Responsive Ad Slot

Drama Dayang Senandung

Dayang Senandung, sebuah drama melayu siri terbaru lakonan Wani Kayrie, Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Hun Haqeem dan ramai lagi. Drama Dayang Senandung episode 1 mula ditayangkan pada 11 Julai 2021 pukul 12 tengah malam di TV Okey setiap hari.

Drama Dayang Senandung TV Okey

DRAMA DAYANG SENANDUNG

Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 11 July 2021
Waktu siaran : 12 tengah malam (Isnin-Ahad)
Siaran TV : TV Okey (RTM)
Penulis skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Chad Abdul Rahman
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

SINOPSIS DAYANG SENANDUNG

Mengisahkan tentang Tanjung (Wani Kayrie) dan Kamalia (Scha Elinnea) menghabiskan segala wang simpanan yang diberikan oleh arwah Damak kepada mereka. 

Drama Dayang Senandung ini juga berdasarkan kisah dongeng Dayang Senandung, seorang puteri yang disumpah berkulit hitam sejak dilahirkan.

PELAKON DAN WATAK

  • Wani Kayrie sebagai Dayang
  • Rozita Che Wan sebagai Siti Tanjung
  • Scha Elinnea sebagai Kamelia
  • Shah Iskandar sebagai Damak
  • Syura sebagai Puspawangi
  • Hun Haqeem sebagai Fannan
  • Nafiez Zaidi sebagai Andhika
  • Jasper Supayah sebagai Sonia
  • Fendi Seman
  • Delimawati
  • Fathia Latiff

Drama Dayang Senandung pernah terpalit kontroversi isu diskriminasi warna kulit  dan netizen membuat petisyen mendesak untuk hentikan produksi drama dayang senandung. Sedia maklum ini bukanlah drama pertama mengetengahkan watak gadis berkulit hitam.

Sebelum ni ada juga drama bertajuk Dayang Senandung Si Dayang lakonan Almy Nadia yang perlu berkulit hitam sama seperti lakonan Wani Kayrie. Ada juga telefilem Awang Senandung lakonan Hairul Hazreen yang disumpah menjadi hitam.

Seperti yang kita tahu, Dayang Senandung adalah sebuah Kisah Lagenda dimana seorang Puteri Raja yang disumpah menjadi hitam sejak kecil. Dia berkahwin dengan Putera Raja dan tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli ibu mertua yang sangat bencikannya. Pada suatu hari ketika suami Dayang Senandung keluar ke negeri lain.

Ibu mertuanya mengarahkan orang-orang istana untuk membawa Dayang Senandung ke hutan untuk membunuhnya dan sebagai bukti, pengawal istana perlu bawa pulang hati Dayang Senandung. Begitulah kisahnya.

Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Sejak viral aiskrim Nestlé coconut gula melaka suatu masa dulu, baru sekarang lah ada rezeki berpeluang merasa. Punyalah laku keras aiskrim kelapa gula melaka ni. Tak pernah nak jumpa bila ada peluang membeli barang.

Beberapa hari lepas husband beli barang, dia nampak aiskrim coconut gula melaka ni terus beli untuk saya merasa. Mungkin zaman populariti dia dah tenggelam sikit. Jadi, ada lah stoknya. Alhamdulillah finally dapat juga setelah lama teringin nak makan.

Lambat merasa takpe, asalkan merasa juga.

Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Harga aiskrim coconut gula melaka ni RM9.++ untuk 1 tub beli di Zemart. Ada yang RM8.++ bergantung setiap kedai. Bukan harga standard semua kedai/mall. Tak silap saya, hanya ada 1 saiz tub je. Tak tahulah kot ada saiz bekas atau jenis yang lain.

Tekstur aiskrim coconut gula melaka ni halus dan lembut. Dari segi rasa dia pulak rasa gula melaka. Of courselah kan. Ada pahit pahit sikit, kurang manis dan ada rasa lemak lemak kelapa sikit. Just nice lah kot rasa dia. Tak ada rasa yang pelik.

Aiskrim Coconut Gula Melaka Nestlé

Kami berdua suka dengan rasa aiskrim nestle coconut gula melaka ni sebab tak berapa nak manis sangat. Ditutupi dengan rasa pahit pahit lemak. Mungkin sejenis yang suka perisa gula melaka macam kek pandan gula melaka tu. 

Saya expect warna aiskrim ni warna hijau macam pandan gula melaka. Lupa namanya coconut gula melaka. Jadinya nak expect warna apa lagi selain warna gula melaka versi pudar. Kah! Lain kali baca betul betul Fiza oiiiii...

Dapat Dah 1st Dose Appointment Vaksin

Tepat jam 9:08 malam, 12 Julai 2021 bunyi notifikasi message dan disusuli notifikasi MySejahtera. Dari skrin dah dapat baca teks yang dihantar.

RM0 CITF: Sila semak butiran temujanji vaksinasi COVID-19 untuk No K/P berakhir **** di MySejahtera, www.vaksincovid.gov.my, atau telefon 1800-88-8828

Tiba-tiba rasa berdebar lain macam pulak membaca. Dah dapat tarikh vaksin 1st dose ke ni? Terus buka aplikasi MySejahtera. Tak tahu nak cuak ke nak happy. Mixed feeling betul atau overthinking sangat tak tahu lah.

Pendaftaran vaksin covid 19 online melalui aplikasi MySejahtera.27 Februari 2021. Selepas 4 bulan lebih menunggu baru sekarang saya  mendapat. Mungkin sebab kes di Negeri Sembilan laju je naik 2 minggu nni. Bagus jugalah dipercepatkan. Hari-hari dok check MySejahtera.

1st Dose Appointment Vaksin

Okay fine, dah dapat tarikh suntikan vaksin yang pertama pada 16 Julai nanti di USIM. Dapat sama tarikh dan tempat dengan husband. Tapi boleh pulak dia dapat pagi, saya dapat petang.

Ahh sudahh nak kena pergi dua kali pulak kesana. Saya pun saja tanya kat helpdesk kot boleh tukar sama waktu. Tapi kena tunggu 5 hari pulak dorang nak membalasnya. Takpelah, confirm je lah.

In case dapat pergi sekali dan waktu sama lebih memudahkan kerja. Nak kena pergi dua kali agak leceh lah jugak kan. Almaklumlah Seremban nak ke nilai Selangor tu kan jauh tu nak kena rentas negeri. Eh!

Apa yang bermain-main dalam kepala ni risau tentang kesannya selepas dicucuk vaksin tu. Macamana pengsan ke apa ke nanti. Sampai macam tu sekali terfikir. Memang macam tu lah kot setiap orang fikir kan. Dia punya debaran tu tak senang duduk dibuatnya bila dapat 1st dose appointment vaksin ni.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap harap cepat lah segala proses. Sejenis tak suka nak menunggu lama-lama. Penat menunggu tu tak tahan tu.



Telefilem Rahsia Malam Jumaat

Rahsia Malam Jumaat, telefilem cerekarama TV3 2020 ulang siaran pada Sabtu ini 17 Julai 2021, jam 9:00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem rahsia malam jumaat menampilkan lakonan Janna Nick, Elfira Loy, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Cerekarama TV3

TELEFILEM RAHSIA MALAM JUMAAT

Waktu siaran : 17 Julai 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
Genre : Seram Komedi

SINOPSIS RAHSIA MALAM JUMAAT

mengisahkan tentang dua beradik iaitu Hana(Janna Nick)  dan Nani (Elfira Loy) balik kampung melawat ibu dan adik mereka. Semasa mereka pulang ke kampung, sedang kecoh tentang isu pembunuh bersiri. 

Pada satu malam, ketika Hana dan Nani pulang dari menonton konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dalam sebuah lubang di tepi jalan. Mereka ingin membantu tapi bila melihat pakcik itu kaku, mereka sangka kan mayat. Masing masing terus gelabah.

Mereka tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur semula. Akan tetapi, sejak peristiwa itu mereka sering diganggu oleh lembaga lelaki berbaju putih.

Bila sering diganggu, Hana dan Nani dah tak tahan lagi dan cuba menyiasat. Berjaya mereka menyiasat dan apakah rahsia pada malam Jumaat?

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Hana
  • Elfira Loy sebagai Nani
  • Azlee Khairi sebagai Muaz
  • Zila Bakarin
  • Danish Hazriq
  • Kamarool Hj Yusoff

Diskaun Bil Elektrik 2021

Seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), bermula Julai ini TNB akan memberikan diskaun bil elektrik 2021 antara 5 hingga 40 peratus dalam tempoh 3 bulan. 

diskaun bil elektrik 2021 PEMULIH

Rebat elektrik 2021 ini diberikan untuk pengguna domestik dan juga bukan domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi secara bersasar. 

5% diskaun diberikan kepada pengguna elektrik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah yang akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan TNB.

10% diskaun diberikan sehingga 31 Disember ini kepada pengguna elektrik di enam sektor perniagaan terpilih menerusi inisiatif Pemerkasa Plus iaitu :
  • pengendali hotel
  • agensi pengembaraan dan pelancongan
  • kompleks beli-belah
  • pusat konvensyen
  • taman tema
  • pejabat syarikat penerbangan tempatan

Diskaun bil elektrik ini sekurang kurangnya dapat membantu mengurangkan kos bil elektrik tinggi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sedia maklum, bil elektrik PKP tinggi disebabkan kita semua duduk di rumah je.

Jadi penggunaan barang elektrik sudah tentu lebih daripada biasa. Sebelum ni juga ada diskaun bil elektrik semasa PKP dibawah program Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan. Lega juga lah ada rebat. Tak perlu bayar bil elektrik sebulan masa PKP1.0 haritu. Siap ada negative lagi tu.

Syukur jugalah bila ada diskaun bil elektrik PKP3.0 juga. Sedikit sebanyak mengurangkan beban kita nak membayar bil elektrik tinggi ni. 

baca juga : punca-punca bil elektrik tinggi
                      cara bijak jimat elektrik

Diskaun bil elektrik pemulih untuk penggunaan elektrik bermula 1 Julai 2021. Selain itu, penangguhan pemotongan bekalan elektrik akan diberikan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 September 2021.

Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra Online Bermula 12 Julai 2021

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), pencarum KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-Citra. Ikut jadual asal, tarikh permohonan i-Citra KWSP 2021 pada 15 Julai tapi telah diawalkan.

Pencarum KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra online bermula 12 Julai 2021. Pemohon boleh membuat pengeluaran maksima sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 ribu sebulan untuk tempoh 5 bulan. 

Ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Syarat permohonan i-Citra

  • Baki minimum dalam akaun KWSP berjumlah RM150.
  • Pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Pencarum perlu meninggalkan baki dalam akaun sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya dilakukan.

Permohonan dan Semakan i-Citra 2021

Permohonan i-Citra KWSP online boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 di laman sesawang : icitra.kwsp.gov.my

Cara permohonan i-Citra

1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda  melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan      Keselamatan.
4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
     A : Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
     B : Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk.
5. Tekan TERUSKAN.
6. Lengkapkan Maklumat PemohonMaklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat dan tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.

Untuk Semakan status permohonan i-Citra juga turut boleh dibuat dalam pautan web yang sama di atas.

Kesimpulan Permohonan i-Citra Online 2021

Tarikh permohonan i-Citra online : 12 Julai 2021
Jumlah pengeluaran maksimum i-Citra : RM5000
Tarikh akhir permohonan i-Citra : 30 September 2021

Telefilem Ting Tong Love

Ting Tong Love 2020 full movie akan bersiaran sekali lagi pada Sabtu, 17 Julai 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Telefilem Ting Tong Love lakonan Naqiu dan Scha Al-Yahya di bawah arahan Hadith Omar.

Telefilem Ting Tong Love Astro Citra

TELEFILEM TING TONG LOVE

Waktu siaran : 17 Julai 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Hadith Omar 
Produksi : Darkwave Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TING TONG LOVE

Hairi sering didesak ibunya untuk berkahwin kerana telah lanjut usia. Ibunya telah memperkenalkan dengan ramai gadis tapi masih tidak menepati ciri-ciri yang Hairi mahukan. Atau dia sendiri tak fikir untuk berkahwin.

Naina, seorang gadis yang membantu ibunya menjual ikan di pasar. Mereka berdua sering diburu pengutip hutang kerana ibu Naina suka meminjam wang. Satu hari, Hairi mengikut ibunya ke pasar dan telah bertemu dengan Naina.

Bosan dengan desakan ibunya untuk berkahwin, Hairi akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan syarat dia boleh memilih jodohnya sendiri.

Hairi mula kenal dengan Naina. Hairi juga bersetuju untuk membantu Naina melunaskan hutang dan Naina pula perlu menyamar menjadi calon isterinya.

Apa akan jadi akhirnya?

PELAKON DAN WATAK

  • Naqiu Boboy sebagai Hairi
  • Scha Alyahya sebagai Naina
  • Aleza Shadan sebagai Datin (ibu Hairi)
  • PS Mansur
  • Alynn Techen

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu