Responsive Ad Slot

Drama Mata Ketiga

Mata Ketiga, sebuah drama melayu bersiri lakonan Isyariana Azmi, Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Dayana Roza, Fimie Don dan ramai lagi. Drama mata ketiga episod 1 mula bersiaran pada 22 Julai 2021 jam 10:30 malam di TV3.

Drama Mata Ketiga merupakan drama adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus. Sebuah drama genre seram mistik.

Drama Mata Ketiga TV3

DRAMA MATA KETIGA

Jumlah episod : 10
Mula tayangan : 22 Julai 2021
Waktu siran : Isnin-Khamis, jam 10.30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis novel : Zulkifli Ahmad Idrus
Pengarah : C.Kumaresan
Produksi : Skop Productions

SINOPSIS MATA KETIGA

Mengisahkan seorang pemuda bernama Faizul. Faizul merupakan seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik.

Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan. Disitulah pengembaraan mereka bermula.

Faizul lebih arif di dalam ilmu hutan dan sentiasa mengingatkan serta menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan.

Tapi malangnya, nasihat itu tidak dipedulikan. Sebaliknya menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak dari kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

PELAKON MATA KETIGA

  • Hafeez Mikail
  • Isyariana Azmi
  • Mustaqim Bahadon
  • Dayana Roza
  • Fimie Don

Segar Tekak Dapat Air Kelapa Pandan

Bukan main panas lagi cuaca sekarang ni. Sampai cecah 41 degree tu. Cuaca pun tak menentu. Tengah malam 2 hari lepas kalau tak silap ribut kuat. Bunyi angin luar biasa kuatnya. Kebetulan terjaga. Ingatkan apa lah. Dah mula fikir bukan bukan.

Semalam alang alang husband dah keluar. Kirimlah beli air kelapa pandan depan Family Store Taman Desa Rhu. Sejak tahu kat situ ada jual air kelapa, dah beberapa kali beli dah. Puas hati rasa air kelapa pandan dia sedap. Tak kedekut isi kelapa pulak tu. 

1 cawan besar RM3.

Air Kelapa Pandan

Bagus pakcik dan makcik tu berniaga tak kedekut nak bagi isi. Buat orang rajin datang membeli. Next time nak beli tanpa letak air gulalah. Nak try rasa asli air kelapa pandan. Balik rumah boleh campur dengan gula melaka. Terubat rindu nak minum air kelapa pandan gula melaka kat kampung tu. 

baca juga : air kelapa kuning

Selain air kelapa, air mangga pun ada juga. Beli air mangga juga sebab husband tak suka sangat air kelapa. Saya pulak, dah dapat air kelapa pandan lupa terus air mangga. Hihi...

Segar tekak ni dapat air kelapa pandan sejuk. Alhamdulillah…

Nak Nasi Beriani, Dapat Nasi Arab Sekali

Hari berganti hari sampai lah berbulan bulan lamanya terasa nak makan nasi beriani. Tapi tak dapat. Haritu order kat foodpanda, restaurant cancel begitu je sebab jauh katanya. Ape daaaa..dah ada dalam foodpanda kita pilihlah. Dah pilih dan bayar, eh eh dia cancel pulak. Bukan rezeki kita namanya tu. 

Mujur dapat refund sehari je. Kali kedua order food delivery by foodpanda juga. Order Pizza kalau tak silap. Kena cancel order jugak sebab tak ada rider nak hantar. Refund pun lambat sikit dapat dalam 3-4 hari kalau tak silap. Takpelah, asalkan dapat refund nya.

Semalam husband keluar beli pelampung flush toilet rosak pulak. Nak tak nak kena beli juga, tak pasal nanti bil air pulak melambung. Perasan sehari sebelumnya bunyi air dan air mengalir keluar dari flush. Mujur juga ada Mr DIY yang bukak semua section. 

Terpaksa husband pergi Mr. DIY jauh sikit sebab yang dekat section tu ditutup. Itupun staff situ suggest dan katanya ada yang bukak semua. Alhamdulillah..Jenuh juga nak tunggu kalau beli online.

Balik balik husband bawa nasi beriani dan nasi Arab. Eh, tiba tiba je beli nasi Arab. Lahhh kata aritu nak nasi beriani katanya. Tak sangka pulak husband belikan sekali nasi beriani. Nak nasi beriani dapat nasi arab sekali. Rezeki betul.

Sebungkus nasi beriani dan sebungkus nasi arab. Nasi beriani dia banyak. Kami bahagia dua untuk lunch. 

nasi baryani kambing 30 hari Senawang

Seketul lauk ayam  besar bahagian isi. Bahagi dua pun kenyang makan. Ada acar nanas timun dan sambal belacan. Pelik pulak ada sambal belacan tiba-tiba. Ke sambal nasi arab?

nasi baryani kambing 30 hari lauk ayam

Nasi Arab portion pun banyak cuma ayam kecil sikit. Sekali dengan timun dan juga yogurt. Kami kongsi berdua untuk dinner. Senang cuti masak sehari terus. Alhamdulillah...

nasi arab nasi baryani kambing 30 hari Senawang

Sebelum ni teringin sangat nak makan nasi baryani kambing 30 hari Senawang. Kali terakhir makan entah tahun bila entah. Sebelum COVID kot rasanya. Itu yang teringin sungguh. Kat situ je yang sedap dan menepati selera. 

Menu Nasi Baryani Kambing 30 Hari

  • Nasi biryani gam Johor
  • Mee bandung Muar
  • Nasi arab
  • Pelbagai menu western dan masakan panas yang lain

Next time nak try mee bandung Muar pulak. Sebenarnya ada je nasi beriani yang dekat, nasi beriani warisan Hj Ayob tapi semalam Jumaat kedai tutup. Rezeki dapat nasi baryani kambing 30 hari yang dah lama teringin makan. 

Alhamdulillah dapat juga merasa nasi arab. Nasi Arab yang popular di Seremban ni Nasi Arab Damsyik. Pernah makan sekali je kot rasanya. Menarik dia punya decoration macam kat Arab tu. Tapi faham fahamlah bila dah popular dan jadi tumpuan, sentiasa ramai orang.

Satu cawangan lagi kurang sibuk tapi dah tutup pulak. Nasi Arab Damsyik pun sedap juga. Isi ayam dia lembut. 

Nasi baryani, biryani, beriani..macam macam ejaannya. Saya suka nasi di Baryani Kambing 30 hari lagi. Rasa lauk ayam di sedap. Teringin nak rasa yang Kambing 40 Hari tu tapi tak dapat dapat. Dapat yang 30 Hari pun jadilah ye tak. 

Balik Johor pun bukan lalu sana pun. Semata-mata nak pergi makan kat sana memang taklah. Ada yang dekat pun syukurlah. Tak dekat sangat pun sebenarnya.

Lokasi Restoran Baryani Kambing 30 Hari
2, Jalan Orkid 2,
Taman Senawang Indah,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan

Ini bukan paid review ya. Dah sedap, kita recommend lah.

Drama Lockdown

Lockdown, drama about lockdown 2021 yang akan bersiaran pada 26 Julai ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria saluran 104.

Drama Lockdown berdasarkan kisah benar kehidupan ketika berada dalam situasi lockdown. Dibarisi pelakon hebat iaitu Nabila Huda, Zara Zya, Beto Kusyairy, Syafiq Kyle, Izzue Islam, Kaka Azraff,  Mimi Lana, Sara Ali dan ramai lagi. 

Drama Lockdown Astro

DRAMA LOCKDOWN

Mula tayangan : 26 Julai 2021
Waktu siaran : Isnin - Khamis, 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria Saluran 104
Pengarah : Mohd Fazli Yahya @Pali Yahya
Produksi : U2 Media Sdn Bhd

SINOPSIS LOCKDOWN

Mengisahkan tentang kehidupan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di Malaysia. Pelbagai kisah berlaku kepada masyarakat yang bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP.

PELAKON LOCKDOWN

  • Zara Zya
  • Beto Kusyairy
  • Nabila Huda
  • Izzue Islam
  • Kaka Azraff
  • Syafiq Kyle
  • Mimi Lana
  • Sara Ali
  • Fahrin Ahmad
  • Marisa Yasmin
  • Aishah Azman
  • Balkisyh Semundur Khan
  • Amerul Affendi
  • Anne Abdullah
  • Hasnul Rahmat
  • Liza Abdullah
  • Jalil Hamid
  • Syamsul Debat
  • Nasz Sally

Sukan Olimpik Tokyo 2020 #GanbatteMalaysia

Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah pun bermula pada hari ini 23 Julai 2021 dan berlansung sehingga 8 Ogos 2021. Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan dan akhirnya berlansung juga Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 #GanbatteMalaysia

Sejarah Sukan Olimpik

Sukan Olimpik, sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan Olimpik dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.

Sukan ini dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Manakala Sukan Olimpik Musim Sejuk pula dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996

Sukan Olimpik Tokyo 2020

Pada tahun ni agak mencabar untuk Negara Jepun menjadi tuan rumah dalam menjayakan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang gah ni. Samada mahu meneruskan atau membatalkan kerana dunia masih bergelumang dengan pandemik COVID-19.

Akhirnya Sukan Olimpik diteruskan. Harini dalam sejarah bila Sukan Olimpik agak kurang meriah dan janggal dengan upacara pembukaan tanpa penonton yang ramai. 

Ikut waktu Malaysia berdasarkan intisari rancangan TV, Siaran Langsung Pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 18:45, 23 Julai 2021.

Hanya seramai 1,000 perwakilan akan hadir ke Stadium Olimpik yang mampu memuatkan 68,000 tempat duduk pada upacara pembukaan yang selalunya diraikan secara besar-besaran oleh tuan rumah.

Upacara pembukaan akan melibatkan pertunjukan berteknologi tinggi termasuklah menggunakan dron. Sedia maklum kita tahu Jepun memang maha hebat dengan teknologi mereka. 

Jom sokong Malaysia! Tonton live streaming Sukan Olimpik Tokyo 2020 : https://tokyo2020.rtm.gov.my/olympics

Senarai acara sukan dan atlet yang mewakili Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2020

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

sumber : BH Online 

#GanbatteMalaysia Malaysia Boleh! Majulah sukan untuk negara.

Ganbatte adalah perkataan Jepun yang bermaksud " Do you best" in english

Semoga ada emas akan dibawa pulang.


Spider Plant vs Curly Spider plant

Jumaat dah. Lama tak membelek pokok kat luar. Pokok kat luar ni jagaan husband. Saya jaga pokok dalam rumah je. Bila lama tak membelek pokok luar rumah ni, tengok-tengok dah rimbun betul spider plant dan curly spider plant ni.

Spider plant tu ambil kat rumah mak je. Curly spider plant saya beli bulan November tahun lepas. Elok hidup sihat. Tak pernah jatuh sakit pun. 

Jenis spider plant ni mudah nak jaga. Boleh jadikan tumbuhan hiasan dalam rumah atau dalam rumah. Boleh diletakkan dalam pasu, digantung atau tanam terus di tanah. 

Spider plant ni ada banyak jenis. Jangan di tanya jenisnya sebab bukan pakar bab pokok. Tahu mana yang tahu je. Yang ada pun spider plant dan curly spider plant je. 

Spider Plant

Curly spider plant ni macam dah kurang curly. Tak tahu lah kenapa. Ada siapa tahu? Eh takyah fikir lah kenapa. Asalkan dia hidup sihat cukup. Hijau sedap mata memandang. Terapi untuk mata juga.

Curly Spider plant

Terabai sungguh pokok kat luar ni sejak kucing luar datang singgah membuang dalam pasu-pasu. Pasu pasu kosong dibiarkan kosong. Malas dah nak tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau. Semua dah mati kena baja buangan kucing.

Bukan setakat pokok mati, kawasan tu pun dah berbau semacam je. Aduhaiii...tak leh nak kata apa. Sabar je lah. Jiran rumah sebelah pun hangin je kena cuci depan rumah bila ada buangan kucing menyinggah. Kucing sapa tak tahu. Ada rantai loceng. Bukan kucing liar.


Drama SiTik Tok

SiTik Tok, drama TV3 pukul 10 malam terkini akan bersiaran di Slot Samarinda. Drama SiTik Tok episode 1 akan ditayangkan bermula 22 Julai 2021 dibintangi oleh Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon dan ramai lagi.

Drama SiTik Tok TV3 Samarinda

DRAMA SITI TOK

Jumlah episod : 16
Mula tayangan : 22 Julai 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean, Mamu Vies
Pengarah : Joon Goh
Produksi : Wildsnapper TV

SINOPSIS SITIK TOK

Siti, seorang gadis kampung yang periang. Hobi Siti suka menari Tik Tok di merata ceruk sekitar kampungnya. Kadang kala Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan macam-macam lagi gaya Siti ber Tik Tok.

PELAKON DAN WATAK

  • Scha Elinnea sebagai Siti
  • Nelissa Nizam sebagai Jaja
  • Nadia Aqilah sebagai Rona
  • Niezam Zaidi sebagai Shon
  • Zamaera sebagai Maru
  • Acong Sweetchild sebagai Chuchox
  • Kahoe Hon sebagai Xander
  • Dee Alhadi sebagai Mimi
  • Syazlin Zainal sebagai Teena
  • Aznie Azmi sebagai Luna
  • Hafizul Kamal
  • Tria Aziz
  • Tony Eusoff

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu