Responsive Ad Slot

Buku Resipi Blogger

Tengah mengemas rumah. Ada orang bagi salam. Bukak sliding door, courier hantar parcel rupanya. Dah confirm nama betul semua. Mintak dia letak tinggalkan atas tembok rumah je.

Sejak pandemik covid ni tak kelam kabut keluar nak ambil parcel. Tak payah beria nak capai sweater dan tudung. Parcel yang sampai semua biar courier letak atas tembok rumah je dulu.

Tengok pengirim dari karangkraft. Sebelum tu blogger SA dah inform dia dah hantar kiriman buku resipi dan hadiah GA. Kiranya buku resipi blogger ni saya dapat sempena jadi top komentator blog beliau. Ke hadiah GA? Saya pun lupa dah.

Rezeki saya dapat 2 hadiah dari blogger SA. Cuma hadiah lagi satu menyusul kemudiannya.

Buku resipi blogger Malaysia ni mengandungi pelbagai resipi masakan melayu yang sedap sedap. Buku resipi blogger adalah koleksi resipi blogger masakan terkenal iaitu Nooriah Abdullah. 

Buku Resipi Blogger Nooriah Abdullah

Buku Resipi Blogger mengandungi lebih dari 70 resipi yang terdiri daripada makanan pembuka selera, hidangan nasi dan mi, hidangan Barat dan Brunei dan pencuci mulut sebagai pelengkap hidangan.

Belek belek resipi rasa lapar terus. Nanti boleh juga cuba resipi mudah-mudah yang boleh dibuat dengan penuh yakin menjadi. 

Terima kasih kak blogger Suriaamanda untuk hadiah buku resipi blogger ni. Kali kedua dapat hadiah buku resipi dari kak SA. Sebelum ni dapat buku resipi makan malam romantis Chef Fazalina.

Resipi [re.si.pi] | رسيڤي

Resipi maksud : Definisi : 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm menyediakan sesuatu ma­sakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri (seseorang) cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Resipi bukan resepi ye.





Pretty Little Liars Indonesia

Pretty Little Liars versi Indonesia, sebuah drama adaptasi popular hollywood Pretty Little Liars. Drama Pretty Little Liars Indonesia dibarisi pelakon Eyka Farhana, Shindy Huang, Anya Geraldine, Valerie Thomas, Yuki Kato dan ramai lagi.

Peminat siri drama Pretty Little Liars boleh tonton Pretty Little Liars Indonesia episode 1 mula ditayangkan di Astro Citra pada 5 Julai 2021 setiap hari Isnin, jam 9:00 malam. Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. 

Pretty Little Liars versi Indonesia

DRAMA PRETTY LITTLE LIARS

Jumlah episod : 10 episod
Tarikh tayangan : 5 Julai 2021
Waktu siaran : Isnin, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 (HD)& 128 (SD)
Pengarah : Emil Heradi

SINOPSIS PRETTY LITTLE LIARS

Mengisahkan tentang 5 orang sahabat baik iaitu Aria, Emma, Hanna, Sabrina dan Alissa. Mereka berlima merupakan gadis paling popular di Universiti Amerta. Pada malam graduasi, mereka berpesta di rumah Sabrina. Akan tetapi semasa mereka bangun tidur, mereka dapati Alissa telah hilang. 

Setahun kemudian, kehidupan Aria, Hanna, Sabrina dan Emma sering diganggu dengan mesej ugutan yang menyalahkan mereka tentang satu rahsia yang hanya diketahui oleh Alissa. Pengirim mesej-mesej itu menggelarkan dirinya ‘A’. 

Mereka berempat yakin bahawa ‘A’ adalah Alissa yang telah hilang setahun lalu dan beranggapan 'A' cuba mengusik mereka berempat. Andaian mereka terus menjadi persoalan apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang villa miliknya. 

Siapakah yang membunuh Alissa? Siapakah ‘A’ sebenarnya jika bukan Alissa?

PRETTY LITTLE LIARS INDONESIA CAST

  • Shindy Huang sebagai Aria
  • Anya Geraldine sebagai Hanna
  • Eyka Farhana sebagai Emma
  • Valerie Thomas sebagai Sabrina
  • Yuki Kato sebagai Alissa Gabriela
  • Wulan Guritno
  • Naufal Samudra
  • Jennifer Coppen
  • Giulio Perangkuan
  • Tegar Satrya
  • Tarra Budiman
  • Cindy Nirmala
  • Irgi Fahrezi

Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

Lama betul tak makan karipap pusing. Dapat karipap pusing rangup dan rapuh tu memang sedap. Nak buat sendiri memang tak lah. Bukan tak pernah cuba. Dah 2 kali cuba tak menjadi jugak. Kali kedua cuba buat dengan husband berakhir dengan gelak. Maksudnya failed lah tu.

Jangankan karipap pusing. Karipap biasa pun failed. Apoooo! Nak makan karipap, beli je karipap frozen. Ready to goreng je senang. Tak kiralah karipap kentang, karipap sardin, karipap pusing, karipap daging kentang sekalipun. Kita belikan aje. 

Mungkin cara buat karipap pada orang yang pandai senang je. Tapi bagi yang tak ada bakat ni, macam susah. Cara kelim karipap tu pandailah juga. Tapi part buat kulit karipap tu terpaling failed. Inti tu kira senang juga sebab kaedah dia macam masak lauk je.

Kena pratice make perfect lah. Tiba-tiba macam rindu pulak nak makan karipap ikea. Tiada tandingan rasa karipap ikea tu. Dia lebih kurang macam karipap gergasi tu ada letak telur rebus dalam karipap.

Apa jugak jenis karipap kena kulit nipis rangup dan inti sedap. Yang berniaga pun janganlah jual karipap inti oksigen ye.

Maafkan saya, terbebel pulak. 

Minggu lepas mak mentua dengan adik ipar ada bagi karipap pusing inti sardin frozen jugak. Karipap Pusing Bonda namanya. Baru minggu ni menggorengnya pun. Mujur teringat ada karipap pusing frozen dalam peti ais. Kadang boleh jadi pelupa jugak. Faktor usia  ke faktor stress tak tahu lah.

Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik dan lebih rangup. Lebih mudah dikenali disebabkan lapisan kulit.

Ada 10 biji dalam satu pek. Jangan tanya saya berapa harganya sebab bukan beli sendiri. Karipap pusing bonda ni sedap sebenarnya. Cuma kulit karipap agak tebal sikit je. Inti dia pun banyak dan sedap. 

Rasa sardin pun tak terlalu kuat sebab dicampurkan segala dengan kentang. Tenggelam timbul rasa sardin tu. Pada saya okay je, janji rasanya masih sedap.

Yang berdekatan area Seremban nak cuba rasa, silalah order.

Karipap Pusing Bonda Inti Sardin

3 Dukun Santet

3 Dukun Santet telemovie ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 10 Julai 2021, jam 9:00 di Astro Citra dan Citra HD.

Telemovie/Telefilem 3 Dukun Santet berdasarkan kisah benar yang lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, dan Dayang Areeda.

3 Dukun Santet Telemovie satro Citra

TELEFILEM DUKUN SANTET

Waktu siaran : 17 Oktober 2020, (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Dear Creative Media

SINOPSIS 3 DUKUN SANTET

Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik iaitu Saiful/Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang telah lama berkawan sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan. 

Akan tetapi lokasi cafe tersebut agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, aakhirnya Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe itu. 

Mereka bertiga suka dengan tempat itu walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful pernah mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu tapi tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu. 

Mereka bertiga membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit. Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. 

Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut. Dalam masa yang sama menghalau hantu-hantu yang ada disitu. 

Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek. Selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Sehingga menyebabkana hubungan persahabatan mereka terjejas. 

Rupa-rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. 

PELAKON DAN WATAK

  • Umie Aida sebagai Dukun Mek
  • Isyariana sebagai Emma
  • Zahiril Adzim sebagai Saiful/Epul
  • Dayang Areeda sebagai Shasha
  • Maria Farida
  • Zulhusni Zamir
  • Kween Keela
  • Silfeny Osman

Spaghetti Carbonara Asbol

Semasa menulis entri ni semacam déjà vu. Rasa macam pernah berada di tempat yang sama, waktu yang sama, keadaan yang sama. Déjà vu, siapa je tak pernah alaminya. Semua orang pernah kot. Tapi bukan itu tajuk utama dia. 

Nak cerita pasal Spaghetti Carbonara Asbol. Tahu tak Asbol tu apa? Asal boleh namanya. 

Sebenarnya tengah fokus buat design menu makanan. Tengok gambar makanan italian food and western, rasa terliur pulak kita wak. Tak boleh jadi ni. 

Terus scan memori dalam kepala ni, ingat apa yang ada kat dapur. Hebat kuasa perempuan ni kalau nak tahu. Segala pelusuk dapur dia tahu mana celah duduknya barang barang dapur termasuk yang dalam peti ais. Betul tak?

Stop kejap buat kerja design. Jomlah ke dapur. Mintak tolong husband rebuskan spaghetti sebab nak buat spaghetti carbonara super duper creamy style gaul sekali tu. Tak perlu asingkan sos.

Spaghetti Carbonara

baca juga : resipi spaghetti carbonara super creamy nyummy

Tak cukup bahan sangat pun sebenarnya. Bawang holland pun nan hado. Guna bawang biasa pun boleh. Waktu terdesak ni kena kreatif gunakan apa yang ada.  Stok cheese dan susu segar pun ada, sos carbonara pun tinggal separuh botol lagi.

Bila bergabung slice cheese, susu segar dan sos carbonara tu jadi pekat likat lah sos carbonara tu. Ada mushroom soup lagilah sedap penambah rasa dia. Tapi tak ada, tak letak pun takpe. Tambah accesories udang seketul dua dengan capsicum hijau yang stok tinggal hujung hujung. 

Eloklah kita habiskan mana stok yang ada. Dari terbiar membusuk, baik kita gunakan. Kadang tu beli satu, gunanya sikit je. Lepas tu buntu tak tahu nak gunakan masak apa lagi.

Kebetulan ada extra chilli flakes dominos. Kita taburkan je atas spaghetti. Mixed herbs saya taburkan sikit untuk tambah seri food plating. Padahal dah siap siap letak dalam adunan sos tu. Asal boleh je lah. Kita sendiri yang nak makan pun. Ikut selera kita. Tak gitu?

Waktu makan sekarang pun tak menentu. Tak macam PKP1.0. Sekarang ikut konsep makan bila lapar. Masak bila lapar. Bila dah makan pagi kenyang membawak sampai ke petang. Minum petang merangkap makan malam. 

Filem Antaramasa

Antaramasa, sebuah filem sains fiksyen tempatan lakonan Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson, Indi Nadarajah, Riezman Khuzaimi, serta penampilan istimewa Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

Filem Antaramasa berkonsepkan pengembaraan masa (time travel) terbitan Lux Ambiance Media Production di bawah arahan Ramdan Che Hassan yang ditayangkan pada 1 Julai 2021 di saluran 480 Astro First.

Filem Antaramasa Astro First 480

FILEM ANTARAMASA

Tarikh tayangan : 1 Julai 2021
Pengarah : Ramdan Che Hassan
Produksi : Lux Ambiance Media Production

SINOPSIS ANTARAMASA

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Asri berkelulusan sarjana dalam bidang sains fizik telah mencipta sebuah mesin tenaga abadi (mesin masa). Mesin tersebut tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Mesin masa ciptaan Asri berjaya membawa Asri kembali ke masa lalu. Dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu untuk memulihkan hubungan dengan kekasihny, Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya. Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa sedar, sebenarnya Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya telah berubah. Adakah Asri mengubah garis masanya sendiri? Adakah semuanya hanya takdir?

PELAKON ANTARAMASA

  • Josiah Hogan
  • Kaka Azraff
  • Adam Shahz
  • Tania Hudson
  • Indi Nadarajah
  • Aziz M.Osman
  • Riezman Khuzaimi
  • Aleeza Kasim

Red Velvet Oreo Brownies

Birthday husband haritu, adik ipar dan mak mentua bagi kek birthday untuk husband. Adik ipar bagi Red velvet oreo brownies. Seingat saya, ini kali kedua saya dapat rasa red velvet brownies. Tapi yang ni versi ada lapisan oreo bawah sekali tu.

Brownies pun dah macam macam jenis ada. Setakat ni saya pernah buat brownies kedut biasa je. Itulah sekali saya buat. Tak tahu lah kenapa tak rajin nak membuat. Tak ada bakat sangat bab buat kek ni. Masak campak campak tu pandailah jugak.

Nak resepi red velvet oreo brownies, google je easy red velvet oreo brownies. Macam macam versi ada. Nak mencuba tu entah bila tak tahu lah. Sempena birthday husband, rezeki kita pun terselit sekali dapat merasa kek bantat (brownies) red velvet oreo ni. 

Red Velvet Oreo Brownies

Sebiji kek besar ni pun dibahagi bahagikan. Taklah kami makan berdua je. Kurang dari separuh je cukup untuk kami berdua. Brownies ni sejenis kek yang tahan lama. Jadi, tak perlu nak makan sekali dua hadap habiskan. Sehari sepotong brownies okay kot kan. 

Tapi tak sempat sampai seminggu pun simpan, sehari dua habis dah. Laku keras bila masa hujan. Bila hujan, perut pun meminta minta.

Red Velvet Oreo Brownies

Oniichan (Bahasa Jepun) maksudnya abang (Bahasa Melayu). 


Untuk orang Kuala Pilah dan terdekat yang teringin makan red velvet oreo brownies with cookies and cream yang sedap ni boleh membeli kat Lemon Vanilla Bakery.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu