Responsive Ad Slot

Bungkusan Apa Lagi

Pin pin! Abang Courier datang lagi. Satu lagi bungkusan keriangan sampai. Husband pelik, bungkusan apa lagi lah tu dapat. Lepas satu, satu lagi muncul. Rezeki bulan Julai dapat hadiah macam-macam. Alhamdulillah.

Rupanya bungkusan kiriman hadiah daripada blogger Ako Tetap Ako, Blog Anak Omak 6 a.k.a Kak Ret via famsy. Saya pasti semua orang dah kenal Kak Ret. Saya tengok ramai juga dah update hadiah yang mereka dapat dari Kak Ret. 

Sempena bulan kelahiran Kak Ret, bulan June. Kak Ret berkongsi rezeki bagi top commentators Jun hadiah juga. Apa yang saya dapat adalah personalized zipper pouch canvas bertulis :

BE THE
reason
............
SOMEONE
smiles
TODAY

Berserta nama saya, Fizah. Jarang orang panggil saya Fizah. Biasa, Fiza atau Pija. Kalau ada yang panggil dengan ada huruf h dia jadi Pizah. Jadi, bila nama Fizah dah tahu KakRet yang panggil. Hehehe...

Hopefully saya dapat membahagiakan semua orang. Aaminn....

Seronok betul dapat beg pouch yang comel siap ada nama lagi. Special dan limited edition. Kain canvas dia tebal. Boleh buat beg travel makeup. Letak dalam beg telekung. Walaupun tak tahu bila boleh travel entah. Simpan dulu. 

personalized zipper pouch canvas Famsy

Terima kasih banyak-banyak Kak Ret. Hadiah kedua terima dari Kak Ret selepas hadiah kurma safawi sebelum Ramadhan hari tu. Kak Ret memang selalu belanja hadiah pada blogger lain. Naik segan pulak kita tau!

Jadi kita balas dengan kerajinan singgah blog Kak Ret dan komen-komen. Meriahkan kotak komen dan tambahkan trafik blog macam tu. Harap tak ada salah faham lah. Risau pulak kita asyik dapat hadiah. Orang memberi kita merasa. Begitulah kata pepatah.

Gift Card

Terima kasih sekali lagi Kak Ret. Rasa tak cukup nak ucap terima kasih.  Blog Kak Ret juga buat saya terhibur dengan gelagat Uyum. Selain menghiburkan Nina dia, menghiburkan pembaca juga tau.

Selain tu, banyak makanan sedap, kisah travel dan macam-macam lagi ada dalam blog Kak Ret tu. Rugi tak singgah Blog Anak Omak 6 ni. Jom kita singgah!

Berjuta terima kasih Kak Ret, be the reason someone (me) smiles today dapat hadiah dari Kak Ret ni.

Bungkusan Jauh Dari Penang Selamat Tiba

Seperti yang telah diberitahu dalam email bertarikh 13 Julai. Bungkusan untuk saya telah dikirimkan berserta tracking number untuk memudahkan saya track parcel. Bila saya track masih belum masuk dalam sistem.

Lepas tu taklah track semula. Hampir lupa juga nak check. Lebih kurang pukul 10 pagi 14 Julai esoknya tu dapat sms text "Pos Laju is delivering your parcel today". Baru teringat nak check tapi bila dah tahu kita stand by je lah. Tak payah check dah.

Lebih kurang pukul 3 lebih macam tu, pos laju pun sampai hantar bungkusan jauh dari Penang. Lewat dari jangkaan saya sebab ikut kebiasaanya courier pos laju akan sampai tengahari atau pukul 1 lebih macam tu. J&T pulak pukul 3 ke atas.

Gdex dan DHL akan call dulu sebelum sampai. Dah boleh hafal dah tapi tak tepat pun sebenarnya. Ikut waktu dorang lah nak hantar bila pun. Asalkan barang sampai dengan selamat. Terima kasih Abang Courier.

Saya terima bungkusan agak besar. Tak sabar nak bukak! Dapat bungkusan pun dah boleh buat hati berbunga-bunga dah kan. Apatah lagi tengok dalam bungkusan tu.

Ada macam-macam dalam bungkusan. 
  • Canvas sling bag Living Travelling Share
  • Buku Ustazah zaman dulu-dulu
  • Penanda buku
  • Acrylic keychain dengan tulisan nama saya, Fiza

Hadiah Dari Blogger Ujie Othman

Canvas sling bag Living Travelling Share warna hijau tu boleh buat sling beg (ada disediakan tali panjang) atau boleh je buat beg bimbit. Tengok beg ni terus terfikir nak buat beg travel telekung. Boleh ganti beg telekung baru. Macam ngam ngam muat tu boleh masuk makeup pouch sekali.

Buku Ustazah Dulu-dulu. Tajuknya menarik. Suka dengan kertas dalam tu warna kekuningan agak klasik macam buku lama-lama sesuai dengan tajuk dulu-dulu. Belum sempat baca lagi.

Personlized Acrylic Keychain

Dapat juga Acrylic Keychain yang comel ni. Cantik ada corak bunga lagi tepi tepi frame tu. Alhamdulillah..Terima kasih Blogger Kak Ujie Othman atas kiriman semua hadiah ni. Saya dapat sebab jadi top komentator Blog Titian Perjalanan sempena ulang tahun blog beliau sepuluh tahun.

Segan sebenarnya asyik terima hadiah je. Nanti ada yang kata komen nak hadiah pulak. Saya memang biasa komen banyak-banyak ke blog yang saya selalu singgah. Tak harapkan hadiah pun. Itu cara saya support blogger yang sudi singgah ke blog memandangkan saya jenis kurang join GA atau segmen. 

Andai kata dapat hadiah, itu rezeki. Kalau ada yang annoying bagitahu awal-awal. Nanti saya tak komen dah.

Alang-alang PKP ni ada masa, itu yang saya komen mana mana yang saya nak komen. Nanti bila dah sibuk, nak komen pun tak dapat. Boleh juga hilangkan rasa bosan bila berblogging dan blogwalking ni. Tak gitu. 

Singgah ke blog Titian Perjalanan pun tak akan bosan. Ada banyak ulasan tentang buku, jalan-jalan cari makan dan juga tempat tempat menarik yang Kak Ujie Othman. Paling suka bila Kak Ujie share pengalaman pergi tempat tempat bersejarah dan menarik yang kita jarang pergi. At least kita tahu kewujudan tempat tu.

Ada masa boleh singgah ke Blog Titian Perjalanan.  Ayuh!


Officially Bangsa Sinovac

Seusai sarapan pagi dan siap-siap. Gerak ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) pukul 7:45 pagi macam tu dan sampai sana pukul 8 lebih hampir ke 8 setengah. Traffik lancar sebab tak banyak kereta pun. PKP, ramai juga yang tak masuk office kan. 

Perjalanan ke USIM lancar ikut Highway LEKAS. Memang lekas lah sampai. Exit Highway macam biasa ada roadblock. Tunjuk temujanji vaksin je dan berlalu pergi. Sampai USIM, dekat pos pengawal pun dia check temujanji vaksin.

Parkir kereta masih banyak kosong lagi. Baru suku kenderaan memenuhi ruang parkir. Okaylah ramai macam tak ramai macam tu. Dari parkir nak menuju ke dewan tak jauh mana tapi mengah juga sebab dah lama tak berjalan kan.

Checkpoint 1 : Check samada ada pakai gelang kuanratin ke tidak. Yang pakai lengan panjang dia akan raba lah kot kot pakai gelang ke kan.
Checkpoint 2 : Check temujanji dalam apps MySejahtera
Checkpoint 3 : Tunggu kat khemah luar, ada taklimat ringkas sikit

Yang bertugas akan lepas baris by baris naik tangga ke dewan. Kena scan check in MySejahtera.

Checkpoint 4 : Tunggu luar dewan
Checkpoint 5 : Masuk dalam pintu dewan. Kat sini dorang akan bagi borang dan isi. Masa ni dorang suruh isi vaksin nama sinovac. Tapi kat luar dewan pun dah tampal siap-siap dah vaksin Sinovac.
Checkpoint 6 : Dah siap isi, masuk dalam dewan utama
Checkpoint 7 : Pendaftaran vaksinasi. Tanya tentang kesihatan samada ada alahan atau penyakit. Kat sini bagi borang dan ic
Checkpoint 8 : Persetujuan dan consultant kesihatan. Bagi borang dan IC.
Checkpoint 9 : Bilik vaksinasi. Scan vaksinasi QR code dan cucuk. Dalam bilik tu doktor perempuan. Sempat tanya doktor. Sakit tak? Doktor kata sakit sikit je. Okay fine. Dia kata saya akan cucuk vaksin Sinovac 0.5 ye. Macam cucuk tu ada lah rasa sakit sikit. Ye, macam gigit semut je.
Checkpoint 10 : Kaunter pemerhatian. Tanya kalau ada rasa apa apa kesan selepas disuntik dan dapat kad untuk second dose.
Checkpoint 11 : Duduk di tempat pemerhatian lebih kurang 10 minit.

Okay lepas tak ada apa-apa, keluar. Lepas tu barulah kita ambil gambar kat booth vaksinasi. Saya ambil gambar 1 booth je. Nak balik cepat kan. Tak kuasa nak berlamaan di luar. Setiap checkpoint pun tak ambil gambar. Ambil gambar kat booth je cerita vaksinasi saya.

Officially Bangsa Sinovac

Gigih pakai double mask, 3ply dan KF94. Selesa lagi pakai KF94 tu berbanding jenis fabric. Tengok orang lain rileks je pakai single mask tempat orang ramai. Kita punyalah risau.

Lepas pegang kad terus sanitize tangan. Cepat-cepat ambil gambar dan balik. Sakit perut plus mengantuk pun ada. Dok tahan sakit perut. Awal sangat breakfast meragam lah dia. Mengantuk pun satu hal juga. 

Pakai spek pulak, tak selesa dengan ber face mask. Kejap kejap cermin kelabu asap. Itu yang malas pakai spek bila keluar. Contact lens kebetulan dah expired tak ada stok baru. Kedai cermin mata tutup waktu PKP ni pulak.

Dia jadi tak ada mood. Lebih fokus nak settlekan vaksinasi cepat. Syukurlah semua proses laju je. Tak sempat nak bosan menunggu. Tak sempat nak terpinga-pinga nak kena buat apa lepas tu dan lepas tu. Lebih kurang 30 minit settle. 

Sebelum balik singgah beli nasi ayam untuk lunch. Stand by siap siap bekalan untuk lunch. Kot tak larat nak masak ke kan. Tapi sampai rumah sempatlah saya vacuum, basuh baju dan ampai baju. Masih larat lagi buat kerja rumah.

Kesan sampingan vaksin Sinovac

Alhamdulillah selesai dos petamo. Selepas beberapa jam ni tak ada kesan sampingan vaksin sinovac yang terlampau. Setakat kebas tangan sikit je. Kalau orang lain lapar lepas cucuk Sinovac tapi saya kurang selera makan pulak. Lain orang lain efek vaksin sinovac ni ye.

Lepas dah tidur, bangun tidur masih kebas tangan. Sebab tidur dalam air cond kot juga tu. Lepas tu sekarang okay dah. Husband pun macam tu juga. Kebas sikit je. Tak ada efek vaksin Sinovac yang lain. Harap sihat-sihat je lah. 1-2 hari ni kena rehat. 


Vaksin Sinovac

Teknologi: Menggunakan virus covid-19 yang dimatikan untuk mencetuskan tindak balas sistem ketahanan badan
Keberkesanan : 50.4 hingga 91.25  peratus
Proses : Fasa tiga ujian klinikal
Dos diperlukan : 2

Tak kisah vaksin apa sekalipun. Asalkan fungsi vaksin tu melindungi diri kita dari virus covid jahat tu. Ada je orang dok cancel sebab nak dapatkan Pfizer jugak. Macam-macam karenah ya. Arab Saudi pun dah iktiraf dan terima vaksin sinovac. So bolehlah buat menunaikan haji dan umrah nanti walaupun dapat vaksin Sinovac.

Kat USIM pun ada walk in vaksin. Katanya warga emas yang terlepas temujanji fasa I haritu boleh je walk in. Dorang bagi je katanya. Tapi bila fikir balik, susah juga kalau tiba tiba walk in disuruh balik sebab tak ada temujanji. Lepas tu takut stok vaksin tak cukup. Tak pasal penat datang.

Negara luar boleh je pilih jenis vaksin sebab negara dorang dapat bekalan stok banyak. Negara kita, apa yang ada apa yang dapat tu dah kira bagus dah. 

Yang belum dapat vaksin, bersabar lah ye. Saya register bulan February, bulan ni baru mendapat. Mungkin sebab juga kes negeri sembilan ni makin bertambah angka kes baru. Itu yang laju sikit kot. 

Syukur dapat juga cucuk vaksin sama waktu dengan husband. Sepatutnya saya dapat vaksin first dose waktu petang. Tapi bila ramai kata boleh je pergi sekali. Saya pun pergi sekali dengan husband. Alhamdulillah dapat sekali. Cuma bilik cucuk berbeza sebab dia termasuk ke barisan lain. 

Senang settle sekali tak payah nak pergi dua kali pagi dan petang. Dah boleh borak mandarin berdua dah. Eh! Gurau je.

Second dose selepas 21 hari, iaitu 6 Ogos nanti. 

Second dose Sinovac USIM


Jambu Batu Dan Serbuk Asam Tak Dapat Dipisahkan

Menurut kajian, kajian siapa saya tak pasti. Sebiji jambu batu mengandungi 4 kali ganda lebih banyak berbanding buah oren. 10 kali lebih banyak Vitamin A berbanding buah lemon.

Pendek kata, buah jambu batu mengandungi Vitamin A dan C yang tinggi yang boleh memenuhi 3 kali lebih keperluan seharian. Sejenis buah tropika yang kaya dengan nutrisi yang kita perlukan.

Siapa suka buah jambu angkat tangan. Yeay, boleh geng dengan saya! Sebelum ni saya pernah merasa buah jambu batu tanpa biji tapi tak kena dengan selera. Tetap nak juga buah jambu yang biasa. Ada biji pun takpe lah. Asalkan rangup.

Lagipun jambu batu biasa ni lebih murah berbanding jambu batu tanpa biji. Ingat lagi zaman sekolah dulu orang jual sepotong 20 sen je. Lepas tu letak serbuk asam extra. Kalau ada orang jual buah potong jambu batu mesti ada jual air buah jambu batu. Tapi tak pernah pulak beli air jambu. 

Minum air jambu batu merah pernah lah. Itupun yang minuman dalam kotak. Buah jamabu batu merah @pink guava tak pernah rasa yang buah fresh lagi. Macam jarang je jual kat Malaysia ni. Kan?

Jambu Batu Dan Serbuk Asam

Selagi ada stok serbuk asam, baki beli jeruk mangga asam boi haritu. Selagi itulah makan buah dengan serbuk asam. Jambu batu ni kalau tak ada serbuk asam macam tak sedap lah pulak kan. So dia punya nutrisi lari kemana agaknya? Cuba jawab kalau tahu.

Jambu Batu Dan Serbuk Asam

Suka dengan serbuk asam local produk. Tu yang nampak lain sikit. Homemade guna gula kasar agaknya. Pernah beli kat pasaraya tapi tak masin terlebih. Selalu letak serbuk asam sikit je lah. Hujung hujung sudu bagi ada rasa sudah.

Biji tu nak senang buang, gunakan sudu. Mudah dan cantik hasilnya.

Filem Mat Bond Malaya

Mat Bond Malaya, sebuah filem aksi komedi lakonan Naqiu, Elizabeth Tan, Azri Iskandar, Farid Halus dan ramai lagi. Filem Mat Bond Malaya adalah filem arahan Nabil Ahmad yang akan ditayangkan pada 20 julai 2021 di saluran Astro First 480.

Juga boleh strim Filem Mat Bond Malaya di Astro Go atau On Demand. Filem Mat Bond Malaya juga merupakan filem pertama terbitan syarikat produksi KMN Production milik Nabil sendiri bersama rakan kongsinya Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman.

Filem Mat Bond Malaya

FILEM MAT BOND MALAYA

Tarikh tayangan : 20 Julai 2021
Siaran TV : Astro First 480
Penulis Skrip : Nabil Ahmad
Pengarah : Nabil Ahmad
Produksi : KMN Production Sdn Bhd

SINOPSIS MAT BOND MALAYA

Dunia telah digemparkan dengan serangan virus Zombie. Mat Bond berusaha mencari penawar untuk virus ini. Adakah Mat Bond Malaya akan berjaya dan menjadi Superhero Malaya?

PELAKON MAT BOND MALAYA

Naqiu
Elizabeth Tan
Azri Iskandar
Riezman Khuzaimi
Farid Azmeir
Amyza Aznan
Reza Hasbi
Datuk Ramli MS
Aziz M.Osman
Aloy Paradoks
Syafiq Kyle
Ning Baizura
Didie Alias

Sebenarnya Filem 'Mat Bond Malaya' ni sebuah filem remake Filem 'Mat Bond' lakonan Mat Sentol yang pernah ditayangkan pada tahun 1967. Filem klasik tempatan hitam putih seperti ala-ala filem James-Bond. 

Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap

Semalam husband keluar untuk derma darah. Beberapa hari lepas dah dapat text reminder untuk derma darah selepas 3 bulan. Semalam kali ke 31 derma darah. Kali terakhir derma darah bulan April 2021 lepas dapat planner.

Semalam balik derma darah tak bawak apa-apa pulak. Paling tidak pun air kotak dan roti. Bajet tak ada agaknya kot. Takpelah, bukan itu tujuan derma pun. Derma darah untuk mereka yang memerlukan. Hospital pun dah banyak kekurangan darah sekarang.

Eh, bukan itu tajuk utama dia. Balik dari menderma darah, saya pesan beli cendol dan rojak. Maka, tak memasak tengahari lah kiranya. Senang kerja, saya boleh rehat dan buat kerja lain. Sempat juga berblogwalking lama sikit semalam. Sampai ke rumah Indonesia saya terjah.

Macam biasa, pilihan saya rojak mee dan cendol Haji Shariff. Alang-alang nak beli rojak beli cendol sekali. 

Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap

Cendol dipandang sepi tepi tu. Dah cair tak adalah gambar cendol. Nanti cakap air teh pulak. Selain rojak mee dan cendol, husband beli rojak kuih untuk dia sebab dia tak suka rojak mee. Rojak kuih tu macam pasembur lah. Beza dia tak ada mee je. 

Cucur dalam rojak mee ni saya suka sebab rangup, ada rasa udang dia. Tak kedekut timun, sengkuang pun banyak, taugeh pun ada. Menepati selera saya yang suka sayur lebih. Telur sebiji!

Kuah pulak pekat dan sedap. Sebelum ni macam saya tak suka sangat kuah dia. Tapi rasa macam sedap lah pulak kali ni. Boleh kira maintain sedap lah kot.

Rojak satu bekas RM4.50 dan cendol RM3. Mula mintak cendol RM4 tapi dia bagi diskaun pulak. RM3 je lah katanya. Alhamdulillah ada diskaun lagi tu. Jimat RM1.

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Apa itu Citrus/Sitrus? Sitrus berasal daripada bahasa Latin. Sejenis tumbuhan yang digelar mata kerbau ( C.medica) atau sejenis pokok konifer (Thuja). Di Malaysia, sitrus dipanggil 'limau' atau 'Limaw' dalam bahasa melayu yang berasal daripada akar Melayu-Polinesia Barat.

Bahasa Jawa, Bali dan Sasak pula menyebutnya 'limo'. Dikatakan mungkin juga perkataan 'limau' berkongsi asal-usul dengan nimbū dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud limau. 

Kemudiannya limau dan nimbū pula diserap ke dalam bahasa Parsi (dalam bentuk لیمو līmū), bahasa Arab (ليمون‎ laymūn), bahasa Portugis (lima, limão) dan bahasa Inggeris (lemon, lime)
sumber-wikipedia limau

Begitu banyak dia punya panggilan dan gelaran tapi tetap merujuk kepada buah yang sama, buah sitrus atau buah limau. Jenis buah buahan sitrus pula ada banyak. Boleh kaji senarai buah buahan sitrus jika rajin.

Tapi hari ni saya nak cerita Katlego sitrus dari South Afrika yang manis tinggi dengan vitamin C. Stok buah oren manis dah habis, saya mintak husband belikan stok buah oren lagi. 

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Siap-siap pesan beli buah oren yang ada lubang pusat tu. Tips/ Cara memilih buah oren yang manis. Sila semat dalam kepala supaya tak lupa.

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Husband beli sebungkus Katlego Sitrus South Afrika n. Kesemuannnya ada 5 biji buah sitrus yang saiznya sebesar tapak tangan. Berkali kali saya cakap besarnya buah oren ni. Macam jakun pun ada. Hahaha..Terjakun sebab tak pernah nampak in real buah sitrus sebesar itu.

Ke buah sitrus  tu saiz dia biasa je. Tapak tangan saya yang kecik agaknya. Abaikan. Paling tak sabar nak rasa buah sitrus ni. Betul ke manis bila pilih buah sitrus yang ada pusat berlubang ni?

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Ternyata cara itu tepat belaka. Ya, manis manis manissss bak kata lagu Siti Sarah tu. Isi sitrus dia macam buah limau abong tu. Hampir sebiji-sebiji isinya. Sedap makan limau macam ni. Cara potong buah oren tetap sama.

Nak pisahkan isi dari kulitnya pun mudah. Lagi senang nak makan macam tu. Rasa macam berbaloi betul beli buah sitrus manis, besar dan sedap ni. Harga dia saya tak pasti pulak. Dah beberapa hari pulak membeli. Lupa nak membelek resit.

Tapi kalau terjumpa katlego sitrus South Africa ni, mungkin awak boleh cuba kalau sejenis yang suka buah sitrus. Beli di pasaraya Zemart.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu