Responsive Ad Slot

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto dan Picarts

Sebenarnya tak tahu nak tulis tajuk apa. Mungkin lepas tengok tutorial ni akan faham apa yang saya nak sampaikan. Tak tahu tajuk yang sesuai. Atau lebih tepat lagi tak tahu perkataan yang sebetulnya nak digunapakai. 

Mungkin boleh letak tajuk cara edit gambar guna phonto atau picsart atau cara edit gambar letak tulisan. Sesuai tak? Sesuai ke tidak, tajuk dah ada dah pun. 

Harap faham lah ye kalau tengok gambar bawah ni. Pada sekeping gambar, saya letakkan info wikipedia. 

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto dan Picarts

Bagi yang suka edit gambar nak letak info sekali boleh gunapakai cara yang saya gunakan untuk edit gambar. Gambar pun nampak lebih menarik ada info. Tak perlu pun nak copy paste segala ayat ayat informasi tu. Screen shot je information yang nak letak dalam gambar tu.

Saya lebih suka gunakan aplikasi phonto. Kadang kadang guna aplikasi picarts juga. Asalkan ada tools untuk add gambar dan blend gambar. Ikut suka nak guna mana mana apps yang lebih mudah. 

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Picarts

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Picarts

Untuk background putih, perlu kan teks yang berwarna hitam/gelap. Jikaa gambar background gelap, kena cari gambar yang background hitam tulisan putih.  Jelas?

Boleh tambah seberapa banyak gambar screen shot yang awak nak. Terpulang. Ulang je step yang sama. Mudah je, tak perlu nak copy paste info dan kena edit lagi tulisan tu. Guna kaedah tampal terus kan senang. Info pun tak tersilap.

Selamat mencuba. Tak faham? Boleh tanya di kotak komen

Pagi Pagi Pekena Bihun Soto

Entah kenapa pagi semalam rasa macam penat lain macam. Raya tak kemana kot. Apa yang dipenatnya pun tak tahu. Tak kan effect cucuk vaksin pulak tiba-tiba. Penat campur mengantok. 

Lepas tu kurang selera rasa nak makan pagi. Husband tanya nak makan apa pun saya tak tahu nak makan apa. Husband keluar beli sarapan pagi. Saya pesan nasi kerabu je. 

Kalau tak ada, nasi lemak pun boleh. Tapi dua dua pun takde. Husband belikan bihun soto untuk saya sebab kat kedai husband pergi tu ada jual soto. Rezeki dapat makan bihun soto sebab macam teringin juga nak makan soto. Cuma tak tahu nak beli kat mana.

Kira rezeki saya lah dapat makan soto. Walaupun bukan soto nasi impit, dapat bihun soto pun saya okay je. Jadilah buat lepas teringin nak makan soto masa raya.

Bihun Soto

Sebagai bangsa Johor, haruslah jadi penggemar makan soto. Tak kiralah soto apapun. Bihun soto ayam ke, bihun soto begedil ke, soto nasi impit ke, mi soto ke, semua layan je. 

Bihun soto ayam ni kuahnya kaya dengan segala rempah. Tengok rupa pun dah tahu kan. Ikut selera saya, saya prefer kuah sup yang kurang penggunaan rempah. 

Boleh cakap bihun soto ni lengkap dengan segala rencahnya. Ada begedil, isi ayam, kacang, taugeh dan daun sup. Sedap makan soto yang semuanya ada. Cuma kurang feel sebab kuah supnya kuat rasa rempah dan sedikit tawar. 

Tapi takpa, ada sambal kicap settle masalah tu. Auto sedap terus rasa semangkuk bihun soto. Lupa pulak nak letak sambal kicap kat tepi. So sambal kicap tak ada dalam gambar. 

Siapa suka soto? Kita geng!

Telefilem Haji Gugel

Haji Gugel, telefilem sempena Aidiladha yang akan ditayang semula pada Sabtu ini 24 Julai 2021, jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem/ Telemovie Haji Gugel, sebuah telefilem Malaysia yang telah disiarkan pada tahun 2018 sempena Aidiladha juga.

Telefilem Haji Gugel

TELEFILEM HAJI GUGEL

Waktu siaran : 24 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Bade Hja Azmi
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS HAJI GUGEL

Mengisahkan tentang Arman (Kazar Saisi) yang tak pernah langsung menjejakkan kaki ke Mekah, apatah lagi mengerjakan haji. Arman seringkali menjaja cerita dan temberang dengan lagaknya kepada orang-orang kampung tentang haji berdasarkan internet "Google" sahaja.

Sedangkan dia lansung tak ada pengalaman ibadah haji. Setiap kali musim haji, Arman lah yang paling galak mendominasi warung Tok Ki bercerita kononnya dulu dia dah pernah buat haji dan berkali-kali.

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Saisi sebagai Arman
  • Aida Aris sebagai Zahirah
  • Liyana Jasmay sebagai Damia
  • Ridzuan Hashim sebagai Haji Rozali
  • Reza Hasbi sebagai Kushai
  • Rahim Kidol sebagai Tok Ki
  • Putra Amaris sebagai Farok
  • Marup Mustapah sebagai Tahir

Burger Buatan Sendiri

Macam dah lama sungguh tak buat burger sendiri di rumah. Bila kali terakhir makan burger buatan sendiri pun tak ingat dah. Punyalah asyik terkenang burger McD, burger crispy je. Lansung lupa dengan rasa burger buatan sendiri.

Burger buatan sendiri bukan buat roti burger sendiri, bukan buat daging burger sendiri dan bukanlah buat patty burger sendiri. Saya tak segigih itu nak buat semuanya dari asas. 

Buat burger sendiri yang saya maksudkan menggunakan bahan bahan yang ready made. Roti dan daging burger ayam beli je. Bahan utama tu wajib ada baru menjadi burgernya. Bahan bahan yang lain ada kat rumah dah. 

burger buatan sendiri

Maaf, rupa burger buatan sendiri saya kurang sempurna. Tapi rasa dia cukup sempurna pada saya. Cia cia cia.. Dengan burger pun nak bagi pickup line ke?

Resepi burger buatan sendiri

Roti burger disapu marjerin. Dibakar dan ada efek garing garing sikit. Daging burger ayam dimasak dengan menggunakan unsalted butter dan dibungkus dengan telur.

Saya gunakan daun salad bulat untuk efek yang lebih rangup. Tambah sikit hirisan bawang besar. Tapi tak kelihatan dalam gambar. tersorok bawah daging.

Ada hirisan timun dan kobis akan menambahkan rasa sedap. Tapi tak ada! Hanya sayur salad dan hirisan bawang je. Saya tambahkan sekeping slice cheese, letak sos cili dan juga mayonaise. Sedap sungguh rasa burger buatan sendiri ikut selera sendiri.

Macam ni je dah sedap. Imagine kalau tambah, timun, kobis, tomato dan sos cheese tu, tak tahu sedap dia boleh pergi jauh mana.

Saya perasan roti burger dah mengecil. Perasan tak? Lebih besar daging burger dari roti burger.

Burger beli lain rasa dia, burger buat sendiri lain pulak rasanya. Ada kesedapan masing-masing. Bila buat burger sendiri ni bolehlah letak lebih apa yang kita suka. Kan? Penyediaan pun mudah. Dah jemu makan nasi, kita buat burger jom!

Alhamdulillah...Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

Cheese Tart Dalam Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Cerita minggu lepas. Rezeki dapat cheese tart chocolate dan blueberry favourite saya. Husband keluar beli barang, dia singgah Baker's cottage beli cheese tart untuk saya. Eh, tak kirim pun dapat? Rezeki namanya tu. Alhamdulillah...

Tapi taknak lah cerita pasal cheese tart ni sebab dah cerita dah sebelum ni. Boleh baca dalam link dibawah. So tak payah dah cerita tentang kesedapan cheese tart ni. Memang sedap!

Baca juga : chocolate cheese tart & Blueberry cheese tart baker's cottage

Dalam entri ni saya nak kongsikan koleksi minimalist dark mode photography menggunakan mirror trick. Saya tak pakar pun bab photography ni. Hentam sajalah labuuuu...Photographer sebenar sila jangan kecam saya ye.

baca juga : Cara ambil gambar produk/objek lebih menarik

Cheese Tart Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Gambar cheese tart chocolate dan blueberry ni saya gunakan angle yang sama, trick yang sama dan editing yang sama. Subjek je berbeza.

Cheese Tart Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Mulanya saya cuba shoot untuk objek retro style notes clip ni. Nampak cantik pulak gambarnya. Saya pun cubalah tukar objek kepada cheesetart. Kagum kejap dengan hasil tangkapan tu.

Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography
Habuk sikit sikit sebagi props. Nampaklah ada scene kat situ.


Ni dia BTS (Behind The Scene) gambar minimalist dark mode mirror trick photography. Hanya satu objek. Lighting guna lampu suluh. Lampu bilik pastikan tutup dan hanya menggunakan cahaya lampu suluh je. Alaskan dengan cermin untuk effect pantulan dan membantu memberikan cahaya juga.

Ini cara saya setting objek dan lighting. Camera handphone pulak saya guna terbalik (camera di kedudukan bawah). Sebelum snap gambar, tekan dulu focus point pada objek then baru ambil. Kemudian gunakan filter lightroom yang sesuai untuk serlahkan dark mode gambar. Hasilnya seperti di atas.

BTS Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Pada yang bertanya, saya shoot guna iPhone 12 Pro Max. Kat bawah ni tak guna mirror tricks. Camera di kedudukan bawah juga. Lebih focus pada subject. Masih menggunakan lighting lampu suluh.

Blueberry Cheese Tart

Untuk idea, mungkin boleh cuba bawah meja atau kerusi atau menggunakan kotak.  Nak lebih banyak ideas dan tricks photography saya suka belek belek di pinterest. Ada banyak idea, rajin tak rajin je nak cari.

baca juga : aplikasi untuk jadikan gambar lebih jelas

Suka ambil gambar ni sebab minat. Sambil tu boleh offer service product photography untuk tambah pendapatan. Selain tu, gambar yang kita ambil pun dapat membantu mereka yang memerlukan juga. 

Gambar banana roll.



Semoga Allah limpahi mereka rezeki berniaga dan permudahkan urusan. Aaaminn...


Gambar water crystal gel.

Okay, next time ada masa saya akan update lagi untuk tips & tricks photography. Nak tahu apps yang saya guna, cari dalam menu bar di atas tips + photography. Lama tak update tu. Malas bertimbun timbun. 

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha. Tarikh Hari Raya Aidiladha 2021 di Malaysia tahun ni jatuh pada 20 Julai 2021. Ada yang cuti Hari Raya Aidiladha ni tak? Hari raya tahun 2021 ni agak hambar sebab tak semeriah sebelum dunia dilanda COVID-19.

Tahun lepas merasa juga balik kampung masa Hari Raya Aidiladha sebab boleh merentas negeri. Lepas tu dapat balik kejap je sebab mak warded. Sampai sekarang tak berpeluang nak balik kampung. Tunggu lepas habis PKP lah nampaknya.

Waktu tu harapnya kes tak tinggi macam sekarang. Hari Raya Aidiladha ni kita duduk rumah diam diam je lah. Jangan kesana kesini tanpa hala tujuan. Nak kena saman ke nak kena COVID?

Dengar-dengar lepas raya ni Perdana Menteri kita akan umumkan sesuatu. Mungkin juga ada berita baik untuk mereka dah terima 2 dos vaksin. Akan diberi kelonggaran boleh rentas daerah/negeri katanya. Kita nantikan saja.

Hari Raya Aidiladha

Dalam bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Aḍḥa, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji adalah hari perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari ini diraikan bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi menurut perintah Allah.

Bagaimanapun, Allah telah menggantikan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya. Sebagai memperingati peristiwa ini, haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang melakukan korban. Selebihnya dibahagikan kepada orang miskin dan yang memerlukan.

Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha disambut bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh. Disusuli dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Kemudian barulah sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, yang dikenali sebagai Hari Tasyrik.

Cerita Satu Pagi Di Hari Raya Aidiladha

Pagi raya baru masak rendang. Mulanya macam malas nak masak nak order foodpanda je. Tapi TERmasak rendang ayam juga dengan pulut kuning. Masak lebih kononnya nak bagi jiran. Tapi jiran tak ada pulak pergi cucuk vaksin, lepas tu agaknya stay rumah anak dia kot. Takpelah, kita simpan makan sendiri ulang sampai malam.

Husband solat sunat raya sorang pagi ni. Saya cuti. Syukur semalam selepas habis puasa. Lepas tu bervideo Call dengan family, then baru lah ambik gambar sekeping dua. Itupun tak ada mood sebab semua gambar saya nampak gemuk. Kah! Terus tak ada mood. PMS pun iye jugak. Tak ada lah OOTD sangat.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Nah gambar candid dan tak formal sekeping dua dengan tema kuning si ceria. Abaikan kegemukan kami, bila nak mengkurus tak tau



Harini juga birthday mak mentua. Dah siap siap order brownies 2 hari lepas, baker pun dah selamat hantar. Order sekali food delivery by foodpanda untuk birthday anak buah esok. Esok dia dah masuk kerja. Alang alang cuti hari, hantar sekali lah untuk makan dihari raya tak dapat balik rumah.

Dah berposing tak sakan sangat. Lepas tu bukak uniform raya dan tidur. Sakit perut 'yang itu' memang tak boleh bawak bincang. Rasa macam dah lama tak tidur siang lama. Itu yang sepi sikit blog harini. Dah malam rasa okay sikit barulah update dan blogwalking. 

Cerita raya yang serba ada apa adanya. Rendang ayam dan pulut tu pun tak sempat nak digambarkan. Haiyaaaa..

Telefilem Lambaian Akhir Tok Wan

Lambaian Akhir Tok Wan, sebuah telefilem khas Aidiladha akan bersiaran pada 20 Julai 2021, jam 12 tengahari di Astro Prima. Telefilem Lambaian Akhir Tok Wan dibarisi pelakon Khatijah Tan, Riezman Khuzaimi, Zarynn Min, Izuan Fitri, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Telefilem Lambaian Akhir Tok Wan Astro Prima

TELEFILEM LAMBAIAN AKHIR TOK WAN

Waktu siaran : 20 Julai 2020 (Selasa), jam 12:00 tengah hari
Siaran TV : Astro Prima
Penulis skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : RD Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS LAMBAIAN AKHIR TOK WAN

Mengisahkan tentang hubungan erat nenek dengan cucunya. Berlaku satu tragedi yang membuatkan mereka berdua terpisah buat selamanya.

PELAKON LAMBAIAN AKHIR TOK WAN

Khatijah Tan
Izuan Fitri
Riezman Khuzaimi
Zarynn Min
Anne Abdullah
Imran Aqil
Putri Hanan
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu