Responsive Ad Slot

Penangan Mouthgasm Crunchy, Mulut Tak Berhenti Mengunyah

Kedengaran ada orang bagi salam seiring bunyi motor. Husband pun menjengah keluar sliding door. Ada parcel untuk saya rupanya. Bukak parcel, muncullah sebekas mouthgasm crunchy berwarna merah menyala dengan gambar mulut macam tu haa.

Tengok gaya bentuk bungkusan bongkah bulat panjang tu dah boleh agak daripada seseorang. Tepat tekaan saya bila tengok tub mouthgasm crunch tu.

Mouthgasm Crunchy

Yang belum tahu mouthgasm tu apa. Mouthgasm Crunchy sejenis choco jar yang dijadikan sebagai kudapan. Founder mouthgasm crunchy, saudara Shahrul Shafiq telah mengeluarkan produk mouthgasm crunchy sejak January 2021. HQ Mouthgasm Crunchy terletak di Seri Iskandar, Perak.

Mouthgasm Crunchy Chocolate Mocha 300g

Didatangkan dalam tub yang ber seal. Barulah terjamin tak tumpah semasa proses penghantaran, terjamin rangup dan terjamin tak masuk benda asing yang lain.

Mouthgasm Crunchy Sealer

Mouthgasm crunchy ingredients :

  • baby coco crunch
  • cookies flakes
  • melted premium chocolate
  • mocha coffee powder flavour

Mouthgasm Crunchy Close Up

Chocojar mouthgasm crunchy ni sumpah sedap dan rangup dimakan. Campuran melted premium chocolate dan mocha coffee powder flavour tu sedap untuk peminat chocolate dan coffee macam saya. Manis? Eh taklah! Manis yang sedang elok manisnya.

Kejap kejap ada rasa pahit sikit. Pahit coffee atau pahit dark chocolate macam tu. Serious rangup, krup krap krup krap berbunyi bila mengunyah. Dah gaya ASMR mukbang dah makan berbunyi bunyi.

ASMR : autonomous sensory meridian response
Mukbang (pronounced "mook-bong") : it translates to “eating broadcast” in South Korea

Mula mula suap sikit je ke mulut sebab takut manis sangat. Konon nak rasa je. Lepas tu laju jee menyuap. Gilir gilir pass baton tub dengan husband. Sedar sedar nak habis dah. Haha..masing masing tak menahan makan sebab sedap.

Hujung hujung baru nampak dasar tub banyakkkkk lagi chocolate melted tertinggal. Patutnya kena goncang rata dulu sebelum makan. Haishhh..salah sendiri. Chocolate yang tinggal kami letak susu dan jadikan air susu chocolate. Pun boleh. Tak nak membazir.

Mouthgasm Crunchy Close Up

Sekejapan habis 1 tub makan berdua. Alhamdulillah..rezeki merasa mouthgasm crunchy ni pemberian blogger Atiqah Najihah. Nak menyebut mouthgasm pun berbelit lidah haihhh. Siap bagi kad nota comel berbentuk love tu lagi.

Nama saya terpilih diantara top komentator blog Atiqah Najihah bulan Jun. 

Mouthgasm Crunchy

Terima kasih banyak-banyak Atiqah berkongsi rezeki dengan kami berdua. Semoga dilimpahi rezeki  yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaaminnn...

Sesiapa nak cuba rasa dan beli mouthgasm crunchy ni bolehlah dapatkan di Shopee, kata Atiqah.

Drama Perisik Cinta Tak Diundang

Perisik Cinta Tak Diundang, drama melayu 2021 adaptasi novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish menampilkan pelakon Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Perisik cinta tak diundang episode 1 bersiaran mulai 21 September 2021, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3.

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3

DRAMA PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Jumlah episod : 28
Mula tayangan : 21 September 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis novel : Puteri Aqish
Pengarah : Azmi Mohd Hata
Produksi : Orangetree Production Sdn Bhd

SINOPSIS PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. “Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?

PELAKON DAN WATAK

  • Andi Bernadee sebagai Niyaz
  • Shiha Zikir sebagai Medina
  • Hafidz Roshdi sebagai Firas
  • Bella Astillah sebagai Erianna
  • Wani Kayrie sebagai Anida
  • Salina Saibi sebagai Hanim
  • Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin
  • Alis Mariya
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Norish Karman
  • Amanda Misbun
  • Dynas Mokhtar
  • Shamsul Ghau Ghau
  • Enot

LAGU TEMA (OST) PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret

Lagu: Jangan Jangan
Artis : Wani Kayrie

Pasang Moroccan Style Kitchen Wallpaper Tambah Seri Dapur

Rasa macam kena buat sesuatu untuk tambah seri office 'oil & gas' (baca : dapur). Berkenan betul dengan moroccan pattern wallpaper. Macam nak letak moroccan style kitchen wallpaper je kat bahagian belakang dapur masak tu. Macam cantik je..macam lawa je...

Kita pun mencarilah kat shopee dan filter local seller. Dengan harapan ada moroccan wallpaper malaysia. Dapat lah add to cart beberapa yang berkenan sambil tu survey lagi. Bila dah hujung hujung nak submit out of stock pulak semuanya. Laju eh membeli masing-masing.

Corak yang saya berkenan tu orang lain berkenan juga. Moroccan tile style wallpaper yang berkenan banyak dari mainland China. Nak tak nak terpaksalah tunggu lama sikit. Tak lah lama sangat dalam seminggu lebih sikit macam tu.

Nak pasang tile, dinding tu dah bertile warna hijau. Nak tukar tile lain macam tak payah je. Tile pun tak ada cacat cela. Untuk bagi tambah seri dan nampak cerah, saya pilih moroccan tile style wallpaper yang nampak macam tile dan berlatarbelakang kan warna putih. Nampak kena lah juga dengan dinding dapur putih dan table top warna pink.

Moroccan Style Kitchen Wallpaper

Masa nak beli dah ukur siap-siap. Panjang tu saya beli 3 meter sebab nak guna 2 meter lebih je. Cuma satu bahagian tu je saya nak tutup, tepi yang masih ada tile hijau yang asal tu saya tak nak tutup. Cuba juga nak tutup guna wallpaper tapi leceh betul nak pasang pun. So letak satu side je belakang dapur memasak.

Itupun ambil masa juga nak pasang tu. Berpeluh gak lah kami berdua nak pasang bagi nampak betul-betul ikut lebar tile. Tapi itulah dinding yang ber tile tu bukan betul betul ikut ukuran pun. Dah elok ngam ngam ikut garisan tepi, garisan atas pulak senget. Aduhaii...hampir give up nak melekat wallpaper ni.

Dah pasang, cantik berseri sudah dapur comel saya ni. Lebar dia memang tak cukup. Nekad je beli walaupun tahu tak cukup lebar nak tutup full tile tu. Takpe, kita boleh adjust dia kan. Decide untuk tutup bahagian atas, bawah biarkan ada nampak tile hijau tu. 

Bawah tak obvious sangat nampak tak tutup tu. Kan? Cerah sikit dapur sekangkang kera ni. Ada modal nak pasang cooker hood. Dah lama berhajat tapi tak pasang pasang lagi. Buat masa ni guna exhaust fan tepi atas tu.

Bukan apa, pasang cooker hood lagi bagus dapat serap minyak masakan yang bertebaran di udara tu. Kurang sikitlah dapur berminyak. Tak ada cookere hood, lepas masak kenalah lap segala minyak tu.

By the way, saya memang beli moroccan style kitchen wallpaper ni khas untuk kitchen. Sticker jenis tebal, tahan lasak, kalis air, boleh lap kotoran dan tahan lama pakai. Memang sesuai untuk kitchen. 

Selain tu sticker ni boleh guna guna untuk lantai dan dinding bilik air. Nak bagitahu wallpaper ni betul betul tahan lasak dan tahan lama lah gitu. 1 meter RM8.90. Pada saya berbaloi lah. Beli 3 meter untuk tutup bahagian yang perlu je.

Nampaklah ruang cantik sikit kat dapur ni. Decoration pun minimalist je. Guna Dish rack BYGEL rail IKEA (no longer available or produced) sejak tahun 2015 tu untuk meminimakan penggunaan ruang dapur yang secomel ini. 

Kalau berkenan, cari je kat shopee 'Morocco Wallpaper'. Nak tahu tak, lepas saya dah dapat wallpaper idaman nun jauh dari China tu. Bila membelek semula shopee local seller, dia baru restock pattern wallpaper yang saya nak tu. Aduh, sakitnya tu disini.

Walaupun harga dia lebih sikit lebih kurang RM10/1 meter. Dapat local seller lagi bagus tak payah tunggu lama kan cerita dia. Takpelah, dah beli dan pasang pun. 




Cara Mudah WhatsApp Tanpa Save Nombor

Okay fine, baru tahu cara WhatsApp tanpa save number. Mungkin ramai yang dah tahu. Saya ketinggalan sikit. Selama ni kalau nak WhatsApp orang lain kena save dulu nombor, baru WhatsApp. Kan? Sekarang dah ada cara mudah WhatsApp tanpa save nombor pun. Better!

Terutamanya kalau nak membeli barang online bukan dari applikasi shopee ke lazada ke. Jenis kena contact seller yang hanya tinggalkan no phone di facebook atau instagram tanpa link memang agak leceh sikit lah.

Nak tak nak kena save juga nombornya baru boleh WhatsApp. Bila dah ada cara WhatsApp tanpa save nombor secara tak lansung memudahkan kerja kita lah untuk contact seseorang dalam jangka pendek. Hanya perlu copy paste je nombor orang yang kita nak WhatsApp tu.

Cara Mudah WhatsApp Tanpa Save Nombor

Cara mudah WhatsApp tanpa save nombor

1. Pergi ke website : https://easymessage.app/
2. Masukkan nombor telefon yang kita nak WhatsApp tu (boleh copy and paste je)
3. Click start and chat WhatsApp
* Jika gunakan PC, click continue to chat dan pilih use WhatsApp Web
* Jika menggunakan handphone, akan direct terus ke aplikasi WhatsApp 

Atau kalau tak ingat website easy message tu, boleh je download siap-siap apps untuk WhatsApp tanpa save nombor. Dalam website yang sama di atas, click je download the app. get it on Google Play atau download on the App Store.


Ikutlah mana yang mudah untuk kita buat. Notification privacy policy WhatsApp yang baru pun asyik muncul je. Sampai ke sudah belum accept lagi. Pangkah dan pangkah sampai lah tak boleh pangkah dah. 

Drama Sayap Bagimu

Sayap Bagimu, drama akan datang bersiaran di TV3.  Drama sayap bagimu menampilkan gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana dibawah arahan Low Ngai Yuen.

Drama Sayap Bagimu TV3

DRAMA SAYAP BAGIMU

Jumlah episod : akan dikemaskini
Mula tayangan : akan dikemaskini
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Kasuma Satira
Pengarah : Low Ngai Yuen

PELAKON DRAMA SAYAP BAGIMU

  • Alif Satar sebagai Alif Adnan
  • Siti Nordiana sebagai Kak Siti
  • Mark Adam sebagai Mark Fikri
  • Intan Ladyana sebagai Intan Hashim
  • Eizlan Yusof sebagai Eizlan
  • Vanidah Imran sebagai Tengku Vee
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Auntie Faz
  • Kasuma Satira sebagai DK
  • Azzam Sham sebagai Azzam Bukhari
  • Aznie Azmi sebagai Aznie Hamzah
  • Siti Shahiedatul Shahreena sebagai Shareena
  • Izzue Islam

SINOPSIS SAYAP BAGIMU

Akan dikemaskini

Brownies Tower Decoration Untuk Birthday

Ye, brownies lagi. Haritu brownies red velvet oreo. Sekarang brownies tower. Tapi brownies ni hanya mampu dilihat dari jauh je. Sebabnya order untuk kakak nun jauh di Johor.

Musim pandemik ni nak meraikan harijadi keluarga secara maya je lah. Paling tidak pun, hantarkan kek atau makanan secara online je. Semalam 8 Julai, hari jadi kakak. Sempatlah beberapa hari sebelum tu saya order brownies tower untuk birthday kak.

Order dekat-dekat je sebab senang nak hantar pun. Mulanya nak order kek brownies biasa tu je. Tapi lepas scroll scroll gambar yang diberikan, tertarik dengan brownies tower birthday pulak. Cara susun brownies tower tu cantik je. Jadi brownies tower decoration nampak lebih menarik.

Gambar brownies tower yang dikirimkan melalui whatsapp oleh baker. Awal awal dah pesan nak gambar lepas dah siap. Cantiknya alahaiii... Ini yang rasa nak order untuk diri sendiri jugak ni.

Brownies Tower Decoration Untuk Birthday
credit photo : @ojaa.a


Harga Brownies

Semua brownies yang dijual bersaiz 10’. Harga Biasa RM36, Add on Cadbury RM38 dan  harga brownies tower RM45. Harga dia boleh tahan murah juga kan. Dengan cara susun brownies tower tu kemas dan terletak elok je. Berbaloi lah tu.

Idea yang menarik buat brownies tower ni untuk :
  • brownies tower decoration
  • brownies tower birthday
  • brownies tower hantaran
  • brownies tower for wedding

Lebih pratikal juga memilih brownies sebab dah siap siap dipotong. Tinggal ambik dan ngap je. Balik nanti nak jugak order untuk diri sendiri. Sebelum ni balik kampung nak order tak dapat sebab kena order sehari awal macam tu. 

Nak order last minit memang tak dapatlah. Siapa pulak yang suka buat kerja last minit kan. Memang kena order awal.

Brownies ni anak anak buah je lah yang suka makan. Jadilah makan ramai ramai sempena birthday ummi dorang.

Orang Segamat bolehlah order kat instagram @ojaa.a atau @saycheese_ee

Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Pembuka Selera

Dalam peti ais tak berapa nak ada stok barang basah. Selagi ada barang, tak payah keluar restock. Ada ikan kembong 2 ekor, isi ayam sikit dan udang. Terus blur tak tahu nak masak apa. Nak cepat, malas nak tunggu defrost buat sambal ikan bilis belimbing buluh je lah dengan goreng telur mata.

Boleh je sebenarnya defrost guna microwave. Tapi itulah selera ke sambal pulak. Dengar menu sambal tumis ikan bilis belimbing buluh pun dah boleh buat kecur air liur dah kan. Husband pun okay je lauk simple simple ni.

Bahan bahan buat sambal ikan bilis denngan belimbing buluh pun tak banyak. Bahan utama dia bawang besar, cili api, ikan bilis dan belimbing buluh semestinya. Garam sikit dan gula sebagai pelengkap rasa.

Saya suka juga letak hirisan bawang besar untuk menumis dan juga ikan bilis goreng pada akhir masakan. Sambal ikan bilis ni sedap digoreng garing.

Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh

                      resipi sambal petai ikan bilis

Sambal ikan bilis belimbing buluh ni jadi sedap bila ada digoreng garing dan ada hangus-hangus sikit. Saya suka macam tu. Kemudian goreng telur mata dia punya kombinasi hidangan.

Inilah dia lauk pembuka selera. Tahu tahu terlebih berselera menambah nasi. Sambal ikan bilis belimbing buluh saya buat lebih sikit dan masak lebih lama sikit sampai kering. Jadi, dia tahan lama dan boleh simpan lama juga.

Ada ubi kayu, boleh juga masak ubi rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis belimbing buluh ni. Sedap betul!


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu