Responsive Ad Slot

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

Saat Kau Takluk Cinta Ini merupakan drama melayu bersiri adaptasi novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra. Saat Kau Takluk Cinta Ini episod 1 mula bersiaran pada 20 Disember 2021, Isnin-Khamis jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini pelakon utamanya gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa.

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini full episode

DRAMA SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Jumlah episod : 15
Mula tayangan : 20 Disember 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Eja Lorena
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd

SINOPSIS SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Rahhal (Idris Khan) tiada pilihan lain. Dia perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung kerana emaknya jatuh sakit. Kepulangannya tidak disenangi Fakhril (Syazwan Zulkifly). Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula jatuh cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka hangat bercinta, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang mekar di hatinya mula berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Haira kata, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

Rahhal memutuskan untuk berhenti bercinta. Haira berjanji untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira pula terus memendam.

Jiwa dan raga terpisah. Takdir mempertemukan mereka kembali. 

Adakah Rahhal sudi memaafkan Haira ? Atau cinta mereka bertaut kembali...

PELAKON DAN WATAK

  • Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
  • Intan Najuwa sebagai Melissa Haira
  • Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
  • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  • Wafariena Roslan sebagai Kamelia
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
  • Edika Yusof sebagai Dato Zhar
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
  • Raja Azmi sebagai Mak Jah
  • Raja Nor Baizura
  • Shyrim Husni
  • Aleza Shadan

LAGU TEMA (OST) SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Lagu : TAKLUK CINTA
Artis : Hafiz Suip

Lirik lagu Takluk Cinta

Verse:
Saat kamu hadir dalam hidup ku
Takluk nama cinta kita 
Bahagia perasaan bergema 
Bawah satu cahaya-Nya 

Pre Chorus: 
Kini kau tiada 
Pergi tanpa tanda 
Hilangnya segala 
Kerana salah ku 

Chorus: 
Kembalilah 
Kekasih yang hanya aku rindu 
Bunga layu 
Akan mekar semula 

Pulangkanlah kunci hatimu dan kita 
Akan bersama Menakluk cinta 

Verse2: 
Satu - satu 
Aku gambar semula 
Tuk ubati parah luka 
Kasih kamu selayaknya berharga 
Tak pernah ku lafazkannya 

Bridge: 
Dan sesungguhnya 
Aku merayu 
Kemaafan dari mu 
Sakti ku
 
Mohon 
Akur yang diri ku 
Akui salah ku

Resipi Donut Mudah Sukatan Cawan

Cerita petang semalam. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Tiba-tiba, eh macam teringin makan donut je pulak. Tanya kat husband. Nak donut tak? Mulanya dia macam nak tak nak je. Dia cakap nanti susahkan saya nak buat.

Nak ke tak nak? Itu persoalannya. Jawab nak atau tak nak. Itu je. Laju je jawab nak. Kita pun laju terus ke dapur. Tinggalkan sekejap kerja untuk membuat donut. Bila teringin, dia rajin lain macam sikit.

Inilah hasil mendonut tiba-tiba semalam. Saya tak tunggu lama sampai 1 jam sebab dah limit masa minum petang. Jadinya gebu dia sikit je. Sebab stok beryl's milk chocolate ada lagi, saya makan dengan coklat je sebabnya gula halus @aising tak laku.

resepi donut mudah sukatan cawan

Resepi donut sukatan cawan

Adunan A
Isi air suam setengah cawan, masukkan 2 sudu besar gula, 2 sudu besar susu pekat kacau bagi larut. Baru masukkan yis sepeket. Kacau lagi dan tutup cawan. Tunggu lebih kurang 10 minit macam tu yis dah mengembang dah.

Adunan B
Sambil menunggu saya ayakkan tepung 3 cawan dalam bekas besar. Masukkan 1 sudu besar marjerin dan 2 sudu besar minyak masak serta secubit garam. 

Bila yis dah mengembang dengan jayanya curahkan ke dalam adunan tepung tadi. Cara saya, curah sikit sikit sambil tu uli sikit sikit. Senang nanti nak adjust doh. Uli sampai doh tak melekat. 

Lepas doh dah siap diuli, tutup bekas doh dengan plastik dan biarkan doh mengembang lebih kurang 1jam. 

Selepas 1 jam, doh dah mengembang. Ambil doh sikit bentukkan bulat  dan donut hole gunakan jari je. Buat sampai doh habis. Sebelum tu, sapukan marjerin pada dulang untuk elakkan doh donut melekat.

Selepas doh bentuk donut dah mengembang, gorengkan dalam api yang panas. Untuk kurangkan minyak meresap, terbalikkan hanya sekali. Maksudnya lepas dah masukkan donut, bila bertukar warna baru terbalikkan. Lepas tu jangan terbalikkan lagi. Nanti minyak meresap.

baca juga : resipi donut perisa pandan

resepi donut mudah sukatan cawan

Kejadian selepas tunggu donut yang dibentuk kembang. Malas nak tunggu lama, agak-agak dah kembang elok, kita gorengkan je.

Disebabkan tak ada donut maker atau acuan, kita buat cara tradisional je lah. Biarlah rupa tak seberapa janji rasanya sedap. 

Kalau ada stok sambal tumis, sedap juga buat donut burger Malaysia yang tengah viral tu. Tapi sambal tak ada pulak. Next time jika rajin tiba-tiba.


Hadiah Giveaway Dari Blogger Suria Amanda

Sekali lagi courier datang tanpa diduga. Berkali kali dia hon sampai tuan rumah keluar. Bunyi hon bukan main kuat lagi. Tak expect ada parcel sampai. Masing masing tengah fokus keluarkan idea nak writing, dengar bunyi hon ingatkan jiran sebelah.

Tak rileks pulak abang courier tu hantar barang. Kita pun cepat cepat lah jengah suruh letak kat pagar je. Bila husband ada, dialah yang kena ambil parcel. 

Buka parcel, ada balutan bungkusan yang cantik bertemakan kartun Disney princess. Kita pun jadi excited dan happy dapat bungkusan cantik ni. 

Bungkusan macam ni pernah dapat bila masa birthday je. Itupun masa zaman sekolah dulu. Zaman sekarang tak ada nak balut balut macam ni dah. Semuanya serba simple dan see through. Tu yang excited lain macam.

Hadiah Giveaway  Bungkusana Kartun Disney Princess

Tadaaa..Inilah hadiahnya yang tersorok dalam bungkusan kartun Disney princess.  Ada frame putih 1♥ dan sheet mask A'bloom Avo Cuddle Althea beserta tulisan nota atas kertas nota bewarna pink.

Hadiah Giveaway Dari Blogger Suria Amanda

Terima kasih juga kak SA atas kiriman hadiah yang comel ni. Semoga dimurahkan rezeki. Aaminn...

Hadiah Giveaway Dari Blogger Suria Amanda

Thanks for your support too kak blogger Suria Amanda.

PKPD Seremban Bermula 9 Julai 2021

Dah boleh agak PKPD akan dilaksanakan juga di Seremban sebab kes baru Negeri Sembilan tak turun turun. Situ je duduknya. Jadi, bila dah umumkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) Seremban tak tahu nak rasa apa sebenarnya. 

Ikutkan rasa, memang sebolehnya taknak PKPD. PKP pun tak nak. Tapi nak buat macamana, dah itu kerajaan tetapkan. Yelah, untuk keselamatan kita semua. Memang kita semua dah penat. Frontliner pun dah penat teruk. Mental pun dah cepat koyak sekarang ni.

Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik ni cepat berakhir dan urusan vaksin dipercepatkan juga.

PKPD Seremban Bermula 9 Julai 2021

Kawasan PKPD Seremban

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan akan berkuat kuasa bermula 9 Julai sehingga 22 Julai 2021. PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu:
  • Ampangan
  • Labu
  • Lenggeng
  • Pantai
  • Rantau
  • Rasah
  • Seremban
  • Setul

Baru-baru ni dengar cerita cucuk vaksin kosong. Ada yang datang cucuk vaksin, dah tahu positif Covid tapi tak bagitahu. Satu hal pulak nak sanitize PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Macam-macam hal. Bukan mudah nak kawal rakyat yang bermacam perangai ni.

Benar, bukan masanya untuk menunding jari. Doakan Malaysia cepat sembuh segera. Tak sabar nak keluar bebas kemana saja tanpa face mask dan tanpa surat rentas daerah rentas negeri and whatsoever lah.

Telefilem Makbul

Makbul, sebuah telefilem 2020 ulang siaran di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini 10 Julai 2021, jam 10:00 malam. Telefilem Makbul lakonan Liza Abdullah, Aedy Ashraf, Hafeez Mikail, Rahhim Omar dan ramai lagi di bawah arahan Fairuz Loy.

Telefilem Makbul Cerekarama TV3

TELEFILEM MAKBUL

Waktu siaran : 3 Oktober 2020 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : Country Universal Sdn Bhd

SINOPSIS MAKBUL

Mak dan abah sentiasa menanti kepulangan Hafiz yang belajar di sekolah agama dan tinggal di asrama. Cuma cuti kali ini Hafiz mahu jelajah surau ke surau atau dari masjid ke masjid. Akan tetapi, malangnya Hafiz tak pulang-pulang. 

PELAKON TELEFILEM MAKBUL

  • Aedy Ashraf
  • Hafeez Mikail
  • Liza Abdullah
  • Rahhim Omar
  • Anne Abdullah
  • Shah Faris
  • Arisa Soraya
  • Syamil Muhsin


Drama Dukun Diva

Dukun Diva, drama 2021 bersiri premium Astro Originals yang ditayangkan di Astro Citra. Nukilan skrip oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Drama Dukun Diva episode 1 mula bersiaran pada 6 Disember 2021, jam 9:00 malam di saluran Astro Citra.

Atau boleh juga strim di aplikasi percuma Astro GO.

Drama Dukun Diva Astro Citra

DRAMA DUKUN DIVA

Jumlah episod : 8
Mula tayangan : 6 Disember 2021
Waktu siaran: Isnin, jam 9.00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 (HD) | 128 (SD)
Penulis skrip : Alfie Palermo
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Produksi : Astro Shaw, Act 2 Pictures

PELAKON DAN WATAK

  • Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim)
  • Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
  • Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus)
  • Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim)
  • Adlin Aman Ramlie Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal) xx xx La Saddique
  • Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah)
  • Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim)
  • Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli) xx Dato Ayden
  • Juliana Evans
  • Emma Tosh
  • Taqim Zaki
  • Anas Ridzuan
  • Douglas Lim
  • Kodi Rasheed
  • Mat London

SINOPSIS DUKUN DIVA

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin (Nadia Aqilah) atau lebih popular dengan gelaran Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal. Che Yah kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan di sebuah kelab malam. Disebabkan hal tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. 

Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Dari situlah bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola (Eyka Farhana) seorang remaja yang bermasalah.

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. 

Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan segala hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola telah mendapat idea untuk menyelesaikan masalah hutang Che Yah dengan menyamar sebagai dukun.

Episod 1 : (Rubiah Samsudin The Primadona)
Episod 2 : (Happy, Together, Forever)
Episod 3 : (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 : (Kita Family)
Episod 5 : (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 : (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 :  (You, Me and Jeju)
Episod 8 : (Mengejar Mimpi)

LAGU TEMA (OST) DUKUN DIVA

Lagu : Jangan Terlepas Pandang
Artis : Wani Kayrie
Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Asyraf Nasir
Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Asyraf Nasir


Buah Oren Manis

Selain pening nak masak apa. Nak beli stok buah apa pun boleh buat pening nak fikir. Kena beli buah yang tahan lama dan boleh simpan lama untuk seminggu macam tu. Almaklumlah musim COVID-19 ni tak boleh nak keluar selalu. Memang kena beli barang makanan yang boleh simpan lama.

Buah buahan pilihan saya tembikai, rock melon, jambu batu, epal hijau dan mangga lemak. Tiba tiba rasa nak bertukar beli buah oren pulak. Selain dimakan begitu, sedap juga buah air jus oren. Kan?

Tips pilih buah oren manis

Ikut tips memilih buah oren yang manis, pilih yang ada lubang macam pusat tu katanya. Tak pulak ikut tips tu, kebetulan dapat beli buah oren manis. Tapi ada ayang kata buah oren navel biasanya manis. Betul ke? 

Saya tak pasti buah oren ni jenis citrus apa. Lubang pun tak berapa nak nampak sebenarnya. Ingatkan masam, rupanya manis. Suka bau buah oren, fresh rasa bila terhidu tu. Next time nak beli EO (Essential Oil) Orange pulak lah. Asyik beli EO Lemon je.

Buah Oren Manis

Merujuk gambar buah oren di atas, begitulah cara potong buah oren yang biasa. Ada cara lain ke masalahnya? Kot ada yang gigih kupas kulit macam makan limau mandarin tu. Mungkin ada tapi nak senang makan, potong macam ni je lah kan.

Khasiat buah oren yang kita tahu, kaya dengan vitamin C. Selain tu, banyak kebaikan buah oren untuk ibu mengandung. Ada rezeki mengandung, boleh amalkan makan buah oren.

Masih ingat lagi dulu masa zaman kanak kanak, mak dan kakak rajin buat kek oren. Sagat kulit oren tu masukkan dalam adunan. Hampir lupa dah rasa kek oren tu. Tapi itulah kek yang tersedap zaman kanak-kanak dulu. 

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu