Responsive Ad Slot

Telefilem Tiada Lagi

Tiada Lagi, sebuah telefilem cerekarama TV3 2020 ulang siaran memenuhi slot cerekaramaa TV3 2021. Musim PKP ni penggambaran tak dapat dibuat, jadinya siaran TV pun ulang siaran cerita lama-lama. 

Telefilem Tiada Lagi full movie akan ditayangkan pada Sabtu ini 31 Julai 2021, jam 10:00 malam di TV3. Dibintangi pelakon hebat Rita Rudaini, Eizlan yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda dan ramai lagi.

Cerekarama Tiada Lagi sarat dengan pengajaran buat semua terutamanya isu curang dan kereuntuhan rumahtangga. Pedihnya bilaa dikhianiti pasangan yang kita sayang dan percaya.

Telefilem Tiada Lagi Cerekarama TV3

TELEFILEM TIADA LAGI

Waktu siaran : 31 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Man Kobena
Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd

SINOPSIS TIADA LAGI

Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) dan Datuk Nizar (Eizlan Yusof) meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-15 tahun. Tanpa pengetahuan Datin Nureen, Datuk Nizar sebenarnya telah berkahwin lagi dan merahsiakan perkahwinan keduanya bersama Fatin (Dayang Areeda).

Kediaman mereka telah dipecah masuk oleh sekumpulan geng bertopeng. Salah seorang darinya, Iskandar (Jay Iswazir) telah membongkarkan siapa isteri kedua Datuk Nizar dan membuatkan Datuk Nizar mengaku.Datin Nureen sangat terkejut dengan kenyataan Datuk terutamanya apabila dia mendengar dari mulut suaminya sendiri.

Fatin sebenarnya adalah bekas isteri Iskandar. Fatin mulanya hanya bekerja dengan Datuk Nizar, akhirnya suka sama suka sehingga ada skandal. Iskandar telah menceraikan Fatin sebab Fatin dah mula jauh hati dengan Iskandar.

Selepas apa yang terjadi, Datuk Nizar mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis untuk menjaga reputasinya. Datin Nureen pula mengambil langkah untuk bercerai dengan Datuk Nizar.

Plot twist

Tanpa disangka, Datin Nureen sebenarnya telah berkerjasama dengan Iskandar kerana mahu mendengar sendiri penjelasan daripada mulut suaminya, Datuk Nizar tentang perkahwinan keduanya dengan Fatin.

PELAKON DAN WATAK

  • Rita Rudaini sebagai Datin Nureen Azalea
  • Eizlan Yusof sebagai Datuk Nizar
  • Jay Iswazir sebagai Iskandar
  • Dayang Areeda sebagai Fatin
  • Aryanti
  • Naura Arissa Shazrin
  • Mili Supina

Limau Kesturi Bukan Kasturi

Selama ni dok sebut limau kasturi, rupanya limau kesturi. Banyak betul bahasa melayu yang salah ejaanya. Contohnya seperti dibawah.

resepi = resipi
kuey teow = kuetiau
mee = mi
nenas = nanas
garfu = garpu
istirehat = istirahat

Sebenarnya banyak lagi ejaan yang perlu diperbetulkan. Lepas ni kena sebut limau kesturi, bukan kasturi. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pun tak ada istilah limau kasturi.

Limau Kesturi

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Limau Kesturi Calamansi

Limau kesturi menurut wikipedia pula adalah (Citrus microcarpa, limau kasturi in english adalah Calamansi). Sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Filipina. Kemudiannya tanaman limau kesturi tersebar ke asia tenggara.

Di negara Amerika pula dipanggil Kalamasi atau limau Panama yang tumbuh di kawasan tropika.

Jus limau kesturi sedap dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Menyejukkan tekak dan badan serta menghilangkan rasa dahaga.

Selain dijadikan minuman, limau kesturi juga digunakan dalam pelbagai masakan melayu seperti mi kari, mi rebus, laksa dan menu-menu yang berkaitan. Tak ketinggalan, jeruk mangga asam boi. Wajib tambah perahan jus limau kesturi. Baru kick rasa masam dia. Kecur pulak rasa!

Siapa suka makan limau kesturi dengan asam boi merah tu? Uishh hebat lah tahan masam. Saya tengok orang makan pun dah rasa kemasaman dia. Tak sanggup nak cuba. Setakat perah jus dalam air dan makanan je mampu.

Limau Kesturi Calamansi

Limau kesturi ni saya guna untuk cuci ayam ikan juga. Hilangkan bau hanyir. Pernah beli pokok limau kesturi kat nursery tapi tak hidup lama sebab kucing buat onar kencing dalam pasu. Konon tanam senang nak guna bila perlu. Tapi hajat tak kesampaian.

Sebab bila beli limau kesturi ni dia dah pack sebungkus banyak. Kalau tahan lama takpe jugak. Takkan hari hari nak kena minum air limau pulak. Bocor perut! 



Hujan Di Pagi Hari Dan Menjamu Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Nak makan apa pagi ni? tanya suami. Saya diam, tak ada jawapan untuk diberikan. Belum sempat fikir jawapan. Tiba-tiba katanya nak makan roti canai. Terus saya whatsapp order nasi lemak dan roti canai. Macam biasa beli nasi lemak dua bungkus dan roti canai kosong 10.

Bukan nak makan 10 sekaligus. Buat stok minum petang atau makan malam nanti. Nak tebar roti canai kita tak pandai. Beli je lah. Sekarang dah ada contact number kedai roti canai dan nasi lemak. Jadi lebih senang. Bila dah siap dia akan whatsapp dan ambil sendiri.

Boleh je nak delivery tapi saja nak jimat RM2. Pergi ambil sendiri dan tak perlu beratur. Kedai tu sentiasa ramai orang. Kalau walk in menunggu setengah jam pun boleh jadi juga. Elok je suami sampai rumah lepas ambil makanan, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat di pagi hari.

Syukur sempat sampai rumah baru hujan. Kalau tidak, mahu lencun sampai rumah sebab naik motor. Hujan kat luar, pokok dalam rumah tak kena air. Kenalah siram manually. Pokok fittonia yang comel lagi cantik.

Hujan Di Pagi Hari

Sejuk sejuk hujan macam ni dapat nasi lemak bungkus daun pisang panas panas terasa nikmatnya. Aroma daun pisang membangkit selera. Zaman sekarang nak cari nasi lemak bungkus daun pisang pun payah. Almaklumlah di bandar ni serba serbi duit. Daun pisang kena beli.

Rezeki hujan di pagi hari. Sesekali cuti masak pagi beli makanan boleh juga bantu jualan peniaga kecilan juga. Dah banyak kali repeat order. Nasi lemak, sambal dan roti canai kena dengan selera.




سورةُ الرَّحمن‏
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحيمِ

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ (13)
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.(13)

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Cerita semalam baru nak up hari ni. Semalam lauk tengahari masak siput sedut masak lemak cili api. Husband beli di Pasaraya Zemart. Harga boleh tahan mahal RM23 untuk 1.3kilogram. Bila teringin makan dan ada rezeki lebih kita beli lah sikit.

Siput sedut ni susah juga nak dapat yang betul betul sedap dimakan. Yang husband saya beli pun saiznya taklah besar sangat. Hampir saiz budak sekolah. Belum meningkat remaja lagi. Husband dah beli, kita masak kan je lah. Jangan banyak bunyi!

Petua masak siput sedut ni kena potong hujung ekor dia tu. Barulah boleh menyedut. Sebelum potong tu kena cuci bersih rendam dengan garam dan basuh dengan serai ke halia ke batang pisang ke. Jangan pulak masuk mesin basuh macam yang viral tu. Jahanam mesin basuh nanti.

Ingat lagi zaman kecik dulu baru kenal lauk siput sedut ni, mak suka masak siput sedut masak lemak cili api campur batang keladi dan isi keladi juga. Sedap dapat makan siput sedut dan juga sayur keladi. 

Lauk siput sedut pun sinonim dengan lauk bulan puasa. Bila puasa tiba, dan dan tu lah craving nak makan siput. Kan? Saya masak siput sedut guna resipi siput sedut simple je. 

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Resipi siput sedut masak lemak cili api cara saya mudah je. Masukkan siput sedut yang dah bersih dalam periuk, masukkan air, santan, Bahan kisar (Kunyit dan cili api), garam secukup rasa, asam keping dan juga serai.


Gaul rata dan biarkan masak je. Tak de tumis tumis bagai. Tak ada bawang bawangan. Kadang kadang kalu rajin saya rebus dulu siput dengan serai dan halia. Tak rajin, saya lebur je semua dalam periuk. Senang dan cepat.


Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Tiba-tiba rasa macam nak makan peanut butter. Lama gila kot tak rasa peanut butter. Bila husband keluar membeli barang, saya pun listkan sekali peanut butter. 

Tak mention pun any jenama peanut butter. Asalkan peanut butter. Murah-murah dan saiz bekas kecil pun okay. Asalkan peanut butter.

Tak tahu nak pilih apa katanya. Dia pun beli peanut butter Skippy. Tak pernah lansung saya rasa peanut butter Skippy ni. 

Seingat saya, last makan peanut butter Lady's Choice. Tahun bila tak ingat. Punyalah lama kannnn. Sekarang ni dah macam-macam jenama dan banyak pilihan.

Nampak macam menarik je peanut butter skippy Super chunk. Peanut butter dengan ketulan kacang yang banyak. Kaya dengan ketulan kacang. Seronok mengunyah kacang. Sakit gigi mengunyah sila jangan makan. Nanti potong mood.

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Saya suka je ada kekacang ni. Katanya peanut butter skippy untuk diet. Sesuailah untuk mereka yang berdiet sebab kurang kalori dan kurang gula. Siapa-siapa tengah diet tu, bolehlah cuba peanut butter skippy super chunk ni dalam menu diet.

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Makan dengan roti memang mengenyangkan. Rasa dia memang tak manis pun. Sebelum ni husband beli yang bekas 350g. Second time beli terus dia beli yang besar 500g. Tak nak kalah dia pulak yang terlebih suka. Siapa yang teringin makan ni sebenarnya?

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Saya taklah dalam fasa diet pun. Dapat yang peanut butter untuk diet ni bolehlah makan tanpa rasa bersalah. Tak lah menternak lemak sangat. Sangatttttt....

Mencuba Kek Marmar Baker's Cottage

Jarang sekali orang sebut kek marmar. Yang popular kek marble. Kan? Kek marble zaman sekarang pun bukan macam kek dulu. Dah upgrade dapat title kek marble jelita. Memang jelita betul. 

Perasan juga dekat instagram prettygula pun ada jual kek marble motif floral. Kemain cantik dia punya lukisan bunga atas kek. Macam lukisan! Kagum lah. Anugerah masing-masing Allah dah bagi elok-elok. Apa yang ada tu, kita gunakan sebaiknya.

Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.

Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.

Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.

Okay, berbalik kepada kek marmar Baker's Cottage. Pertama kali saya nampak kek saiz besar gunakan bekas kertas. Yang biasa kita nampak guna bekas aluminium. Kek marble tok wan lagi rilek guna balut plastik je. Tak kisah lah bekas apa sekalipun, asalkan sedap.

Kek Marmar Baker's Cottage

Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!

Kek Marmar Baker's Cottage

Tekstur kek yang lembut dan moist. Makan kek butter klasik tanpa sebarang krim pun sedap jugak. Kek lama dilupa jangan.


Kek Baldu Merah Pujaan Hati

Selamat pagi ahad. Pagi pagi menjamu mata dengan kek baldu merah pujaan hati saya ni. Rasa janggal pulak sebut kek baldu merah. Dah biasa dengan nama red velvet cake. Apa juga makanan perisa red velvet saya suka.

Cookies oreo red velvet, aiskrim magnum red velvet, red velvet oreo brownies antara jenis makanan berperisa red velvet yang sedap. Baru-baru ni saya perasan ada kuih semperit red velvet. Tapi yang tu belum sempat rasa lagi lah.

Kek baldu merah pujaan hati ni bukan sempena apa-apa pun. Birthday pun tidak, anniversary pun tidak. Saja nak makan kek. Ye lah nak buat kek tak pandai walaupun resepi kek baldu merah bersepah dalam internet.

Beli jelah. Nak makan pun sikit je makan berdua je kan.

Mulanya nak beli kek marble butter tok wan kat Kerepek Paroi. Sekali kek marble tak ada daaa...Kedai baru bukak lepas cuti raya. Belum ada orang hantar lagi. Makanya, husband pergi ke Bakers Cottage. Kot kot ada kek marble.

Dah tu alang-alang mencari kek marble. Dia beli jugak kek baldu merah ni sepotong dua. Rezeki saya juga dapat rasa kek  red velvet sekali. Rezeki berganda berganda. Rezeki jangan ditolak. 

Bolehlah buat modal gambar untuk entri di blog, pinterest dan instagram. Sendu media sosial saya. Dipenuhi dengan gambar makanan je lah.

Kek Baldu Merah Baker's Cottage

Soft moist Red Velvet Cake filled with layers of rich tangy cream cheese and sour cream frosting

Saya perasan saiz 1 slice kek red velvet Baker's Cottage ni tak besar mana. Harga di label bungkusan kek 1 slice RM7.50. Husband beli 2 slices sebab katanya sekarang ada promo 2 slices RM9.90. Kiranya berbaloi lah beli dengan harga promo. 

First time sebenarnya rasa kek red velvet Baker's Cottage ni. Rasa dia lebih kurang rasa kek red velvet Secret Recipe cuma Baker's Cottage punya ni versi kurang cream cheese. Cream cheese hanya pada lapisan kek dan topping dia dari cebisan kek.

Sesuailah untuk mereka yang yang tak suka cream banyak-banyak. Just nice lah rasa dia. Moist dan sedap! Manis pun tak manis sangat. Tapi kalau awak suka yang banyak cream cheese saya suggest beli red velvet cake family mart. Memang padu teruk disaluti cream cheese yang super tebal.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu