Responsive Ad Slot

Ayam Goreng Tepung Bestari, Lauk Berbuka Last Minit

Lebih kurang pukul 4 petang husband keluar beli barang. Nak beli ayam kononnya nak merendang sikit esok. Restock juga mana yang dah nak habis tu. Alang alang keluar beli sekali lah. Tak dapat beli ayam sekor. Beli je lah bahagian kepak. Asalkan ada ayam untuk rendang raya.

Dah balik rumah, dekat pukul6 dia tanya nak beli makanan ke nak masak. Mulanya saya rasa macam nak beli je sebab tak tahu nak masak apa dah. Ayam baru beli, kena bersihkan dulu semuanya simpan dalam bekas. Udang nak kena bersihkan juga. Barang barang lain kena sorting dalam bekas. Banyak kerjanya tu.

Dah pukul 6:30 petang. Saya cakap masak je lah. Nak order foodpanda pun macam tak ada yang menepati selera. Husband masak nasi dan saya goreng ayam. Kebetulan ayam dan udang dah siap bersihkan masa tu. 

Gaul dengan tepung bestari, panaskan minyak dan tunggu masak. Ini je lauk berbuka last minit yang saya terfikir nak buat. Sementara tunggu ayam masak, sambil tu mengemas apa yang patut. 

Bahagian kepak ayam ni kalau digoreng tak memerlukan masa yang lama. Kejap je masaknya. Udang pun sama. Sesuai lah untuk lauk last minit. 

Ayam Goreng Tepung Bestari

Dah jadi lauk tetap dah ayam goreng tepung bestari ni sebab ada sambal gesek tu. Kalau tidak, mungkin akan masak lauk berkuah atau bersambal. 

Resipi ayam goreng rangup mudah dan sedap

Senang juga ada tepung bestari ni. Tak perlu tambah apa dah. Saya biasa salut macam tu kering kering je. Tak ada tambah telur, tak tambah air dan tak tambah garam. Hanya guna tepung bestari ready to use tu je. 

Mudah je pun masak ayam goreng tepung. Resipi ayam goreng paling mudah dan sedap.

Semoga ada kerajinan nak masak rendang malam nanti untuk hidangan esok pagi. Ataupun bangun awal siapkan lauk rendang. Nak buat pulut kuning atau rebus nasi impit segera pun tak pasti lagi. Buat lebih sikit boleh bagi jiran sebelah.

Kat kampung dah siap lemang dan rendang. Aduhaiii..rindu nak balik kampung! Syahdu raya tak dapat balik kampung. Bertabahlah kita semua ye. Raya dibandar, raya cara kita. 

Resipi Rendang Kerang Frozen

Orang lain sibuk buat rendang daging, saya buat rendang kerang. Rendang kerang ni menu semalam. Harini saya puasa. Tapi tak terfikir nak masak apa lagi ni untuk berbuka. Separuh kerang frozen yang saya beli dan buat sambal kerang.

Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.

Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.

Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu. 

Ada juga rendang kerang tanpa santan. Tapi belum pernah lagi masak rendang tanpa santan. Macam tak feel pulak masak rendang tak rasa lemak santan. Ikut selera masing-masing.

Resipi Rendang Kerang Frozen

Resipi rendang kerang frozen

Cuci dan rebuskan kerang dengan serai, halia dan garam sikit. Dah masak, angkat dan toskan.

Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)

Cara masak rendang kerang

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda  *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  3. Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  4. Masukkan kerang dan kacau rata. Biarkan kejap. Baru masukkan air, santan, garam dan gula.
  5. Biarkan sampai kuah hampir kering. Sambil sambil tu kacau supaya bahagian bawah tu tak melekat hangit. Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata dan siap!
Rendang kerang makan dengan apa sedap ye? Makan dengan nasi pun dah menyelerakan. Sedap juga makan dengan pulut, ketupat atau lemang. Semua pun sedap lah.

Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.

Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan. 

TERbeli Baju Raya

Hari berganti hari, sedar sedar esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji/Hari Raya Korban. Tak terasa betul suasana raya sebab kita masih kena beraya diperantuan lagi tak boleh balik kampung. Tapi raya tetap diraikan.

Kes COVID-19 semakin menular, tapi masih ada yang belum sedar diri kesana kesini tanpa rasa bersalah. Ada yang balik kampung juga tu. Eh! Jangan ada pulak kluster Aidiladha. 

Ada urusan atau emergency tu lain cerita lah. Kita sabar sikit. Moga ada keajaiban tiba tiba COVID-19 pupus terus dari muka bumi ni dengan kuasa Allah.

Tahun ni ibadah korban dibenarkan mengikut SOP. Dapatlah mak mentua buat ibadah korban tahun ni. Sembahyang raya pun dibenarkan mengikut had. 

Persiapan Hari Raya Haji saya tak seberapa. Nak masak rendang ayam tapi ayam tak ada. Nak keluar semalam for sure lah ramai orang bersesak beli barang untuk raya. Andai rajin nak merendang, kena jugalah membeli. Kita sambut ala kadar apa yang ada je lah nanti. 

Tapikan...

Tak tahu lah kenapa tiba tiba TERbeli baju raya minggu lepas. Nampak cantik nampak padan je dengan baju melayu husband hari raya puasa yang lepas.  Raya puasa haritu tak dapat nak sedondon. Kita dondonkan hari raya haji ni. Baru padan sikit. 

Ada jugaklah feel raya tu walaupun sebenarnya jarang benar nak beli baju raya bila raya haji. Selalunya akan recycle baju raya puasa atau baju raya tahun lepas lepas. Itupun kalau baju tak mengecil. Hehe

Baju Kurung Kedah Bayu Somerset Lagenda 

Dapat juga tunaikan hajat hati nak sedondon baju raya. Susah juga nak cari warna kuning atau warna mustard. Tak pernah-pernah beli warna kuning. Ini kalilah pilih warna baju yang saya sendiri kurang minat. Tukar mood ceria.

Saya beli baju dari Bayu Somerset. Baju kurung kedah dengan corak apa entah. Absract? Macam corak batik garutan pun ada. Suka jenis kain cotton, selesa dipakai. Tak menyesal beli. 

Bukan apa, harga dia masih mampu milik. Tahu jelah harga baju raya zaman sekarang, tak cecah seratus lebih tak sah. Tapi yang saya beli bawah RM100. Selain tu shashalista pun baju raya murah juga.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, Krim Pelembap Water Based. Muka Pun Nampak Glowing

Hansaegee Nature, produk kecantikan Korea yang tengah popular sekarang ni. Mungkin ada yang pernah dengar nama Hansaegee Nature. Mungkin juga tak pernah tahu kewujudan produk jenama Hansaegee Nature ni.

Baiklah, Hansaegee Nature bukanlah produk baru. Kalau google hansaegee nature review, semua feedback positive. Lalu, kita pun teringin nak cuba jugak.

Paling teruja nak mencuba hansaegee nature aqua whitening cream yang dikatakan super moisture cream dengan water drops effect. Sebelum cerita panjang lagi hansaegee nature aqua whitening cream review ni, jom kenal dulu dengan produk hansaegee nature.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Didatangkan dengana bekas material plastik dengan double lid dan berkotak


Hansaegee Nature

Hansaegee Nature adalah produk kecantikan Korea yang berkualiti tinggi di import terus daripada Korea. Di Malaysia, Hansaegee Nature telah bertapak sejak 2011.

Hansaegee adalah gabungan daripada 2 huruf Korea iaitu “한국” dan “세기”menjadi perkataan “한세기” bermaksud Korea Century 韩国世纪.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Tak perlu risau sunburn, Aqua Whitening Cream kan ada!

Nak tanyalah jugak, apa ciri-ciri pelembap muka yang awak suka? Kalau saya suka jenis ringan, tak melekit dalam masa yang sama kulit rasa lembap. Tak kering walaupun selepas beberapa ketika.

Semua ciri-ciri tu ada pada Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Bukan hanya ringan, tak melekit dan lembap. Banyak lagi yang best dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni rupanya. Sila teruskan membaca...

Aqua Whitening Cream

Hansaegee nature aqua whitening cream adalah sejenis pelembap water-based whitening cream. Uniknya aqua whitening cream ni selepasa disapu dan digosok perlahan akan mengeluarkan titisan air di kulit muka. Automatik kulit akan lebih lembap dan nampak glowing alaa gadis Korea gitu.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Kandungan Aqua Whitening Cream

Camellia Japonica Seed Oil.
Non-comedogenic , tak menutup pori kulit dan tak menyebabkan jerawat
Mengekalkan kelembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Niacinamide, juga dikenali dengan vitamin B3
Memberikan kesan tona kulit cerah, mengawal minyak, bersih dan anjal.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Tekstur Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pekat dan ringan.

Tekstur Hansaegee Natue Aqua Whitening Cream

Kelebihan Aqua Whitening Cream

  • Pelembap yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
  • Melembap kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Merawat kulit kering dan rosak akibat sunburn
  • Membantu mengawal jenis kulit berminyak sebab hansaegee nature moisturizer tak menutup pori pori kulit (minimized pores)
  • Aqua whitening cream moisturizer mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit.
  • Tidak melekit walaupun berpeluh ketika cuaca panas.

Terpaling best bila sapu dan urut-urut sikit dia akan mengeluarkan titisan air. Part ni paling teruja sebenarnya bila pakai hansaegee nature aqua whitening cream ni. Siapa yang pernah pakai tu tahulah feel dia macamana.

Tekstur Hansaegee Natue Aqua Whitening Cream Water Dropped

Selepas memakai Aqua Whitening Cream ni auto nampak kulit muka basah basah lembap glowing gitu. Nampak jelas pori pori tak tertutup lansung. 

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Tapi bila menggunakan pelembap yang lain, jelas nampak pelembap tersekat pada pori kulit.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Bukan tu je yang buat rasa best pakai hansaegee nature aqua whitening cream ni. Bila pakai makeup, makeup akan lebih tahan lama dan lebih glowing semestinya. Best ke tidak? 

Cara Pemakaian Aqua Whitening Cream

Pakai Aqua Whitening Cream selepas cuci muka.
  • Calitkan aqua whitening cream pada kulit muka
  • Sapu rata aqua whitening cream
  • Urut perlahan-lahan
  • Titisan air akan keluar melembapkan kulit dan membasahi kulit muka.
  • Kemudian tepuk tepuk manja sampailah aqua whitening cream meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
Cara Pemakaian Aqua Whitening Cream

Saya akan pakai 2 kali sehari. Pagi sekali dann malam sebelum tidur. Bangun tidur kulit rasa lembut dan fresh je, tak berminyak.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Pelembap muka paling favourite. Kesimpulannya, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni selesa dipakai. Tekstur ringan, tak melekit, cepat meresap dan melembapkan kulit dengan lebih berkesan. 

Pengalaman Menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Pertama kali cuba krim pelembap lain dari yang lain. Serasi sangat dengan kulit muka saya. Suka tau bila kita sapu sapu dan urut tu keluar titisan air. Lepas tu kulit muka pun terus auto lembap. Sejenis krim yang cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit.

Kulit muka pun nampak lembap dan glowing. Paling best kalau pakai sebelum tidur tu, bangun pagi kulit muka rasa lembut, lembap dan tegang. Best kan macam tu. Kulit pun tak lah kering even tidur dalam air cond pun.

Tercari-cari pelembap yang best? Jom lah cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. 





Puasa sunat pada Hari Arafah

Mengikut kalendar Islam, tarikh puasa sunat Arafah 2021 di Malaysia adalah pada hari Isnin 19 Julai iaitu esok. Bersamaan 9 Zulhijjah 1442 Hijrah. Puasa sunat hari Arafah juga dikenali dengan hari wukuf yang merupakan kemuncak umat Islam menunaikan ibadah haji.

Agak sayu juga bila rakyat Malaysia masih belum berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ni disebabkan COVID-19. Harap ada rezeki juga nanti dapat menunaikan ibadah haji bila tiba masanya.

Puasa Sunat Hari Arafah
sumber : My Sumber



Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah adalah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Kelebihan puasa hari arafah

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: 
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى*
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

atau 
1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:“Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

sumber : facebook JAKIM

Jomlah kita berpuasa sunat Arafah esok. Ada yang dapat buat straight puasa dari 11 Zulhijjah hari tu, Alhamdulillah. 

Selamat berpuasa dan semoga Allah menerima ibadah kita. Pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji.

Resipi Sambal Kerang Guna Kerang Frozen

Bahaya betul bila tengok media sosial ni. Bila mata banyak memandang makanan sedap. Mengundang betul rasa nak makan tu. Husband tengah tengok video Dato' Hattan masak sambal kerang. 

Tiba-tiba dia bersuara “macam sedap je nasi lemak sambal kerang”. Eh eh macam nak suruh kita masak je tu?

Nak ke? Pelawa saya. Beli lah kerang, saya sambung lagi. Esoklah katanya. Waktu pun dah pukul 5 petang macam tu. Macam okay jugak kalau masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam. Kan? Lagipun macam lama tak masak nasi lemak.

Saya pun jengah lah facebook page taman rumah. Kot kotlah ada jual kerang fresh atau kerang frozen. Saya pun belek lah satu satu penjual yang ada. Tengok macam elok je kerang frozen tu.

Terus laju-laju contact pembekal isi kerang frozen tu. Harga isi kerang RM30 sekilogram. Charge delivery RM5 dari Rembau katanya. Okay bayar je lah. Malas banyak cito (baca : cerita). 

Lepas tu dia hantar lebih kurang pukul6 lebih. Mujur cepat sampai. Dapatlah saya masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam sebelum maghrib.

Resipi Sambal Kerang Mudah

Besar besar isi kerang dan elok semuanya. Tak ada pun berbau ke apa. Lagi mudah kerja masak kerang frozen. Tinggal cuci dan masak isi kerang yang dah tersedia.

Harga Isi Kerang Frozen
banyak juga 1 pek sekilo ni. 2 kali masak


Cara melembutkan isi kerang frozen

Apa yang saya tahu, kena rebus kerang dengan serai, bawang dan letak garam sikit. Bila dah mendidih angkat dan letak dalam bekas ais. Nanti kerang nampak fresh dan tak kecut.

Resipi Sambal Kerang
gambar gegar pun jadi lah ye


Resepi sambal kerang masak cara Fiza

1/2 kilo kerang frozen
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji hiris)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 sudu cili kisar
1/2 sudu pes asam jawa
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Cara masak sambal kerang
  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar kemudian bila dah naik bau masukkan bahan blender (bawang besar dan bawang putih)
  2. Bahan tumis dah naik bau dan garing sikit, masukkan cili kisar. Kacaua rata dan biarkan sampai garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan 1/2 sudu pes asam jawa adabi, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Biasanya saya letak garam sikit je sebab sos dah ada rasa sikit.
  4. Masukkan kerang dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak. Hampir masak saya tambah sikit hirisan bawng. Dah kering sikit angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah dapat tunaikan permintaan orang yang teringin makan sambal kerang tu. Makan tak pandang kiri kanan dah. Saya hidangkan dengan nasi lemak guna santan separuh kotak, letak daun pandan dan sedikit garam. 

Letak beras berisi air dalam mangkuk guna kaedah double boil letak dalam periuk nasi. Masak cukup cukup so dia tak akan menambah dan membazir gitu sebab tak ada nasi yang akan menjadi kerak.

baca juga : cara masak nasi tanpa kerak dan membazir

Saya gorengkan telur mata, ikan bilis goreng rangup dan hirisan timun. Food plating tak berapa nak menyerlah sebab nak cepat makan ada orang dah lapar. Entah mana mana lens focus entah.

Nasi Lemak Sambal Kerang

Sedap juga masak kerang frozen ni. Ingatkan kerang frozen liat, rupanya tak lah seliat yang disangka kan. Liat tu ada lah tapi tak semua. Dalam seketul dua tu adalah rasa sikit. Bukan tak ada lansung. Standard lah kan.

Kerang frozen tahan berapa lama agaknya ya? Selagi mana kita simpan dalam peti ais sejuk beku tu, selagi itulah dia elok untuk dimasak. Kan? sama konsep dengan bahan basah yang lain.

Kerang ni payah nak jumpa. Kalau jumpa kira rezeki dah tu. harga sekilo pun dah mahal. Lepas ni beli kerang frozen je lah senang kerja tak  perlu mengopek isi kerang. 

Isi kerang masak apa sedap selain sambal kerang? Sedap juga masak tumis pucuk paku kerang, campurkan dalam mi kari, kuetiau goreng dan masak rendang kerang pun sedap.. Asal ada kerang, pasti sedap.

Area Seremban dan berdekatan boleh contact pembekal kerang Ibrahim : 019-3733505

Sizzling Yee Mee Yang Menyelerakan

Lepas tertengok entri sizzling yee mee kak LZ, terus saya buat sizzling yee mee untuk dinner malam tu. Kebetulan baki sizzling yee mee masih ada 3 pcs lagi dan cendawan shiitake kering pun ada stok lagi. Malam tu saya pun buatlah untuk dinner.

Gambar tak seberapa sebab hanya bergantung harap pada lampu softbox tu je. Mee pun gelap. Jadi kelam sikit gambarnya. Asalkan masih nampak rupa sizzling yee mee bukan mee maggi. Nak buat food plating lawa sikit pun pemalas tiba-tiba. 

Sizzling Yee Mee

Sejak dah pandai masak sizzling yee mee memang tak makan dah sizzling mee kat luar. Resipi pun guna resipi sizzling yee mee mudah. Saya pernah update tahun 2014 lamanya. Tapi gambar tak ada dah dalam entri tu.

Masa tu ada account google+ yang banyak delete gambar dalam blog. Konon nak upload semula gambarnya tapi tak jumpa. Sudahnya entri resipi tu sepi tanpa sekeping gambar. Kesian betul lah.

Nak masak sizzling yee mee ni mudah je. Boleh tengok bermacam macam resipi. Follow mana mana resipi yang rasa mudah nak buat dan ikut selera kita.
  • resepi sizzling yee mee khairul aming
  • resepi sizzling yee mee che nom
  • resepi sizzling yee mee azie kitchen
  • resepi sizzling yee mee yatie kitchen

Bolehlah awak cari di google resipi resipi mereka yang rajin orang cuba. Nak buat masak cara saya pun boleh juga. Nak lebih faham dan jelas boleh tengok video masakan khairul aming, che nom, azie kitchen dan yatie kitchen di youtube. 

Bila masak sendiri sizzling yee mee saya suka letak cendawan shiitake lebih dan sawi lebih. Cili potong wajib ada. Baru lah sedap makan ikut selera tekak sendiri. Kan?

Tak ada idea nak masak apa. Jemu nak makan nasi ke, bolehlah buat sizzling yee mee pulak. Tak ada hot plate sizzling pun tak apa. Kita masak dalam kuali yang ada je. Pun Sedap!

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu