beli sekali spare part tanki flush toilet sebab leaking. Risau pulak kot bil air melambung pulak. Alang-alang dah keluar tu, baik beli sekali apa yang perlu. Bila dah susah payah buat tak fit pulak bendanya. Switch & socket plug settle dah.

Kesian husband kerja keras harini. Macam macam kerja kena buat sempena birthday. Tambah lagi cuaca panas. Terus jadi auto letih. 

Cerita lain, harini kakak ipar dah habis kuanrantin di MAEPS Serdang. Masuk 22 Jun haritu. Abang saya pun dah habis kuanratin di PPUM. Anak anak buah pun dah habis tempoh pakai gelang di rumah. Alhamdulillah..lega mendengar berita ni.

Semoga yang baik baik je untuk semua orang. Terima kasih semua atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamin...

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu